PERSEPSI FAKTOR TANGGUNGJAWAB DAN ORGANISASI DALAM PENGURUSAN E-PEMBELAJARAN DI INSTITUSI PENDIDIKAN
DAN LATIHAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL (TVET)
Mohd Hazwan Mohd Puad1 Nur Adila Syazni Mohd Nordin2
1Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia, Malaysia ([email protected])
2Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia, Malaysia ([email protected])
__________________________________________________________________________________________
Abstrak: Ketika pandemik Covid-19, kebanyakan institusi pendidikan telah mengguna pakai sistem e- pembelajaran untuk meneruskan program pengajian semua pelajar dan pelatih, termasuk pelatih Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Walau bagaimanapun, keberkesanan dan kepuasan hati pelajar dan pengajar dalam e-pembelajaran masih tidak jelas dan kurang dilaporkan, termasuk faktor tanggungjawab dan organisasi dalam pengurusan e-pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor tanggungjawab dan organisasi dalam pengurusan e- pembelajaran ketika pandemik Covid-19 dalam kalangan pelatih institusi TVET. Penyelidik juga mengkaji perbezaan tahap faktor tanggungjawab dan organisasi dalam pengurusan e-pembelajaran mengikut kumpulan demografi jantina, program, dan status sosioekonomi. Reka bentuk kajian ialah tinjauan secara kuantitatif ini dijalankan di institusi TVET di negeri Kelantan. Seramai 145 pelatih TVET telah dipilih secara sukarela sebagai responden kajian. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dan data dianalisis dengan menggunakan perisian IBM SPSS Statistics. Dapatan kajian menunjukkan persepsi pelatih terhadap faktor tanggungjawab dan organisasi pada tahap tinggi dan memuaskan. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor tanggungjawab dan organisasi mengikut jantina, institusi TVET dan program pengajian pelatih, tetapi terdapat perbezaan yang signifikan mengikut kumpulan status sosioekonomi keluarga pelajar. Faktor kumpulan status sosioekonomi keluarga dilihat faktor yang penting dalam menilai keberkesanan sistem e-pembelajaran dan perlu dilakukan kajian lanjutan pada masa akan datang.
Kata kunci: e-pembelajaran, organisasi, pengurusan, tanggungjawab.
Abstract: During the Covid-19 pandemic, most educational institutions have adopted an e-learning system to continue the study programs of all students and trainees, including Technical and Vocational Education and Training (TVET) trainees. However, the effectiveness and satisfaction of students and instructors in e-learning is still unclear and poorly reported, including responsibility and organizational factors in e-learning management. This study aims to identify the responsibility and organizational factors in e-learning management during the Covid-19 pandemic among TVET institutional trainees. Researchers also studied differences in the levels of responsibility and organizational factors in e-learning management according to gender demographic groups, programs, and socioeconomic status. This quantitative study with a survey design was conducted at TVET institutions in the state of Kelantan. A total of 145 TVET trainees voluntarily participated in this study as respondents. A questionnaire was used as a research instrument and data were analyzed using the IBM SPSS Statistics software. The findings of the study showed that the trainees' perceptions of responsibility and organizational factors at high levels and satisfactory. There were no significant differences between the responsibility and organizational factors according to gender and trainee study program. However, there were significant differences according to the socioeconomic status group of trainees' families. Family socioeconomic status group factors are seen as important factors in evaluating the effectiveness of e-learning systems and further research needs to be conducted on this factor in the future.
Keywords: e-learning, organization, management, responsibility.
__________________________________________________________________________________________
1. Pengenalan
Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) adalah satu laluan penting bagi pembangunan kemahiran yang juga merupakan platform utama dalam pembelajaran sepanjang hayat. United Nations Organisation for Education, Science and Culture (UNESCO) juga telah mentakrifkan pendidikan TVET sebagai “aspek proses pendidikan selain pendidikan umum yang merangkumi pembelajaran dalam bidang teknologi dan sains yang berkaitan, dan juga latihan kemahiran praktikal, sikap, pemahaman dan pengetahuan tentang pekerjaan di dalam pelbagai sektor ekonomi dan kehidupan sosial (International Center for Technical and Vocational Education and Training, 2021a).
TVET mula diperkenalkan bagi memberi pendedahan pendidikan asas dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan dan supaya kecenderungan ini dapat dikekalkan. Maka, dalam usaha untuk membangunkan komuniti yang berpendidikan, perkara ini juga seharusnya seiring dengan kepantasan transformasi yang disediakan oleh institusi TVET bagi menghadapi sebarang perubahan dinamik bagi tujuan pemahaman dalam pengetahuan yang lebih baik serta selari dengan keperluan semasa industri (Wagiran et al., 2017). Di dalam pendidikan abad ke-21 yang banyak menyaksikan perubahan teknologi yang berlaku secara pantas dan jangkaan daripada industri yang tinggi terhadap graduan TVET yang semestinya perlu disediakan dengan pengetahuan, kemahiran serta sikap yang sesuai dan seiring dengan keperluan untuk memasuki pasaran kerja daripada pendedahan awal yang diberikan.
Selain itu, TVET juga perlu menyesuaikan diri dengan perubahan daripada revolusi teknologi yang sebelum pihak industri menghadapi permasalahan kekurangan pekerja mahir.
Hal ini sangat membantu dalam penekanan pendidikan vokasional dalam mengintegrasikan transformasi digital untuk menghasilkan graduan yang mampu, berkompetensi serta berkemahiran. Lebih-lebih lagi kesan daripada pandemik Covid-19 telah mewujudkan satu perubahan norma baharu kepada semua sektor. Hal ini tidak terkecuali bagi bidang TVET.
Penggunaan pembelajaran secara atas talian yang berlaku secara drastik. Sektor pendidikan ketika pandemik ini berlaku telah menyebabkan proses pembelajaran secara konvensional terpaksa ditangguhkan yang menyebabkan pelajar perlu menyesuaikan diri dengan norma baharu yang memerlukan penggunaan pembelajaran secara dalam talian (International Center for Technical and Vocational Education and Training, 2021b).
Cabaran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Semasa Pandemik Global Covid-19
Dalam TVET, sistem ini menyediakan sebuah latihan secara khusus dalam kemahiran- kemahiran secara teknikal dan beberapa kemahiran khusus yang lain. Inisiatif yang disediakan bagi memberikan sistem sokongan yang baik bagi mewujudkan persekitaran yang membolehkan berlaku peningkatan terhadap keberkesanan TVET. Sektor TVET juga akan diperkukuhkan lagi bertujuan untuk membolehkan semua pelajar berupaya untuk meneruskan
pengajian sehingga ke peringkat pengajian yang tinggi. Menurut Zainudin, Saud, & Nordin (2012), sistem pengurusan khususnya TVET sentiasa melalui proses transformasi. TVET juga.
Dengan perubahan yang dilaksanakan dari segi kurikulum, TVET dapat menawarkan peluang pekerjaan yang lebih luas kepada para pelajar dan cenderung serta berkeupayaan di dalam bidang teknikal bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Hal ini merupakan perkara yang positif kerana ianya selaras dengan tuntutan semasa. Setelah KPM mengarusperdanakan TVET pada tahun 2008. Transformasi terhadap TVET dilaksanakan secara sepenuhnya pada permulaan tahun 2013 dan aliran ini juga tidak lagi dianggap sebagai pendidikan kelas dua. Ini menjelaskan sistem pendidikan formal oleh TVET merupakan satu perkara yang penting dan juga saling melengkapi bagi melatih pekerja yang mahir untuk tujuan mencapai matlamat oleh Dasar Perindustrian Negara.
Ketika isu pandemik Covid-19 melanda negara yang menyebabkan kesukaran terhadap sektor kesihatan awam negara, kesan buruk kepada sektor ekonomi dan industri secara keseluruhannya. Permasalahan daripada penularan wabak ini di seluruh negara juga meningkatkan beban dan memberikan cabaran kepada semua pihak terutamanya golongan pekerja, majikan, dan kerajaan. Penguatkuasaan Perintah kawalan pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan sejak 18 Mac 2020 menghalang rakyat dari bekerja secara fizikal seterusnya menghadkan pergerakan dan juga aktiviti ekonomi. Akibatnya, kadar pengangguran meningkat secara mendadak melibatkan golongan buruh dan belia. Sektor yang paling terkesan adalah dari sektor perkhidmatan, hospitaliti dan pelancongan, industri makanan, pengangkutan, serta pendidikan. Belia yang baru menamatkan pengajian dan sedang mencari kerja baharu di dalam pasaran kerja telah terkesan teruk kerana kurangnya peluang pekerjaan utama pada masa ini.
Seterusnya, memberi kesan jurang pendapatan yang semakin melebar dalam sosioekonomi masyarakat.
Dapatan menunjukkan kadar pengangguran golongan belia yang berumur 15 hingga 29 tahun menunjukkan data yang semakin meningkat dari masa ke semasa. Oleh itu, ramalan terhadap kesan pandemik Covid-19 ini daripada ahli ekonomi adalah lebih buruk berbanding dengan Krisis Kewangan Global (Global Financial Crisis – GFC 2009) dan Kewangan Krisis Asia (Asian Global Crisis AFC 1998). Hal ini juga dinyatakan oleh Organisasi Buruh Antarabangsa yang menyatakan pengangguran global pada tahun 2020 telah dijangka akan meningkat antara 193.3 juga sehingga 212.7 juta dan berbanding dengan data jumlah penganggur global yang direkodkan pada tahun 2019 + 6.97% yang menjelaskan peningkatan antara 2.8% sehingga 13.1% (International Labour Organization, 2021). Terdapat beberapa kajian yang telah dijalankan khusus kepada kohort umur, yang memberikan kesan secara jangka panjang akan terus dihadapi oleh kohort yang akan melangkah ke dalam pasaran buruh ketika krisis ekonomi ini berlaku. Kesan yang akan ditanggung oleh kohort ini adalah berterusan dengan situasi permasalahan pengangguran yang berpanjangan, menerima gaji dan upah yang jauh lebih rendah manakala prospek terhadap pembangunan kerjaya juga rendah berlanjutan sehingga sedekah ke hadapan, hal ini berbanding kepada golongan belia yang telah memasuki pasaran buruh sebelum atau selepas perkara krisis ini berlaku.
Wabak Covid-19 adalah suatu penyakit yang mudah merebak secara berterusan yang dikatakan berpunca daripada virus corona sindrom pernafasan akut teruk 2 (SARS-Cov-2)
(Naoya et al., 2020). Masih tiada rawatan khusus dalam menangani permasalahan pandemik ini kecuali pencegahan penyakit menerusi penjarakan sosial dan pengasingan diri. Oleh itu secara tidak langsung hal ini telah menggugat rutin semua sektor di negara termasuklah bidang pengajaran dan pembelajaran TVET. Perkara ini banyak mengubah landskap kehidupan setiap individu pada hari ini. Menurut Darmalaksana et al. (2020), menyatakan pembelajaran secara dalam talian adalah terbukti sesuai untuk dilaksanakan buat masa kini di tengah-tengah kekalutan pandemik Covid-19. Pihak kerajaan juga memberikan arahan penutupan dan hal ini juga melibatkan kesemua institusi pengajian. Begitu banyak usaha yang menyokong dan diperkembangkan namun ianya hanyalah sebahagian sahaja terdapat kajian yang menyokong kaedah pembelajaran secara dalam talian untuk para pelajar TVET adalah sesuai dan efektif (Azizan & Nasri, 2020).
Oleh itu penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah memberikan faedah kepada kehidupan manusia dan juga kepada perkembangan pendidikan pada hari ini.
Aplikasi ICT dalam institusi pendidikan dapat meningkatkan keberkesanan sistem pendidikan itu sendiri (Ana et al., 2020; Shahzad et al., 2020). Kaedah e-pembelajaran yang dipraktikkan dapat memberikan persekitaran yang fleksibel dan membantu membolehkan proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dapat dilaksanakan. Ini juga membantu mendedahkan pelajar untuk meneroka dunia ICT. Namun begitu, sehingga kini walaupun penularan wabak pandemik Covid-19 sudah hampir setahun berlalu, namun hakikatnya seluruh dunia masih lagi berusaha mengatasi penularan wabak ini. Kaedah e-pembelajaran telah digunakan secara berperingkat dan berterusan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran tidak terhenti (Karuppanan & Mohammed, 2020; Yusof, 2021). Pelbagai pihak memainkan peranan masing- masing untuk menjayakan e-pembelajaran demi memastikan semua pelajar menerima pembelajaran dan pengajaran meskipun sehingga kini pelajar masih lagi tidak boleh memasuki tempat pengajian masing-masing. Pembelajaran secara dalam talian ini adalah berkaitan dengan penggunaan ICT di dalam proses pembelajaran. Hal ini juga termasuk dengan peranan oleh keluarga dan komuniti bagi memastikan keberkesanan dalam pembelajaran secara dalam talian dijalankan.
Namun begitu, kaedah ini juga mempunyai kekurangannya, antaranya masalah capaian internet, perkhidmatan internet yang lemah bergantung kepada sesuatu tempat, dan kemahiran penguasaan alat teknologi digital yang tidak dapat dikuasai oleh pelajar (Almaimah, Al- Khasawneh, & Althunibat, 2020; Azlan et al., 2020). Sehubungan dengan itu, satu kajian bagi mengenal pasti keberkesanan e-pembelajaran ketika pandemik Covid-19 dari perspektif pelajar TVET telah diusulkan. Penularan wabak pandemik Covid-19 ini juga telah memberikan impak yang besar kepada seluruh dunia dan memberikan kesan yang menggugat keadaan sosioekonomi global. Kesan daripada pandemik Covid-19 ini juga telah membawa kepada arahan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah menjejaskan pelbagai sektor pendidikan, ekonomi dan sosial. Pandemik Covid-19 telah membawa suatu perubahan terhadap kaedah PdP melibatkan kesemua tempat. Hal ini memberikan pelbagai kesan terhadap pelajar yang berkemungkinan untuk bosan, kurang fokus, selain kaedah ini juga perlu diperkasakan dengan kaedah agar pelajar memahami pembelajaran yang dijalankan.
2. Tinjauan Literatur
Model Pembelajaran untuk Meningkatkan Keberkesanan E-Pembelajaran
Penularan wabak pandemik Covid-19 di seluruh dunia ini menyebabkan warga pendidikan berusaha untuk memahami bagaimana model untuk pembelajaran jarak jauh ataupun lebih dikenali pembelajaran secara dalam talian dapat berfungsi dengan cara paling berkesan kepada semua pemegang taruh. Oleh itu, KIS International School Bangkok telah mencadangkan Model O.R.E.O Online Learning yang merangkumi beberapa konsep yang utama di dalam pembelajaran jarak jauh bagi kegunaan guru, ibu bapa serta pelajar (International School Database. 2021). Model O.R.E.O Online Learning yang dipelopori oleh Alison Yang ini digunakan di peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat tinggi. Alison Yang sentiasa berkongsi kepakaran dan pengalamannya dengan pendidik lain bagi memastikan pelajar menerima pengalaman pembelajaran secara dalam talian dengan positif dan menyokong ibu bapa pelajar juga. Oleh itu, sejak dari konsep daripada model diperkenalkan, model ini telah diadaptasi dan digunakan bagi kegunaan sekolah antarabangsa yang lain di seluruh dunia (Yang, 2021).
Rajah 1: Model O.R.E.O Online Learning
Terdapat tiga konsep yang utama di dalam Model O.R.E.O Online Learning antaranya guru. Guru seorang yang memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran secara atas talian. Antara tugas guru yang dinyatakan di dalam model ini ialah mengenal pasti objektif pembelajaran dan hasil penilaian yang jelas di dalam pembelajaran, menggunakan bahan dan alat multimedia bertujuan untuk menyimpan maklumat dan menggunakannya sebagai alat untuk membangunkan pelajaran yang interaktif, menyatakan keperluan dan tugas sebagai guru, mengatur masa sebagai guru dan memaklumkan dengan jelas kepada pelajar masa anda akan berada dalam talian. Seterusnya konsep utama yang kedua adalah pelajar. Tugas sebagai pelajar yang telah disenaraikan antaranya adalah pelajar haruslah memastikan memahami objektif pembelajaran, menyelesaikan tugasan dengan usaha yang maksimum, memantau pembelajaran bagi memastikan pelajar dapat menghantar tugasan mengikut tarikh dan tempoh yang telah ditetapkan serta mengatur masa sendiri sebagai pelajar, membuat dan menyusun atur jadual serta mengikuti pembelajaran secara atas talian mengikut jadual yang diberikan.
Akhir sekali, peranan sebagai ibu bapa atau penjaga kepada pelajar antaranya mengatur dan menyedia ruang di dalam rumah untuk pembelajaran secara atas talian, membantu anak anda membuat dan mengikuti jadual pembelajaran di dalam talian, menyemak tugas dan objektif pembelajaran serta mengharapkan anak mereka menyelesaikan tugas dan tugasan tepat pada waktunya dengan tahap usaha yang tinggi. Menurut Jenal (2017) berikutan daripada kemunculan pelbagai kemudahan teknologi ICT perkara ini juga mewujudkan begitu banyak medium komunikasi yang dapat membantu dan membolehkan maklumat dapat disalurkan dengan lebih pantas serta dapat membantu proses pembelajaran yang lebih berkesan.
3. Metodologi dan Hasil Dapatan Kajian
Reka bentuk kajian ini ialah reka bentuk tinjauan secara kuantitatif. Kajian ini menggunakan instrumen borang soal selidik yang diedarkan kepada responden untuk mengukur dan mengumpulkan maklum balas dari responden. Soal selidik ini telah disahkan oleh pakar yang mengesahkan objektif dan konstruk item. Tambahan pula, borang soal selidik merupakan instrumen yang sesuai digunakan ketika pandemik Covid-19 yang masih melanda di seluruh negara. Bahagian A borang soal selidik berkenaan demografi responden, Bahagian B berkenaan faktor tanggungjawab, serta Bahagian C berkenaan faktor organisasi dalam pengurusan e-pembelajaran. Responden yang menyertai kajian ini telah dipilih secara sukarela dari pelajar tahun akhir di institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negeri Kelantan. Dua institusi TVET yang dipilih menawarkan program kejuruteraan dan teknologi di negeri Kelantan dalam kajian ini ialah Kolej Kemahiran Tinggi MARA Pasir Mas dan Politeknik Kota Bharu. Borang soal selidik diedarkan secara dalam talian berikutan terdapat larangan perjalanan dan kehadiran pelajar dan pengkaji di kawasan institusi TVET pada waktu pandemik Covid-19 ketika ini. Pengkaji menganalisis data menggunakan perisian IBM SPSS Statistics bagi memberikan menjawab persoalan kajian dalam kajian ini.
Demografi Responden
Jadual 1 di bawah menunjukkan maklumat demografi responden bagi kajian ini. Seramai 63.4% (92 orang) responden dalam kajian ialah pelajar lelaki dan selebihnya 36.6% (53 orang) responden ialah pelajar perempuan. Pelajar dari Politeknik Kota Bharu mencatatkan 64.8% (94 orang) responden berbanding pelajar dari Kolej Kemahiran Tinggi MARA Pasir Mas 35.2%
(51 orang). Seterusnya, responden dari tiga program diploma tertinggi, kejuruteraan awam 20.0% (59 orang), kejuruteraan elektronik 14.5% (21 orang), dan kejuruteraan elektronik 10.3% (15 orang). Bagi jumlah pendapatan isi rumah, pelajar secara majoriti tergolong dalam kumpulan B40 dan M40 iaitu 62.1% (90 orang) dan 34.5% (50 orang).
Jadual 1: Demografi Responden (N=145)
Demografi Frekuensi Peratusan (%)
Jantina
Lelaki 92 63.4
Perempuan 53 36.6
Institusi
Politeknik 94 64.8
Kolej Kemahiran Tinggi 51 35.2
Program Diploma
Kejuruteraan Awam 29 20.0
Ukur Bahan 15 10.3
Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) 12 8.3
Kejuruteraan Elektronik 21 14.5
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik 7 4.8
Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) 9 6.2
Kejuruteraan Mekatronik 5 3.4
Kejuruteraan Mekanikal 8 5.5
Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Kuasa) 11 7.6
Teknologi Kejuruteraan Elektronik 5 3.4
Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Domestik dan Industri)
5 3.4
Teknologi Kejuruteraan Mekanikal Rekabentuk 5 3.4
Seni Bina 7 4.8
Teknologi Kejuruteraan Bangunan 6 4.1
Pendapatan Isi Rumah
RM 4,805 dan ke bawah (B40) 90 62.1
RM4,851 – RM10,970 (M40) 50 34.5
RM10,971 dan ke atas (T20) 5 3.4
Faktor Tanggungjawab dan Organisasi dalam Pengurusan E-Pembelajaran
Jadual 2 di bawah menunjukkan tahap faktor tanggungjawab dan organisasi dalam pengurusan e-pembelajaran hasil dari persepsi pelajar TVET. Dari faktor tanggungjawab dalam pengurusan e-pembelajaran di institusi TVET di negeri Kelantan, item “Pensyarah menggalakkan pelajar mengambil bahagian dalam kelas e-pembelajaran”, “Pensyarah menggalakkan saya menggunakan e-pembelajaran”, dan “Pensyarah aktif mengajar melalui e-pembelajaran” telah mencatat tahap min paling tinggi dalam kajian ini iaitu M=4.26 SP=0.71, M=4.24 SP=0.72, dan M=4.24 SP=0.74. Dapatan ini memberi maklum balas tentang usaha dan penglibatan pensyarah dalam memberikan perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran melalui e- pembelajaran sepanjang wabak Covid-19 kepada pelajar TVET di Kelantan. Pensyarah giat dan berterusan memberi galakan kepada pada tahap tinggi. Ini menunjukkan pensyarah institusi TVET konsisten dan menjalankan tanggungjawab dalam menggalakkan pelajar mengikuti e- pembelajaran yang ditetapkan. Seterusnya, item “Gaya penyampaian pensyarah dalam kelas e- pembelajaran menarik perhatian” dan “Pensyarah gembira apabila pelajar menggunakan e- pembelajaran” mencatatkan tahap min yang paling rendah untuk faktor tanggungjawab dalam pengurusan e-pembelajaran hasil dari persepsi pelajar TVET dengan M=4.16 SP=0.77 dan M=4.17 SP=0.76. Dapatan ini memberi gambaran teknik, penyampaian, dan strategi instruksi semasa sesi e-pembelajaran pelajar TVET kurang efektif dan perlu ditambah baik bagi memberikan hasil yang lebih berkesan kepada pelajar. Teknik, penyampaian pedagogi, dan strategi instruksi mungkin perlu dititikberatkan oleh pensyarah institusi TVET bagi menarik perhatian aktif dan motivasi pelajar mengikuti e-pembelajaran. Secara keseluruhan, faktor tanggungjawab mencatatkan tahap min yang tinggi iaitu M=4.21 dan SP=0.60. Secara umumnya, hasil dapatan ini menunjukkan persepsi pelajar TVET terhadap tanggungjawab pensyarah semasa perkhidmatan e-pembelajaran pada tahap tinggi sepanjang pandemik Covid- 19. Walau bagaimanapun, beberapa aspek tanggungjawab seperti strategi penyampaian, keberkesanan sesi e-pembelajaran, kepelbagaian teknik yang dapat merangsang penglibatan pelajar dalam e-pembelajaran perlu ditambah baik dari semasa ke semasa agar pelajar dapat belajar dengan lebih fokus dan efektif.
Jadual 2: Faktor Tanggungjawab dan Organisasi dalam Pengurusan E-Pembelajaran (N=145)
Item Min
(M)
Sisihan Piawai (SP) Tanggungjawab
Pensyarah bersemangat untuk mengajar kelas e-pembelajaran 4.21 0.70 Gaya penyampaian pensyarah dalam kelas e-pembelajaran
menarik perhatian
4.16 0.77
Pensyarah mengendalikan kelas e-pembelajaran dengan berkesan
4.18 0.77
Pensyarah menerangkan bagaimana untuk belajar menggunakan sistem e-pembelajaran
4.23 0.71
Pensyarah aktif mengajar melalui e-pembelajaran 4.24 0.74 Pensyarah gembira apabila pelajar menggunakan e-
pembelajaran
4.17 0.76
Pensyarah menggalakkan saya menggunakan e-pembelajaran 4.24 0.72 Pensyarah menggalakkan pelajar mengambil bahagian dalam
kelas e-pembelajaran
4.26 0.71
Keseluruhan Tanggungjawab 4.21 0.60
Organisasi
Institusi menyediakan kemudahan yang saya perlukan untuk e- pembelajaran
4.24 0.73
Saya dapat mengakses laman e-pembelajaran institut secara dalam talian
4.22 0.77
Institut memberi saya peluang untuk menggunakan e- pembelajaran
4.22 0.73
Institut menyediakan latihan kepada saya untuk menggunakan e-pembelajaran
4.23 0.73
Perkhidmatan bantuan teknikal ada disediakan semasa menggunakan e-pembelajaran
4.26 0.66
Keseluruhan Organisasi 4.24 0.62
Dari faktor organisasi dalam pengurusan e-pembelajaran di institusi TVET di negeri Kelantan, item “Perkhidmatan bantuan teknikal ada disediakan semasa menggunakan e- pembelajaran”, dan “Institusi menyediakan kemudahan yang saya perlukan untuk e- pembelajaran” telah mencatat tahap min paling tinggi dalam kajian ini iaitu M=4.26 SP=0.66 dan M=4.24 SP=0.73. Persepsi pelajar ini tentang tanggungjawab institusi TVET dalam memberikan perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran melalui e-pembelajaran sepanjang wabak Covid-19 kepada pelajar TVET di Kelantan pada tahap tinggi. Pasukan dan perkhidmatan dari institusi ada menyediakan sumber, bahan, dan perkhidmatan bantuan teknikal dalam menjayakan sistem e-pembelajaran kepada semua pelajar TVET. Perkhidmatan teknikal dan bantuan sokongan ini sememangnya amat diperlukan pihak pelajar dalam mengakses sistem dan membuat ketetapan yang diperlukan untuk e-pembelajaran. Dalam isu ini, pihak institusi TVET dilihat mengorganisasi e-pembelajaran dengan baik pada persepsi pelajar. Seterusnya, item ”Institut memberi saya peluang untuk menggunakan e-pembelajaran”
dan “Saya dapat mengakses laman e-pembelajaran institut secara dalam talian” mencatatkan tahap min paling rendah dalam faktor organisasi iaitu M=4.22 SP=0.73 dan M=4.22 SP=0.77.
Maklum balas responden ini menunjukkan faktor organisasi dari aspek capaian internet dan kebolehgunaan sistem e-pembelajaran oleh pelajar tidak berada pada tahap tinggi.
Berkemungkinan ada pelbagai isu akses dan kebolehgunaan sistem e-pembelajaran dalam kalangan pelajar TVET yang sering berulang dan berlaku menyebabkan prestasi pembelajaran pelajar tidak berada pada tahap yang memuaskan. Secara keseluruhan, faktor organisasi mencatatkan tahap min yang tinggi iaitu M=4.24 dan SP=0.62. Secara umumnya, hasil dapatan ini menunjukkan persepsi pelatih TVET terhadap organisasi e-pembelajaran pada tahap tinggi sepanjang pandemik Covid-19 walaupun terdapat beberapa aspek organisasi seperti capaian internet, kebolehgunaan sistem, dan akses e-pembelajaran itu sendiri yang mungkin berpunca dari sistem teknikal dan sokongan.
Perbezaan Faktor Tanggungjawab dan Organisasi dalam Pengurusan E-Pembelajaran Jadual 3 di bawah menunjukkan analisis perbezaan persepsi faktor tanggungjawab dan organisasi dalam pengurusan e-pembelajaran di institusi TVET di negeri Kelantan semasa wabak Covid-19 mengikut kumpulan demografi pelajar. Dapatan menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan dalam faktor tanggungjawab dan organisasi mengikut jantina pelatih, institusi TVET, dan program pengajian. Persepsi pelatih TVET tidak berbeza dan hampir seragam untuk setiap kelas demografi yang dinyatakan. Perbezaan min setiap kelas adalah tidak signifikan untuk semua kumpulan demografi jantina, institusi, dan program.
Tetapi, mengikut kumpulan pendapatan isi rumah pelajar, terdapat perbezaan yang signifikan dalam persepsi faktor tanggungjawab dan organisasi dalam pengurusan e-pembelajaran di institusi TVET. Perbezaan min ini signifikan dan berlaku antara kelas dalam kumpulan pendapatan isi rumah. Ini menunjukkan sedikit sebanyak ada perbezaan persepsi pelajar untuk setiap item tanggungjawab dan organisasi yang ditanyakan dalam borang soal selidik.
Perbezaan lebih terperinci untuk kelas dalam kumpulan pendapatan isi rumah ini akan dikaji secara analisis post-hoc.
Jadual 3: Perbezaan Tanggungjawab dan Organisasi dalam Pengurusan E- Pembelajaran (N=145)
Demografi
Tanggungjawab Organisasi
Ujian- t/ Ujian F, df Nilai-p Ujian- t/ Ujian
F, df Nilai-p
Jantina -0.59, 143 0.56 -0.81, 143 0.42
Institusi 0.91, 143 0.37 0.91, 143 0.37
Program Diploma 0.65, 144 0.81 0.77, 144 0.69
Pendapatan Isi Rumah 4.56, 144 0.01* 3.49, 144 0.03*
*signifikan pada alpha 0.05
Lanjutan dari analisis sebelum ini, Jadual 4 di bawah menunjukkan analisis perbezaan min setiap kelas dalam kumpulan pendapatan isi rumah untuk faktor tanggungjawab dan organisasi dalam pengurusan e-pembelajaran di institusi TVET di negeri Kelantan semasa wabak Covid-19. Dapatan menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam faktor tanggungjawab dan organisasi antara dua kelas kumpulan iaitu kumpulan B40 dan M40.
Persepsi pelajar TVET dalam faktor tanggungjawab pensyarah, institusi TVET dalam menyediakan perkhidmatan e-pembelajaran lebih tinggi untuk kumpulan M40 berbanding kumpulan B40. Ini ditunjukkan pada M=4.41 berbanding M=4.12. Trend ini didapati hampir sama pada persepsi pelatih TVET dalam faktor organisasi perkhidmatan e-pembelajaran yang lebih tinggi untuk kumpulan M40 berbanding kumpulan B40 dengan M=4.39 dan M=4.18.
Pelbagai faktor yang memungkinkan berlakunya perbezaan persepsi ini dan kajian lanjutan serta lebih terperinci dapat memuktamadkan perbezaan ini. Antara faktor yang berkemungkinan adalah penyediaan fasiliti, perkhidmatan internet, dan kemudahan pembelajaran dalam rumah yang selalunya dikaitkan dengan perbezaan kumpulan pendapatan isi rumah pelatih itu sendiri.
Jadual 4: Analisis Post-Hoc (Tukey) Mengikut Kumpulan Pendapatan Isi Rumah (N=145)
Demografi
Tanggungjawab Organisasi Min Sisihan
Piawai Min Sisihan Piawai Pendapatan Isi Rumah
RM 4,805 dan ke bawah (B40)
4.12** 0.64 4.18** 0.65
RM4,851 – RM10,970 (M40) 4.41** 0.37 4.39** 0.40
RM10,971 dan ke atas (T20) 3.95 1.26 3.76 1.38
*perbezaan signifikan pada alpha 0.05 5. Kesimpulan
Secara keseluruhan, tahap tanggungjawab pensyarah dan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam menyediakan perkhidmatan e-pembelajaran pada tahap tinggi dan memuaskan. Pensyarah dan institusi dinilai bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan sistem e-pembelajaran yang sebaik yang boleh menurut persepsi pelajar TVET itu sendiri. Hanya dalam beberapa aspek tanggungjawab yang perlu ditambah baik bagi meningkatkan keberkesanan sistem. Seterusnya, tahap organisasi institusi TVET dalam pengurusan e-pembelajaran juga diinterpretasikan pada tahap tinggi. Pelatih TVET menilai aspek teknikal dan sokongan kepada sistem e-pembelajaran boleh dinaiktaraf dan diperbaiki dari semasa ke semasa agar dapat memberikan kualiti e-pembelajaran yang lebih baik dan efektif. Pensyarah dan institusi TVET di negeri Kelantan bertanggungjawab dan mengorganisasi sistem e-pembelajaran dengan sebaiknya bagi menjayakan instruksi e- pembelajaran sepanjang wabak Covid-19 ketika ini.
Perbezaan yang wujud dalam persepsi pelajar TVET untuk faktor tanggungjawab dan organisasi e-pembelajaran semasa pandemik Covid-19 adalah signifikan dalam kumpulan pendapatan isi rumah pelajar. Pelbagai kemungkinan faktor yang memerlukan pengesahan dan lanjutan analisis dalam isu ini. Berkemungkinan, aspek penyediaan fasiliti, perkhidmatan internet, dan kemudahan pembelajaran dalam rumah yang sering sinonim dengan perbezaan kumpulan pendapatan isi rumah pelatih memainkan peranan dalam dapatan kajian ini. Jurang antara kumpulan pendapatan ini seharusnya dirapatkan agar persepsi pelajar lebih seragam dan penyediaan bantuan sumber dan sokongan teknikal kepada kumpulan yang memerlukan supaya pembelajaran yang berkesan dapat dinikmati oleh semua golongan pelatih TVET.
Rujukan
Almaimah, M. A., Al-Khasawneh, A., & Althunibat, A. (2020). Exploring the critical challenges and factors influencing the E-learning system usage during COVID-19 pandemic. Education and Information Technologies, 25, 5261-5280.
Ana, A., Minghat, A. D., Purnawarman, P., Saripudin, S., Muktiarni, M., Dwiyanti, V., &
Mustakim, S. S. (2020). Students’ Perceptions of the Twists and Turns of Elearning in the Midst of the Covid 19 Outbreak. Revista Romaneasca pentru Educatie Multidimensionala, 12(1Sup2), 15-26.
Azlan, C. A., Wong, J. H. D.,...., Ng. K. H. (2020). Teaching and learning of postgraduate medical physics using Internet-based e-learning during the COVID-19 pandemic – A case study from Malaysia. Physica Medica, 80, 10-16.
Azizan, S. N. C. & Nasri, N. M. (2020). Pandangan guru terhadap pembelajaran dalam talian melalui pendekatan Home Based Learning (HBL) semasa tempoh pandemik COVID-19.
PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 11(Khas), 46-57.
Darmalaksana, W., Hambali, R., Masrur, A., & Muhlas, M. (2020). Analisis pembelajaran online masa wfh pandemic covid-19 sebagai tantangan pemimpin digital abad 21. Karya Tulis Ilmiah (KTI) Masa Work From Home (WFH) Covid-19 UIN Sunan Gunung Djati Bandung, 1-12.
International Center for Technical and Vocational Education and Training. (2021a). What is TVET? https://unevoc.unesco.org/home/more+about+What+is+TVET
International Center for Technical and Vocational Education and Training. (2021b).
Strengthening the Responsiveness, Agility and Resilience of TVET Institutions for the Post-COVID-19 Era. https://unevoc.unesco.org/home/COVID-19+response
International Labour Organization. (2021). Statistics on Unemployment and Supplementary Measures of Labour Underutilization. https://ilostat.ilo.org/topics/unemployment-and- labour-underutilization/
International School Database. (2021). O.R.E.O. Online Learning. https://www.international- schools-database.com/news/o-r-e-o-online-learning
Jenal, M. Z. (2017, March). Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Sistem Rangkaian Media Sosial Telegram Sebagai Alat Pembelajaran Modul Matematik: Satu Tinjauan Kes Di Kolej Komuniti Kuala Langat. In e-Proceedings iCompEx17 Academic Paper.
Karuppanan, S. & Mohammed, L. A. (2020). Predictive factors associated with online learning during covid-19 pandemic in Malaysia: A conceptual framework. International Journal of Management and Human Science, 4(4), 19-29.
Shahzad, A., Hassan, R., Aremu, A. Y., Hussain, A., & Lodhi, R. N. (2020). Efects of COVID‑19 in E‑learning on higher education institution students: the group comparison between male and female. Quality and Quantity, 55, 805-826.
Wagiran, P., Pardjono, P., Suyanto, W., & Sofyan, H. (2017, September). Vocational education development framework in 21 st century. 1st International Conference on Technology and Vocational Teachers (ICTVT 2017) Vocational (Vol. 102, No. ICTVT, pp. 395-398).
Yang, A. (2021). What is in the name of O.R.E.O? https://alisonyang.weebly.com/blog/oreo- online-learning-guidelines
Yusof, Y. A. M. (2021). Challenges of e-learning during covid-19 pandemic: An experience of educators and students of Faculty of Medicine and Defence Health (FMDH), National
Defence University Of Malaysia (NDUM). Bangladesh Journal of Medical Science, 20(S), S 175- S 177.
Zainudin, M. I. Z., Saud, M. S. & Nordin, M. S. (2012). Curriculum in TVET: Catalyst towards nations’s success. Journal of Technical, Vocational & Engineering Education, 5, 20-27.