• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penubuhan GLOPEC bantu PKS Sabah tembusi pasaran dunia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Penubuhan GLOPEC bantu PKS Sabah tembusi pasaran dunia "

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

Penubuhan GLOPEC bantu PKS Sabah tembusi pasaran dunia

Oleh Hazwan Faisal Mohamad - September 9, 2021 @ 6:29pm [email protected]

KUALA LUMPUR: Kumpulan Yayasan Sabah dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) yang bakal membuka jalan untuk produk buatan Sabah hasil usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) daripada kumpulan B40 dan M40 ke pasaran dunia.

MoA itu antara lain, turut menyaksikan pelancaran Global Processing One Stop Centre (GLOPEC), sebuah platform yang diwujudkan untuk mengurus dan melaksanakan strategi perluasan global serta pelan pemasaran dan promosi perdagangan untuk membantu membuka peluang kepada para usahawan PKS Sabah dalam meneroka kerjasama perniagaan baru di pasaran dunia.

Majlis menandatangani perjanjian secara maya yang bertempat di Pusat

Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) tersebut menyaksikan Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn Bhd, Datuk

Gulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar menandatangani perjanjian bagi pihak Kumpulan Yayasan Sabah dengan kehadiran Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor sementara TERAJU diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Md Silmi Abd Rahman.

Gulamhaidar berkata, Kumpulan Yayasan Sabah telah sekian lama mencetuskan idea supaya usahawan PKS tempatan meningkatkan usaha mereka dalam

menceburi dunia perniagaan yang sebenar, terutamanya kini ketika suasana ekonomi berubah dengan amat pesat.

(2)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

"Sejak beberapa tahun lalu, Kumpulan Yayasan Sabah secara aktif mempromosi dan membimbing usahawan PKS menerusi pelbagai seminar dan bengkel dalam usaha memupuk kesedaran dalam diri mereka mengenai potensi daya maju perniagaan dan cabarannya.

"Saya juga ingin menekankan perincian MoA ini amatlah sinonim dengan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya negeri Sabah (SMJ) 2021-2025. Pelan SMJ, hasil inisiatif Ketua Menteri Sabah ini antara lain, menekankan keperluan mendesak untuk membangunkan dan meningkatkan ekonomi rakyat dan modal insan dalam

mewujudkan sebuah negeri yang progresif dan berjaya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Diwujudkan pada Januari 2021, GLOPEC adalah perkongsian strategik antara Kumpulan Yayasan Sabah dan TERAJU di bawah mandat Dana Pembangunan Usahawan Bumiputera 2020 Sabah dan adalah sebahagian daripada inisiatif Rancangan Malaysia ke-11.

Menurut Gulamhaida, usahawan PKS adalah tonggak penting ekonomi Sabah dan dalam suasana pandemik COVID-19 serta komitmen berterusan demi menyokong pemacuan ekonomi penting ini, Kumpulan Yayasan Sabah sentiasa berinovasi dan memperluaskan opsyen portfolionya demi menyediakan suasana yang dapat membantu usahawan menguruskan perniagaan dengan lebih baik.

GLOPEC akan berfungsi sebagai pusat penghubung yang bakal berurusan dengan pelbagai agensi dan badan yang terbabit dengan perniagaan serta pihak berwajib di pasaran yang disasarkan serta pembekal dan pembeli menerusi penyebaran

maklumat dan peluang perniagaan yang berkaitan dengan usahawan PKS Sabah.

Pada fasa pertama, GLOPEC akan bekerjasama dengan rakan niaga strategik untuk mengenal pasti elemen penghalang kritikal terhadap pertumbuhan global di pasaran tumpuan dan merangka rancangan terperinci ke arah memperkembangkan

perniagaan global usahawan PKS yang berdaftar dengan GLOPEC.

Fasa kedua bakal menyaksikan GLOPEC bekerjasama rapat dengan pihak

berkaitan untuk melaksanakan pelbagai inisiatif strategik dalam kerjasama erat pihak berwajib perniagaan di pasaran yang disasarkan.

Ini mencakupi kursus latihan untuk usahawan PKS dalam aspek suasana perniagaan global, pemasaran, promosi dan publisiti, program hubungan

perdagangan dan penyertaan dalam pameran perdagangan, pameran, dan forum perniagaan.

Referensi

Dokumen terkait

Landuse Transformation After Inundation of Jatigede DAM at 2015 The dam development can be a shock for the rural household since the inundation drastically restricts people's access to

22 Earlier observation of COVID impacts in the US advised addressing these needs in schools Abramson, 2022 by recommending the funding of more psychologists in schools, consequently