• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penguasaan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Penguasaan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

Penguasaan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu Murid Tahun 1 di SJKC dari Perspektif Guru

(Mastery of Malay Reading and Writing Skills of Year 1 Pupils at SJKC from the Teacher's Perspective)

Nurhidayah Mat Husin1*, Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600, Bangi, Selangor, Malaysia

*Pengarang Koresponden: [email protected] Accepted: 15 February 2023 | Published: 1 March 2023

DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.23

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk meneroka permasalahan murid yang belajar di tahun satu di SJKC untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis bahasa Melayu berdasarkan perspektif guru. Reka bentuk kualitatif berdasarkan kajian kes telah dipilih sebagai kaedah dalam kajian ini. Peserta kajian terdiri daripada seramai tiga orang guru bahasa Melayu yang mengajar di tiga buah SJKC di daerah Hulu Perak. Temu bual telah digunakan sebagai alat utama untuk mengumpulkan data. Analisis transkripi temu bual telah menghasilkan tiga tema yang berkaitan dengan kajian ini. Hasil dapatan kajian telah menunjukkan bahawa murid-murid tahun satu yang belajar di SJKC mempunyai masalah dalam penguasaan kemahiran membaca dan menulis bahasa Melayu. Dapatan kajian juga telah mengenalpasti beberapa faktor yang mempengaruhi masalah tersebut iaitu sikap murid, persekitaran, dan ibu bapa. Pihak-pihak berkepentingan seperti guru, pentadbir sekolah, dan ibu bapa perlu memainkan peranan dan bekerjasama untuk membantu mengatasi masalah ini.

Kesimpulannya, bagi mengelakkan keciciran murid dalam pembelajaran bahasa Melayu terus berlaku, semua pihak perlu bertindak untuk mengatasi masalah ini dengan segera.

Kata kunci: kemahiran membaca, kemahiran menulis, murid tahun 1 SJKC, perspektif guru

Abstract: This study was carried out with the aim of exploring the problems of students studying in year one at SJKC to master reading and writing Malay based on the teacher's perspective. A qualitative design based on a case study was chosen as the method in this study.

The study participants consisted of a total of three Malay teachers who teach at three SJKC in the Hulu Perak district. Interviews were used as the main tool to collect data. The analysis of the interview transcripts has produced three themes related to this study. The results of the study have shown that first year students studying at SJKC have problems in mastering the skills of reading and writing Malay. The findings of the study have also identified several factors that influence the problem, namely the attitude of students, the environment, and parents. Stakeholders such as teachers, school administrators, and parents need to play a role and work together to help overcome this problem. In conclusion, in order to prevent student dropouts in learning the Malay language from continuing to occur, all parties need to act to overcome this problem immediately.

Keywords: reading skill, writing skill, year 1 pupils at SJKC, teacher's perspective

___________________________________________________________________________

(2)

1. Pengenalan

Hasil daripada penjajahan oleh kuasa asing, Malaysia kini menjadi sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum atau bangsa. Negara ini tidak hanya terdiri daripada bangsa Melayu sahaja malah turut terdiri daripada bangsa-bangsa lain seperti Cina dan India. Ia termasuklah pelbagai etnik dan suku kaum seperti Iban, Melanau, Kadazandusun, Orang Ulu dan sebagainya di bahagian Borneo.

Setelah kemerdekaan negara Malaysia daripada penjajahan kuasa asing, bahasa Melayu telah dipilih dan digunakan sebagai satu-satunya bahasa yang perlu digunakan oleh semua.

Penggunaan satu bahasa ini memudahkan semua warga saling memahami. Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai alat untuk berkomunikasi dan sangat penting kepada semua rakyat.

Bahasa Melayu juga diangkat dan dijadikan sebagai bahasa rasmi negara malah ia turut mendapat status sebagai bahasa kebangsaan Malaysia. Bahasa Melayu telah dijadikan asas untuk membina negara bangsa.

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah mengisytiharkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara dan juga menjadi bahasa rasmi Malaysia. Hal ini telah mengangkat status dan kedudukan bahasa Melayu sebagai satu bahasa yang sangat penting dan wajib dikuasai oleh semua rakyat di negara ini tanpa mengira kaum dan bangsa. Penggunaan bahasa Melayu perlu wajib dipelajari kerana ia akan menjadi bahasa utama dalam perhubungan setiap ahli masyarakat.

Sesuai dengan fungsinya sebagai bahasa komunikasi, bahasa Melayu telah menjadi bahasa perpaduan untuk menyatukan rakyat berbilang kaum di negara ini secara tidak langsungnya.

Bagi masyarakat yang hidup dalam kepelbagaian kaum dan bangsa, perpaduan merupakan satu perkara yang sangat penting. Negara tidak akan aman dan keharmonian akan terjejas tanpa perpaduan rakyatnya. Negara Malaysia telah memilih bahasa Melayu untuk menjadi medium perpaduan rakyat. Bahasa ini telah dipilih disebabkan penuturnya, iaitu bangsa Melayu merupakan bangsa majoriti dan penduduk asal. Maka, bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa utama yang wajib diketahui dan dikuasai oleh setiap warganegara sejak dari peringkat awal lagi.

2. Pernyataan Masalah

Kajian yang melibatkan PdPc bahasa Melayu kepada penutur bukan natif sebagai bahasa kedua banyak dijalankan oleh pengkaji di seluruh Malaysia. Namun begitu, kajian yang berfokuskan kepada masalah atau isu berkaitan kemahiran membaca dan menulis melibatkan murid-murid sekolah rendah atau lebih berfokus kepada tahun satu agak sukar didapati dan tidak terkini. Hal ini disebabkan secara realitinya pada hari ini, murid-murid tahun satu terutamanya murid bukan penutur natif bahasa Melayu yang belajar di SJKC masih lemah dalam kemahiran berbahasa Melayu termasuklah membaca dan menulis. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana murid seharusnya sudah menguasai kemahiran asas tersebut sebelum memasuki pendidikan formal di tahun satu.

Pencapaian murid-murid di SJK dalam mata pelajaran bahasa Melayu semakin merosot akibat kelunturan dan kelemahan dalam menguasai kemahiran berbahasa. Dapatan hasil kajian lepas oleh Chew Fong Peng (2016), menunjukkan bahawa kebanyakan murid berbangsa Cina di Malaysia kurang fasih membaca dalam bahasa Melayu terutamanya yang tinggal di kawasan luar bandar. Nora’azian (2018) berpendapat bahawa kajian dan penyelidikan berkaitan

(3)

kecekapan penguasaan dan penggunaan bahasa Melayu kepada murid sekolah rendah adalah amat penting untuk dilaksanakan bagi menyediakan satu laluan dan langkah awal dalam kalangan murid terutamanya kepada murid bukan penutur natif bahasa Melayu. Setiap warganegara ini yang mampu menguasai kemahiran berbahasa Melayu termasuklah kemahiran lisan, membaca, dan menulis dengan baik akan membantu dalam usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu.

Penggunaan bahasa Melayu dalam aspek kebudayaan dan kehidupan sosial perlu diberi dititikberatkan disebabkan bahasa ini sering dipertuturkan atau digunakan. Walau bagaimanapun, penguasaan bahasa Melayu terutamanya dalam kemahiran membaca dan meulis dilihat masih tidak memuaskan terutama dalam kalangan murid bukan Melayu atau murid bukan penutur natif. Maka, kajian ini memberi tumpuan kepada penguasaan asas kemahiran membaca dan menulis bahasa Melayu dalam kalangan murid tahun satu lagi terutamanya yang sedang belajar di SJKC.

3. Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:

i. Meneroka masalah penguasaan kemahiran membaca dan menulis bahasa Melayu murid tahun 1 di SJKC dari perspektif guru.

ii. Mengenal pasti faktor yang mempengaruhi masalah penguasaan kemahiran membaca dan menulis tahun 1 di SJKC dari perspektif guru.

iii. Mengetahui peranan guru mata pelajaran dan pentadbir sekolah dalam mengatasi masalah kemahiran membaca dan menulis bahasa Melayu murid tahun 1 di SJKC dari perspektif guru.

4. Ulasan Kajian Lepas

Kajian yang dijalankan oleh Abdul Rasid Jamian (2011) menunjukkan bahawa masih ada murid Cina yang tidak boleh menyebut sesuatu perkataan bahasa Melayu dengan betul dan tepat. Mereka juga cenderung untuk mengabaikan penggunaan perkataan yang mereka tidak tahu atau fahami maksudnya. Keadaan ini memberi kesan dalam aktiviti membaca. Hal ini disebabkan apabila mereka membaca dan menemui perkataan yang difahami, mereka akan mengabaikan perkataan tersebut. Maka, murid tidak memahami apa yang dibaca dengan baik atau tidak memahami maklumat yang disampaikan.

Chew Fong Peng (2016) menjalankan satu kajian tentang kebolehan membaca murid berbangsa Cina yang belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Kebangsaan (SK).

Hasil kajian tersebut menunjukkan murid-murid mempunyai masalah untuk menggunakan bahasa Melayu dengan baik disebabkan faktor kurang membaca bahan bacaan dalam bahasa Melayu. Murid-murid kurang suka membaca bahan bacaan bahasa Melayu dan terdapat banyak faktor yang menyebabkan situasi itu berlaku termasuklah disebabkan oleh faktor budaya, keluarga, dan pengaruh rakan.

Penutur bukan jati di SJKC menghadapi masalah yang serupa sebagaimana dalam situasi sebenar iaitu mereka tidak mampu menggunakan atau menulis bahasa Melayu dengan baik (Noor Zila Md Yusuf, 2015). Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas oleh guru hanya tertumpu kepada memindahkan dan menghafal fakta untuk tujuan peperiksaan.

Kebanyakan pelajar hanya semata-mata menghafal rumus tatabahasa, contoh-contoh karangan, dan menggunakan interlingualisme dalam karangan atau penulisan mereka.

(4)

Norsimah Mat Awal, Nadrah Abu Bakar dan Norhashimah Jalaluddin (2012) pula mendapati pelajar bukan Melayu yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) mempunyai prestasi yang sederhana dan majoriti daripada mereka berada dalam kategori lemah terutamanya dalam kemahiran menulis. Pelajar-pelajar Cina dilihat tidak menggunakan bahasa Melayu dalam aktiviti membaca dan menulis. Hal ini disebabkan mereka mengganggap bahasa Melayu tidak begitu penting untuk digunakan dalam kehidupan atau pekerjaan mereka.

Kajian oleh Paramasivam Muthusamy (2017) menyatakan bahawa telah wujud kekeliruan penggunaan bahasa Melayu yang betul disebabkan kelemahan penguasaan kosa kata. Situasi ini telah berlaku dalam kalangan murid-murid di SJKC disebabkan mereka banyak terpengaruh dengan penggunaan bahasa Inggeris atau dialek Mandarin ditambah pula dengan penguasaan koasa kata bahasa Melayu yang lemah. Anne Jeffrey & Saidatul Nornis (2020) menyatakan pendapat yang sama. Murid akan menggabungkan perkataan asing terutamanya dalam penulisan bahasa Melayu disebabkan tidak memiliki kosa kata yang luas dan mencukupi.

Situasi ini bukan sahaja boleh melemahkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid, malah juga akan merosakkan bahasa Melayu dengan penggunaan bahasa rojak seperti itu.

Kajian oleh Liew, Yahya & Abdul Rasid (2016) menunjukkan murid Cina banyak membuat kesalahan dalam penggunaan kata bahasa Melayu termasuklah kesalahan morfologi lain seperti kata pemeri, kata ganda, kata sendi nama, imbuhan, dan sebagainya.

Kesilapan tatabahasa semasa mempelajari bahasa kedua, iaitu bahasa Melayu adalah perkara biasa dalam kalangan murid Cina dan India. Menurut Norsidah Ab. Hamide et al. (2010) dalam Zamri et.al (2018), 89% murid bukan Melayu menunjukkan kelemahan dalam tatabahasa.

Murid yang lemah dalam tatabahasa memudahkan mereka melakukan kesilapan. Kajian oleh Money (2004) menyatakan murid banyak membuat kesalahan tatabahasa berkaitan penggunaan perkataan, frasa, dan ayat. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan murid melakukan kesalahan tersebut termasuklah kurang membuat latihan tatabahasa, tidak didedahkan dengan persekitaran penggunaan bahasa Melayu, masa, mengalami kekeliruan, dan murid yang bersikap cuai (Chai Chuen et. al. (2007).

5. Metodologi Kajian

Kajian ini adalah menggunakan reka bentuk kualitatif berdasarkan kajian kes. Kajian kes ini berbentuk inkuiri untuk meneroka sejauhmana tahap penguasaan kemahiran membaca dan menulis bahasa Melayu dalam kalangan murid tahun satu. Murid tersebut adalah mereka yang belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). Kajian kes yang diaplikasi dalam kajian ini adalah kajian kes daripada jenis 'satu kes, satu tempat' atau 'satu kes, satu lokasi'. Kajian kes ini hanya dilaksanakan di tiga buah sekolah sahaja di mana ia terletak di dalam daerah atau kawasan yang sama. Walau bagaimanapun, ketiga-tiga sekolah tersebut berada dalam kategori berbeza iaitu di bandar dan luar bandar. 80% murid di sekolah ini merupakan bukan penutur asli bahasa Melayu. Oleh itu, kajian kualitatif adalah sesuai untuk dilaksanakan kerana ia bersesuaian dengan dapatan yang ingin diperoleh oleh pengkaji melalui kajian ini.

Kajian ini melibatkan seramai tiga individu sebagai peserta kajian. Ketiga-tiga orang tersebut merupakan guru yang mengajar mata pelajaran bahasa Melayu tahun satu di SJKC. Seorang peserta kajian merupakan lelaki manakala dua orang lagi adalah perempuan. Ketiga-tiga mereka memiliki pengalaman mengajar bahasa Melayu di antara 8 hingga 20 tahun. Peserta kajian 1dilabelkan sebagai P1, peserta kajian 2 dilabelkan sebagai P2, dan peserta kajian 3 dilabelkan sebagai P3. Peserta kajian 1 mengajar di SJKC yang terletak di kawasan bandar manakala peserta kajian 2 dan 3 mengajar di kawasan luar bandar. Peserta kajian ini telah

(5)

dipilih secara rawak berdasarkan pengalaman mereka mengajar mata pelajaran bahasa Melayu murid tahun satu. Peserta kajian juga berpengalaman berhadapan dengan murid tahun satu yang menghadapi masalah untuk menguasai kemahiran asas dalam membaca dan menulis. Peserta kajian yang terpilih ini merupakan guru yang mampu memberikan maklumat dan dapatan yang tepat dan matang mengenai kajian ini.

Tiga buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang dipilih sebagai lokasi kajian ini terletak di Daerah Hulu Perak. Ketiga-tiga buah sekolah ini terletak di kawasan yang dikategorikan sebagai bandar dan luar bandar. Lokasi kajian ini dipilih kerana pengkaji berada berdekatan dengan kawasan tersebut. Oleh itu, kajian kualitatif dalam bentuk kajian kes ini lebih mudah ditadbir dan diurus. Selain itu, sekolah tersebut memenuhi kriteria yang boleh memberikan keputusan yang tepat bagi kajian ini, iaitu sebuah sekolah jenis kebangsaan dan mempunyai murid berbilang kaum yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua atau ketiga mereka. Sekolah-sekolah tersebut juga berada di dalam daerah yang mempunyai penduduk pelbagai kaum dan bangsa.

Berdasarkan Noraini Idris (2010), setiap kajian atau penyiasatan yang dijalankan melibatkan proses mengumpul atau mendapatkan data. Data atau dapatan yang dimaksudkan adalah maklumat yang diperoleh oleh pengkaji atau penyelidik berkaitan sesuatu topik atau subjek dalam penyelidikan dan kajian mereka. Untuk kajian ini, data-data dikumpul melalui aktiviti menemu bual peserta kajian. Transkripsi temu bual merupakan dapatan utama kajian ini. Data utama atau primer merujuk kepada hasil dapatan yang dikumpul oleh pengkaji sendiri melalui proses temu bual bersama peserta-peserta kajian.

Soalan temu bual adalah jenis berbentuk separa berstruktur di mana soalan yang hendak ditanyakan kepada peserta kajian telah dibina terlebih dahulu namun beberapa soalan tambahan telah dikemukakan semasa sesi temu bual tersebut. Dalam soalan temu bual tersebut, peserta kajian telah ditanyakan mengenai pengalaman mereka semasa mengajar bahasa Melayu tahun satu. Daripada jawapan temu bual tersebut, beberapa tema telah dibentuk. Tema tersebut bertujuan untuk memperoleh maklumat yang sesuai dan tepat berdasarkan objektif kajian ini.

Kesemua transkripsi temu bual dianalisis dan diterjemahkan melalui penggunaan Microsoft Words dan dihuraikan secara jelas dan terperinci dalam bahagian dapatan kajian.

6. Dapatan Kajian

Berdasarkan hasil dapatan temu bual, terdapat tiga tema yang telah dibina, iaitu; i) pengalaman mengajar bahasa Melayu, ii) peranan guru di dalam kelas, iii) peranan pentadbir di sekolah.

Ketiga-tiga tema ini mempunyai perkaitan dengan apa yang dihadapi oleh guru semasa mengajar murid-murid tahun satu dalam kemahiran membaca atau menulis bahasa Melayu.

Jadual 1: Dapatan temu bual mengikut tema, subtema, dan sub subtema

Tema Subtema Sub-subtema P1 P2 P3

Pengalaman mengajar bahasa Melayu

Murid pelbagai kaum - / / /

Faktor pengaruh Sikap murid / / /

Persekitaran murid / / /

Peranan ibu bapa / / /

Masalah kemahiran membaca

Huruf vokal dan konsonan x x x

Suku kata terbuka / / /

Suku kata tertutup / / /

Diftong dan vokal berganding / / / Digraf dan konsonan berganding / / /

(6)

Perkataan berimbuhan awalan dan akhiran

/ / /

Ayat mudah / / /

Masalah kemahiran menulis

Huruf vokal dan konsonan x x x

Suku kata terbuka / / /

Suku kata tertutup / / /

Diftong dan vokal berganding / / / Digraf dan konsonan berganding / / / Perkataan berimbuhan awalan dan

akhiran

/ / /

Membina dan menulis frasa / / /

Membina dan menulis ayat / / /

Menulis imlak / / /

Mencatat maklumat / / /

Menghasilkan penulisan kreatif / / / Mengedit dan memurnikan hasil

penulisan

/ / /

Peranan guru di dalam kelas

Galakan / motivasi Pujian / / /

Hadiah/ganjaran / / /

Intervensi Pemulihan / / /

Pengayaan / / /

Aktiviti Menggunakan video dan audio / / /

Menggunakan bahan bergambar / / /

Didik hibur / / /

Kaedah/teknik/strategi PdPc

Pembelajaran terbeza / / /

Bimbingan individu / / /

Berkumpulan / / /

Latih tubi / / /

Peranan pentadbir di sekolah

Promosi penggunaan bahasa Melayu baku

/ / /

Aktiviti/program / / /

Kemudahan pembelajaran / / /

6.1 Masalah Penguasaan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu Murid Tahun Satu Hasil dapatan temu bual bersama peserta kajian telah menunjukkan murid-murid tahun satu sememangnya mempunyai masalah dan kesukaran untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis. Peserta kajian telah ditanyakan beberapa soalan melibatkan 12 konstruk literasi bahasa Melayu yang wajib dikuasai oleh murid-murid tahun satu. Bagi kesemua konstruk dalam literasi bahasa Melayu ini, murid-murid peserta kajian mengalami masalah yang sama, sama ada dalam kemahiran membaca atau menulis.

Kesemua peserta kajian menyatakan murid tahun satu tidak dapat membaca dan menulis suku kata dengan betul. Mereka tidak dapat mengeja, membaca dan menulis sama ada suku kata terbuka atau tertutup.

“Murid saya ada yang tak dapat baca suku kata terbuka dan tertutup. Contohnya ‘ce’ sebab ada dua bunyi ‘e’ berbeza. Dorang keliru dan tak pandai nak bunyikan suku kata. Kalau suku kata tertutup macam ‘jam’, ‘bank’ sebab kena terus eja dan sebut semua huruf sekaligus.

Menulis pun sama saja”. (PK1)

“Ya. Murid memang ada tak dapat baca terutama kalau suku kata tertutup yang hujungnya huruf konsonan macam ‘bot’, ‘wak’, ‘pas’... Murid tak tau nak sebut tiga huruf sekaligus.

Murid tak dapat eja apatah lagi nak tulis”. (PK2)

(7)

Kajian juga mendapati dalam kemahiran membaca dan menulis, murid menghadapi masalah bagi penggunaan diftong dan vokal berganding. Murid tidak dapat membaca dan menulis perkataan yang mempunyai diftong dan vokal berganding.

“... Murid saya tak dapat sebut huruf diftong macam ‘ai’, ‘au’. Kalau nak sebut perkataan macam ‘pulau’, ‘pantai’, mereka tak dapat bunyikan yang ada diftong kat belakang tu”. Bila tak dapat sebut, tulis pun tak boleh”. (PK1)

“Murid memang bermasalah dengan diftong ni. Dorang tak dapat nak baca atau tulis kalau perkataan seperti ‘kaloi’, ‘pantai’, ‘limau’. Kalau ada gambar, bolehlaH baca. Kalau perkataan saja memang tak dapat nak baca”. (PK3)

Penggunaan digraf dan konsonan berganding turut menjadi masalah dalam kemahiran membaca dan menulis murid tahun satu hasil daripada dapatan temu bual.

“Digraf dengan konsonan bergabung lagi la bermasalah. Murid tak tahu nak sebut huruf konsonan yang bergabung. Menulis pun sama ja. Saya bagi contoh perkataan ‘nyanyi’. Murid memang tak reti nk bunyikan ‘ny’ tu. Kadang-kadang mereka keliru dengan ‘ng’”. (PK2)

Peserta-peserta kajian juga ada menyatakan bahawa murid mereka menghadapi masalah dalam membaca dan menulis perkataan berimbuhan awalan dan akhiran. Apabila imbuhan awalan dan akhiran digabungkan dengan kata dasar, murid tidak dapat membaca dan menulisnya dengan betul. Hal ini disebabkan perkataan tersebut menjadi lebih panjang dan sukar untuk dibaca dan ditulis bagi murid yang lemah.

“Perkataan yang ada imbuhan ni sukar sikit nak baca atau tulis. Murid ambil masa lama sebab perkataan tu jadi lebih panjang”. (PK2)

Selain itu, peserta kajian juga turut ditanyakan beberapa soalan lain yang berkaitan dengan aspek dalam kemahiran menulis yang sepatutnya dikuasai oleh murid-murid tahun satu.

Kesemua peserta kajian menyatakan murid-murid mereka mempunyai masalah serupa dalam kemahiran menulis termasuklah masalah membina dan menulis frasa, perkataan, ayat, menulis imlak, mencatat maklumat, menghasilkan penulisan kreatif, dan mengedit dan memurnikan hasil penulisan. Kesemua aspek dalam kemahiran menulis ini tidak dapat dikuasai kerana masih lemah dalam asas literasi.

“Kalau ikutkan silibus BM tahun satu ni sebenarnya agak tinggi untuk murid-murid yang lemah. Murid tak dapat kuasai asas literasi lagi tapi perlu mahir aktiviti yang lebih tinggi kalau ikut buku teks. Contohnya macam tulis ayat. Macam mana murid nak tulis kalau tak dapat baca, tulis yang asas seperti suku kata”. (PK1)

“….. kemahiran menulis sangat susah la kalau murid tak dapat baca. Aktiviti-aktiviti yang lebih ‘advance’ mcam nk catat maklumat, buat karangan tu memang tak boleh. Kena pandai membaca dulu baru boleh tulis. Kalau baca pun tak dapat, macam mana nak menulis. Itulah

‘struggle’ kami cikgu-cikgu BM ni. Mana nak ajar yang literasi asas, kejar silibus lagi”. (PK2)

“Kemahiran menulis ikut sukatan BM memang agak tinggi. Aktiviti catat maklumat, buat ayat, buat karangan memang murid lemah ni tak dapat buat. Saya pernah ajar aktiviti mengedit perkataan dengan ayat tapi murid memang tak tahu. Huruf besar dan huruf kecil pun masih ada yang tak dapat beza...” (PK3)

(8)

6.2 Faktor Penyumbang kepada Masalah Penguasaan Kemahiran Membaca dan Menulis Tahun Satu dari Perspektif Guru

Dapatan kajian ini juga telah mendapati sikap murid telah menjadi antara faktor dalam masalah penguasaan kemahiran membaca dan menulis bahasa Melayu.

“Murid amat pasif dalam kelas. Mereka ni kurang bergaul dengan orang lain. Sebab latar belakang murid Siam dan Cina ni berbeza dengan keluarga Melayu, mereka hadapi masalah serius dalam penguasaan Bahasa Melayu. Mereka tak berminat nak belajar bahasa Melayu”.

(PK1)

“Murid yang kurang bercakap dalam bahasa Melayu selalunya tak beri tumpuan dalam kelas.

Mereka banyak bermain-main dan tidak mendengar arahan guru. Jadi, kemahiran membaca dan menulis mereka agak lemah”. (PK2)

“Kebanyakan murid tahun satu di sekolah saya agak aktif. Kadang-kadang saya sukar nak handle kelas. Mereka tak dengar arahan guru. Bila bagi tugasan, mereka buat sambil lewa atau tiru jawapan kawan. Ada yang selalu tak siap kerja rumah”. (PK3)

Persekitaran murid juga menjadi faktor penting dalam masalah penguasaan kemahiran membaca dan menulis murid. Hasil dapatan kajian mendapati murid tidak didedahkan dengan persekitaran berbahasa Melayu di rumah.

“Murid tidak pernah diajar cara membaca dan menulis bahasa Melayu dalam keluarga Siam dan Cina. Murid Siam dan Cina banyak diajar dengan sumber bacaan video Siam dan Cina.

Jadi, murid tidak ada peluang untuk belajar bahasa Melayu. Kadang kala perkataan mudah pun mereka tak boleh baca apatah lagi ayat atau perenggan yang lebih panjang. Menulis pun samalah.” (PK1)

“Kat rumah, kebanyakan murid ni memang guna bahasa ibunda sendiri. Jarang yang ada guna BM. Mereka belajar BM hanya kat sekolah semata-mata. Semua sumber-sumber bacaan atau bahan belajar memang dalam bahasa Cina atau bahasa Inggeris”. (PK3)

Faktor peranan ibu bapa memainkan peranan penting dalam masalah penguasaan kemahiran membaca dan menulis bahasa Melayu murid. Ibu bapa yang tidak menitikberatkan penggunaan bahasa Melayu terutamanya kepada penutur bukan natif akan menyebabkan murid berada dalam masalah ini.

“Kebanyakan ibu bapa tahu bahasa Melayu tapi kurang beri penekanan kepada anak-anak.

Jadi, murid Siam kat sekolah saya ni belajar lambat berbanding dengan murid lain. Mereka lazimnya mengambil masa yang banyak untuk belajar Bahasa Siam di sekolah Wat berbanding belajar bahasa Melayu di rumah.” (PK1)

“Ibu bapa tak ajar murid guna bahasa Melayu yang betul. Mereka secara umumnya banyak guna bahasa ibunda. Kat rumah pun tak ada bahan bacaan atau sumber pembelajaran untuk sokong penggunaan BM. Biasanya penguasaan kemahiran membaca dan menulis tu bergantung kepada latar belakang keluarga. Ada murid yang ‘okey’, sederhana, dan lemah.

Kalau keluarga mereka ambil berat tentang pelajaran, murid ni memang boleh kuasai”. (PK2)

(9)

“...Kadangkala pihak ibu bapa tidak tahu bahasa Melayu dan sibuk bekerja. Jadi mereka tidak sempat mengajar murid guna bahasa Melayu. Kalau ada yang pandai pun, parents tak ajar BM. Mereka ajar English.” (PK3)

6.3 Peranan Guru Mata Pelajaran dalam Mengatasi Masalah Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu

Kesemua peserta kajian ada memberi galakan dan motivasi kepada murid mereka untuk menguasai bahasa Melayu. Antara galakan dan motivasi yang diberi termasuklah memberi pujian dan hadiah atau ganjaran.

“Ya. Saya selalu menggalakkan mereka guna bahasa Melayu. Kadang-kadang saya bagi hadiah atau tampal ‘sticker’ dalam buku latihan. Pujian tu kena selalu bagi supaya mereka rasa semangat”. (PK1)

“Ya, saya ada bagi galakan pada mereka. Saya tampal sticker dalam buku tulis atau buku latihan kalau mereka jawab dengan betul. Selain tu, saya puji mereka kalau dapat baca dengan betul”. (PK2)

Peserta-peserta kajian juga ada menjalankan intervensi terhadap murid.

“Saya ada buat intervensi untuk murid lemah dalam aktiviti pemulihan dan pengayaan. Saya ada hantar bahan bantu membaca dalam google classroom untuk mereka buat latih tubi di rumah selain daripada ajar dalam kelas. Murid-murid juga ada buat latihan menulis dengan guna buku tulisan yang dibeli khas.” (PK2)

“Untuk murid-murid lemah dalam kemahiran membaca dan menulis ni memang ada intervensi untuk mereka. Saya buat program membaca setiap pagi dan bagi latihan berbentuk modul untuk dibuat di rumah”. (PK3)

Peserta kajian juga telah melaksanakan pelbagai jenis aktiviti bagi membantu murid lemah dalam kemahiran membaca dan menulis.

“Murid biasanya gemar aktiviti sambil bermain. Contohnya, biasanya mereka bermain poker game dengan kad imbasan, dan permainan online daripada booklet game dan wordwall.

Contohnya, kuiz, pagar sesat dan kapal terbang”. (PK1)

“Saya banyak buat aktiviti jenis didik hibur. Murid suka bermain dan guna bahan-bahan bergambar. Mereka akan rasa seronok dan memberi tumpuan dalam pembelajaran”. (PK3)

Peserta kajian turut menjalankan pelbagai strategi, kaedah dan teknik dalam PdPc mereka untuk membantu murid lemah.

“Murid-murid lemah ni perlu dibimbing secara individu. Biasanya saya akan membantu mereka membaca atau menulis secara seorang demi seorang. Kalau tidak cukup masa, saya akan buat kumpulan kecil. Murid akan buat aktiviti berkumpulan”. (PK3)

6.4 Peranan Pentadbir di Sekolah dalam Mengatasi Masalah Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu

Hasil daripada temu bual dengan peserta kajian mendapati kesemua pentadbir di sekolah mereka memainkan peranan untuk membantu murid yang lemah.

(10)

“Ada. Pentadbir ada buat program atau aktiviti guna bahasa Melayu. Walaupun di SJKC guna pengantar bahasa Cina namun bahasa Melayu ada digunakan bersama sebagai dwibahasa termasuklah pada waktu perhimpunan rasmi sekolah”. (PK1)

“Ya. Barisan pentadbir sering mengadakan aktiviti dalam dwibahasa. Aktiviti kokurikulum juga ada memasukkan aktiviti melibatkan bahasa Melayu seperti beri arahan atau berkomunikasi untuk galakkan murid guna bahasa Melayu”. (PK3)

Pihak sekolah peserta-peserta kajian telah merancang dan menjalankan pelbagai aktiviti atau program bagi membantu murid-murid yang bermasalah dalam kemahiran membaca dan menulis.

“Ada. Pernah buat Program Celik Membaca selama tiga bulan, Bacaan Pagi setiap hari selama 20 minit. Sekolah ni jugak pernah buat Program Linus Literasi. Buat Program Celik Membaca bersama-sama sekolah lain pada hujung minggu. Akhir-akhir ni, ada Program Bantu Membaca dari KPM untuk murid-murid yang belum menguasai kemahiran membaca”.

(PK2)

“Pihak sekolah saya memang ada buat aktiviti untuk murid lemah membaca dan menulis ni.

Setiap pagi ada aktiviti membaca selama 10 minit. Pihak sekolah pun ada buat aktiviti dengan kerjasama guru pemulihan”. (PK3)

Pihak pentadbir sekolah juga sangat menyokong pembelajaran bahasa Melayu di sekolah dan menyediakan pelbagai kemudahan.

“Ada. Pihak sekolah memang sokong untuk pembelajaran murid. Memang tak berkira kalau melibatkan pembelajaran murid. Dalam kelas sudah sedia ada kemudahan seperti LCD dan BBM”. (PK1)

“Pentadbir sekolah saya memang menitikberatkan kemudahan pembelajaran. Ada banyak kemudahan disediakan kat sekolah. Dalam kelas pun ada diletakkan buku bacaan bahasa Melayu. Alat dan bahan pembelajaran pun ada banyak”. (PK3)

7. Perbincangan Kajian

7.1 Masalah Penguasaan Kemahiran Membaca dan Menulis Murid Tahun Satu

Menurut Rashidah (2017), kemahiran membaca merupakan kemahiran asas yang boleh mempengaruhi setiap aspek pembelajaran murid di mana ia sepatutnya dikuasai oleh murid- murid sejak dari awal usia lagi. Hal ini menunjukkkan kepentingan menguasai asas kemahiran membaca sejak dari peringkat awal sebelum memasuki sekolah rendah atau alam pendidikan formal amnya, iaitu ke tahun satu. Berdasarkan hasil dapatan yang diperoleh melalui kajian ini, menunjukkan bahawa terdapat masalah penguasaan kemahiran membaca dan menulis dalam kalangan murid-murid tahun satu. Hal ini bermakna murid tidak menguasai asas kemahiran tersebut semasa di prasekolah dengan baik.

Jika diukur beradasarkan dapatan kajian, murid-murid tahun satu di SJKC sangat lemah dalam penguasaan 12 konstruk asas literasi bahasa Melayu. Hanya satu daripada 12 konstruk sahaja yang dikuasai oleh murid iaitu konstruk 1; huruf dan konsonan. Kebanyakan murid tahun satu masih belum menguasainya bermula dari konstruk 2 dan 3. Pada konstruk ini, murid sepatutnya sudah mampu untuk membaca dan menulis suka kata dan perkataan suku kata terbuka. Selain itu, murid juga dilihat tidak dapat menguasai konstruk 4 dan 5 iaitu melibatkan kemahiran

(11)

membaca dan menulis suku kata dan perkataan jenis tertutup. Suku kata jenis tertutup atau dikenali sebagai suku kata tertutup merupakan suku kata yang berakhir dengan konsonan.

Konstruk 6 iaitu penggunaan diftong dan vokal berganding juga tidak dapat dikuasai oleh murid-murid tahun satu. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), diftong merupakan dua bunyi huruf vokal yang digabungkan bersama. Kemudian, ia disebut dalam bentuk satu suku kata disebabkan berlaku perubahan pada kedudukan lidah. Contohnya, ‘ai’, ‘au’, ‘oi’.

Vokal berganding pula merupakan dua huruf vokal yang dipisahkan dengan sebutan bunyi dalam suku kata. Vokal ini terletak bersebelahan, namun dipisahkan dengan dua suku kata yang berbeza. Nurul Haniza et. al. (2017) menyatakan perkara yang sama dalam kajiannya bahawa ketidakmampuan murid untuk menulis huruf diftong dan konsonan bergabung dengan betul merupakan antara ciri murid yang lemah dalam bahasa Melayu.

Kemahiran membaca dan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan berganding juga tidak dapat dikuasai oleh murid-murid tahun satu di SJKC. Digraf merupakan susunan dua huruf yang disusun secara berurutan untuk menghasilkan satu bunyi. Contohnya,

‘ny’, ‘ng’, ‘sy’, dan sebagainya. Konsonan berganding seperti ‘st’, ‘kr’, ‘b’, dan sebagainya pula merupakan dua huruf konsonan yang hadir secara berurutan bagi menghasilkan satu bunyi tertentu.

Membaca dan menulis perkataan berimbuhan terutamanya perkataan yang mempunyai imbuhan awalan dan akhiran juga merupakan satu masalah yang dialami oleh murid-murid tahun satu di SJKC. Sesuatu kata dasar itu akan menjadi lebih panjang untuk dibaca dan ditulis apabila ia mengandungi imbuhan. Jadi, murid yang lemah dalam asas akan semakin sukar untuk membaca dan menulis perkataan tersebut. Amirra Shazreena dan Vijayaletchumy (2019) dalam kajian mereka turut menyatakan bahawa murid bukan penutur natif menghadapi masalah untuk menguasai imbuhan awalan dan imbuhan akhiran.

Murid juga menghadapi masalah dalam membaca dan menulis ayat mudah dengan betul. Abdul Rasid Jamian (2011) dalam kajiannya menyatakan murid mengalami masalah untuk membunyikan perkataan dan seterusnya mengalami masalah dalam membaca ayat yang mempunyai lebih banyak perkataan. Murid yang tidak dapat membaca ini secara tidak langsung akan mengalami masalah dalam kemahiran menulis.

7.2 Peranan Guru Mata Pelajaran dan Pentadbir Sekolah dalam Mengatasi Masalah Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu Murid Tahun Satu

Guru telah memberi fokus kepada tiga aspek iaitu memberi galakan atau motivasi, melaksanakan intervensi, aktiviti, dan kaedah/teknik/strategi PdPc. Memberi galakan atau motivasi merupakan peneguhan positif bertujuan memotivasikan murid untuk terus belajar dengan bersemangat. Menurut Zaliza dan Zaitul Akma (2018), memiliki motivasi merupakan perkara yang sangat penting untuk seseorang murid ketika dalam proses pembelajaran kerana ia merupakan penggerak dan penentu hala tuju keberkesanannya. Murid yang memiliki sikap positif, mempunyai kesediaan untuk belajar dan bermotivasi tinggi akan mampu menguasai bahasa kedua dengan baik. Peserta kajian telah cuba memotivasikan murid-murid dengan pemberian ganjaran dan pujian di dalam kelas. Menurut Hani Subakti dan Kiftian Hady Prasetya (2020), pemberian ganjaran yang dilakukan ini dapat meningkatkan semangat, menarik minat serta memotivasikan murid-murid tahun satu untuk belajar bahasa Melayu.

Peserta kajian juga telah menjalankan intervensi kepada murid-murid tahun satu yang masih lemah dan tidak mampu menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan baik. Pelbagai

(12)

intervensi telah dirancang dan dilaksanakan bagi membantu murid-murid tersebut. Antara intervensinya adalah mengadakan aktiviti pemulihan dan pengayaan.

Peserta kajian juga telah memainkan peranan dengan memilih aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas yang menarik dan sesuai dengan murid dalam kemahiran membaca dan menulis. Antaranya termasuklah mengaplikasikan aktiviti didik hibur.

Disebabkan terdapat murid yang pasif dan tidak memberi fokus di dalam kelas, peserta kajian telah memilih untuk melaksanakan aktiviti yang dapat menarik minat murid.

Peserta kajian ini juga telah melaksanakan beberapa kaedah, teknik, dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang dirasakan sesuai terhadap murid-murid mereka. Antaranya melaksanakan pembelajaran terbeza, bimbingan secara individu, bimbingan secara berkumpulan, dan membuat latih tubi. Zamri et. al. (2015) menyatakan murid yang mempunyai kepelbagaian aras menyebabkan guru perlu bijak dalam melaksanakan kaedah pengajaran yang pelbagai.

Pentadbir sekolah juga telah memainkan peranan mereka. Pihak pentadbir sekolah ada mempromosikan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan warga sekolah walaupun bahasa Cina merupakan bahasa pengantar. Selain itu, pihak sekolah juga ada mengadakan pelbagai aktiviti dan program yang mengutamakan penggunaan bahasa Melayu serta menyokong pembelajaran bahasa Melayu di sekolah dengan menyediakan pelbagai kemudahan. Pihak pentadbir yang membentuk suasana dan iklim persekitaran sekolah yang positif secara tidak langsung memupuk suasana pembelajaran yang berkesan (Donnie Adams et.al, 2018).

7.3 Faktor-Faktor Penyumbang kepada Masalah Penguasaan Kemahiran Membaca dan Menulis Tahun Satu

Murid-murid menunjukkan sikap yang negatif dan tidak minat ketika belajar bahasa Melayu.

Mereka hanya belajar sambil lewa sahaja kerana tidak melihat kepentingan untuk menguasai bahasa Melayu. Sikap murid itu sendiri yang menjadi faktor utama kepada kegagalan mereka untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis. Hal ini dipersetujui oleh Zaliza Mohamad Nasir dan Zaitul Azma Zainon Hamzah (2014) di mana mereka menyatakan seseorang individu dipengaruhi oleh diri mereka sendiri untuk belajar menguasai bahasa. Jika mereka bersikap positif dan bermotivasi tinggi, pasti mereka berjaya dalam pembelajaran.

Pengaruh persekitaran murid juga menjadi faktor dalam masalah untuk menguasai kemahiran berbahasa. Menurut Ahmad Fadly et.al. (2021), faktor persekitaran murid boleh memberi kesan secara langsung kepada proses pembelajaran. Dalam kajian ini, peserta kajian menyatakan murid mereka tidak mempunyai persekitaran pembelajaran bahasa Melayu yang kondusif di rumah mereka. Di rumah, mereka lebih terdedah dengan penggunaan bahasa ibunda terutamanya dalam komunikasi masyarakat. Mereka juga tidak mempunyai sumber pembelajaran berbahasa Melayu. Chew Fong Peng (2016) dalam kajiannya menyatakan murid- murid Cina tidak memiliki koleksi atau simpanan buku-buku bahasa Melayu di rumah mereka.

Jadi, mereka kurang membaca dalam bahasa Melayu.

Dalam kajian ini, ibu bapa tidak mengajar anak-anak tahun satu mereka untuk menggunakan bahasa Melayu walaupun mereka tahu kepentingan menguasainya. Ibu bapa tidak memberi sokongan dan perhatian kepada penguasaan bahasa Melayu. Hal ini dipersetujui oleh Zahir (2015) dalam Mairin et.al. (2022) bahawa kebanyakan murid tidak dapat menguasai kemahiran berbahasa dan mendapat keputusan yang baik dalam pelajaran disebabkan tidak mendapat perhatian dan sokongan daripada ibu bapa mereka.

(13)

8. Cadangan dan Implikasi Kajian

Guru bahasa Melayu perlu memperkasakan penguasaan pedagogi pengajaran bahasa Melayu di dalam kelas. Mereka mempunyai tanggungjawab dan peranan penting untuk memastikan penguasaan bahasa Melayu pada tahap yang terbaik. Dalam proses menggunakan kemahiran dan kepakaran bidang pedagogi, guru juga perlu menguasai ilmu pengetahuan tentang bidang mereka dengan baik dan mendalam supaya dapat menyampaikan pengajaran yang berkesan.

Maka, mereka akan dapat merancang dan melaksanakan pengajaran menggunakan strategi, kaedah, teknik, pendekatan yang sesuai dengan murid.

Pihak pentadbir juga perlu bertindak sebagai sistem sokongan kepada guru di sekolah. Maka, pihak pentadbir perlulah bersama-sama membantu dan bekerjasama dengan guru. Antara perkara yang boleh dilakukan oleh pihak pentadbir sekolah adalah seperti memberi galakan dan sokongan kepada guru dalam pelaksanaan aktiviti dan program berkaitan bahasa Melayu, membantu menyediakan pelbagai kemudahan yang diperlukan semasa proses pengajaran dan pembelajaran, menganjurkan kursus-kursus dalaman atau bengkel kemahiran kepada guru- guru bagi meningkatkan profesionalisme serta boleh mengadakan pemantauan secara berkala.

Ibu bapa juga hendaklah memainkan tanggungjawab dan peranan mereka dengan sentiasa bekerjasama untuk meningkatkan motivasi, semangat, dan minat anak-anak untuk mempelajari bahasa Melayu. Ibu bapa boleh menyediakan pelbagai kemudahan berbahasa Melayu seperti membeli buku dan bahan bacaan bahasa Melayu dan membiasakan penggunaan bahasa Melayu di rumah. Keadaan ini boleh menjadi latihan tidak langsung kepada murid apabila didedahkan dengan penggunaan bahasa Melayu dalam komunikasi seharian.

Kajian ini dilihat boleh menjadi kayu ukur kepada keberkesanan pembelajaran di prasekolah.

Penguasaan konstruk literasi bahasa Melayu oleh murid-murid tahun satu sangat lemah walaupun mereka telah memasuki kelas prasekolah. Jadi, guru-guru prasekolah perlu memikirkan alternatif dan membuat penambahbaikan dalam proses pengajaran mereka supaya murid dapat menguasai kemahiran asas sebelum memasuki pendidikan formal di tahun satu sekolah rendah.

9. Rumusan

Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa murid tahun 1 di SJKC berada dalamsituasi yang serius terutamanya pada kini disebabkan mereka masih tidak dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis bahasa Melayu. Murid yang lemah dan tidak dapat menguasai kemahiran asas tersebut akan terus mengalami kesukaran dalam proses pembelajaran. Situasi yang berlaku ini agak meruncing terutamanya selepas pandemik covid-19 berlaku menyebabkan murid tercicir dalam pembelajaran formal yang sepatutnya dalam tempoh yang agak lama.

Dengan kerjasama dan komitmen semua pihak, diharapkan semoga masalah ini dapat diatasi atau dikurangkan supaya ia tidak mendatangkan masalah yang lebih besar untuk masa hadapan negara dan generasi akan datang. Bahasa Melayu perlu terus dipelajari, dikuasai, dihargai dan dipelihara oleh semua warganegara tanpa mengira bangsa dan kaum. Martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan perlu dipertahankan sampai bila-bila.

(14)

Rujukan

Abdul Rasid Jamian. (2011). Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu Murid-Murid Sekolah Rendah di Luar Bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 1-12.

Amirra Shazreena Aminul Razin & Vijayaletchumy Subramaniam. (2019). Kesalahan Penggunaan Imbuhan Awalan dan Akhiran dalam kalangan Murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Berdasarkan Teori Analisis Kesalahan Corder (1973). International Journal of the Malay World and Civilisation 7(1): 3-13.

Anne Jeffrey Kihob & Saidatul Nornis Hj Mahali. (2020). Kerancuan bahasa dalam karangan murid sekolah menengah di daerah Tuaran, Sabah. Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, 31(2): 97-132

Chew Fong Peng. (2016). Masalah Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Cina Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 10-22.

Donnie Adams, Ravadhi Periasamy, Edward Devadason & Satinah Awang. (2018). Amalan Kepimpinan Instruksional Guru Besar di Sekolah Vernakular Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan. MANU Bil. 28, 109-132.

Hani Subakti & Kiftian Hady Prasetya. (2020). Pengaruh Pemberian Reward and Punishment Terhadap Motivasi Belajar Bahasa Indonesia. Jurnal Basataka (JBT) Vol. 3, No.2.

Noor Habsah Ali. (2018). Strategi pembelajaran kemahiran menulis Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kedua dalam Kalangan Pelajar Melanau Daerah Daro. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu (Malay Language Education Journal (MyLEJ), 8(1), 33-41.

Noor Zila Md. Yusuf. (2015). Bahasa Antara dalam Pembelajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua. Tesis Doktor Falsafah. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Noraini Idris. (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill Sdn.Bhd.

Norsimah Mat Awal, Nadrah Abu Bakar, & Norhashimah Jalaluddin. (2012). Pembelajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua: Pengungkapan Idea salam Penulisan Pelajar Sekolah Menengah di Malaysia. Jurnal Melayu. Vol. 9, 227-240.

Nurul Haniza Samsudin, Puteri Roslina Abdul Wahid, Salinah Ja’afar & Mohammad Tawfik Yaakub. (2017). Tahap Keupayaan Kognitif Bacaan dalam Pembelajaran Bahasa Melayu Kanak-Kanak Pemulihan Khas. Sains Insani.

Paramasivam Muthusamy. (2017). Komunikasi Percampuran Kod dalam Masyarakat Multilingual di Malaysia. Journal of Business and Social Development, 5(1): 36-48.

Ramlah Jantan, Nor Afni Resad, Siti Fathimah Az-Zahra Mohd. Fauzi. (2016). Aktiviti Didik Hibur dalam Kalangan Guru Prasekolah di Daerah Gombak. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Jilid 5.

Rashidah Elias. (2017). Keberkesanan KitAB Cerdas ke atas kemahiran bacaan awal kanakkanak TASKA (Tesis doktor falsafah yang tidak diterbitkan). Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim.

Zaliza Mohamad Nasir & Zaitul Azma Binti Zainon Hamzah. (2018). Sikap dan Motivasi Pelajar Terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu. Procedia-Social and Behavioral Sciences 134 (2014) 408-415.

Zamri Mahamod, Kamiliah Ayu Ab. Ghani & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad. (2016).

Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Cina Berdasarkan Sikap dan Kemahiran Bahasa. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu.Vol. 6, Bil. 1; 38-51.

Zamri Mahamod. (2015). Strategi Pembelajaran: Inventori Cara Belajar Bahasa Melayu.

Cetakan Pertama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Referensi

Dokumen terkait

Mempelajari bahasa Arab memerlukan kemahiran- kemahiran yang tertentu dan kemahiran membaca adalah salah satu kemahiran yang perlu dikuasai selain kemahiran bercakap atau

Dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi murid terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan kemahiran abad

Manakala dapatan kajian yang telah dijalankan oleh Abdul Rasid Jamian (2011) yang bertajuk ‘ Permasalahan Kemahiran Membaca Dan Menulis Bahasa Melayu Murid- Murid Sekolah Rendah

Bab ini menerangkan latar belakang kajian yang merangkumi definisi konsep penguasaan kemahiran membaca, pengertian fonologi, fonetik dan fonik, sistem ejaan bahasa

STUDI KORELASIONAL ANTARA KEBIASAAN MEMBACA DAN PENGUASAAN TATA BAHASA DENGAN KETERAMPILAN MENULIS DESKRIPSI (PENELITIAN KORELASI PADA PESERTA DIDIK KELAS V SD

Isu yang dibincangkan dalam kertas konseptual ini ialah berkenaan masalah penguasaan kemahiran membaca dan kesannya kepada kanak-kanak prasekolah serta penyediaan

Bagi menjawab objektif pertama, hasil kajian menunjukkan tahap penguasaan kemahiran bertutur bahasa Melayu oleh murid Cina berada pada tahap yang sederhana kerana kebanyakan murid

eISSN: 2637-0360 Kemahiran Membaca Teks Arab Sebagai Bahasa Kedua: Penelitian Dari Perspektif Teori Dan Kurikulum Mohd Hazli bin Yah@Alias [email protected] Fakulti Bahasa