Audit Penarafan Laman Web PTJ UKM 2011 Pusat Komunikasi Korporat
Pusat Teknologi Maklumat Universiti Kebangsaan Malaysia
PENILAIAN KRITERIA PEMARKAHAN AUDIT PENARAFAN LAMAN WEB 2011
Berikut merupakan senarai dan ciri criteria yang diaudit.
1. Ciri asas yang dinilai
Maklumat kepada pelanggan (20 markah)
i. Mempunyai nombor telefon yang boleh dihubungi dan berfungsi dengan baik.
ii. Mempunyai alamat surat menyurat yang lengkap.
iii. Mempunyai alamat emel yang boleh dihubungi dan berfungsi dengan baik.
Maklumbalas hendaklah diperoleh dalam tempoh 24jam waktu bekerja.
iv. Mempunyai nombor faks yang terkini dan berfungsi dengan baik.
v. Memaparkan alamat URL laman web yang betul.
vi. Menyediakan ruang komen/ maklumbalas.
vii. Menyediakan ruang carian.
viii. Memaparkan tarikh kemaskini laman web.
ix. Menggunakan bahasa Melayu dan Inggeris sebagai 2 bahasa utama.
Mesra Pelanggan (20 markah)
i. Menyatakan kenyataan mengenai Dasar Privasi ii. Menyatakan kenyataan mengenai Dasar keselamatan iii. Menyatakan kenyataan mengenai Penafian
iv. Menyatakan kenyataan mengenai Notis Hakcipta v. Menyediakan soalan-soalan lazim – FAQ
vi. Menyediakan Peta Laman - Site map . vii. Menyediakan paparan terbaik - best view viii. Contoh : Resolusi skrin 780 x 600 pixel.
ix. Setiap laman web hendaklah meletakkan kedudukan logo UKM yang terkini pada sebelah kiri atas muka laman utama.
x. Setiap laman web hendaklah meletakkan nama penuh organisasi masing- masing pada sebelah atas laman utama.
Audit Penarafan Laman Web PTJ UKM 2011 Pusat Komunikasi Korporat
Pusat Teknologi Maklumat Universiti Kebangsaan Malaysia
Perkhidmatan kepada pelanggan (25 markah)
i. Memaparkan mengenai pengenalan/ latar belakang.
ii. Mamaparkan maklumat lokasi.
iii. Memaparkan Misi & Visi.
iv. Memaparkan objektif penubuhan.
v. Menyedikan carta organisasi yang lengkap, terkini dan mudah difahami.
vi. Menyediakan direktori kakitangan yang lengkap dengan nama penuh dan jawatan, bahagian / unit tanggungjawab, nombor telefon/ sambungan dan alamat emel beserta gambar kakitangan.
i. Menyediakan pautan ke laman web UKM.
ii. Menyediakan pautan ke Portal Berita UKM.
Penampilan Laman Web (20 markah)
i. Penggunaan warna kontras yang baik di antara warna latar dan tulisan.
ii. Pada keseluruhan laman web saiz, jenis dan warna font hendaklah standard dan konsisten selain mudah dibaca.
iii. Menggunakan tatabahasa dan ejaan yang standard dan piawai.
iv. Rekabentuk laman web hendaklah ringkas dan tidak sesak.
2. Ciri tambahan yang digalakkan (10 markah)
i. Memaparkan kaunter pelanggan – pengguna yang memasuki laman web.
ii. Menyediakan kemudahan W3C bagi pengguna yang rabun dan buta warna.
iii. Fakulti dan institut yang memaparkan hasil terbitan beserta maklumat penerbitan.
iv. Menyediakan kemudahan RSS v. Mempunyai kemudahan Twitter vi. Mempunyai kemudahan Facebook vii. Mempunyai kemudahan You Tube
Audit Penarafan Laman Web PTJ UKM 2011 Pusat Komunikasi Korporat
Pusat Teknologi Maklumat Universiti Kebangsaan Malaysia
3. Ciri Mengikut Kategori Pusat Tanggungjawab (25 markah) Fakulti
i. Memaparkan maklumat kursus/ program yang ditawarkan.
ii. Memaparkan carta organisasi yang lengkap dan terkini.
iii. Meletakkan Kalendar Akademik yang terkini.
iv. Meletakkan video perkhidmatan pelajar.
v. Menyediakan direktori kepakaran yang terdapat di fakulti.
Institut
i. Memaparkan maklumat kursus/ program yang ditawarkan.
ii. Memaparkan carta organisasi yang lengkap dan terkini.
iii. Meletakkan Kalendar Akademik yang terkini.
iv. Meletakkan video perkhidmatan pelajar.
v. Menyediakan direktori kepakaran yang terdapat di fakulti.
Pusat Perkhidmatan & Pentadbiran
i. Memaparkan maklumat perkhidmatan/ bidang tugas yang dijalankan.
ii. Memaparkan carta organisasi yang lengkap dan terkini.
iii. Memaparkan pemakluman terkini.
iv. Memaparkan Kalendar Aktiviti tahunan pusat.
v. Menyediakan kemudahan muat turun borang, pekeliling atau surat dalam bentuk PDF atau format yang mudah dicapai oleh pengguna.
Kolej-kolej UKM
i. Memaparkan maklumat perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan dengan lengkap.
ii. Menyediakan peta lokasi kolej dan kemudahan yang terdapat di sekelilingnya.
iii. Memaparkan carta organisasi yang lengkap dan terkini.
iv. Memaparkan Kalendar Aktiviti tahunan kolej.
v. Memaparkan pemakluman/ pengumuman aktiviti terkini dengan lengkap dan berkesan.
Audit Penarafan Laman Web PTJ UKM 2011 Pusat Komunikasi Korporat
Pusat Teknologi Maklumat Universiti Kebangsaan Malaysia
Kelab/ Persatuan Pelajar UKM
i. Memaparkan maklumat Kelab/ Persatuan dengan lengkap.
ii. Memaparkan pemakluman/ pengumuman aktiviti terkini dengan lengkap dan berkesan.
iii. Memaparkan carta organisasi yang lengkap dan terkini.
iv. Memaparkan Kalendar Aktiviti tahunan persatuan/ kelab.
v. Menyediakan pautan capaian ke e-Pelajar dan SMPWeb.
4. Ciri yang akan dikenakan penalti (-10 markah)
i. Mempunyai pautan yang tidak berfungsi – broken link.
ii. Memaparkan makluman tidak rasmi bersifat peribadi dan tidak ada apa-apa kaitan dengan PTJ. Contoh :
iii. Jemputan majlis perkahwinan, sambutan hari jadi dan lain-lain.
iv. Memaparkan maklumat yang mempunyai isu-isu perkauman, keagamaan, politik yang sensitif.amin
v. Muka laman utama yang melebihi 3 kali scroll.
vi. Laman web yang tidak di kemaskini maklumat dan kandunganya.