• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penguasaan Kemahiran Lisan Bakal Guru Bahasa Melayu

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Penguasaan Kemahiran Lisan Bakal Guru Bahasa Melayu"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

Penguasaan Kemahiran Lisan Bakal Guru Bahasa Melayu:

Tinjauan terhadap Tahap Pengetahuan, Kemahiran dan Masalah Pembelajaran dalam Talian Semasa Pandemik

(Mastery of Oral Skills for Pre-service Malay Language Teachers:

A Survey on the Levels of Knowledge, Skills and Problems of Online Learning During a Pandemic)

Mohamad Ikhmal Abdul Aziz1, Marzni Mohamed Mokhtar1*, Md Mustakim Md Usman1, Mohamad As Syafie Aziz1

1 Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusian, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Malaysia

*Pengarang Koresponden: marzni@upm.edu.my

Accepted: 15 May 2022 | Published: 1 June 2022 DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2022.4.2.10

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam talian (PdPDT) semasa pandemik sememangnya memberi cabaran yang getir kepada semua guru. Pelbagai masalah dan rintangan perlu dihadapi oleh pelbagai lapisan masyarakat. Dalam lapangan pendidikan, guru turut terkesan dengan keadaan ini dan perlu menjadi lebih kreatif dalam mempelbagaikan strategi pengajaran bagi mengajarkan kemahiran berbahasa dengan lebih berkesan. Melihat pada permsalahan ini, kajian ini dilaksanakan bagi mengkaji tahap pengetahuan, kemahiran dan masalah pelaksanaan pembelajaran dalam talian bagi kemahiran lisan dalam kalangan bakal guru Bahasa Melayu. Teori Behaviorisme telah digunakan sebagai kerangka panduan meneliti tahap pengetahuan, kemahiran dan masalah pembelajaran dalam talian dala kajian ini. Penglibatan responen kajian adalah terdiri daripada 80 orang bakal guru Bahasa Melayu yang mengikuti program Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu di Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. Reka bentuk kajian yang digunakan bagi kajian ini adalah berbentuk tinjauan deskriptif. Borang soal selidik secara dalam talian telah dibangunkan bagi mengumpulkan info daripada responden yang terlibat. Dapatan kajian menunjukkan min keseluruhan bagi tahap pengetahuan ialah 4.48 dan nilai sisihan piawai ialah 0.697. Skor min keseluruhan dan sisihan piawai bagi tahap kemahiran pula ialah 4.53 dan 0.605. Akhir sekali, skor min keseluruhan dan sisihan piawai bagi masalah pelaksanaan pembelajaran dalam talian ialah 4.25 dan 0.793. Tuntasnya, bakal guru Bahasa Melayu dilihat bersedia untuk melaksanakan PdPDT dengan lancar walaupub terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran integrasi teknologi dalam proses pengajaran.

Kata kunci: Tahap pengetahuan, kemahiran, masalah, pembelajaran dalam talian, kemahiran lisan, bakal guru Bahasa Melayu.

Abstract: The implementation of online teaching and learning is indeed a daunting challenge for all teachers. There are various problems and obstacles that will be faced either by teachers or students. Teachers especially need to be more creative in diversifying strategies in teaching language skills effectively. This study aims to examine the Level of Knowledge, Skills and The Problems in the Implementation of Online Learning for Oral Skills Among Malay Language Pre-service Teachers. Therefore, the sample size in this study consists of 80 respondents who

(2)

are students in Bachelor of Malay Language Education, Faculty of Educational Studies, University Putra Malaysia. The design of the study is in a descriptive survey. Online questionnaire forms are used to collect the information from respondents. The total mean for the level of knowledge was 4.48 and the standard deviation value was 0.697. The total score of mean and standard deviation for skill level were 4.53 and 0.605. Lastly, the total score of mean and standard deviations for the implementation of online learning problems were 4.25 and 0.793.

Keywords: level of knowledge, skills and problems, online learning, oral skills, Malay Language Pre-service teachers’

___________________________________________________________________________

1. Pendahuluan

Penularan wabak Covid-19 telah menggemparkan dunia pada akhir tahun 2019. Wabak ini mula dikesan di Malaysia pada Januari 2020 apabila tiga warga China didapati positif. Tanggal 18 Mac 2020 telah mencatatkan sejarah negara kerana Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengambil langkah untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mencegah penularan wabak berbahaya ini. Lantaran keadaan yang berlaku secara drastik, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengubah dasar dan polisi pengajaran dengan memperkenalkan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran dalam Talian (PdPDT) bagi meneruskan kelangsungan sistem pendidikan negara (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2021).

Perubahan amalan pengajaran dan pembelajaran daripada bersemuka secara fizikal kepada pembelajaran dalam talian atau maya ini telah menuntut para guru untuk menyesuaikan diri dengan digitalisasi dalam pendidikan dan menguasai kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Yogeswary Kuppusamy dan Helmi Norman (2021) menjelaskan bahawa terdapat guru yang kurang menggunakan paltform dalam talian seperti Google Classroom kerana guru masih terikat dengan kaedah konvensional seperti ceramah, latih tubi, dan syarahan. Guru perlu menukar cara pengajaran dengan mempelbagaikan kaedah seperti kaedah projek. Usaha mempelbagaikan kaedah pengajaran juga dapat dilihat menerusi pemyediaan tayangan video dalam bentuk animasi bagi menarik minat murid dan murid perlu memberi ulasan dengan menghantar video kepada guru. Kaedah penyelesaian masalah juga boleh dilakukan kerana ianya membantu murid untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Aktiviti latih tubi pula boleh dilakukan oleh guru dengan meminta murid menjawab kuiz dalam talian (Fenny Lau Yeo Feng, Kee Guek Fen, Khoo Phau Liang dan Lee Huoy Shin, 2020). Rentetan itu, pembelajaran kemahiran lisan Bahasa Melayu secara dalam talian juga turut terkesan dan berhadapan dengan pelbagai cabaran.

2. Penguasaan Kemahiran Lisan dalam Proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan

Manusia bercakap untuk menyampaikan sesuatu, mempengaruhi khalayak, menyelesaikan masalah dan untuk keseronokan. Salah satu unsur komunikasi tertua di dunia merupakan kemahiran mendengar dan bertutur. Siti Saniah Abu Bakar (2013) berpendapat bahawa kemahiran bertutur merujuk kepada bentuk komunikasi tertua, komunikasi utama dan acapkali digunakan dalam kehidupan harian. Kemahiran ini sangat penting dan selalu digunakan tetapi selalu diabaikan sewaktu proses pembelajaran. Pemerolehan kemahiran bertutur adalah secara semula jadi bagi seseorang individu. Malah, kemahiran bertutur juga satu bentuk percakapan yang mempunyai tujuan tertentu. Kemahiran lisan pula merupakan satu kemahiran yang

(3)

menggabungkan kemahiran mendengar dan bertutur. Rozana Jaafar (2020) menjelaskan bahawa guru perlu mengambil serius tentang tahap penguasaan murid dalam kemahiran mendengar. Kejayaan murid menguasai kemahiran mendengar akan membantu mereka menjana idea dan menambah baik aspek kemahiran berbahasa yang lain iaitu kemahiran bertutur, membaca dan menulis. Namun begitu, aspek kemahiran bertutur selalu diabaikan berbanding kemahiran mendengar, membaca dan menulis. Sehubungan itu, kemahiran mendengar dan bertutur telah disatukan menjadi kemahiran lisan.

Pelbagai pendekatan interaksi lisan perlu digunakan oleh guru dalam proses PdPc bagi menarik minat, potensi dan mencungkit bakat murid. Abdul Rasid Jamian, Shamsudin Othman dan Sufiza Ishak (2013) berpendapat bahawa murid yang mahir dan aktif menggunakan interaksi lisan berupaya meningkatkan penguasaan kemahiran lisan murid. Antara interaksi lisan yang digunakan oleh guru ialah interaksi penyoalan, kawalan, arahan, penggiliran, pengembangan idea, penggulungan dan interaksi lisan penerangan. Interaksi lisan penerangan merupakan interaksi lisan yang paling kerap digunakan bagi guru untuk menerangkan tentang tugasan, menyampaikan ilmu dan maklumat serta memberi jawapan kepada sesuatu soalan dengan lebih terperinci (Zarien Nurlieyana Aminuddin, Azhar Md. Sabil dan Abdul Rasid Jamian, 2020).

Melalui interaksi lisan murid akan berhubung secara aktif dengan individu lain, saling bertindak balas antara dua atau lebih pihak. Namun begitu, interaksi lisan antara guru dan murid tidak berlaku secara aktif dan bersifat sehala. Situasi ini menyebabkan gejala kekurangan maklumat, berlakunya salah faham antara murid dengan guru dan merupakan halangan komunikasi kepada murid untuk memberikan pendapat. Sehubungan itu, permasalahan yang berlaku di dalam bilik darjah ini juga mungkin akan berterusan semasa pembelajaran dalam talian yang turut dipengaruhi oleh faktor penggunaan teknologi.

Dalam konteks kajian ini, penguasaan kemahiran lisan guru diperhatikan menerusi tiga konstruk utama iaitu tahap pengetahuan, tahap kemahiran dan masalah atau isu pembelajaran dalam talian. Menurut Mohamad Mohsin Mohamad Said dan Nasrudin Yunos (2014), ilmu pengetahuan merupakan hasil yang diperoleh daripada maklumat dan cara seseorang individu itu menganalisis maklumat-maklumat tersebut. Terdapat tiga tahap ilmu pengetahuan yang perlu ada dalam diri seseorang. Pertama ialah tahap menyedari tentang sesuatu, diikuti dengan mengingati sesuatu dan tahap ketiga ialah kemampuan individu untuk menghasilkan satu pemikiran yang mampu menyumbang kepada sesuatu bidang. Yahya Buntat (2004) menghuraikan bahawa kemahiran merujuk kepada keperibadian diri individu tertentu.

Keperibadian seseorang boleh dinilai melalui sifat, tingkah laku, dan cara individu menyampaikan pemikirannya. Kemahiran kebolehpasaran (employbility) juga didefinisikan sebagai kemahiran insaniah atau kemahiran bukan teknikal. Kemahiran ini perlu dikuasai oleh pelajar bagi menyediakan diri sebagai tenaga kerja yang berkualiti dalam dunia pekerjaan (Yahya Buntat, Zakaria Mohd. Yusof & Meor Ibrahim Kamaruddin, 2006).

Cabaran Pembelajaran Kemahiran Lisan dalam Talian

Sorotan berita Sinar Harian (2021) jelas memberikan gambaran bahawa para pendidik perlu sentiasa melakukan persediaan bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sekiranya wabak Covid-19 terus melanda negara. Siti Nurbaizura Che Azizan dan Nurfaradilla Mohamad Nasri (2020) mendapati bahawa kebanyakan guru menunjukan respons yang positif terhadap pelaksanaan pembelajaran dalam talian melalui pendekatan Homed Based Learning (HBL). Dalam kajian ini, terdapat enam cabaran yang dihadapi oleh guru-guru sekolah menengah di Zon Bangsar Pudu, Kuala Lumpur dalam melaksanakan HBL. Cabaran utama yang dihadapi guru ialah kesukaran mewujudkan komunikasi dua hala. Hal ini berlaku kerana guru dan murid sudah terbiasa dengan sesi pembelajaran bersemuka ketika di sekolah.

(4)

Cabaran kedua yang mendapat interprestasi tertinggi ialah kurangnya sokongan pembelajaran daripada ibu bapa atau penjaga. Pengkaji berpendapat bahawa anak-anak tidak berminat untuk mengikuti kelas secara dalam talian kerana tidak mendapat sokongan dan dorongan daripada ibu bapa. Empat cabaran yang lain iaitu pengetahuan dan kemahiran yang belum mantap, kebolehcapaian talian internet yang tidak stabil, tidak mempunyai peranti seperti telefon, komputer riba, tablet atau sebarang peranti lain yang sesuai, dan tidak mahir dan tidak menguasai penggunaan media sosial, e-mel dan platform pendidikan secara dalam talian.

Pengintegrasian teknologi dalam proses PdPc sewaktu pandemik didapati berlaku dengan begitu pesat. Guru-guru didapati bersedia untuk menggunakan platform Zoom, Google Meet, Google Classroom, serta YouTube bagi menyampaikan kandungan pelajaran secara maya. Bani Hidayat Mohd Shafie (2020) pula berpendapat bahawa penggunaan bahan visual dalam kalangan guru semasa berinteraksi mampu menarik minat murid, meningkatkatkan motivasi dalam belajar dan membantu meningkatkan prestasi pelajar. Pelajar akan lebih bersemangat untuk belajar walaupun suasananya berbeza dengan persekitaran sekolah. Guru-guru juga berpendapat bahawa pembelajaran secara dalam talian akan memudahkan guru untuk memberikan tugasan kepada murid, mengemaskini maklumat dan dapat menghasilkan bahan bantu mengajar yang menarik dan berkesan. Yogeswary Kuppusamy dan Helmi Norman (2021), mendapati bahawa rata-rata guru gemar menggunakan Google Classroom bagi melaksanakan pembelajaran dalam talian. Terdapat perbezaan nilai min dan sisihan piawai bagi kemahiran guru dalam mengendalikan teknologi mengikut pengalaman mengajar. Bagi guru yang berpengalaman mengajar dalam tempoh 6 hingga 10 tahun, dapatan kajian diwakili oleh nilai min yang tertinggi iaitu 4.39 dan nilai sisihan piawai ialah 0.53. Manakala, guru yang berpengalaman mengajar dalam tempoh 11 hingga 15 tahun, dapatan kajian menunjukkan nilai min sebanyak 4.24 dan nilai sisihan piawainya 0.56. Nilai min ketiga tertinggi merujuk kepada guru yang berpengalaman mengajar dalam tempoh 16 hingga 20 tahun dengan nilai min 4.11 dan sisihan piawainya 0.62.

Selanjutnya, kajian yang dijalankan oleh Ummu Salma Mohiddin dan Fariza Khalid (2014) pula memberikan penumpuan terhadap penggunaan VLE-Frog dalam PdPc untuk meneliti tahap pengetahuan guru sekolah rendah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan guru bersetuju bahawa VLE-Frog mempunyai manfaat kepada guru dan murid. Malah, segelintir guru telah menggunakan VLE-Frog dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Ummu Salma Mohiddin dan Fariza Khalid (2014) berpendapat bahawa kegagalan guru menggunakannya kerana kurang pendedahan terhadap penggunaan laman web ini. Sebahagian guru yang lain pula tidak menggunakannya kerana kekurangan pengetahuan terhadap pengendalian laman web ini. Lebih mendukacitakan lagi apabila penyertaan murid juga kurang memberangsangkan kerana terdapat isu ketiadaan peranti dalam kalangan murid dan faktor ketidakupayaan capaian talian intenet. Justeru itu, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam talian melalui laman web VLE-Frog menemui kegagalan kerana kurangnya pengetahuan dalam kalangan guru dan murid.

Teori Behaviorisme

Bagi melaksanakan kajian ini, Teori Behaviorisme telah dijadikan sebagai sandaran kajian.

Teori behaviorisme merupakan teori yang mengkaji tingkah laku manusia ataupun haiwan.

B.F. Skinner menggagaskan bahawa setiap individu giat melakukan sebarang tingkah laku atau beroperasi secara aktif terhadap keadaan di sekelilingnya untuk menghasilkan akibat yang berlainan. Tingkah laku ini dikenali sebagai operan, iaitu bentuk tingkah laku yang dipelajari mungkin dipermantapkan penguasaanya atau dinyahkan, bergantung kepada akibat yang diterima (peneguhan positif atau peneguhan negatif). Proses pembelajaran dan penguasaan

(5)

tingkah laku ini dikenali sebagai pelaziman operan (Amal Mai, 2020). Sebagai contoh, sekiranya seseorang individu memberi sesuatu gerak balas terhadap sesuatu rangsangan dan akibatnya adalah menyenangkan, maka kemungkinan besar seseorang individu akan menunjukkan gerak balas yang sama apabila berhadapan dengan rangsangan tersebut pada lain masa. Dengan ini, pembelajaran berlaku apabila tingkah laku sukarela dipermantapkan atau dinyahkan disebabkan oleh akibat atau peristiwa sebelumnya (Woolfolk, 1998).

Menurut Feida Noorlaila Isti`adah (2020), terdapat dua komponen utama teori pelazmian operan ini iaitu peneguhan Reinforcement (reward) dan hukuman (punishment). Peneguhan merujuk kepada sebarang kesan yang memperkukuh atau menambahkan kekerapan sesuatu tingkah laku.Peneguhan terdiri daripada dua iaitu peneguhan positif (positive reicforcement) dan peneguhan negatif iaitu (negative reinforcement). Contoh peneguhan positif ialah apabila guru memberi komen yang positif terhadap murid berdasarkan hasil kerjanya dan murid akan lebih bermotivasi semasa pembelajaran dalam talian. Peneguhan negatif pula merupakan satu maklum balas yang akan menjatuhkan motivasi seseorang. Contohnya, seorang guru yang memarahi muridnya kerana tidak menyiapkan kerja sekolah. Apabila murid tidak juga membuat kerja sekolah, guru tersebut akan terus memarahinya. Akhirnya, murid tersebut akan berasa lali dengan leteran tersebut dan terus melakukan kerja sekolah. Murid tersebut akan beranggapan bahawa tuntutan membuat kerja tersebut hanya untuk mengelak daripada dimarahi oleh gurunya.

Berlainan dengan konsep hukuman, hukuman pula merupakan rangsangan yang mengurangkan kekerapan gerak balas. Terdapat dua bentuk hukuman yang dapat dilaksanakan dalam PdPc iaitu (i) bentuk penyampaian rangsangan (hukuman positif); dan (ii) penghapusan rangsangan (hukuman negatif). Penggunaan hukuman tidak disarankan untuk membentuk tingkah laku oleh Skinner, namun hukuman berfungsi sebagai cara menghapuskan tingkah laku yang tidak diingini. Tingkah laku negatif yang wujud akan berperingkat-peringkat terhapus apabila peneguhan tidak diberikan atau guru tidak memberi perhatian kepadanya (Amal Mai, 2020).

Oleh hal yang demikian, pengkaji berpendapat bahawa teori ini sesuai untuk digunakan dalam kajian ini. Dalam konteks pengajaran bahasa, teori ini menggagaskan bahawa bahasa diperolehi melalui proses pengulangan bahasa. Hal ini berlaku menerusi rangsangan dan gerak balas.

Selain itu, pengukuhan dalam pembelajaran yang dapat ditimbulkan melalui ganjaran. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, latihan dan latih tubi pola (bermula daripada senang kepada yang lebih susah) merupakan antaras aspek yang diberikan penekanan. Malah, penguasaan kemahiran lisan dalam pengajaran juga diberikan fokus bagi teori Behavioursme.

Pengamal teori Behaviorisme mempunyai pegangan bahawa pengajaran bahasa adalah bertitik tolak kepada prinsip: (i), bahasa yang diutamakan ialah bahasa lisan manakala bahasa tulisan merupakan bahasa kedua penting. Pengamal teori ini berkeyakinan bahawa pengajaran bahasa mestilah didahulukan bahasa lisan; (ii) pembelajaran bahasa tulisan merupakan perkara kedua terpenting dalam PdP bahasa. Hal ini jelas menunjukkan bahawa bagi bakal guru Bahasa Melayu, adalah perlu untuk membuat persediaan dalam proses PdP dalam talian agar murid- murid dapat menguasai kemahiran bertutur dalam sistem bahasa dan struktur bahasa itu terlebih dahulu dan kemudiannya diberikan fokus kepada pengajaran kemahiran membaca dan menulis (Norjietta Julita Taisin, 2018).

Selain itu, perlu difahami juga bahasa merujuk pada amalan rutin. Dalam konteks ini, prinsip pengajaran bahasa sebagai tabiat merangkumi latihan pengukuhan dan latih tubi serta perbualan lisan bahasa yang disediakan oleh guru Bahasa Melayu. Latihan pembelajaran dalam

(6)

talian merupakan bentuk latihan yang dikukuhkan. Hal ini merupakan latihan ulangan satu- satu gerak balas dengan satu-satu rangsangan. Latihan dan latih tubi hendaklah dilakukan dalam keadaan yang bermakna. Di samping itu, pengukuhan merupakan elemen penting dalam proses PdPc kerana menjadi wahana penentuan pembentukan tingkah laku yang dikehendaki.

Dalam situasi pembelajaran bahasa, pujian, prestij, pengiktirafan, maklum balas, galakan dan lain-lain bertindak sebagai pengukuh kemahiran bakal guru. Bakal guru Bahasa Melayu dikehendaki menyusun pelajaran dengan baik dan pengajaran dimulakan daripada pola-pola yang senang kepada yang lebih susah menerusi pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai. Ini adalah untuk mengelakkan pelajaran tersebut menjadi bosan. Peneguhan boleh dilanjutkan oleh bakal guru Bahasa Melayu melalui penggunaan bahan-bahan makmal bahasa (Norjietta Julita Taisin, 2018).

3. Metodologi Kajian

Kajian yang dijalankan ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui borang soal selidik yang diedarkan secara dalam talian. Dapatan kajian adalah berdasarkan kepada kejujuran responden dalam menjawab soalan soal selidik yang akan diedarkan secara dalam talian. Hasil kajian juga bergantung kepada pengetahuan dan kefahaman yang diperoleh mereka sepanjang mengikuti kursus yang ditawarkan.Kajian ini dijalankan kepada bakal guru Bahasa Melayu di Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. Responden yang dipilih ialah pelajar Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu yang berada pada semester 5 dan 7. Jumlah responden ini adalah sebanyak 80 responden. Pemilihan responden ini kerana responden telah pun mengikuti beberapa kursus penting seperti LHE 3101 iaitu Pengajaran Kemahiran Lisan, kursus LHE3116 Aplikasi Komputer dalam Pengajaran Bahasa Melayu dan kursus FCE3401 Teknologi Pendidikan.

Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk menngenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran serta masalah pelaksanaan pembelajaran dalam talian bagi kemahiran lisan dalam kalangan bakal guru Bahasa Melayu.

Objektif khusus kajian adalah seperti berikut:

i. Mengenal pasti tahap pengetahuan pelaksanaan pembelajaran dalam talian bagi kemahiran lisan dalam kalangan bakal guru Bahasa Melayu.

ii. Mengenal pasti tahap kemahiran pelaksanaan pembelajaran dalam talian bagi kemahiran lisan dalam kalangan bakal guru Bahasa Melayu.

iii. Mengenal pasti masalah pelaksanaan pembelajaran dalam talian bagi kemahiran lisan dalam kalangan bakal guru Bahasa Melayu.

Persoalan dan Hipotesis Kajian

i. Apakah tahap pengetahuan pelaksanaan pembelajaran dalam talian bagi kemahiran lisan dalam kalangan bakal guru Bahasa Melayu ?

ii. Apakah tahap kemahiran pelaksanaan pembelajaran dalam talian bagi kemahiran lisan dalam kalangan bakal guru Bahasa Melayu ?

iii. Apakah masalah pelaksanaan pembelajaran dalam talian bagi kemahiran lisan dalam kalangan bakal guru Bahasa Melayu ?

iv. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap pengetahuan pelaksanaan pembelajaran dalam talian bagi kemahiran lisan dalam kalangan bakal guru Bahasa Melayu.

(7)

v. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap kemahiran pelaksanaan pembelajaran dalam talian bagi kemahiran lisan dalam kalangan bakal guru Bahasa Melayu.

vi. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada masalah pelaksanaan pembelajaran dalam talian bagi kemahiran lisan dalam kalangan bakal guru Bahasa Melayu.

Instrumen Kajian

Reka bentuk penyelidikan kuantitaif telah digunakan bagi menjawab kesemua persoalan kajian dan hipotesis kajian berkaitan tahap pengetahuan, kemahiran serta masalah pelaksanaan pembelajaran dalam talian bagi kemahiran lisan dalam kalangan bakal guru Bahasa Melayu.

Borang soal selidik telah dibangunkan bagi mendapatkan maklum balas responden. Dalam soal selidik ini, kandungan item soal selidik mengandungi penggunaan skala nominal seperti sangat tidak setuju, tidak setuju, tidak pasti, setuju dan sangat setuju. Soalan dalam borang soal selidik ini berkaitan pemboleh ubah iaitu tahap pengetahuan, kemahiran dan masalah pembelajaran dalam talian bagi kemahiran lisan. Set soalan ini mengandungi 4 bahagian. Bahagian A ialah berkaitan maklumat demografi bakal guru Bahasa Melayu, bahagian B berkaitan tahap pengetahuan pelaksanaan pembelajaran dalam talian bagi kemahiran lisan dalam kalangan bakal guru Bahasa Melayu. Bahagian C berkaitan tentang tahap kemahiran pelaksanaan pembelajaran dalam talian bagi kemahiran lisan dalam kalangan bakal guru Bahasa Melayu.

Bahagian D pula tentang masalah pelaksanaan pembelajaran dalam talian bagi kemahiran lisan dalam kalangan bakal guru Bahasa Melayu.

4. Dapatan Kajian

Dapatan kajian jelas menunjukkan gambaran yang jelas tentang tahap pengetahuan, kemahiran dan masalah pembelajaran dalam talian bagi meneliti tahap penguasaan kemahiran lisan dalam kalangan bakal guru Bahasa Melayu semasa pandemik.

Tahap Pengetahuan Pelaksanaan Pembelajaran Dalam Talian Bagi Kemahiran Lisan Dalam Kalangan Bakal Guru Bahasa Melayu

Perincian bagi tahap pengetahuan pelaksanaan pembelajaran dalam talian bagi kemahiran lisan dalam kalangan bakal guru bahasa Melayu mengikut item yang dapat dilihat dalam Jadual 1.

Terdapat sembilan item yang telah diguna bagi mendapatkan dapatan. Min tertinggi ialah item B5 iaitu saya tahu membina platform penghantaran tugasan (Google Form, Google Drive, Padlet). Skor minnya ialah 4.71. Item B2 iaitu pembelajaran berdasarkan video yang dimuat naik oleh guru lebih berkesan berbanding secara dalam talian merupakan item yang mendapat skor min terendah iaitu 3.72.

Jadual 1: Tahap Pengetahuan Pelaksanaan Pembelajaran dalam Talian bagi Kemahiran Lisan dalam Kalangan Bakal Guru Bahasa Melayu

Bil Item Soalan N Min Sisihan

Piawai (SP) B1 Saya tahu bahawa penggunaan medium pembelajaran dalam talian

dapat meningkatkan komunikasi (Zoom, Google Meet, Google Classroom).

72 4.19 0.959

B2 Saya faham bahawa pembelajaran berdasarkan video yang dimuat naik oleh guru lebih berkesan berbanding secara dalam talian.

72 3.72 1.129 B3 Saya mengambil peduli tentang penggunaan aplikasi Whatsapp dan

Telegram memudahkan interaksi guru dan murid.

72 4.46 0.768

(8)

B4 Saya mengambil berat tentang perbincangan secara langsung antara guru dan murid dapat meningkatkan kemahiran lisan murid.

72 4.68 0.499 B5 Saya faham membina platform penghantaran tugasan (Google

Form, Google Drive, Padlet).

72 4.71 0.638 B6 Saya mengerti bahawa penggunaan elemen multimedia merangsang

pembelajaran murid.

72 4.69 0.521 B7 Saya tahu menggunakan internet untuk mempelbagaikan cara

pengajaran.

72 4.60 0.620 B8 Saya mengambil tahu membina bahan pengajaran secara dalam

talian.

72 4.63 0.542 B9 Saya faham menggunakan bahan pengajaran untuk pembelajaran

dalam talian.

72 4.60 0.597

Tahap Kemahiran Pelaksanaan Pembelajaran Dalam Talian Bagi Kemahiran Lisan Dalam Kalangan Bakal Guru Bahasa Melayu

Dapatan kajian bagi tahap kemahiran pelaksanaan pembelajaran dalam talian bagi kemahiran lisan dalam kalangan bakal guru bahasa Melayu mengikut item pula mendapati bahawa skor min tertinggi ialah item C3 iaitu 4.61 dan sisihan piawai 0.545. Soalan item ini ialah Saya berupaya untuk memilih platform yang sesuai untuk memudahkan komunikasi (Zoom, Google Meet, Google Classroom, Whatsapp, Telegram). Item C7 iaitu Saya boleh menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dengan menggunakan TMK pula mempunyai skor min yang terendah iaitu 4.38 dan sisihan piawai 0.721.

Jadual 2: Tahap Kemahiran Pelaksanaan Pembelajaran dalam Talian bagi Kemahiran Lisan dalam Kalangan Bakal Guru Bahasa Melayu

Bil Item Soalan N Min Sisihan

Piawai (SP) C1 Saya mampu mengendalikan aktiviti perbincangan melalui platform

dalam talian (Zoom, Google Meet, Google Classroom, Whatsapp, Telegram).

72 4.57 0.552

C2 Saya berkemahiran untuk berkomunikasi melalui pelbagai platform mengikut keadaan (Zoom, Google Meet, Google Classroom, Whatsapp, Telegram).

72 4.57 0.577

C3 Saya berupaya untuk memilih platform yang sesuai untuk

memudahkan komunikasi (Zoom, Google Meet, Google Classroom, Whatsapp, Telegram).

72 4.61 0.545

C4 Saya berkebolehan untuk mencari bahan dengan menggunakan internet.

72 4.56 0.625 C5 Saya pandai untuk memilih bahan pengajaran untuk merangsang

komunikasi murid.

72 4.50 0.557 C6 Saya handal untuk menyesuaikan TMK dalam menyempurnakan

tugasan. (Pembentangan, Video dan audio tugasan).

72 4.47 0.649 C7 Saya berbakat menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran

yang berkualiti dengan menggunakan TMK.

72 4.38 0.721 C8 Saya cekap untuk mengendalikan teknologi semasa di dalam kelas

(Microsoft Power Point, Zoom, Google Meet, Youtube).

72 4.53 0.649 C9 Saya bijak untuk memilih platform penghantaran tugasan daripada

murid (Youtube, Google Drive).

72 4.60 0.573

Masalah Pelaksanaan Pembelajaran dalam Talian Bagi Kemahiran Lisan dalam Kalangan Bakal Guru Bahasa Melayu

Jadual 3 menunjukkan dapatan keseluruhan item-item ini. Item yang mempunyai nilai tertinggi dalam dapatan ini ialah item D3 iaitu dengan skor 4.46 dan sisihan piawai 0.649. Soalan item D3 ialah Saya mempunyai komputer riba yang baik untuk berkomunikasi. Manakala item D1

(9)

iaitu Saya berada di lokasi yang mempunyai capaian internet yang baik untuk berkomunikasi pula mempunyai nilai min terendah iaitu 3.83 dan sisihan piawai 1.048.

Jadual 2: Tahap Kemahiran Pelaksanaan Pembelajaran dalam Talian bagi Kemahiran Lisan dalam Kalangan Bakal Guru Bahasa Melayu

Bil Item Soalan N Min Sisihan

Piawai (SP) D1 Saya berada di lokasi yang mempunyai capaian

internet yang baik untuk berkomunikasi.

72 3.83 1.048

D2 Saya berada di lokasi yang memudahkan saya untuk berkomunikasi.

72 4.18 0.861

D3 Saya mempunyai komputer riba yang baik untuk berkomunikasi.

72 4.46 0.649

D4 Saya mudah mendapat bahan bantu mengajar bagi merangsang kemahiran lisan murid.

72 4.33 0.650

D5 Saya mempunyai tempat mengajar yang kondusif. 72 4.01 1.000 D6 Saya mendapat motivasi yang baik daripada orang

sekeliling.

72 4.36 0.827

D7 Saya boleh mempelbagaikan cara pengajaran bagi menarik minat murid untuk berinteraksi.

72 4.42 0.622

D8 Saya mempunyai alat bantu mengajar yang baik (Komputer riba, Telefon pintar, Mikrofon).

72 4.39 0.686

4. Perbincangan Kajian

Berdasarkan objektif tahap pengetahuan, terdapat sembilan item yang telah dibina bagi diuji kepada responden. Penggunaan kata kunci saya tahu bertujuan untuk menguji tahap pengetahuan responde. Hasil analisis data mendapati bahawa responden mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi dalam melaksanakan pembelajaran dalam talian bagi kemahiran lisan.

Skor min yang diperoleh ialah 4.48. Pengkaji juga telah menganalisis item-item ini dengan lebih terperinci. Hasilnya mendapati bahawa item B5 mendapat skor min yang tinggi iaitu 4.71 dan menunjukkan bahawa responden mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi dalam membina platform penghantaran tugasan. Namun begitu, item B2 telah mendapat skor min rendah sebanyak 3.72. Item ini ingin menguji pengetahuan responden terhadap keberkesanan pembelajaran video terhadap murid. Hasil analisis kajian ini didapati menunjukkan satu perkembangan yang positif terhadap dunia pendidikan. Kajian sebelum ini oleh Ummu Salma Mohiddin dan Fariza Khalid (2014) mendapati bahawa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam talian melalui laman web VLE-Frog menemui kegagalan kerana kurangnya pengetahuan dalam kalangan guru dan murid. Oleh itu, hasil kajian ini yang mendapati bahawa tahap pengetahuan yang tinggi dalam kalangan bakal guru bahasa Melayu dalam melaksanakan pembelajaran dalam talian bagi kemahiran lisan didapati tidak selari dengan kajian yang dahulu. Ahli-ahli teori behaviorisme berpendapat bahawa segala tingkah laku manusia telah dipengaruhi oleh suatu rangsangan persekitaran. Hasil kajian ini mendapati bahawa pengetahuan yang ada pada bakal guru merupakan rangsangan kepada bakal guru dalam melaksanakan pembelajaran dalam talian bagi kemahiran lisan. Oleh hal yang demikian item B5 telah mendapat min yang tinggi kerana membina platform penghantaran tugasan.

Objektif kedua kajian ini ialah tahap kemahiran pelaksanaan pembelajaran dalam talian bagi kemahiran lisan dalam kalangan bakal guru Bahasa Melayu. Terdapat sembilan item yang telah dibina oleh pengkaji bagi diuji kepada responden. Bahagian ini ingin melihat sejauh manakah responden menguasai kemahiran-kemahiran teknologi bagi tujuan pembelajaran dalam talian.

Skor min keseluruhan bagi objektif ini adalah tinggi iaitu 4.25. Kajian mendapati bahawa tahap kemahiran adalah tinggi pada item C3 dengan skor min 4.61. Manakala skor min terendah iaitu

(10)

4.38 merujuk kepada item C7. Namun begitu, nilai skor min bagi kedua-dua item tidak begitu banyak berbeza dan masih menunjukkan pengetahuan responden terhadap kemahiran lisan dalam talian adalah tinggi. Justeru itu, kajian ini mendapati bahawa tahap kemahiran pelaksanaan pembelajaran dalam talian bagi kemahiran lisan dalam kalangan bakal guru Bahasa Melayu adalah sangat tinggi. Perkembangan positif ini menggambarkan kesediaan bakal guru bahasa Melayu, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia dalam menempuhi dunia pendidikan sebagai guru.

Dapatan kajian bagi tahap pengetahuan bakal guru Bahasa Melayu dalam pengajaran keamhiran lisan didapati menyamai pandangan Yogeswary Kuppusamy dan Helmi Norman (2021), yang mana mendapati bahawa guru-guru yang mempunyai pengalaman mengajar antara 1 hingga 20 tahun mempunyai tahap kemahiran teknologi yang tinggi dalam melaksanakan pembelajaran dalam talian. Oleh itu, tuntutan bagi penguasaan kemahiran yang tinggi bagi kemahiran lisan dalam kalangan bakal guru Bahasa Melayu didapati menyamai sorotan kajian terdahulu iaitu adalah penting bagi guru-guru muda mempunyai kemahiran teknologi yang tinggi. Kemahiran guru dalam memilih platform yang sesuai sudah semestinya dapat membantu bakal guru dalam mengajar kemahiran lisan secara dalam talian. Hal ini demikian kerana setiap platform yang dipilih mempunyai kelebihan dan kekurangan.

Contohnya, penggunaan platform seperti Whatsapp lebih berkesan kerana tidak memerlukan bakal guru menggunakan data internet yang banyak. Hal ini berbeza dengan platform lain seperti Zoom atau Google Meet yang memerlukan kepantasan internet yang tinggi. Oleh hal yang demikian, komunikasi lisan dapat dilaksanakan secara berkesan melalui rangsangan platform seperti Whatsapp kerana lebih mudah dan pantas.

Objektif ketiga kajian ini ialah masalah pelaksanaan pembelajarn dalam talian bagi Kemahiran lisan dalam kalangan guru bahasa Melayu. Item yang telah dibina ialah sebanyak lapan item.

Pembinaan item ini berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh responden seperti capaian internet, peranti pembelajaran dan lokasi kediaman. Bahagian ini ingin melihat masalah- masalah yang dihadapi oleh responden dalam melaksanakan pembelajaran dalam talian bagi kemahiran lisan. Skor min keseluruhan bagi bahagian ini ialah 4.25. Hasil kajian ini mendapati bahawa masalah yang dihadapi oleh responden sangat tinggi pada item D3 dengan skor min 4.46. Skor min terendah pula merujuk kepada item D1 iaitu skor minnya ialah 3.83.

Berdasarkan skor min kedua-dua item ini menunjukkan bahawa skor min masih berada pada tahap tinggi. Oleh itu, kajian ini mendapati bahawa masalah pelaksanaan pembelajaran dalam talian bagi kemahiran lisan dalam kalangan guru bahasa Melayu adalah tinggi. Masalah yang dihadapi ini haruslah diambil serius dan dijadikan cabaran oleh bakal guru untuk menyelesaikannya.

Dapatan kajian ini dilihat hampir menepati saranan Siti Nurbaizura Che Azizan dan Nurfaradilla Mohamad Nasri (2020). Terdapat pelbagai cabaran utama yang menyebabkan pembelajaran dalam talian tidak berkesan. Antaranya ialah kerana peranti yang lama, capaian internet yang lemah dan kurang kemahiran menguasai teknologi. Malah, dapatan kajian Norfarahi Zulkifli, Mohd Isa Hamzah dan Khadijah Abdul Razak (2020), yang mana mendapati bahawa penggunaan Massive Open Online Course (MOOC) dalam proses pengajaran dan pembelajaran menemui kegagalan. Antara puncanya ialah masalah liputan Wifi, sikap pelajar dan peralatan yang tidak lengkap. Oleh itu, hasil kajian ini yang mendapati bahawa masalah yang tinggi dihadapi oleh bakal guru bahasa Melayu dalam melaksanakan pembelajaran dalam talian bagi kemahiran lisan. Hasil kajian ini didapati selari dan menyamai kajian-kajian yang terdahulu. Hasil kajian ini jelas menunjukkan bahawa komputer riba yang kurang baik akan mengganggu komunikasi lisan bakal guru. Hal ini demikian kerana komputer

(11)

riba merupakan rangsangan yang akan menentukan komunikasi lisan secara dalam talian berlaku secara atau tidak. Oleh itu, kegagalan komputer riba berfungsi dengan baik akan mengganggu kemahiran mendengar dan bertutur antara bakal guru dengan murid

5. Kesimpulan

Tuntasnya, dalam pengajaran kemahiran lisan dalam talian, bakal guru Bahasa Melayu adalah disarankan mempunyai tahap pengetahuan dan kemahiran yang tinggi. Keupayaan bakal guru mengendalikan kepelbagaian aplikasi dan perisian pembelajarab dalam talian pastinya berupaya merubah corak PdPc. Guru merupakan individu penting bagi memastikan kejayaan murid-murid menguasai kemahiran lisan. Justeru, bakal guru perlu mempunyai kefahaman, kesedaran dan penguasaan menggunakan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan berlandaskan prinsip-prinsip tertentu. Hal ini dapat dilakukan dengan cara penggunaan bahasa baku (standard) iaitu bahasa yang ditutur oleh penutur asli atau murid; melibatkan bentuk komunikasi dua hala antara guru dan murid (speaker and listener) dan kesedaran untuk mengajar kemahiran bahasa mengikut susunan iaitu bermula dengan mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

Rujukan

Abdul Rasid Jamian, and Shamsudin Othman, and Sufiza Ishak, (2013) Interaksi lisan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu (MyLEJ), 3 (1), 42-51.

Bani Hidayat Mohd Shafie. (2020). Pelaksanaan pdpc dalam talian (OLL) semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) Fasa 1 dan 2 Covid-19. Jurnal Dunia Pendidikan. Vol. 2, No. 2, 213-221.

Feida Noorlaila Isti`adah. (2020). Teori-teori belajar dalam pendidikan. Jawa Barat: Edu Publisher.

Fenny Lau Yeo Feng, Kee Guek Fen, Khoo Phau Liang dan Lee Huoy Shin. (2021). Kaedah pengajaran dalam talian guru bahasa Melayu dan motivasi murid sekolah jenis kebangsaan cina sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu - JPBM. Vol.11, Bil. 1(Mei 2021), 57-74.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2021). Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah versi 2. Putrajaya:Bahagian Pembangunan Kurikulum

Mohamad Mohsin Mohamad Said dan Nasruddin Yunos (2006). Hubungan kreativiti dan ilmu pengetahuan. Jurnal Pengajian Umum Bil. 7, 41-52.

Norfarahi Zulkifli, Mohd Isa Hamzah dan Khadijah Abdul Razak. (2020). Isu dan cabaran penggunaan mooc dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Journal of Research Policy & Practice of Teachers & Teachers Education Vol.10, No.1, 78-95.

Norjietta Julita Taisin. (2018). Keberkesanan Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Kadazandusun Dalam Kalangan Guru Bahasa Kadazan dusun Sekolah Rendah.

e-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan 2018 PASAK3 2018. 23-24 April 2018 . Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, 363-378.

Rozana Jaafar (2020). Strategi pembelajaran kemahiran mendengar dan menulis dalam kalangan pelajar etnik cina dan india ketika belajar bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu - JPBM. Vol. 10, Bil. 1(Mei 2020), 64-76.

Siti Saniah Abu Bakar. (2013). Kekangan pelajar asing dalam menggunakan kemahiran bertutur bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu-JPBM. Vol. 3, Bil. 1, (Mei 2013), 56-62.

(12)

Siti Nurbaizura Che Azizan dan Nurfaradilla Mohamad Nasri. (2020). Pandangan guru terhadap pembelajaran dalam talian melalui pendekatan home based learning (HBL) semasa tempoh pandemik covid-19. PENDETA Journal of Malay Language, Education and LiteratureJilid 11 Edisi Khas, 2020, 46-57.

Tiga beradik daki bukit untuk dapat internet ikuti PdPR. (19 Jun 2021). Sinar Harian.

Dicapai daripada https://www.sinarharian.com.my/article/145216/EDISI/Tiga- beradik-dakibukit-untuk-dapat-internet-ikuti-PdPR

Ummu Salma Mohiddin dan Fariza Khalid. (2014). Tahap pengetahuan guru sekolah rendah dalam penggunaan vle-frog untuk pengajaran & pembelajaran. The 4th International Conference on Learner Diversity (ICELD 2014), 780-788.

Yahya Buntat, Zakaria Mohd. Yusof & Meor Ibrahim Kamaruddin. (2006). Kemahiran employability: tanggapan guru terhadap penerapannya di sekolah, satu kajian kes.

Diakses pada 11 Januari 2013 http://eprints.utm.my/2235/1/7_8.pdf ( Woolfolk, A. E. (1998). Educational psychology. Boston: Allyn & Bacon.

Yogeswary Kuppusamy dan Helmi Norman. (2021). Kemahiran teknologi dan kesedian melaksanakan pembelajaran dan pemudahcaraan dalam talian semasa era pandemik dalam kalangan guru di sekolah rendah tamil. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 3, n.

1, p. 428-441.

Zarien Nurlieyana Aminuddin, Azhar Md. Sabil dan Abdul Rasid Jamian. (2020). Teknik interaksi lisan dalam pengajaran kursus bahasa Melayu di institute pendidikan guru (IPG). ENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature Jilid 11 No.2, 18-32.

Referensi

Dokumen terkait

Kajian mendapati bahawa kemahiran asas yang dimiliki oleh kaunselor dapat membantu dirinya menguasai pelbagai kemahiran lain yang diperlukan dalam proses kaunseling

Terdapat kajian lepas yang dilakukan oleh Zarina Ahmad 2009 berkenaan aspek bahasa dalam kalangan pelajar dalam situasi rasmi namun, kajian itu menjurus terhadap penggunaan bahasa

Oleh yang demikian satu kajian perlu dijalankan untuk mengenalpasti tahap kesediaan bakal guru pelajar tahun akhir perdana ( Kemahiran Hidup) bagi menceburi profesion perguruan

Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penggunaan kata sendi nama bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Universiti Putra Malaysia.. berada pada tahap memuaskan, iaitu dengan

Kajian ini meninjau tahap penerimaan 40 orang bakal guru Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu (BPBM), Fakulti Pengajian Pendidikan terhadap penggunaan teknologi Realiti

Pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis ayat gramatis Bahasa Melayu (BM) menggunakan Facebook dalam kalangan murid lemah di sekolah kajian memberi kesan yang

Secara keseluruhan, hasil kajian menunjukkan bahawa kemahiran yang paling kerap diterapkan oleh guru-guru Bahasa Melayu mengikut urutan adalah (i) kemahiran beretika dan

Bagi menjawab objektif pertama, hasil kajian menunjukkan tahap penguasaan kemahiran bertutur bahasa Melayu oleh murid Cina berada pada tahap yang sederhana kerana kebanyakan murid