• Tidak ada hasil yang ditemukan

PDF Perbandingan seni kaligrafi Arab: kajian di masjid-masjid di Sabah ABSTRACT

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "PDF Perbandingan seni kaligrafi Arab: kajian di masjid-masjid di Sabah ABSTRACT"

Copied!
1
0
0

Teks penuh

(1)

Perbandingan seni kaligrafi Arab: kajian di masjid-masjid di Sabah ABSTRACT

Seni kaligrafi Arab merupakan warisan khazanah Islam yang sangat berharga dan bernilai.

Sejarah telah membuktikan perkembangannya seiring dengan perkembangan tamadun Islam.

Seni kaligrafi juga dikenali sebagai seni khat. Mengikut perspektif masyarakat Islam, khat ialah tulisan yang mempunyai kedudukan yang tinggi dan mulia berikutan hubung kaitnya dengan ayat al-Quran. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti perbandingan jenis-jenis kaligrafi Arab di masjid-masjid utama dan terpilih di seluruh Sabah yang menampakkan keindahan seni kaligrafi Arab yang menarik dari segi jenis dan bentuk yang berbeza. Sebanyak 50 buah masjid di seluruh Sabah menjadi tempat kajian ini iaitu Bahagian Pantai Barat Sabah, Bahagian Kudat, Bahagian Sandakan, Bahagian Tawau, dan Bahagian Pedalaman. Kajian yang dilakukan adalah berbentuk pemerhatian dan penilaian foto visual yang dirakam di lapangan.

Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif bertujuan untuk mengenal pasti perbandingan jenis-jenis khat yang terdapat di masjid-masjid di Sabah. Dapatan kajian menunjukkan Khat Thuluth menguasai hampir keseluruhan masjid di Sabah iaitu (86%), Khat Dīwānī/ Dīwānī Jalī (8%), Khat Nasakh dan Khat Kûfī masing-masing (4%). Manakala jenis-jenis khat yang lain hanya sebagai tambahan sahaja. Selain itu, terdapat juga khat tambahan seperti khat Riq’ah/Ruq’ah dan Khat Fārisī. Hasil Kajian ini dapat memberikan pengetahuan kepada masyarakat Islam di Sabah tentang jenis-jenis kaligrafi Arab yang menghiasi masjid-masjid di Sabah.

Referensi

Dokumen terkait

Salah satu komponen yang menarik untuk dikaji pada masjid kuna adalah ragam hias, berupa kaligrafi huruf Arab (Islam), yang memiliki makna khusus, baik sebagai nukilan

Peneliti juga menyebarkan angket respon siswa setelah pembelajaran sulam payet kaligrafi Arab diterapkan, hasil dari respon siswa yaitu Pelajaran seni budaya lebih

Analisis Kaligrafi (Al-khattu) dan Ornamen Pada Masjid Raya Al- Osmani Medan Labuhan Kota Medan.. Sastra Arab, Universitas

1.Jenis-jenis khat kaligrafi Arab apa saja yang terdapat pada Masjid Raya Al-Osmani. Medan Labuhan

Terdapat empat buah ornamentasi kaligrafi Arab berbentuk huruf “ل ” yang ada pada kain Basurek jenis ini, yang terletak di antara ornamentasi bentuk ke-2 dan ke-3. Bentuk

Konsep tersebut mengacu pada aplikasi kaligrafi Arab sebagai seni hias yang menyesuaikan pada karya penerapannya, sebab memiliki nilai-nilai ke-Islaman dan dapat

Literasi kewangan dalam kalangan mahasiswa di Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan, Universiti Malaysia Sabah ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap