PENGURUSAN HOUSE OF ARTS SDN. BHD DALAM
MENGEMBANGKAN SENI UKIRAN KAYU DALAM KALANGAN MASYARAKAT BESUT, TERENGGANU
Siti Norhayati Binti Jahari
Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian ( Pegurusan Seni )
2007
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
PENGURUSAN “HOUSE OF ARTS SDN. BHD” DALAM MENGEMBANGKAN SENI UKIRAN KAYU DALAM KALANGAN
MASYARAKAT BESUT, TERENGGANU.
SITI NORHAYATI BINTI JAHARI
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian
( Pengurusan Seni )
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
Catatan : * Tesis / Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana Muda
* Jika Tesis / Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis / lsporsn ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
i
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / LAPORAN JUDUL : PENGURUSAN “HOUSE OF ARTS SDN. BHD” DALAM
MENGEMBANGKANG SENI UKIRAN KAYU DALAM KALANGAN MASYARAKAT BESUT, TERENGGANU.
SESI PENGAJIAN : 2004 / 2007
Saya SITI NORHAYATI BINTI JAHARI_________________
mengaku membenarkan tesis / laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis / Laporan adalah hak milik Universiti Malaysia Sarawak.
2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.
3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan.
4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan tesis / laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.
5. * sila tandakan
SULIT (mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau Kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA
RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD
Disahkan
___________________ ____________________
Tandatangan Penulis Tandatangan Penyelia
Tarikh : Tarikh :
Alamat Tetap : 227, Felda Tenang, 22010, Jerteh Besut, Terengganu Darul Iman.
PENGAKUAN
Projek bertajuk Pengurusan House Of Arts Sdn. Bhd dalam mengembangkan Seni Ukiran kayu dalam kalangan masyarakat Besut, Terengganu telah disediakan oleh Siti Norhayati Binti Jahari dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian Pengurusan Seni
Diterima untuk diperiksa oleh :
__________________________
( Puan Noria Tugang ) Tarikh : ___________________________
PENGHARGAAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Pertama sekali, syukur alhamdulillah kehadrat Ilahi di atas taufik dan hidayah-Nya telah menganugerahkan keupayaan kepada saya untuk menyiapkan latihan ilmiah ini dengan jayanya seperti yang telah dirancang dalam masa yang telah ditetapkan.
Berbanyak-banyak terima kasih dan penghargaan buat penyelia saya iaitu Pn. Noria Tugang di atas sumbangan idea, nasihat, tunjuk ajar dan memberi maklumat ikhlas yang dihulurkan semasa menyiapkan kajian ini. Semoga Allah membalas kemuliaan budi dan sumbangan yang telah diberikan.
Di kesempatan ini juga jutaan terima kasih diucapkan buat pensyarah Program Pengurusan Seni yang lain iaitu Pn. Qistina Donna Lee Abdullah, Miss Karen Samy dan Pn. Rahah Bt Hasan di atas segala teguran dan nasihat yang diberikan dari awal kajian dilakukan hingga akhir. Juga tidak dilupakan kepada Cik Ema Shuhaida Bt Yahya, satu-satunya tutor program ini yang banyak membantu serta memberi tunjuk ajar berdasarkan pengalaman beliau yang lepas.
iii
Buat keluarga dan kedua ibubapa tersayang semoga sentiasa dilindungi Allah S.W.T dan berbanyak-banyak terima kasih diatas didikan, kasih sayang, nasihat dan bantuan yang diberikan selama anakanda bergelar pelajar. Segala jasa dan pengorbanan ma dan aboh tidak akan anakanda lupakan. Tidak lupa juga rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi pandangan dan dorongan dalam menyiapkan kajian ini. Semoga kalian semua berjaya dalam hidup dan membawa anugerah kejayaan kepada kedua ibubapa kita.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pengurus dan kakitangan syarikat House Of Arts, kerana tidak jemu-jemu untuk memberi maklumat serta responden-responden yang telah mengisi borang soal selidik yang diedarkan. Tanpa maklumat dan kerjasama yang diberi kajian ini mungkin tidak dapat dijalankan dengan jayanya.
Adalah diharapkan daripada hasil kajian yang telah disempurnakan ini selain dapat melengkapkan keperluan enam kredit untuk kursus Penyelidikan dan Projek Tahun Akhir, moga-moga ia dapat memberikan manfaat kepada sesiapa yang berkenaan.
Akhir kata, segala yang baik itu datangnya dari Allah jua dan segala kelemahan dan kekurangan itu datangnya dari saya sendiri. Oleh itu, berbanyak- banyak mohon dan maaf dipinta sekiranya masih terdapat kekurangan dan kelemahan.
Jasa baik kalian amat saya hargai.
Sekian, terima kasih.
v
ISI KANDUNGAN
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / LAPORAN i
PENGAKUAN ii
PENGHARGAAN iii-v
ISI KANDUNGAN vi-xi
ABSTRAK xii
ABSTRACT xiii
BAB SATU : PENGENALAN KEPADA KAJIAN
1.1 Pengenalan 1-2
1.2 Latar Belakang
1.2.1 Sejarah Seni Ukir 3-8
1.2.2 House Of Arts 8-9
1.2.3 Polisi / Progresif Kerja 10
1.2.4 Misi 10
1.2.5 Matlamat 10
1.2.6 Carta Organisasi 11
1.3 Definisi
1.3.1 Pengurusan 12
1.3.2 Seni Ukir 13-16
1.3.2.1 Bentuk Bujang 17
1.3.2.2 Bentuk Pemidang 17-18
1.3.2.3 Bentuk Lengkap 18
1.4 Objektif Kajian 19-20
1.5 Hipotesis 21
1.6 Skop Kajian 21-22
1.7 Permasalahan Kajian 23-25
1.8 Kepentingan Kajian 25-27
Kesimpulan
vii
BAB DUA : SOROTAN KESUSASTERAAN
2.1 Pengenalan 29
2.2 Maklumat Bibliografi / Rujukan 31-46
Kesimpulan
BAB TIGA : METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 48-49
3.2 Lokasi Kajian 49-51
3.3 Sumber Data 52-55
3.4 Populasi Kajian 56-57
3.5 Persempalan Kajian 57-59
3.7 Limitasi Kajian 61-62
3.8 Rumusan dan Kesimpulan 63
BAB EMPAT : ANALISA DATA DAN DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 64-66
4.2 Analisa Data Responden 67
4.2.1 : Borang Soal Selidik 67-100
4.2.1.1 : Borang Soal Selidik Responden 68-92 ( Masyarakat )
4.2.1.2 : Borang Soal Selidik Responden 92-100 ( Syarikat House Of Arts Sdn. Bhd )
4.2.2 : Soalan Temuramah 101-106
4.3 Kesimpulan 107-108
ix
BAB LIMA : CADANGAN DAN RUMUSAN KAJIAN
5.1 : Pengenalan 109
5.2 : Rumusan Kajian 110-115
5.3 : Cadangan 116-123
5.3.1 Perlu penglibatan semua Kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan dalam memartabatkan semua bidang seni
5.3.2 Pihak media perlu meningkatan teknik promosi
5.3.3 Mengadakan seminar tentang kebangkitan sejarah seni dan budaya Negeri Terengganu.
5.3.4 Menubuhkan Persatuan dan Akademi Seni dan Budaya di Negeri Terengganu
BIBLIOGRAFI 128-129
LAMPIRAN
xi
ABSTRAK
Tradisi seni ukiran kayu merupakan tradisi turun-temurun dan menjadi lambang keunikan bagi masyarakat Melayu tradisional. Seni ini tidak dapat dipisahkan daripada kebudayaan Melayu dan seni rupa kerana ia merupakan satu bentuk seni yang berterusan sepanjang zaman. Fokus utama penyelidikan ini adalah untuk meninjau perkembangan industri seni ini ke tahap yang lebih mantap. Hala tuju dan tahap pengurusan yang cekap amat penting bagi sesebuah organisasi di Terengganu dalam membangunkan industri ini kepada masyarakat sekali gus membawa industri kayu ke tahap pasaran yang lebih luas serta menjadi pemangkin kepada teras ekonomi negara.
ABSTRACT
The ancient tradition of woodcarving is an important part of Malay heritage. The art of woodcarving cannot be separated from Malay culture and fine arts. This is because the art form is not confined to any particular period. This research focuses on the development of this industry to a higher level. The management of an arts organization in Terengganu is very important in developing the woodcarving industry among communities and promoting it as a catalyst for the nation’s economy.
xiii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dalam era globalisasi dan pada zaman pembangunan yang terlalu mementingkan kemajuan manusia berdasarkan nilai ekonomi dan kecekapan menguasai teknologi dan maklumat, manusia semakin lama semakin melupakan warisan, tradisi dan nilai budaya bangsanya. Sebab dan mengapa situasi ini berlaku ialah manusia menganggap warisan bukan „alat‟ yang dapat digunakan untuk memajukan hidup, ekonomi dan materialistik manusia pada zaman teknologi. Dalam konteks ini, masyarakat menganggap bidang seni tidak dapat membawa perkembangan dalam kehidupan mereka. Begitu juga dengan seni rupa tradisional Melayu iaitu seni ukiran kayu yang kaya dengan motif dan reka bentuk.
Walaupun perkembangan teknologi negara semakin membangun, namun masyarakat kini seaka-akan tidak membangunkan bidang seni ukiran seiring dengan perkembangan teknologi. Maka, seni ukiran semakin hari semakin terkubur dimakan arus modenisasi. Seni ukir Melayu yang dulunya
2 disanjung tinggi kerana ketelitian dan kehalusan ukirannya akan kembali mencapai zaman kegemilangan seandainya kajian dapat membantu mengetengahkan keunikan seni ukir Melayu dalam kalangan masyarakat umum.
Memang tidak dinafikan bahawa wujud beberapa pengaruh lain dalam bentuk ukiran Melayu.
Antara yang paling ketara ialah budaya Islam berkaitan ayat-ayat Al- Quran dijadikan motif dalam ukiran disesetengah masjid, istana dan rumah.
Biasanya, seni ini dijelmakan daripada unsur-unsur dan alam semulajadi. Setiap satunya berubah mengikut keadaan sifatnya, mempunyai identiti, gaya dan undang-undang yang tersendiri.
1.2 Latar Belakang Kajian
1.2.1 Sejarah Seni ukir
Seni terawal adalah bermula pada zaman prasejarah. Seni ini wujud kira-kira 2.5 juta tahun yang lalu telah menandakan permulaan perkembangan manusia yang disebut Zaman Batu. Seni prasejarah ini dipercayai sebagai tapak permulaan evolusi manusia kerana manusia pada ketika itu hidup di dalam gua dan menggunakan batu untuk menyalakan api. Seni pada ketika itu dapat dilihat dalam pelbagai bentuk iaitu hiasan lukisan di dalam gua, ukiran-ukiran patung-patung sembahan, tulang-tulang haiwan sebagai hiasan kecantikan diri dan juga tugu-tugu seni bina. Manakala, subjek dan panduan seni ukiran pada zaman itu adalah berteraskan rupa haiwan dan juga bentuk rupa manusia.
Melalui zaman prasejarah ini, dipercayai bahawa manusia mula mempelajari cara hidup dan seni ketika itu berkembang mengikut peralihan dan perkembangan kepintaran manusia.
Seni ukiran merupakan hasil seni rupa tradisi Melayu yang terulung.
Sejarah seni ukiran di Tanah Melayu banyak terdapat dalam catatan-catatan sejarah Melayu iaitu dikatakan seni ukiran Melayu tradisi telah wujud sejak
4 lebih 500 tahun dahulu. Kesenian ini wujud dalam tamadun awal di samping bidang kesenian lain seperti seni bina, seni lukisan, kaligrafi dan teater. Pada ketika itu, orang-orang Melayu telah memberi perhatian yang istimewa terhadap seni ukiran pada bangunan-bangunan seperti istana dan rumah kediaman. Maka, jelaslah raja-raja Melayu pada zaman dahulu memainkan peranan penting dalam memperkembang, mengekal dan menghidupkan suasana seni ukiran.
Sehingga kini terdapat peninggalan istana-istana lama yang memperlihatkan betapa indah dan uniknya ukiran-ukiran yang diterapkan pada istana tersebut.
Manakala, menurut Abdul Halim Nasir dalam buku beliau yang bertajuk Seni Ukiran Kayu Melayu Tradisi, di Semenanjung Malaysia kekayaan seni ukiran kayu orang Melayu adalah paling ketara dapat dilihat pada binaan rumah-rumah tradisional terutamanya di negeri Kelantan, Terengganu, Melaka dan Negeri Sembilan. Ini kerana pada abad ke-14 seni ukiran Melayu tradisi sekali lagi menerima perubahan apabila agama Islam sampai ke Semenanjung Tanah Melayu sebagaimana tercatat di Batu Bersurat Terengganu yang membuktikan bahawa pada awal kurun keempat belas agama Islam telah dianuti oleh masyarakat Melayu.
Seni ukiran kayu juga merupakan seni kraftangan yang telah lama wujud dalam kalangan masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sabah dan Sarawak serta masyarakat orang Asli. Biasanya, seni ini dapat dipersembahkan melalui bahan kayu iaitu sama seperti seni ukiran yang lain cuma mempunyai perbezaan dari segi cara dan teknik pengukirannya. Seni ini berkembang luas di Malaysia kerana Malaysia adalah merupakan sebuah negara yang mempunyai hasil kayu-kayan yang banyak iaitu terdapat kira-kira 3000 spesis kayu-kayan di negara yang dikenalpasti.
Lazimnya, makna yang tersurat dalam ukiran kayu bukan sahaja melambangkan kekayaan warisan masyarakat Melayu di Nusantara. Malah, telah dianggap sebagai simbol semangat perjuangan yang tidak pernah luntur.
Biarpun zaman telah berubah namun, warisan kayu tetap kukuh menjadi satu identiti yang masih diagungkan. Oleh yang demikian, tradisi mengukir seperti menghias dengan menghasilkan ukiran telah menjadi simbol keagungan budaya sejak munculnya tradisi agung Melayu Melaka.
Namun begitu, menurut artikel Fikiran Rakyat, perkembangan seni ukiran di Indonesia mula wujud sejak Zaman Batu Muda (Neolitik) iaitu sekitar tahun 1500 S.M. Perkembangan seni ukir ini merupakan seni
6 membentuk gambar pada kayu, batu-batan atau bahan-bahan lain. Pada zaman itu, nenek moyang bangsa Indonesia telah membuat ukiran pada kapak batu, tempaan tanah liat atau bahan-bahan lain yang ditemuinya. Walau bagaimanapun, motif dan penghasilan ukiran pada zaman itu masih lagi sederhana dan umumnya bermotifkan geometrik seperti garis, titik dan lengkungan yang dihasilkan dengan bahan tanah, batu, kayu, bambu, kulit dan tanduk haiwan. Pada zaman ini, manusia membuat ukiran pada tembikar dengan dua cara iaitu secara langsung dan tidak langsung. Cara pertama dilakukan adalah dengan cara menggoriskan bentuk-bentuk segi tiga kecil dengan potongan kayu runcing, bentuk lingkaran dengan cap dan sebagainya.
Manakala, ukiran secara tidak langsung pula dilakukan dengan cara cetak motif iaitu dengan menampalkan cetakan kayu pada tembikar yang masih lembik.
Setelah agama Hindu, Buddha dan Islam masuk ke Indonesia, seni ukir telah mengalami perkembangan yang sangat pesat iaitu dalam bentuk reka bentuk produksi dan motif. Ukiran-ukiran ini mula ditemui di candi-candi dan prasasti-prasasti yang dihasilkan untuk memperingati raja-raja. Bentuk ukiran ini juga ditemui pada senjata-senjata seperti keris dan tombak, batu nisan, masjid, alat-alat muzik termasuk gamelan dan wayang. Motif-motif yang diukir pula
menggambarkan bentuk atau kisah ukiran kayu yang mula mengalami perkembangan pesat dan tidak lagi hanya berfungsi sebagai magis tetapi lebih merupakan kepada bentuk hiasan yang diproduksi.
Alat-alat yang digunakan untuk menghasilkan seni ukiran adalah seperti gergaji, ketam, tukul besi dan pahat. Motif ukiran kayu orang Melayu terbahagi kepada beberapa jenis, antaranya motif makhluk halus seperti ayam, badak dan itik (ayam berlaga, badak mudik dan itik pulang petang). Bagi motif angkasa atau kosmos lebih menerapkan gambaran awan larat seperti bintang, matahari, bulan, dan bukit bukau. Motif geometri pula menampilkan bentuk bulatan dan bentuk segitiga yang disusun secara berderet dan kadang- kala dicantum dengan sulur-sulur tumbuhan. Biasanya motif-motif ini terdapat pada alat-alat tembikar, sarung keris, tepak sirih dan barang-barang tembaga.
Manakala, motif seni khat atau kaligrafi menggunakan huruf Arab terutamanya untuk petikan al-Quran dan tulisan Jawi. Motif ini banyak terdapat di pintu rumah, masjid dan surau serta pada alat-alat keagamaan seperti rehal.
Penggunaan seni ukiran kayu dalam kalangan masyarakat Melayu bukan sahaja terdapat pada rumah-rumah tetapi penjelmaan dan penerapannya juga terdapat pada istana-istana raja, binaan masjid, surau, wakaf pintu
8 alat-alat senjata, peralatan memasak, peralatan pertukangan dan pengangkutan tradisi seperti perahu, kereta kuda dan kereta lembu yang juga merupakan warisan yang perlu dilindungi dan dipelihara.
1.2.2 HOUSE OF ARTS SDN. BHD
House of Arts Sdn. Bhd merupakan sebuah syarikat perniagaan keluarga yang ditubuhkan oleh En. Norhaiza Noordin. Syarikat ini mula beroperasi pada tahun 1990 dan telah didaftarkan di bawah Syarikat Perusahaan Kayu Antarabangsa. Syarikat ini merupakan sebuah organisasi yang mengekalkan warisan dan tradisi dari segi penghasilan produk ukiran kayu dan mempunyai polisi pengurusan yang tersendiri iaitu “Menghasilkan Produk Ukiran Perabot yang Berukiran Tinggi”.
Menurut artikel melalui sumber internet (Portal Internet Desa).
Sejarah, Seni dan Budaya yang bertajuk Ukiran Terengganu ke Universiti Oxford menyatakan bahawa House of Arts pernah menerima anugerah dan pengiktirafan Karyawan Seni Terengganu pada tahun 2006 apabila dipilih sebagai penghias dalaman untuk sebuah auditorium di Universiti Oxford (Oxford Centre for Islamic Studis ) (OCIS) antara universiti berprestij di dunia.
Amnya, House of Arts menjalankan aktiviti-aktiviti penghasilan produk mengikut tempahan dan projek yang diberikan oleh Perbadanan Kraftangan negeri Terengganu. Antara projek ukiran yang pernah dijalankan adalah ukiran di Istana Agung, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Muzium