• Tidak ada hasil yang ditemukan

Amalan Pentaksiran Berbantukan Instrumen Teknologi Dalam Kalangan Guru Bahasa Arab: Satu Pandangan Awal (Assessment Practices Assisted by Technological Instruments Among Arabic Language Teachers: A Preliminary View)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Amalan Pentaksiran Berbantukan Instrumen Teknologi Dalam Kalangan Guru Bahasa Arab: Satu Pandangan Awal (Assessment Practices Assisted by Technological Instruments Among Arabic Language Teachers: A Preliminary View)"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

589

Copyright © 2023 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

Amalan Pentaksiran Berbantukan Instrumen Teknologi Dalam Kalangan Guru Bahasa Arab: Satu Pandangan Awal (Assessment Practices Assisted by Technological Instruments Among

Arabic Language Teachers: A Preliminary View)

Muhammad Syahrul Naim Mohd Fauzi1*, Saipolbarin Ramli1

1 Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Malaysia

*Pengarang Koresponden: m20182002190@siswa.upsi.edu.my

Accepted: 15 April 2023 | Published: 30 April 2023

DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.47

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Era Pendidikan 4.0 adalah hasil daripada Revolusi Perindustrian 4.0 yang telah memberi kesan secara langsung terhadap sistem Pendidikan global. Antara perkara yang dilihat menerima efek dalam era Pendidikan 4.0 ialah penggunaan teknologi dan kaedah pentaksiran. Secara retorik, pentaksiran dilihat sebagai satu medium yang berperanan untuk menilai pencapaian objektif dalam aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang dijalankan. Kajian ini dijalankan untuk menganalisis instrumen teknologi yang digunakan oleh guru bahasa Arab dalam amalan pentaksiran di sekolah, permasalahan yang dihadapi oleh guru bahasa Arab dalam perlaksanaan pentaksiran berbantukan instrumen teknologi dan kesan pentaksiran yang berbantukan instrumen teknologi kepada aktiviti PdP Bahasa Arab.

Kajian berbentuk kuantitatif ini menggunakan kaedah persampelan secara rawak yang melibatkan sampel kajian seramai 33 orang guru bahasa Arab di Daerah Sabak Bernam. Data yang diperolehi daripada soal selidik menunjukkan amalan pentaksiran berbantukan elemen teknologi dalam kalangan guru bahasa Arab berada pada nilai purata min 3.721 yang menunjukkan instrumen teknologi memberi kesan yang baik terhadap amalan pentaksiran guru bahasa Arab di sekolah. Keadaan ini secara tidak langsung mengambarkan tahap kebersediaan guru-guru bahasa Arab dalam menghadapi arus global dalam era Pendidikan 4.0.

Kata kunci: Amalan pentaksiran, instrumen teknologi, guru bahasa Arab

Abstract: The Era of Education 4.0 is the result of the Industrial Revolution 4.0 which has had a direct impact on the global Education system. Among the things that are seen receiving effects in the era of Education 4.0 is the use of technology and assessment methods.

Rhetorically, assessment is seen as a medium that plays a role in evaluating the achievement of objectives in the Teaching and Learning (PdP) activities carried out. This study was conducted to analyze the technological instruments used by Arabic language teachers in assessment practice at school, the problems faced by Arabic language teachers in the implementation of technological instrument-assisted assessment and the impact of technological instrument-assisted assessment on Arabic PdP activities. This quantitative study uses a random sampling method involving a study sample of 33 Arabic language teachers in Sabak Bernam District. The data obtained from the questionnaire shows that the assessment practice with the help of technological elements among Arabic teachers is at an average mean value of 3.721 which shows that technological instruments have a good effect on the assessment

(2)

590

Copyright © 2023 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

practice of Arabic teachers in schools. This situation indirectly reflects the level of preparedness of Arabic language teachers in facing the global trend in the era of Education 4.0.

Keywords: Assessment practices, technological instruments, Arabic language teachers ___________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Pentaksiran dalam mata pelajaran Bahasa Arab di sekolah seharusnya dijalankan secara berterusan bagi meningkatkan lagi kualiti dan mencapai objektif pembelajaran Bahasa Arab.

Pentaksiran merupakan proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses Pendidikan. Pentaksiran merupakan satu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterprestasi maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan (LPM, 2000).

Pentaksiran dalam pendidikan turut terkesan terhadap perkembangan teknologi pada hari ini.

Menurut (Rohaya, Zaki, & Khadijah, 2014) Perubahan adalah bersifat natural dan tidak boleh dikawal, dan perbuhan berlaku apabila wujud penembangan ekonomi, persekitaran dan teknologi.

Teknologi pada abad ke-21 memberi kesan terhadap bagaimana murid menerima dan memperolehi ilmu daripada guru mereka, teknologi telah membuat tranformasi terhadap profesion pendidikan (Amin, 2016). Kehadiran internet dan teknologi telah mengembangkan dan menambahbaik proses PdP Bahasa Arab. Guru memudahkan urusan mereka bersama pelajar dengan menggunakan applikasi media sosial yang ada (Amin, 2016). Guru kini menjadi lebih fleksibel dengan menggunakan teknologi dalam sesi PdP mereka.

Fokus kajian ini untuk menganalisis amalan pentaksiran berbantukan instrumen teknologi dalam kalangan guru bahasa Arab. Perbincangan turut menyentuh aspek permasalahan dan kesan teknologi dalam amalan pentaksiran berbantukan instrumen teknologi dalam kalangan guru bahasa Arab. Instrumen teknologi yang digunakan oleh guru dalam amalan pentaksiran berbentuk sedia ada mahupun sesuatu yang baharu dan dibangunkan sendiri oleh guru. Sampel kajian terdiri daripada guru bahasa Arab yang mengajar di tingkatan satu sehingga tingkatan lima sekolah Daerah Sabak Bernam. Pemilihan sampel dilakukan dengan menggunakan kaedah persempelan rawak mudah. Pentaksiran yang dilakukan adalah berbentuk maya ataupun secara maujud. Keperluan pengetahuan, pentaksiran dan kemahiran teknologi adalah menjadi keutamaan bagi membantu mencapai objektif PdP Bahasa Arab di sekolah.

2. Metodologi Kajian

Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik bagi proses pengumpulan data. Instrumen soal selidik yang digunakan mempunyai dua bahagian. Bahagian A berkaitan demografi guru manakala bahagian B berkaitan instrumen teknologi yang digunakan guru bahasa Arab dalam pentaksiran sedia ada mahupun baharu dan dibangunkan sendiri oleh guru. Masalah yang dihadapi oleh guru bahasa Arab dalam melaksanakan pentaksiran berbantukan instrumen teknologi dan kesan pentaksiran yang berbantukan instrumen teknologi.

(3)

591

Copyright © 2023 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

Kajian ini terdiri daripada tiga peringkat. Peringkat pertama berkaitan instrumen teknologi yang digunakan guru bahasa Arab dalam pentaksiran. Pengkaji ingin melihat elemen teknologi yang telah digunakan oleh guru sebagai bahan bantuan dalam amalan pentaksiran bahasa Arab sama ada berbentuk sedia ada ataupun yang telah diinovasikan. Kedua ialah masalah yang dihadapi oleh guru bahasa Arab dalam melaksanakan pentaksiran berbantukan instrumen teknologi. Pengkaji ingin mengetahui masalah yang dihadapi oleh guru bahasa Arab di Daerah Sabak Bernam dalam perlaksanaan pentaksiran berbantukan instrumen teknologi.

Permasalahan tersebut merangkumi kesediaan guru bahasa Arab terhadap teknologi, Kemudahan yang disediakan oleh sekolah, rakan sekerja, masa serta kos pembelanjaan. Akhir sekali berkaitan kesan pentaksiran yang berbantukan instrumen teknologi. Pengkaji membahagikan kesan tersebut kepada tiga bahagian. Iaitu kesan kepada guru bahasa Arab, pelajar yang mengambil mata pelajaran bahasa Arab dan pentaksiran Bahasa Arab.

Rajah 1: merupakan kerangka kerja yang terlibat di dalam kajian ini.

Kajian berbentuk kuantitatif ini menggunakan kaedah persampelan secara rawak yang melibatkan sampel kajian seramai 33 orang guru bahasa Arab di daerah Sabak Bernam. Data yang diperolehi daripada soal selidik akan dianalisis menggunakan satu perisian statistik iaitu Statistical Package for Social Science SPSS.

Responden kajian terdiri daripada guru bahasa Arab yang mengajar Bahasa Arab di tiga buah sekolah Daerah Sabak Bernam. Sekolah tersebut disusun berdasarkan tahap pencapaian sekolah terbaik di Daerah Sabak Bernam dan dipilih menggunakan persempelan rawak mudah.

Maklumat sekolah seperti dalam jadual 1 berikut:

(4)

592

Copyright © 2023 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

Jadual 1: Senarai Sekolah Yang Terlibat Dalam Kajian

Bil Nama Sekolah Sukatan Pelajaran

1. SMKA Tun Rahah KSSM

2. SAM Pasir Panjang (SAMPP) KBD

3. SMK Dato’ Mustafa KSSM

Pemilihan sekolah-sekolah ini adalah kerana tahap pencapaian sekolah dan jenis sekolah.

SMKA Tun Rahah merupakan satu-satunya SMKA yang terdapat di daerah Sabak Bernam.

Manakala SAM Pasir Panjang merupakan sekolah SABK yang mempunyai pencapaian cemerlang di daerah Sabak Bernam. Begitu juga SMK Dato’ Mustafa.

2. Sorotan Literatur

Pada tahun 1999, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewujudkan Sekolah Bestari untuk membuktikan bahawa Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) akan dilaksanakan dengan berkesan dalam sistem pendidikan negara. Oleh itu, terdapat pelbagai ruang dan peluang yang akan dibuka oleh kementerian terhadap teknologi dalam sistem pendidikan negara. Ini juga merupakan usaha bagi merealisasikan dasar Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).

Terdapat banyak kajian yang telah dilakukan berkaitan penggunaan teknologi dalam pendidikan. Antaranya kajian oleh Husin, Z. Khalid, F. tahun 2014 bertajuk “Kekangan Terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di Kalangan Guru Sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur”.

Walaupun kemudahan teknologi sudah disediakan, terdapat masih ramai guru yang berkhidmat di pusat Bandar tidak mahir dan jarang menggunakan komputer serta TMK semasa PdP.

Dapatan kajian tersebut mendapati min kekerapan dan kaedah penggunaan TMK masih berada pada tahap sederhana oleh guru-guru yang berkhidmat di sekolah-sekolah pusat Bandar. Ini disebabkan oleh kekangan masa menjadi masalah utama terhadap penggunaan komputer dan TMK dalam PdP. Terdapat segelintir guru masih mengekalkan cara lama dalam PdP mereka seperti “chalk and talk” dan tidak berminat untuk menggunakan teknologi maklumat sebagai media pengajaran mereka.

Kajian yang dilakukan oleh Kamis, N. Khalid, F. pada tahun 2017 yang bertajuk “Kekangan Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pengajaran dan Pembelajaran Guru Sekolah”. Memanfaatkan TMK untuk meningkatkan kualiti pembelajaran di negara merupakan anjakan ke-7 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang menggariskan penggunaan teknologi. Terdapat pelbagai faedah TMK terhadap guru antaranya ialah kebanyakan guru pelatih yang mendapat pendedahan tentang penggunaan TMK (Atan, N, A. Andrew, B., 2010). Selain itu, menjadikan pembelajaran menjadi lebih menarik (Gani, A, W, I. Siarap, K. Mustafa, H., 2006). Ia juga menjadi pendekatan alternatif buat guru dalam mencari idea, menarik minat serta memotivasikan daya tarikan dalam proses PdP (Puteh, N, S. Majzub, R, M. Yusof, Z, M., 2010).

Seterusnya kajian yang dilakukan oleh Ahmad, S, F. Tamuri, A, H. pada tahun 2010 bertajuk

“Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Teknologi Multimedia dalam Pengajaran j-QAF”. Kajian ini membincangkan berkaitan tahap penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) berasaskan teknologi multimedia dalam pengajaran guru j-QAF di sekolah-sekolah rendah negeri Serawak. PdP menjadi lebih efektif dan sesuai kepada para pendidik dengan penggunaan BBM berasaskan teknologi multimedia.

(5)

593

Copyright © 2023 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

Hasil kajian mendapati bahawa purata persepsi guru terhadap BBM berasaskan teknologi multimedia mempunyai purata yang tinggi walaupun terdapat beberapa masalah dan halangan secara teknikal terhadap usaha dalam meningkatkan kemahiran penggunaan BBM berasaskan teknologi. Guru-guru j-QAF perlu berusaha bagi meningkatkan kemahiran mereka supaya mampu mencapai keberkesanan sebagaimana yang dikehendaki dalam objektif PdP.

Seterusnya kajian Sivabalan, K. Ali, Z., yang dilakukan pada tahun 2019. Maklumat dan penggunaan teknologi telah meningkat secara mendadak dalam dunia pendidikan. Cara pengajaran kini sudah mempunyai perubahan dan penambahbaikan daripada pembelajaran tradisional secara bersemuka kepada pembelajaran digital yang tidak terbatas dari segi masa dan masalah jarak geografi. Perkembangan teknologi seperti telefon bimbit, komputer riba dikalangan pelajar dan institusi pendidikan serta kehadiran internet telah memudahkan lagi untuk berkomunikasi, begitu juga pembelajaran (Ling, 2016).

Hari ini, applikasi seperti Whatsapp, Telegram, Wechat, Viber sudah menjadi applikasi yang digunakan oleh guru dan pelajar. Kajian mendapati penggunaan teknologi mudah alih dalam PdP telah mula digunakan oleh guru yang sentiasa mencari usaha dalam menggunakan teknologi untuk membantu PdP mereka (Baek, J. Yoo, Y. Lee, K. Jung, B., 2017).

Seterusnya kajian oleh Ramli, S. Abdul Ghani, M, T. Atoh, N, Muhammad Romli, T.R. tahun 2019 bertajuk “Intergrasi Elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Berasaskan Kit Media dalam Amalan Pembelajaran dan Pemudahcaraan Guru Pelatih Bahasa Arab”. Guru seharusnya menjadi lebih kreatif dan inovasi dalam pentaksiran demi merealisasikan falsafah Pendidikan dan dapat dicapai dengan jayanya. Inovasi dalam pendidikan adalah untuk membuka satu skop baru dalam kurikulum bahasa Arab di Malaysia yang sebelum ini lebih bersifat rigid dan statik seperti pengajaran nahu dan balaghah kepada kurikulum yang bersifat mudah lentur dan organik.

Kajian ini melibatkan penggunaan teknologi dalam pengajaran Bahasa Arab yang melibatkan KBAT. Kajian tersebut mempunyai dua peringkat, pertama merekabentuk dan mengolah kit media yang mempunyai elemen KBAT oleh guru pelatih bahasa Arab. Manakala peringkat kedua adalah menganalisis keberkesanan kit media ini sebagai satu medium efisyen dan praktikal untuk digunakan sepanjang sesi latihan di sekolah. Guru perlu menggunakan pelbagai kaedah bagi mewujudkan minat, keseronokan terhadap aktiviti yang melibatkan KBAT serta meningkatkan motivasi pelajar. Guru perlu mengasah bakat dan menarik minat pelajar untuk menggunakan KBAT (Sternberg, 2013) (Ramli, S. et al., 2019).

Pentaksiran perlu dimurnikan, pentaksiran formatif di dalam bilik darjah masih terdapat kelompongan yang perlu ditambah baik dalam usaha menerapkan elemen KBAT dalam domain kognitif, afektif, psikomotor dan kemahiran bahasa (Suzana, A, M. Mohammad Zeeree, K., 2017). Selain itu, terdapat segelintir guru masih terpengaruh dengan pengajaran berpusatkan guru dan tidak memberi peluang kepada pelajar untuk menggunakan KBAT dalam tugasan mereka.

Seterusnya kajian yang dilakukan oleh Wan Abdullah, 2017 bertajuk “Evidens Pentaksiran Sekolah Dalam Pengajaran Bahasa Arab Sekolah Rendah” membincangkan bagaimana evidens pentaksiran diuruskan dalam pengajaran bilik darjah. Pentaksiran merupakan salah satu proses pengajaran yang bertujuan untuk membantu pembelajaran murid serta pengajaran dan pembelajaran guru. Evidens pentaksiran diperlukan oleh guru bertujuan untuk menilai

(6)

594

Copyright © 2023 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

penguasaan murid serta melihat keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Aktiviti pentaksiran akan dianggap perkara rutin sahaja jika guru gagal memahami, menghayati dan mengurus evidens pentaksiran sekolah dengan baik.

Secara keseluruhan, sorotan literatur di atas menunjukkan terdapat banyak kajian yang telah dilakukan oleh para pengkaji berkaitan penggunaan teknologi dan pentaksiran dalam dunia pendidikan. Bahasa Arab turut menerima perkembangan tersebut khususnya di Malaysia.

Usaha bagi meningkatkan lagi kualiti Bahasa Arab terus dijalankan dengan menggunakan pelbagai cara dan kaedah. Justeru, kajian ini merupakan usaha untuk meningkatkan kualiti Bahasa Arab dengan mengaitkan penggunaan teknologi dalam pengajaran Bahasa Arab khususnya pentaksiran.

3. Dapatan Kajian Dan Perbincangan

Bahagian ini membincangkan analisis amalan pentaksiran berbantukan instrumen teknologi dalam kalangan guru bahasa Arab. Pentaksiran sedia ada atau yang telah diinovasikan menggunakan instrumen teknologi. Seterusnya berkaitan permasalahan dan kesan teknologi dalam amalan pentaksiran berbantukan instrumen teknologi dalam kalangan guru bahasa Arab.

Akhir sekali kesan pentaksiran yang berbantukan instrumen teknologi yang digunakan oleh guru dalam amalan pentaksiran berbentuk sedia ada mahupun sesuatu yang baru dicipta oleh guru.

Demografi Guru

Responden kajian terdiri daripada 33 orang guru bahasa Arab yang mengajar di tiga buah sekolah menengah di Daerah Sabak Bernam. Maklumat berkaitan responden ditunjukkan dalam jadual-jadual berikut:

Jadual 2: Pembahagian Responden Mengikut Jantina

Jantina Kekerapan Peratusan %

Lelaki 17 52

Perempuan 16 48

JUMLAH 33 100

Jadual 2 menunjukkan pembahagian Analisis demografi responden menunjukkan sejumlah 33 orang responden yang terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada 17 orang lelaki (52%) dan 16 orang perempuan (48%).

Jadual 3: Pembahagian Responden Mengikut Umur

Umur (Tahun) Kekerapan Peratusan %

20 – 25 1 3

26 – 30 3 10

31 – 35 6 18

36 – 40 6 18

41 – 45 5 15

46 – 50 8 30

51 – 55 4 6

56 – 60 0 0

JUMLAH 33 100

Jadual 3 menunjukkan data demografi responden kajian ini terdiri daripada umur 20 sehingga 60 tahun. 20 sehingga 25 tahun seramai 1 orang (3%), 26 sehingga 30 tahun seramai 3 orang (10%), 31 sehingga 35 tahun seramai 6 orang (18%), 36 sehingga 40 tahun seramai 6 orang

(7)

595

Copyright © 2023 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

(18%), 41 sehingga 45 tahun seramai 5 orang (15%), 46 sehingga 50 tahun seramai 8 orang (30%), 51 sehingga 55 tahun seramai 4 orang (6%) dan tiada resonden terdiri daripada umur 56 sehingga 60 tahun.

Jadual 4: Pembahagian Responden Mengikut Bidang Pengkhususan

Pengkhususan Kekerapan Peratusan %

Bahasa Arab 15 45

Pengajian Islam 17 52

Lain-lain 1 3

JUMLAH 33 100

Jadual 4 menunjukkan agihan responden kajian ini melibatkan tiga bidang pengkhususan, iaitu dalam bidang Bahasa Arab seramai 15 orang (45%), Pengajian Islam 17 orang (53%) dan lain- lain seorang (3%).

Jadual 5: Pembahagian Responden Mengikut Tahun Mengajar

Tahun Mengajar Kekerapan Peratusan %

< 5 tahun 10 30

6-10 tahun 10 34

>11 tahun 12 36

JUMLAH 33 100

Jadual 5 menunjukkan pembahagian responden kajian ini dibahagikan kepada tiga bahagian mengikut bilangan tahun mengajar. Pertama seramai 10 orang (30%) mempunyai kurang daripada lima tahun mengajar. Kedua seramai 11 orang (34%) mempunyai kurang daripada lima tahun mengajar. Ketiga seramai 12 orang guru (36%) mempunyai kurang daripada lima tahun mengajar.

Jadual 6: Pembahagian Responden Mengikut Status Penjawatan

Status Jawatan Kekerapan Peratusan %

Guru Tetap 29 88

Guru Ganti 1 3

Guru Pelatih 0 0

Lain-lain 3 9

JUMLAH 33 100

Jadual 6 menunjukkan aguhan respondence mengikut status penjawatan. Responden kajian ini terdiri daripada guru tetap seramai 29 orang (88%), guru ganti seorang (3%), tiada guru pelatih dan lain-lain seramai 3 orang (9%). Hasil daripada soal selidik, lain-lain merujuk kepada guru interim.

Amalan Pentaksiran Berbantukan Instrumen Teknologi Dalam PdP Bahasa Arab 12 item digunakan dalam meninjau amalan pentaksiran berbantukan instrumen teknologi dalam kalangan guru bahasa Arab. Pentaksiran tersebut berbentuk sedia ada mahupun yang telah diinovasikan. Jadual 7 menunjukkan analisis amalan pentaksiran bahasa Arab berbantukan instrumen teknologi dengan nilai purata min 4.227.

(8)

596

Copyright © 2023 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

Jadual 7: Amalan Pentaksiran Berbantukan Instrumen Teknologi Dalam Kalangan Guru Bahasa Arab

Bil. Item Min Kekerapan dan Peratusan

STS TS TP S SS

1 Saya mengetahui apa itu inovasi. 4.3333 0 0 0 16 17

2 Saya mengetahui apa itu pentaksiran. 4.5152 0 0 0 20 13

3 Saya mengetahui apa itu Teknologi Maklumat dan

Komunikasi (TMK). 4.2121 0 0 0 26 7

4 Saya mempunyai kemahiran dalam menggunakan

Teknologi Maklumat dan Komunikasi. 3.6667 0 8 0 20 5

5 Saya mempunyai pengetahuan berkaitan inovasi

pentaksiran menggunakan teknologi di sekolah. 4.3030 0 0 0 23 10 6 Saya mempunyai kemahiran berkaitan inovasi

pentaksiran menggunakan teknologi di sekolah. 3.7273 0 8 0 18 7 7 Saya menggunakan teknologi seperti media cetak,

buku digital, bahan maujud elektronik dalam pentaksiran.

4.5455

8 Saya melakukan inovasi pentaksiran menggunakan

teknologi di sekolah. 3.3030 0 8 5 20 0

9 Saya bekerjasama dan melibatkan diri dalam melaksanakan inovasi pentaksiran yang melibatkan teknologi di sekolah.

4.5758 0 0 0 18 15

10 Saya berusaha melakukan inovasi pentaksiran

menggunakan teknologi di sekolah. 4.5152 0 0 0 16 17

11 Saya berkongsi idea dan inovasi pentaksiran

menggunakan teknologi kepada pihak lain. 4.4848 0 0 0 17 16 12 Teknologi mempengaruhi saya dalam mencipta

inovasi pentaksiran yang dihasilkan. 4.5455 0 0 0 5 18

N = 33 Nilai Purata Min = 4.227

Jumlah perincian skor min tertinggi berkaitan amalan pentaksiran berbantukan instrumen teknologi dalam kalangan guru bahasa Arab adalah sebanyak skor min 4.576 pada item kesembilan. Sebanyak 18 orang guru bahasa Arab (54%) sangat setuju manakala 15 orang guru bahasa Arab (46%) setuju bahawa guru bahasa Arab bekerjasama dan melibatkan diri dalam melaksanakan inovasi pentaksiran yang melibatkan teknologi di sekolah.

Jumlah perincian skor min terendah pada item kelapan sebanyak skor min 3.303. Sebanyak lapan orang guru bahasa Arab (25%) tidak bersetuju, lima orang guru bahasa Arab (15%) tidak pasti dan 20 orang guru bahasa Arab (60%) setuju bahawa guru bahasa Arab melakukan inovasi pentaksiran menggunakan teknologi di sekolah.

Pentaksiran yang dilakukan oleh guru memberi kesan yang ketara terhadap amalan pengajaran (Osman, K. Mohd Saad, R., 2014). Amalan pengajaran guru secara langsung menentukan pencapaian murid (Li Li, W. Osman, K. Maat, S, M., 2018). Oleh itu, pentaksiran yang berkualiti perlu dilakukan bagi mencapai objektif pengajaran. Guru perlu memahami dan mempunyai pengetahuan berkenaan pentaksiran.

Dalam mendapatkan data berkaitan dengan permasalahan dalam amalan pentaksiran berbantukan teknologi dalam kalangan guru-guru bahasa Arab, 25 item soalan soal selidik telah dibina. Ia merangkumi kesediaan guru bahasa Arab terhadap teknologi, kemudahan yang disediakan oleh sekolah, rakan sekerja, masa serta kos pembelanjaan. Jadual 3.1 menunjukkan analisis permasalahan yang dihadapi guru bahasa Arab dalam melaksanakan pentaksiran berbantukan teknologi dengan nilai purata min 3.335.

(9)

597

Copyright © 2023 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

Jadual 8: Permasalahan Pentaksiran Berbantukan Instrumen Teknologi Dalam Kalangan Guru Bahasa Arab

Bil. Item Min Kekerapan dan Peratusan

STS TS TP S SS

1 Sekolah menyediakan kemudahan (TMK). 4.2424 0 0 0 25 8

2 Kemudahan sekolah telah membantu saya dalam menyediakan inovasi pentaksiran menggunakan teknologi.

4.3333 0 0 0 22 11

3 Terdapat banyak kerosakan dalam kemudahan sekolah

yang telah disediakan. 2.6364 3 18 0 12 0

4 Kemudahan yang diberikan oleh pihak sekolah

mencukupi untuk semua guru dan kakitangan. 2.7879 0 20 0 13 0 5 Saya tidak mendapat galakan dalam penggunaan

Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam sesi Pengajran dan Pembelajaran (PdP).

1.7576 8 25 0 0 0

6 Persekitaran tidak menggalakkan saya dalam melakukan inovasi pentaksiran dengan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

2.8485 0 19 0 14 0

7 Cara tradisional lebih diminati berbanding PdP

menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. 2.6667 0 22 0 11 0 8 Kemudahan sekolah dalam bentuk teknologi

membantu saya dalam menarik minat pelajar dan meningkatkan kualiti PdP saya.

4.4848 0 0 0 17 16

9 Guru berebut untuk menggunakan kemudahan TMK

yang disediakan oleh sekolah. 4.6364 0 0 0 12 21

10 Saya berasa terbeban untuk menyediakan inovasi

pentaksiran menggunakan teknologi di sekolah. 2.6061 4 17 0 12 0 11 Saya mempunyai masa yang cukup untuk melakukan

inovasi pentaksiran menggunakan teknologi. 2.8485 0 19 0 14 0 12 Saya berasa kekurangan idea dan kreativiti dalam

perlaksanaan inovasi pentaksiran bahasa Arab menggunakan teknologi.

1.7273 9 24 0 0 0

13 Saya mempunyai tugas lain yang lebih utama sepanjang tahun daripada melakukan inovasi pentaksiran menggunakan teknologi.

2.3636 2 26 0 5 0

14 Saya berasa kerjasama dari pihak guru dalam menambahbaik perlaksanaan pentaksiran bahasa Arab di sekolah.

4.1515 0 0 0 28 5

15 Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

dalam PdP tidak mendapat sambutan dari pelajar. 2.4545 9 13 0 9 2 16 Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

dalam sesi PdP meningkatkan pencapaian guru. 4.4848 0 0 0 17 16 17 Teknologi Maklumat dan Komunikasi memerlukan

kos yang tinggi. 3.6364 2 9 0 10 13

18 Saya tidak minat dalam melakukan inovasi pentaksiran dengan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

1.7879 7 26 0 0 0

19 Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam PdP meningkatkan kos pembelanjaan sekolah dan guru.

4.4242 0 0 0 19 14

20 Penyiapan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi sebelum dan selepas PdP memakan masa yang lama.

3.4848 3 9 0 11 10

21 Saya terbeban dengan penggunaan Teknologi

Maklumat dan Komunikasi dalam PdP. 1.4545 17 15 0 0 0

22 Saya berasa perlu kepada pembantu ICT di bilik ICT sekolah bagi membantu para guru dalam penyiapan dan penggunaan teknologi di sekolah.

4.4242 0 0 0 19 14

(10)

598

Copyright © 2023 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

23 Saya berasa pembantu ICT menjimatkan masa guru bagi persiapan penggunaan teknologi sebelum dan selepas PdP dijalankan.

4.3939 0 0 0 20 13

24 Saya berasa bahawa pembantu ICT perlu ada sekiranya terdapat masalah teknikal yang berlaku semasa penggunaan teknologi semasa PdP dijalankan.

4.3636 0 0 0 21 12

25 Pusat ICT perlu memberikan idea yang sesuai dalam membantu dan menggalakkan guru menggunakan TMK dan Komunikasi dalam PdP

4.3636 0 0 0 21 12

N = 33 Nilai Purata Min = 3.335

Jumlah perincian skor min tertinggi berkaitan permasalahan yang dihadapi oleh guru bahasa Arab dalam pentaksiran berbantukan instrumen teknologi adalah sebanyak skor min 4.636 berkaitan guru berebut untuk menggunakan kemudahan TMK yang disediakan oleh sekolah.

21 orang guru (64%) sangat setuju mereka berebut untuk menggunakan kemudahan TMK yang disediakan oleh pihak sekolah dan 12 orang guru (36%) setuju akan perkara tersebut.

Jumlah perincian skor min terendah pada item ke-21 sebanyak skor min 1.455. Sebanyak 17 orang guru bahasa Arab (52%) sangat tidak setuju dan 15 orang guru bahasa Arab (48%) tidak bersetuju berkaitan guru bahasa Arab terbeban dengan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam PdP.

Menurut Che Omar (2008), guru bahasa Arab menghadapi masalah dari segi kemampuan menguasai penggunaan BBM dalam pengajaran bahasa Arab seperti bahan mengajar melalui internet, penggunaan slaid dan komputer, grafik, video, keset dan penggunaan gambar rajah.

Namun, guru bahasa Arab sentiasa mengambil peluang untuk menambahbaik teknik pengajaran mereka (Ahmad, S, F. Tamuri, A, H., 2010).

Untuk mendapat data berkaitan dengan kesan penggunaan teknologi dalam amalan pentaksiran guru-guru bahasa Arab, sebanyak 12 item soalan soal selidik telah digunakan. Pentaksiran tersebut merangkumi pentaksiran sedia ada mahupun pentaksiran baharu yang dibangunkan oleh pihak guru. Ia dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kesan kepada guru bahasa Arab, pelajar yang mengambil mata pelajaran bahasa Arab dan pentaksiran Bahasa Arab. Jadual 9 menunjukkan analisis kesan pentaksiran bahasa Arab berbantukan instrumen teknologi dengan nilai purata min 4.495.

Jadual 9: Permasalahan Pentaksiran Berbantukan Instrumen Teknologi Dalam Kalangan Guru Bahasa Arab

Bil. Item Min Kekerapan dan Peratusan

STS TS TP S SS

1 Tugasan menjadi lebih mudah dengan menggunakan

teknologi dalam inovasi pentaksiran bahasa Arab. 4.6061 0 0 0 13 20 2 Penggunaan teknologi dalam inovasi pentaksiran

meningkatkan kualiti murid dalam akademik khususnya bahasa arab.

4.3636 0 0 0 21 12

3 Teknologi menarik minat pelajar untuk menyertai

inovasi pentaksiran bahasa Arab yang dilakukan. 4.5152 0 0 0 16 17 4 Inovasi pentaksiran bahasa Arab lebih menarik dengan

menggunakan teknologi. 4.5758 0 0 0 14 19

5 Teknologi memberi kesan positif dalam melaksanakan

inovasi pentaksiran bahasa Arab. 4.5152 0 0 0 16 17

6 Teknologi membantu guru bahasa Arab dalam

melaksanakan inovasi pentaksiran. 4.4848 0 0 0 18 15

(11)

599

Copyright © 2023 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

7 Inovasi pentaksiran menggunakan teknologi yang

dilakukan mendapat sambutan dari pelbagai pihak. 4.4545 0 0 0 18 15 8 Inovasi pentaksiran yang menggunakan teknologi

wajar digunakan dalam PdP bahasa Arab. 4.4848 0 0 0 16 17 9 Penggunaan teknologi dalam inovasi pentaksiran

meningkatkan kualiti murid dalam akademik khususnya bahasa arab.

4.4848 0 0 0 21 12

10 Teknologi menarik minat pelajar untuk menyertai

inovasi pentaksiran bahasa Arab yang dilakukan. 4.4545 0 0 0 18 15 11 Inovsi pentaksiran bahasa Arab lebih menarik dengan

menggunakan teknologi. 4.4545 0 0 0 18 15

12 Teknologi memberi kesan positif dalam melaksanakan

inovasi pentaksiran bahasa Arab. 4.5455 0 0 0 15 18

N = 33 Nilai Purata Min = 4.495

Jumlah perincian skor min tertinggi berkaitan kesan pentaksiran bahasa Arab berbantukan instrumen teknologi adalah pada item pertama sebanyak skor min 4.606. Sebanyak 20 orang guru bahasa Arab (61%) sangat setuju manakala 13 orang guru bahasa Arab (49%) setuju bahawa tugasan menjadi lebih mudah dengan menggunakan teknologi dalam inovasi pentaksiran bahasa Arab.

Jumlah perincian skor min terendah pada item kesembilan sebanyak skor min 4.364. Sebanyak 21 orang guru bahasa Arab (64%) setuju dan 12 orang guru bahasa Arab (34%) sangat setuju bahawa penggunaan teknologi dalam inovasi pentaksiran meningkatkan kualiti murid dalam akademik khususnya bahasa arab.

Teknologi memberi kesan yang baik dalam PdP. Faedah teknologi ini harus digunakan sebaiknya kerana hasil kajian menunjukkan terdapat banyak kebaikan teknologi terhadap PdP (Ahmad, S, F. Tamuri, A, H., 2010). Guru perlu menerima perubahan untuk menjadikan PdP menjadi lebih berkesan dan kreatif. Turut didapati terdapat peningkatan minat dan motivasi pelajar terhadap penggunaan teknologi dalam PdP. Secara amnya keberkesanan penggunaan TMK dalam PdP bergantung pada kemahiran dan kesedaran guru itu sendiri untuk meningkatkan kemahiran dalam menyediakan TMK dalam PdP.

4. Penutup

Cabaran globalisasi kini semakin mencabar. Namun, usaha bagi meningkatkan lagi kualiti Bahasa Arab di Malaysia sentiasa diteruskan. Guru bahasa Arab sentiasa berusaha untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran dalam perkembangan abad ke-21.

Kemampuan guru dan keupayaan guru sangat penting dalam membina persepsi antara guru dan penggunaan teknologi dalam PdP di sekolah. Seperti yang dinyatakan oleh kajian (Ahmad, S, F. Tamuri, A, H., 2010) bahawa persepsi guru terhadap BBM berasaskan teknologi multimedia mempunyai purata yang tinggi walaupun terdapat beberapa masalah dan halangan secara teknikal terhadap usaha dalam meningkatkan kemahiran penggunaan BBM berasaskan teknologi. Diharapkan amalan pentaksiran berbantukan instrumen teknologi dapat merangsang kemahiran guru dan meningkatkan kemenjadian murid dalam kemahiran berfikir aras tinggi.

Memandangkan kajian ini adalah satu kajian awal, pengkaji berharap agar satu kajian empirikal yang lebih mendalam yang mengkaji berkaitan amalan pentaksiran berbantu instrumen teknologi dalam kalangan guru bahasa Arab dapat dijalankan, supaya bahasa Arab dapat dipelajari dengan kaedah yang sesuai dan berkesan mengikut peredaran zaman agar berkembang lebih luas lagi.

(12)

600

Copyright © 2023 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

Rujukan

Ahmad, S, F. Tamuri, A, H. (2010). Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Teknologi Multimedia dalam Pengajaran j-QAF. Journal of Islamic and Arabic Education 2(2), 2010 , 53-64.

Amin, J. N. (2016). Redefining the role of teachers in the digital era. International Journal of Indian Psychology, 40-45.

Atan, N, A. Andrew, B. (2010). Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran: Sejauh Mana ia Meningkatkan Kemahiran Generik Guru Pelatih Universiti Tekonologi Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository (Unpublished), 1-7.

Baek, J. Yoo, Y. Lee, K. Jung, B. (2017). Using an Instant Messenger to Learn A Foreign Language in a Peer-Tutoring Environment. Turkish Online Journal of Educational Technology, 145-152.

Che Omar, M. (2008). Guru Bahasa Arab Terlatih di Sekolah: Satu Keperluan di Malaysia.

Prosiding Wacana Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan Siri ke-6, (pp. 711-720).

Gani, A, W, I. Siarap, K. Mustafa, H. (2006). Penggunaan Komputer dalam Pengajaran Pembelajaran dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes di Pulau Pinang. APEX Research and Innovation Universiti Sains Malaysia.

Husin, Z. Khalid, F. (2014). Kekangan Terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di Kalangan Guru Sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Scientific Research Publishing (SCIRP).

Kamis, N. Khalid, F. (2017). Kekangan Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pengajaran dan Pembelajaran Guru Sekolah. SPRiN Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur, 212-217.

Li Li, W. Osman, K. Maat, S, M. (2018). Analisis Faktor Pengesahan bagi Instrumen Pengetahuan Guru Matematik Sekolah Rendah dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

Jurnal Pendidikan Malaysia , 11-20.

Ling, H. Y. (2016). Investigating the Perceptions of Secondary School Students in Kuching, Serawak in Using Whatsapp for Communication and Learning Purposes. Penang:

Unpublish Master Dissertation, Wawasan Open University .

Osman, K. Mohd Saad, R. (2014). Science Technology, Engineering and Mathematics (STEM) education in Malaysia. Eurasia Journal of Mathematics, Science & Technology Education, 153-154.

Puteh, N, S. Majzub, R, M. Yusof, Z, M. (2010). Peranan Guru dan Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran kepelbagaian pelajar. . Journalarticle.ukm.my.

Ramli, S. Abdul Ghani, M, T. Atoh, N, Muhammad Romli, T.R. (2019). Intergrasi Elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Berasaskan Kit Media dalam Amalan Pembelajaran dan Pemudahcaraan Guru Pelatih Bahasa Arab. International Journal of Language Education and Applied Linguistics (IJLEAL), 33-44.

Sivabalan, K. Ali, Z. (2019). A Systematic Review on Mobile Instant Messaging as a Collaborative Tool for Language Learning. International Journal of Language Education and Applied Linguistics (IJLEAL), 99-109.

Sternberg, R. (2013). What is Cognitive Education? Journal of Cognitive Education and Psychology, 4-5.

Suzana, A, M. Mohammad Zeeree, K. (2017). Pelaksanaan KBAT dalam Pentaksiran Formatif Bagi Slot Tunjang Komunikasi Bahasa Malaysia: Kajian Kes. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak, 18-35.

(13)

601

Copyright © 2023 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

Wan Abdullah, W. M. (2017). Evidens Pentaksiran Sekolah Dalam Pengajaran Bahasa Arab Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Disertasi PhD, Universiti Malaya.

Referensi

Dokumen terkait