• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGURUSAN MAJLIS PERKAHWINAN SECARA TRADISIONAL MASYARAKAT MELANAU DI MUKAH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "PENGURUSAN MAJLIS PERKAHWINAN SECARA TRADISIONAL MASYARAKAT MELANAU DI MUKAH"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

PENGURUSAN MAJLIS PERKAHWINAN SECARA TRADISIONAL MASYARAKAT MELANAU DI MUKAH

Norfaneeza Binti Kamarudin 48090

Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian (Pengurusan Seni)

2017

(2)

I

PENGURUSAN MAJLIS PERKAHWINAN SECARA TRADISIONAL MASYARAKAT MELANAU DI MUKAH

NORFANEEZA BINTI KAMARUDIN

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan kepujian

Pengurusan Seni

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERISITI MALAYSIA SARAWAK

2017

(3)

II

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Grade: _________________

Please tick ( )

Final Year Project Report Masters

PhD

DECLARATION OF ORIGINAL WORK This declaration is made on the ……..day of ………2017.

Student’s Declaration:

I NORFANEEZA BINTI KAMARUDIN, 48090, FACULTY OF APPLIED &

CREATIVE ARTS hereby declare that the work entitle PENGURUSAN MAJLIS PERKAHWINAN SECARA TRADISIONAL MASYARAKAT MELANAU DI MUKAH is my original work. I have not copied from any other student’s work or from any other source except where due reference or acknowledgement is made explicitly in the text nor has any part been written for me by another person.

________________ __________________________

Date submitted Norfaneeza Binti Kamarudin (48090)

Supervisor’s Declaration:

I PROF.MADYA.DR NORIA TUGANG hereby certifies that the work entitled PENGURUSAN MAJLIS PERKAHWINAN SECARA TRADISIONAL MASYARAKAT MELANAU DI MUKAH was prepared by the above named student and was submitted to the “FACULTY” as a* partial/fulfillment for the conferment of BACHELOR OF APPLIED ARTS WITH HONOURS (ARTS MANAGEMENT), and the aforementioned to the best of my knowledge, is the said student’s work.

Received for examination by :____________________________ date: ___________

(Prof. Madya Dr. Noria Tugang)

(4)

III

(En.Shaikh Azahar Shaikh Hussain)

Catatan :* Tesis dimaksudkan tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

I declare that Project/Thesis is classified as (Please tick ( )):

CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret Act 1972*

RESTRICTED (Contains restricted information as specified by the organization where Research was done)*

OPEN ACCESS

Validation of Project/Thesis

I therefore duly affirmed with free consent and willingness declare that this said Project/Thesis shall be placed officially in the Centre for Academic Information Services with the abiding interest and rights as follows:

 This Project/Thesis is the sole legal property of University Malaysia Sarawak (UNIMAS).

 The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copied for the purpose of academic and research only and not for other purpose.

 The Centre for Academic Information Services has the lawful right to digitalize the content for the Local Content Database.

 The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies of the Project/Thesis for academic exchange between Higher Learning Institute

 No dispute or any claim shall arise from the student itself neither third party on this Project/Thesis once it becomes the sole property of UNIMAS.

 This Project/Thesis or any material, data and information related to it shall not be distributed, published or disclosed to any party by the student except with UNIMAS permission.

Student Signature: _______________ Supervisor Signature: ___________________________

(Norfaneeza Binti Kamarudin) (Prof Madya Dr. Noria Tugang) Current Address:

NO 7655, LOT FASA 2 KAMPUNG TANJUNG BUNDONG, 94300 KOTA SAMARAHAN,

SARAWAK

Note* If the Project/Thesis is CONFIDENTIAL or RESTRICTED, please attach together as annexure a letter from the organization with the period and reason of confidentiality and restriction.

[The instrument is duly prepared by The Centre for Academic Information Service]

(5)

IV

Projek bertajuk “PENGURUSAN MAJLIS PERKAHWINAN SECARA TRADISIONAL MASYARAKAT MELANAU DI MUKAH” telah disediakan oleh NORFANEEZA BINTI KAMARUDIN dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian pengurusan seni.

Diterima untuk diperiksa oleh:

_______________________________

(Prof. Madya Dr. Noria Tugang) Tarikh:

______________________________

(6)

V

PENGAKUAN

Saya mengaku bahawa tiada bahagian penyelidikan di dalam penghasilan ilmiah/thesis ini yang telah digunakan sebagai bahan sokongan untuk sesuatu ijazah atau kelulusan sama ada kepada universiti ini atau institusi pengajian tinggi (IPT) yang lain.

……..………...

(NORFANEEZA BINTI KAMARUDIN) No. Matrik: 48090

(7)

VI

PENGHARGAAN

Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T, saya telah berjaya menyiapkan projek tahun akhir ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penyelia saya iaitu Prof.Madya.Dr Noria Tugang yang telah banyak memberikan bimbingan supaya saya dapat menyiapkan projek penyelidikan tahun akhir dan penulisan ilmiah ini. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada Dr Qistina Donna Lee Abdullah selaku pensyarah kursus Metodologi Kajian dan barisan pensyarah lain yang telah membantu saya secara langsung mahupun tidak langsung.

Tidak dilupakan juga saya ucapkan kepada Tuan Haji Besiri bin Haji Keri, Encik Abdul Latip bin Haji Mohti, Tuan Haji Dawi bin Ibrahim, Puan Marzam binti Haji Ibrahim, Encik Tommy Black Mark Lang dan pihak Majlis Adat Istiadat Sarawak yang telah banyak membantu saya dalam memberikan maklumat berkaitan dengan tajuk penyelidikan. Selain itu, rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu secara langsung mahupun tidak langsung. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada ahli keluarga yang telah banyak memberikan semangat dan dorongan bagi saya meneruskan projek tahun akhir ini.

Penghargaan turut diberikan kepada diri saya sendiri kerana telah berjaya menyiapkan projek tahun akhir ini dengan jayanya.

(8)

VII

ABSTRAK

Penyelidikan ini mengenai pengurusan majlis perkahwinan secara tradisional masyarakat Melanau di Mukah. Ia memfokuskan kepada persediaan kelengkapan majlis, atur cara sebelum, semasa dan selepas majlis dan menyingkap adat perkahwinan tradisional Melanau serta faktor penyebab adat perkahwinan kian pupus. Pengumpulan data dilakukan dengan menemubual informan pakar. Perkahwinan secara tradisional masyarakat Melanau ini masih dikekalkan sehingga kini, namun terdapat pantang larang yang tidak lagi dipraktikkan kerana tidak bersesuaian dengan keadaan semasa.

(9)

VIII

ABSTRACT

The research on the management of weddings traditionally Melanau in Mukah. It focuses on the preparation equipment ceremony, programs before, during and after the traditional wedding customs and pull factors causing Melanaus and dying marriage customs. Data was collected by interviewing informants experts. Marriage has traditionally Melanaus is still maintained until now, but there is no longer a taboo practice as incompatible with the current situation.

(10)

IX

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kerangka konseptual penyelidikan 5

3.1 Instrumen sokongan yang digunakan 36

oleh penyelidik

4.1 Urutan Atur Cara Majlis Perkahwinan 56

4.2 Urutan Bagi Adat Perkahwinan 58

(11)

X

SENARAI GAMBAR

GAMBAR TAJUK MUKA SURAT

1.1 Peta Bahagian Mukah 10

4.1 Makanan Tradisional Melanau 45

4.2 Pelamin Tradisional Masyarakat Melanau 46

4.3 Katil Yang di Kenali Sebagai Gatak 46

4.4 Barang Hantaran 9 Pikul 48

4.5 Barang Hantaran Bagi 7 Pikul Bertirih 48

dan 7 Pikul

(12)

XI

ISI KANDUNGAN HALAMAN

TAJUK i

PENGESAHAN ii-iv

PENGAKUAN v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

SENARAI RAJAH ix

SENARAI GAMBAR x

(13)

XII

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan Bab 1-2

1.2 Permasalahan Kajian 3

1.3 Objektif Kajian 4

1.4 Kerangka Konseptual 5-7

1.5 Skop Kajian 8

1.6 Lokasi Kajian 9

1.7 Batasan Kajian 11

1.8 Kepentingan Kajian 12-13

1.9 Masalah Yang di Hadapi Semasa Menjalankan Kajian 14

BAB 2 SOROTAN KESUSASTERAAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Pengurusan 16-18

2.3 Perkahwinan 18-20

2.4 Adat Perkahwinan 21-23

2.5 Ritual 23-24

2.6 Masyarakat Melanau 25-26

2.7 Rumusan 27

(14)

XIII

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 28

3.2 Kaedah Kualitatif 29

3.3 Kaedah Perpustakaan 30-32

3.3.1 Buku yang digunakan 33

3.4 Kaedah Lapangan 34

3.4.1 Temu Bual 34-35

3.4.2 Pemerhatian 35-36

3.5 Instrumen Penyelidikan 36-37

3.6 Rumusan 38

BAB 4 ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 39

4.2 Analisis Data 40

4.2.1 Demografi Informan 40

4.2.1.1 Latar Belakang Informan 40-41

4.2.2 Persediaan Kelengkapaan Majlis Perkahwinan Secara 43-55

Tradisional Masyarakat Melanau Mukah

4.2.3 Atur Cara Majlis Perkahwinan 56-57

4.2.4 Adat Perkahwinan dalam Masyarakat Melanau di Mukah 58-62

(15)

XIV

4.2.5 Pantang Larang Dalam Perkahwinan Secara Tradisional 63

4.2.6 Ritual Dalam Perkahwinan 64

4.2.7 Faktor Yang Menyebabkan Adat Perkahwinan 65-66

Tradisional Masyarakat Melanau Ini Kian Pupus

4.3 Dapatan Kajian 67-68

4.3.1 Persediaan Kelengkapan Majlis Perkahwinan Secara

Tradisional Masyarakat Melanau Mukah

4.3.1.1 Pakaian Pengantin 68-69

4.3.1.2 Makanan 70

4.3.1.3 Pelamin 71-72

4.3.1.4 Barang Hantaran 72-77

4.3.2 Atur Cara Majlis Perkahwinan

4.3.2.1 Atur Cara Sebelum 78

4.3.2.2 Atur Cara Semasa 79-80

4.3.2.3 Atur Cara Selepas 80

4.3.3 Adat Perkahwinan Dala Masyarakat Melanau di Mukah

4.3.3.1 Adat Merisik 81

(16)

XV

4.3.3.2 Adat Bertunang 82-83

4.3.3.3 Adat Berkahwin 84-85

4.3.3.4 Adat Petudui 86

4.3.4 Pantang Larang Dalam Perkahwinan 86

4.3.5 Ritual Dalam Perkahwinan 87

4.3.6 Faktor Yang Menyebabkan Adat Perkahwinan 88

Tradisional Masyarakat Melanau Ini Kian Pupus

4.4 Rumusan 89

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Kesimpulan 90

5.2 Cadangan

5.2.1 Cadangan Untuk Masa Depan Perkahwinan Secara 91-91

Tradisional Melanau Mukah

5.2.2 Cadangan Untuk Penyelidik Yang Akan Datang 93

(17)

XVI

GLOSARI 94-98

SENARAI RUJUKAN 99-104

LAMPIRAN 102-119

(18)

1

BAB SATU PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan

Lazimnya, masyarakat di Malaysia ini mempunyai sistem pengurusan yang berbeza dalam meraikan majlis ataupun upacara yang dianggap penting di dalam kehidupan mereka. Oleh itu, setiap pengurusan yang dilakukan ini bukan sahaja bertujuan untuk memberi pemberitahuan terhadap sesuatu penggabungan tetapi ia juga memperlihatkan tentang adat yang ada dalam masyarakat itu. Begitu juga dengan masyarakat Melanau yang turut mempunyai majlis yang memerlukan mereka untuk menguruskan upacara itu selain memberikan perhatian kepada adat yang perlu dijalankan bagi majlis itu.

Salah satu majlis yang memerlukan pengurusan yang teratur ialah majlis perkahwinan yang penuh dengan adat istiadat. Perkahwinan bukan sahaja satu upacara yang menyatukan dua jantina tetapi ia merupakan asas kepada pembentukan sebuah keluarga yang baru. Oleh itu, pelbagai acara yang diatur bagi memperkenalkan pasangan kepada masyarakat tempatan tentang status pasangan. Setiap masyarakat di Malaysia ini mempunyai masa dan cara yang berbeza bagi menjalankan majlis perkahwinan begitu juga dengan masyarakat Melanau. Pengurusan majlis perkahwinan secara tradisional masyarakat Melanau ini termasuklah dari segi pemilihan lokasi berlangsungnya majls perkahwinan, barang hantaran bagi pasangan pengantin, persediaan pakaian pengantin, sajian makanan untuk dihidangkan kepada para tetamu yang hadir, aktiviti yang dijalankan dan perkara yang turut diambil serius dalam majlis perkahwinan masyarakat Melanau ini

(19)

2

ialah adat yang perlu dipatuhi oleh pasangan yang bakal disatukan. Oleh itu, fokus penyelidik ialah lebih kepada pengurusan majlis perkahwinan secara tradisional masyarakat Melanau di Mukah. Aspek pengurusan, adat perkahwinan dan ritual memainkan peranan yang penting dalam proses pembentukan majlis perkahwinan ini.

(20)

3

1.2 Permasalahan Kajian

Permasalahannya ialah kurangnya pendedahan kepada masyarakat terutamanya masyarakat dari kaum lain tentang pengurusan majlis iaitu tentang persediaan kelengkapan, atur cara sebelum, semasa dan selepas perkahwinan secara tradisional masyarakat Melanau ini. Oleh kerana kurangnya pengetahuan tentang pengurusan yang seharusnya dilakukan di dalam sesebuah perkahwinan itu maka ia akan menyebabkan banyak perkara ataupun persiapan tidak dapat diselesaikan dalam masa yang telah ditetapkan. Masyarakat Melanau sendiri mempunyai sistem pengurusan perkahwinan yang berbeza dengan masyarakat lain. Oleh itu, penyelidik berpendapat bahawa bukan sahaja masyarakat Melanau sendiri perlu mengetahui tentang pengurusan perkahwinan kaum mereka sendiri tetapi cara pengurusan perkahwinan secara tradisional masyarakat Melanau ini perlu diketahui oleh masyarakat dari kaum yang lain juga dan menjadi panduan satu hari kelak terutamanya kepada generasi yang akan datang.

Selain itu, adat majlis perkahwinan masyarakat Melanau pada masa kini kian pupus kerana dipengaruhi oleh budaya dari negara barat yang begitu kuat sehingga memberi kesan kepada adat perkahwinan mereka. Golongan muda amnya lebih terjurus melakukan perkahwinan mereka ke arah yang moden berbanding dengan tradisional yang terlalu banyak adat yang perlu diikuti serta arus globalisasi yang terjadi. Disebabkan itu, mereka kurang mempraktikkan adat perkahwinan di dalam perkahwinan mereka. Golongan muda seharusnya mempraktikkan dan mengamalkan adat yang telah diperturunkan dari nenek moyang mereka serta memelihara kerana adat perkahwinan ini merupakan warisan budaya yang sangat tinggi nilainya.

(21)

4

1.3 Objektif Kajian

Penyelidikan ini akan mengenalpasti pengurusan majlis perkahwinan secara tradisional masyarakat Melanau di Mukah. Pengurusan merupakan aspek yang penting dalam menjalankan upacara penting. Oleh itu, terdapat banyak proses-proses yang perlu dilalui ataupun dilakukan dalam memastikan pengurusan sesebuah acara itu berlangsung dengan lancar tanpa berlakunya kesilapan pada saat-saat akhir. Disebabkan itu, penyelidikan ini akan mengemukakan persediaan kelengkapan dan atur cara pengurusan sebelum, semasa dan selepas majlis perkahwinan secara tradisional masyarakat Melanau di Mukah yang perlu diketengahkan dan diketahui oleh masyarakat luar yang bukan sahaja diketahui oleh masyarakat Melanau itu sendiri.

Seterusnya penyelidikan ini akan mengkaji tentang adat perkahwinan Melanau dan faktor yang menyebabkan adat perkahwinan secara tradisional masyarakat Melanau ini kian pupus. Menurut Dr. Siti Hasmah Mohd Ali di dalam bukunya yang bertajuk ‘Wanita, Adat dan kesihatan’ adat, kebudayaan dan kepercayaan merupakan sistem yang berhubung dengan cara pemikiran, beribadat, perkahwinan, makan, tidur , persediaan makanan yang akan diikuti oleh individu, masyarakat dan kumpulan. Oleh itu, sistem ini perlu dipegang teguh dan dihormati kerana ia bermula daripada generasi dahulu dan ia dijaga serta diikuti sejak sekian lamanya. Hal ini kerana, baik buruk adat yang diperturunkan itu seharusnya tidak dipersoalkan oleh pengikutnya. Terdapat banyak adat tradisional yang telah pupus akibat daripada kesan pengaruh budaya asing dan juga arus permodenan yang di alami oleh dunia masa kini. Oleh itu, penyelidikan yang dilakukan ini akan menyingkap adat yang terdapat dalam perkahwinan secara tradisional masyarakat Melanau dan sebab-sebab adat ini kian pupus.

(22)

5

1.4 Kerangka Konseptual

Rajah 1.1: Menunjukkan kerangka konseptual penyelidikan

Berdasarkan kepada rajah 1 di atas, terdapat 3 aspek yang menjadi fokus utama di dalam penyelidikan ini iaitu, aspek pengurusan, adat perkahwinan, dan ritual yang terdapat di dalam majlis perkahwinan secara tradisional masyarakat Melanau.

Pengurusan Majlis Perkahwinan

Tradisional Masyarakat Melanau di Mukah

Adat perkahwinan Pengurusan

Ritual

(23)

6

1.4.1 Pengurusan

John Naylor (1999), pengurusan merupakan proses bagi mencapai objektif sesebuah organisasi dengan mengambil kira perubahan persekitaran, kecekapan, ekuiti dan keberkesanan bagi mendapatkan keputusan yang terbaik melalui sumber yang terhad, pekerjaan dan dari orang sekeliling. Begitu juga dengan pengurusan sesebuah perkahwinan yang perlu menjalani banyak proses sebelum bermulanya majlis perkahwinan itu serta sumber dan bantuan daripada orang sekeliling bagi menjayakan majlis itu.

1.4.2 Adat Perkahwinan

Linton (1976), mendefinisikan perkahwinan sebagai penyatuan antara dua manusia yang berlainan jantina iaitu lelaki dan perempuan. Perkahwinan yang terjalin akan mewujudkan satu perhubungan yang mengikut peraturan antara suami isteri ataupun ikatan dari segi fizikal, undang-undang moral suami isteri ke dalam pergaulan hidup yang sempurna dan akhirnya membentuk sebuah keluarga yang sempurna. Perkahwinan ini merupakan undang-undang ataupun proses yang turut dikenali sebagai adat perkahwinan.

(24)

7

1.4.3 Ritual

Menurut Radcliffe-Brown (1952), ritual ialah satu perlakuan bagi menyatakan sesuatu secara simbolik dan dengan itu menolong menghidupkan nilai sosial dan sikap yang akan membantu supaya melancarkan perjalanan kehidupan masyarakat itu. Oleh itu, ritual yang diadakan merupakan tindakan yang berbentuk ekspresif ,simbolik atau luahan. Malah ritual juga berfungsi untuk menyampaikan sesuatu mesej tertentu seperti aturan sosial dan perkara yang menjadi kepentingan bersama. Dengan itu, ritual ini dapat dikaitkan dengan fungsi sosial yang dapat melahirkan sentimen sosial dan seterusnya membawa nilai-nilai tertentu dalam kehidupan masyarakat itu sendiri.

Gambar

Rajah 1.1: Menunjukkan kerangka konseptual penyelidikan

Referensi

Dokumen terkait

Karena banyak orang Indonesia yang sudah menemukan passion sehingga mereka tidak hanya mendapatkan sebuah pencapaian yang membuat diri mereka sendiri bangga, tetapi juga