Audit Penarafan Laman Web PTJ UKM 2011 Pusat Komunikasi Korporat
Pusat Teknologi Maklumat Universiti Kebangsaan Malaysia
AUDIT PENARAFAN LAMAN WEB PTJ UKM 2011
PENGENALAN
Audit penarafan ini bertujuan untuk menambahbaik secara tekal semua laman web pusat tanggungjawab (PTJ) di UKM ke arah menjadikan laman web UKM nombor satu di Malaysia. Ia juga bertujuan menampilkan laman web PTJ yang baik supaya memberi impak yang lebih berkesan dalam usaha mempromosi UKM sebagai sebuah universiti penyelidikan yang terkehadapan di mata dunia.
Selain itu ia merupakan salah satu usaha dalam meletakkan laman web UKM sejajar penarafan MAMPU.
SYARAT PENARAFAN
a. Semua laman web PTJ yang menggunakan domain “ukm.my” akan diaudit untuk penarafan. Laman web yang akan diaudit terdiri daripada laman web fakulti (termasuk pusat pengajian/ jabatan di bawahnya), institut, pusat perkhidmatan dan pusat pentadbiran.
b. Semua PTJ diberikan tiga bulan untuk mengemaskini laman web masing-masing bermula daripada 5 Julai sehingga 21 September 2011.
c. Penarafan adalah berbentuk penarafan bintang (star rating) dari 1 hingga 5 bintang berdasarkan kriteria yang diluluskan oleh Mesyuarat Ketua-ketua Bahagian pada 28 Jun 2011 berpandukan garis panduan yang diberi oleh MAMPU.
d. Kriteria-kriteria yang dinilai terbahagi kepada empat kumpulan : i. Kriteria Asas
ii. Kriteria tambahan
iii. Kriteria mengikut PTJ, Kolej dan Kelab/ Persatuan pelajar UKM.
iv. Kriteria yang dikenakan penalti
Sila lihat lampiran Kriteria Audit Penarafan Laman Web PTJ UKM 2011 untuk maklumat lanjut.
Audit Penarafan Laman Web PTJ UKM 2011 Pusat Komunikasi Korporat
Pusat Teknologi Maklumat Universiti Kebangsaan Malaysia
e. Skala penarafan:
f. Keputusan dan analisis penilaian keseluruhan akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Ketua-ketua Bahagian (MKB) setelah selesai audit penarafan ini dijalankan.
PENJURIAN
a. Pengauditan akan dijalankan secara 2 peringkat iaitu peringkat dalaman dan peringkat luaran.
i. Peringkat pertama – peringkat dalaman, dilakukan oleh ahli jawatankuasa juri yang dilantik dari PTJ masing-masing. Juri dalaman yang dilantik ini akan mengaudit sendiri laman web di setiap PTJ masing-masing dan dikehendaki menyediakan laporan pemarkahan untuk diserahkan kepada PKK iaitu seminggu sebelum tarikh tutup pengemaskinian laman web.
ii. Pengauditan peringkat kedua – peringkat luaran, akan dijalankan. Seramai lima orang juri yang mempunyai kreadibiliti dan pengalaman dari organisasi luar akan dilantik untuk membuat pengauditan.
b. Penilaian laman web PTJ akan dijalankan pada minggu pertama bulan Oktober 2011.
c. Pengauditan oleh juri luar ini akan dijalankan selama 2 hari selepas tarikh tutup kemaskini laman web.
HADIAH
a. Laman web PTJ yang mendapat markah tertinggi akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM2,500.00 beserta sijil penghargaan.
b. Laman web yang mendapat tempat pertama akan dicalonkan ke Majlis Anugerah Inovasi 2012.
Disediakan oleh:
Pusat Komunikasi Korporat Universiti Kebangsaan Malaysia
BINTANG MARKAH
5 90 - 100
4 80 - 89
3 70 - 79
2 60-69
1 59 dan kebawah