• Tidak ada hasil yang ditemukan

Perburuhan dan masyarakat bugis di Sabah: analisis kajian terdahulu - UMS INSTITUTIONAL REPOSITORY

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Perburuhan dan masyarakat bugis di Sabah: analisis kajian terdahulu - UMS INSTITUTIONAL REPOSITORY"

Copied!
1
0
0

Teks penuh

(1)

Perburuhan dan masyarakat bugis di sabah: analisis kajian terdahulu ABSTRACT

Kertas kerja ini merupakan analisis terhadap masyarakat Bugis di Sabah dalam aspek ekonomi berkaitan dengan penglibatan mereka dalam proses perburuhan. Pendekatan yang digunakan adalah dengan menilai kajian-kajian terdahulu yang merangkumi dua tema utama, iaitu kajian khusus Bugis dalam bidang ekonomi dan kajian umum yang melibatkan aspek budaya dan adat resam serta hal-hal lain. Objektif kajian ini adalah untuk menjelaskan perkembangan buruh Bugis dalam sektor perladangan di Sabah, yang mana pada fasa seterusnya kajian lanjut dilakukan dengan menemubual individu yang pernah terlibat dalam sektor perladangan di negeri Sabah.

Kajian empirikal dilakukan dengan menggunakan kaedah kualitatif yang memfokuskan kepada proses temubual secara mendalam. Analisis terhadap kajian lepas, kaedah kepustakaan dan analisis dokumen digunakan bagi menghasilkan data sokongan berkenaan perkembangan buruh Bugis. Hasil dapatan penyelidik terdahulu, berdasarkan kedatangan buruh Bugis yang disebabkan oleh pembukaan ladang kelapa pada akhir abad ke 19, serta perkembangan pesat industri lanud dan kelapa sawit pada dekad 50an sehingga 80an. Selain itu, kajian-kajian terdahulu juga menerangkan tentang orang Bugis yang merangkumi aspek budaya, ekonomi, dan sosial.

Jelasnya, penglibatan mereka dilihat sebagai keperluan ekonomi dan meningkatkan pendapatan negeri berasaskan industri komoditi.

Referensi

Dokumen terkait

Pasir putih yang dikenali sebagai pasir silika yang terdapat dengan meluas di kawasan Sipitang dan Kuala Penyu mungkin boleh digunakan sebagai agregat konkrit bennutu tinggi.. Kajian

SINOPSIS - Kajian ini bertujuan untuk menilai kesesuaian penggunaan alat kajian Indikator Stres Pekerjaan ISP Mohammad Haji-Yusuf, Abdul Halim Othman, Chua Bee Seok dan Sapora Sipon,

Hasil kajian menunjukkan bahawa perairan Sabah terutamanya pantai Barat Sabah mempunyai potensi yang tinggi untuk kejadian kembangan alga merbahaya dan boleh dijadikan rujukan untuk

Kajian terhadap ciri tarikan dan tahap kemudahan pelancong di Taman Laut Tunku Abdul Rahman, Sabah ABSTRAK Taman Laut Tunku Abdul Rahman TLTAR adalah salah satu taman laut yang

Menurut Mohammad Kadir 2108, penerimaan komuniti terhadap pelaksanaan program penempatan semula meliputi tiga perkara penting, iaitu i penerimaan berdasarkan ekonomi yang boleh dinilai

Untuk itu, pengkaji membuat tinjauan literatur aktiviti memancing rekreasi di Malaysia berdasarkan kesamaan tema dan isu yang dikaji, iaitu konsep aktiviti memancing dan kaitannya

Kajian mendapati migrasi agamawan ke Sabah telah memberikan impak yang signifikan bermula dengan penyebaran awal Islam ke Sabah itu sendiri, proses-proses dakwah yang sentiasa

Hipotesis Kajian Hipotesis dalam kajian ini adalah seperti berikut: Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor min kepuasan kerja dalam kalangan guru akademik tingkatan