• Tidak ada hasil yang ditemukan

Perluas program pengurusan kewangan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Perluas program pengurusan kewangan"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Perluas program pengurusan kewangan

KUALA LUMPUR: Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi memperluaskan program pendidikan pengurusan kewangan membabitkan individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Bank Islam dalam satu kenyataan berkata, usaha berkenaan akan memberi manfaat melalui program yang dididik oleh wakil AKPK mengenai pengurusan kewangan yang baik melalui modul-modul yang dibangunkan bersama Bank Islam dan AKPK.

"Perluasan program ini bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan kewangan dan memastikan wujudnya akses kewangan kepada segenap segmen pelanggan.

"Secara tidak langsung, penyediaan modul pendidikan yang bersifat holistik dan praktikal ini akan memperkasakan pengetahuan dan keupayaan peserta program dalam membuat pertimbangan kewangan yang wajar," menurut kenyataan itu lagi.

Pemeteraian MoU itu telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed dan Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Azaddin Ngah Tasir dalam satu majlis yang diadakan di Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.

Sementara itu, Mohd Muazzam berkata Bank Islam pada masa sama berhasrat memberikan khidmat nilai tambah melalui penyediaan khidmat rundingan dan perancang kewangan.

"Ia bertujuan untuk menyediakan modul bimbingan kewangan yang holistik dan praktikal serta membantu meningkatkan kesedaran dan pengetahuan pengurusan kewangan kepada pelanggan individu dan PKS", katanya.

(2)

Beliau berkata, pengetahuan berkenaan amat penting dalam membolehkan pelanggan membuat keputusan kewangan yang lebih baik dan bermaklumat khususnya dalam persekitaran semasa yang mencabar.

Mohd Muazzam turut berharap kerjasama yang dijalinkan dapat memberi pencerahan berhubung penyelesaian kewangan yang ditawarkan oleh sektor perbankan di pasaran, seterusnya mencegah pelanggan dan peserta daripada menjadi mangsa jenayah siber atau ejen-ejen pinjaman tidak berdaftar.

-BERNAMA

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

Referensi

Dokumen terkait

Latar politik yang dijadikan landasan perkembangan ekonomi membolehkan perkembangan dan perubahan amalan pengurusan kewangan dan praktik perakaunan di Borneo utara dianalisis

1957 Seluruh Dokumen Kaedah-Kaedah Universiti Teknologi Malaysia (Kewangan Pelajar) 2019 (pindaan 2020) Seluruh Dokumen Arahan/ Pekeliling Perbendaharaan: •

Oleh kerana pengurusan kewangan sekolah merupakan satu aspek yang amat penting maka pihak Kementerian Pelajaran perlu mengambillangkah untuk memastikan staf pe- jabat sesebuah

Diharapkan dengan pembangunan sistem Sistem pengurusan kewangan peribadi ini, pengguna dapat membuat perancangan kewangan yang lebih mantap untuk mengelakkan lebihan

PERSEPSI PEGAWAI KEWANGAN AWAM NEGERI SABAH TERHADAP PERLAKSANAAN PENGURUSAN KEWANGAN BERASASKAN AKTIVITI RASID HJ.. MAIL PENYELIDIKAN INI DIKEMUKAKAN DI BA WAH SKIM PENYELIDIKAN

Oleh yang demikian, kertas kerja ini akan membincangkan bagaimana bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan melalui moratarium serta pelbagai alternatif perancangan pengurusan

Sikap pengurusan kewangan usahawan dikaitkan dengan amalan pengurusan perniagaan daripada persepsi usahawan tani Bumiputera yang berjaya adalah berada pada tahap yang tinggi namun hasil

Min purata bagi soalan 3 adalah sebanyak 4.1 dimana responden bersetuju permainan inimemberikan pendedahan mengenai asas yang terdapat dalam pengurusan kewangan.. Bahagian D : Kepuasan