• Tidak ada hasil yang ditemukan

Persepsi Ibu Bapa Terhadap Penglibatan Aktiviti Fizikal Murid Pendidikan Khas di Sekolah (Perception of Parents Towards the Physical Activities Involvements for Special Needs Students in School)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Persepsi Ibu Bapa Terhadap Penglibatan Aktiviti Fizikal Murid Pendidikan Khas di Sekolah (Perception of Parents Towards the Physical Activities Involvements for Special Needs Students in School)"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

Persepsi Ibu Bapa Terhadap Penglibatan Aktiviti Fizikal Murid Pendidikan Khas di Sekolah

(Perception of Parents Towards the Physical Activities Involvements for Special Needs Students in School)

Frona Galimas*1, Manisah Mohd. Ali1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor

*Pengarang Koresponden: [email protected]

Received: 1 March 2023 | Accepted: 1 May 2023 | Published: 1 June 2023 DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.2.6

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Aktiviti fizikal merupakan antara komponen yang penting dalam pembentukan fizikal yang sihat bagi seseorang individu. Aktiviti fizikal memberi banyak kebaikan kepada murid terutamanya murid pendidikan khas namun penyertaan kurang memberangsangkan disebabkan oleh sikap murid dan kurang sokongan daripada ibu bapa. Kajian ini meninjau persepsi ibu bapa terhadap aktiviti fizikal yang dijalankan di sekolah. Kajian ini juga mengenalpasti faktor yang menghalang murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal yang dilaksanakan serta melihat hubungan persepsi ibu bapa dengan faktor penghalang murid dalam melibatkan diri dalam aktiviti fizikal. Kajian tinjauan ini menggunakan borang soal selidik yang diedarkan kepada responden melalui aplikasi Google Form. Responden kajian terdiri daripada ibu bapa kepada murid pendidikan khas di kawasan kajian iaitu seramai 40 orang yang dipilih secara rawak. Hasil kajian mendapati responden memberikan persepsi dari sudut positif mengenai aktiviti fizikal serta faktor penghalang juga sangat kurang. Tidak terdapat hubungan antara persepsi ibu bapa terhadap aktiviti fizikal dengan faktor penghalang dalam melibatkan diri dalam aktiviti fizikal di kawasan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor penghalang daripada pihak ibu bapa sangat kurang namun halangan murid menyertai aktiviti fizikal perlu dilihat dari aspek yang lain. Antaranya ialah aspek kesesuaian aktiviti yang dijalankan, sokongan dari pihak sekolah dan sokongan dari komuniti.

Kata kunci: persepsi, penglibatan, aktiviti fizikal, ibu bapa, murid berkeperluan khas

Abstract: Physical activity is important determinant of health. Physical activities bring a lot of benefits to the students especially children with special needs, but the participation is unfavourable because of students’ attitude and lack of support from the parents. This study explores parents' perception of physical activities for their children in school. This study also will identify what are the factors that prevent children with special needs to participate in physical activities and to explore the relationship between the perception of parents towards physical activities and the factors preventing children with special needs in participating in physical activities. A set of questionnaires was distributed by using google form to 40 parents of children with special needs who were selected randomly. The study found that the respondents gave a positive perception on physical activities and the factors preventing children with special needs in physical activities were close to none. There was no relationship between the perception of parents towards physical activities and the factors preventing children with special needs from participating in physical activities. Parents gave a positive

(2)

perception about the physical activities; however, multiple factors can influence participation of the students on physical activities should be considered such as types of activities carried out, support from school and community.

Keywords: perception, involvement, physical activity, parents, special need students ___________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Aktiviti fizikal merupakan antara aspek yang penting dan perlu dititikberatkan untuk pembentukan fizikal yang sihat. Kekerapan dan keberkesanan melakukan aktiviti fizikal dapat memberi manfaat yang ketara terhadap kesihatan terutama bagi kanak-kanak dan remaja. Hal ini demikian kerana dengan melakukan aktiviti fizikal, ia dapat mengurangkan risiko kematian akibat penyakit kronik seperti penyakit jantung, kanser, kencing manis, lelah dan juga membantu mengawal atau mengimbangi berat badan (Abdelghaffar et al., 2019).

Menyertai aktiviti fizikal di peringkat sekolah dapat mempengaruhi prestasi akademik.

Kejayaan seseorang pelajar di sekolah sering kali dikaitkan dengan prestasi akademik yang mereka capai. Prestasi murid dinilai melalui peperiksaan yang dilaksanakan setiap tahun.

Usaha melahirkan murid yang cemerlang memfokuskan pada aktiviti yang berbentuk ilmiah dalam pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah. Manakala, aktiviti yang bersifat fizikal dianggap oleh segelintir ibu bapa akan menjejaskan pembelajaran mereka. Contohnya, aktiviti sukan yang dilaksanakan pada waktu persekolahan atau selepas waktu persekolahan.

Ibu bapa beranggapan sekiranya anak-anak mereka terlibat dengan aktiviti fizikal, ianya akan menjejaskan fokus mereka terhadap topik-topik pembelajaran yang dilaksanakan di dalam kelas terutamanya bagi murid berkeperluan khas.

Aktiviti fizikal turut memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kehidupan manusia dari pelbagai aspek. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas, aktiviti fizikal boleh membantu mereka meningkatkan keadaan fizikal, harga diri, kemahiran sosial, tingkah laku serta mewujudkan gaya hidup yang positif untuk masa depan mereka. Penyertaan dalam aktiviti fizikal menjadi satu cabaran bagi Murid Berkeperluan Khas. Aktiviti fizikal merupakan aktiviti rekreasi yang kurang gemari oleh murid berkeperluan khas Wright et al., (2019). Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor yang berbeza seperti kecacatan fizikal dan mekanisme sosio- tingkah laku mempengaruhi penyertaan mereka. Sebagai contoh, MBK sering mengalami masalah dengan komunikasi, interaksi sosial yang terhad, atau kemahiran pergerakan yang tertangguh atau terjejas (Hoekstra et al., 2019).

Murid berkeperluan khas (MBK) ini mempunyai peluang yang terhad untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal serta aktiviti bermain dengan rakan sebaya. Ini dipengaruhi oleh ketidakupayaan mereka dalam interaksi sosial dan kemahiran komunikasi. Kanak-kanak yang menghidapi autisme juga cenderung untuk terbiasa dengan jenis aktiviti pasif seperti bermain secara terpencil, bermain selari, orientasi dan mereka biasanya kurang aktif berbanding dengan rakan sebaya mereka semasa masa lapang. Menjalani peringkat perkembangan kanak-kanak biasa, peluang yang lebih sedikit untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal berkemungkinan mempengaruhi tingkah laku mereka.

Pertumbuhan dan perkembangan MBK adalah berbeza dari segi fizikal, emosi dan mental jika dibandingkan dengan murid di kelas aliran perdana. Setiap MBK juga mempunyai ciri-ciri yang berbeza seperti mengalami masalah dalam pelbagai bidang fungsi termasuk deria dan

(3)

pertuturan, fizikal, psikologi, intelek dan fungsi-fungsi lain atau mungkin mengalami kemerosotan yang timbul daripada kecederaan kepala, strok atau kerosakan otak. Mengalami ketidakupayaan tersebut menjadi satu cabaran kepada perkembangan kanak-kanak tersebut.

Selain itu, kanak-kanak kurang upaya sering mengalami pelbagai keadaan yang berlaku bersama serentak dan boleh memberi kesan buruk kepada kesejahteraan dan kesihatan mereka.

Walau bagaimanapun, mempunyai kecacatan secara semula jadi tidak sama dengan kesihatan yang buruk (Emonson, McGillivray, Kothe, Rinehart & Papadopoulos, 2019). Justeru itu, ibu bapa hendaklah menggalakkan anak-anak mereka yang berkeperluan khas untuk menyertai aktiviti fizikal di sekolah mahupun di rumah. Tambahan pula, terdapat strategi perlindungan yang kondusif untuk mempromosikan kesihatan awam khasnya disediakan untuk kanak kanak kurang upaya atau murid berkeperluan khas (MBK).

Penglibatan individu dalam aktiviti fizikal memberi manfaat dalam aspek kesihatan dan sosial.

Namun penyertaan MBK berada dalam tahap yang rendah jika dibandingkan dengan tahap penyertaan rakan sebaya mereka dari kelas aliran perdana (Giunti et al., 2018). Telah dicadangkan bahawa terdapat banyak kemungkinan halangan pada MBK untuk menyertai aktiviti fizikal (Gao et al., 2018). Giunti et al., (2018) dalam kajiannya menyatakan untuk menjelaskan halangan penyertaan aktiviti fizikal MBK yang kurang memberangsangkan, beberapa kajian telah dilaksanakan. Kajian tersebut menumpukan pada kemahiran motor dan kecergasan dibawah optimum seperti fleksibiliti sendi, keseimbangan dan kelajuan, tingkah laku bio-fizikal (kecuaian atau hiperaktif) dan gangguan komunikasi.

Berdasarkan kajian-kajian terdahulu, terdapat beberapa faktor penghalang murid dalam melibatkan diri dengan aktiviti fizikal di sekolah. Antaranya ialah keperluan ibu bapa untuk mengawasi, sekatan masa ibu bapa dan masalah tingkah laku (Gao et al., 2018).

Memandangkan ibu bapa merupakan salah satu faktor utama untuk kanak-kanak mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal, kepentingan itu perlu ditekankan dalam mengetahui nilai aktiviti fizikal, pengetahuan dan keutamaan untuk memberikan pengalaman aktiviti fizikal yang lebih baik kepada MBK (Arnell et al., 2020). Usaha ibu bapa untuk menggalakkan anak mereka untuk menyertai aktiviti fizikal menuntut penglibatan mereka sendiri. Penyertaan bersama mewujudkan gaya hidup yang aktif dalam aktiviti fizikal dalam kalangan MBK serta seluruh ahli keluarga mereka. Ini mungkin memberi kesan positif kepada penyertaan MBK dan juga adik-beradik mereka dalam aktiviti kokurikulum (Ginis et al., 2021). Kajian ini akan meninjau persepsi ibu bapa terhadap aktiviti fizikal yang dijalankan di kawasan kajian.

Seterusnya, mengenalpasti faktor penghalang murid melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dan mengetahui hubungan persepsi ibu bapa dengan faktor penghalang murid dalam melibatkan aktiviti fizikal di kawasan kajian.

2. Tinjauan Literatur

Sokongan ibu bapa menjadi satu keperluan bagi murid berkeperluan khas dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Sokongan daripada ibu bapa amat penting kerana mereka mendapat sokongan dari luar yang sangat terhad. Contohnya sokongan dari komuniti masyarakat di sekitar mereka. Ini adalah dipengaruhi oleh penerimaan masyarakat terhadap ketidakupayaan mereka atau kurang pengetahuan mengenai ketidakupayaan yang mereka miliki. Sokongan yang terhad ini mempengaruhi penyertaan murid berkeperluan khas dalam mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal, kekurangan rakan sebaya sebagai rakan dalam aktiviti atau kekurangan tenaga pengajar yang terlatih apabila mereka mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal yang teratur atau tidak berstruktur (Gregor et al., 2018). Sokongan daripada ibu bapa adalah satu keperluan bagi murid berkeperluan khas sehingga mereka

(4)

meningkat dewasa (Nichols et al., 2019). Justeru, sokongan yang diberikan oleh ibu bapa adalah penting kepada MBK yang seterusnya mempengaruhi kesanggupan MBK untuk mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal di sekolah (Buchanan et al., 2017). Usaha ibu bapa untuk menggalakkan anak remaja mereka untuk menyertai aktiviti fizikal meletakkan tuntutan yang tinggi terhadap penglibatan mereka sendiri. Seterusnya boleh menjejaskan tabiat aktiviti fizikal dalam keluarga sendiri. Hal ini mungkin memberi kesan kepada adik-beradik yang lain dalam penyertaan mereka dalam aktiviti kokurikulum (Wigston et al., 2017).

Kajian oleh Wigston et al. (2017) mendapati bahawa pengaruh utama MBK dan penentu untuk meningkatkan amalan aktiviti fizikal telah memberi tumpuan kepada program berasaskan sekolah, pembolehubah sosioekonomi atau keadaan kejiranan. Terdapat kekurangan kajian yang membentangkan maklumat mengenai pengaruh ibu bapa terhadap tahap aktiviti fizikal anak-anak mereka. Wigston et al. (2017) mendapati bahawa persepsi ibu bapa terhadap aktiviti fizikal anak-anak mungkin mendorong mereka untuk memotivasikan anak-anak mereka untuk menjadi lebih aktif dalam aktiviti fizikal di sekolah mahupun luar sekolah. Memahami dan memantau mekanisme ini, terutamanya persepsi ibu bapa tentang penglibatan MBK akan menyumbang kepada pembangunan dan kaedah meningkatkan penglibatan dalam aktiviti fizikal di sekolah.

Melibatkan diri dalam aktiviti fizikal boleh memberikan beberapa kelebihan untuk MBK dari segi fizikal dan tingkah laku murid. Amalan gaya hidup yang aktif serta mengamalkan tahap aktiviti fizikal yang disyorkan adalah bermanfaat untuk meningkatkan kecergasan dari segi fizikal kepada murid. Kekerapan melakukan aktiviti fizikal seperti berenang, berlari dan sebagainya akan memberi perubahan kepada fisiologi dalam badan serta melancarkan peredaran darah yang boleh menyebabkan berlakunya kecergasan dalam badan. Selain daripada aspek kesihatan, melakukan aktiviti fizikal juga memberi kesan yang positif terhadap tingkah laku MBK. Melakukan senaman atau aktiviti fizikal boleh mengurangkan tingkah laku maladaptif dan meningkatkan penyesuaian tingkah laku MBK ke arah positif terutamanya semasa berada dalam kelas (Lang et all., 2010). Jin et al., (2018) menyatakan bahawa aktiviti fizikal membantu meningkatkan keyakinan diri murid serta efikasi kendiri. Tahap keyakinan yang tinggi memberi keupayaan kepada MBK untuk menjalani rutin harian dengan baik.

Melihat kepada keadaan dan keupayaan yang ada pada MBK, aktiviti fizikal boleh meningkatkan tingkah laku sosial, kemahiran komunikasi dan mengurangkan rangsangan diri atau tingkah laku yang mencederakan diri sendiri jika dibandingkan dengan MBK yang tidak melakukan sebarang aktiviti.

Manfaat daripada penyertaan dalam aktiviti fizikal sememangnya tidak dapat dinafikan.

Namun, pelbagai halangan yang mempengaruhi penyertaan MBK untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal di sekolah atau di luar waktu persekolahan. Arnell et al., (2020) menyatakan cabaran dan halangan dalam menyertai aktiviti fizikal disebabkan oleh kesukaran atau keadaan yang berkaitan dengan MBK itu sendiri. Kesukaran yang dimaksudkan ialah berkaitan dengan kemahiran fizikal MBK yang boleh mengakibatkan kecekapan dalam olahraga menjadi rendah.

Selain itu, kesukaran MBK untuk memahami peraturan permainan serta interaksi sosial yang berbeza dengan murid aliran perdana juga menjadi cabaran kepada murid dalam melibatkan diri dalam aktiviti fizikal di sekolah dan luar sekolah. Aktiviti berpasukan memerlukan murid untuk memahami peraturan permainan serta perlu berinteraksi dengan rakan sepasukan namun keadaan MBK yang terbatas menyebabkan aktiviti itu tidak berjalan dengan baik. Hal ini menyebabkan MBK kurang melibatkan diri dalam aktiviti fizikal terutamanya aktiviti yang memerlukan kerjasama dalam pasukan. Menyedari kesukaran dan keadaan khusus MBK ini,

(5)

sokongan daripada ibu bapa sangat penting untuk menggalakkan dan mewujudkan penglibatan MBK dalam aktiviti fizikal di sekolah.

3. Metodologi Kajian

Reka bentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk kajian tinjauan dengan menggunakan instrumen soal selidik yang diedarkan kepada responden. Kajian tinjauan yang digunakan dalam kajian ini adalah untuk mengenalpasti dan mengkaji persepsi ibu bapa terhadap aktiviti fizikal di sekolah bagi murid berkeperluan khas. Kajian secara tinjauan ini sesuai digunakan kerana pernyataan adalah berbentuk konsep dan huraian berdasarkan kaedah soal selidik.

Responden dalam kajian ini terdiri daripada ibu bapa bagi murid berkeperluan khas di sebuah sekolah swasta yang menawarkan kelas aliran pendidikan khas di Kota Kinabalu, Sabah.

Kajian ini melibatkan kesemua ibu bapa bagi murid berkeperluan khas yang bersekolah di sekolah tersebut. Terdapat 40 orang ibu bapa bagi murid berkeperluan khas layak dijadikan sampel dalam kajian. Bilangan sampel ini diambil berdasarkan bilangan kesemua pelajar yang bersekolah di kawasan kajian. Sampel yang terlibat ialah ibu bapa bagi murid berkeperluan khas yang telah didaftarkan dari tahun 1 hingga tahun 6 di sekolah tersebut.

Kajian ini menggunakan borang soal selidik yang diedarkan melalui aplikasi ‘Google Form’.

Borang soal selidik mengandungi 3 bahagian iaitu bahagian pertama ialah demografi responden, bahagian kedua ialah faktor penghalang murid mengikuti aktiviti fizikal serta bahagian yang ketiga ialah melihat hubungan antara persepsi ibu bapa terhadap aktiviti fizikal dengan faktor penghalang murid daripada melibatkan diri dalam aktiviti fizikal. Item yang digunakan dalam borang soal selidik adalah sangat tidak setuju, tidak setuju, kurang setuju, setuju dan sangat tidak setuju.

Seterusnya, semasa penyelidikan, pautan ke soal selidik “Google Form” diberikan kepada responden dalam penyelidikan ini iaitu ibu bapa kepada murid bekeperluan khas (MBK) di kawasan kajian. Terlebih dahulu, pengkaji menjelaskan secara ringkas mengenai tujuan soal selidik dan mereka diberi masa yang cukup untuk menjawab soal selidik. Data untuk kajian ini dianalisis dari soal selidik yang lengkap dan data yang tidak lengkap tidak akan digunakan kerana ianya kebanyakan datang dari soal selidik yang tidak lengkap. Bagi mengelakkan kesilapan dalam proses analisis, data tersebut akan dibuang. Selepas menjalankan penyelidikan, data yang dikumpulkan dianalisis lebih lanjut. Berdasarkan penerangan terperinci yang telah dinyatakan, pengkaji telah berusaha untuk mengikuti metodologi dan prosedur yang telah digariskan dengan sebaik mungkin. Ini untuk memastikan kajian yang dijalankan ini mencapai objektif yang telah digariskan.

4. Dapatan dan Perbincangan

Dapatan kajian daripada analisis data soal selidik yang diperoleh ini merangkumi objektif dalam kajian. Dapatan soal selidik dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu yang pertama persepsi ibu bapa terhadap aktiviti fizikal yang dijalankan di sekolah. Kedua, faktor penghalang murid dalam melibatkan diri dalam aktiviti fizikal di sekolah serta bahagian ketiga ialah hubungan antara persepsi ibu bapa terhadap aktiviti fizikal dengan faktor penghalang murid melibatkan diri dalam aktiviti fizikal di sekolah. Berdasarkan dapatan yang diperoleh, rumusan dan perbincangan diulas dengan berdasarkan objektif dalam kajian yang disokong dengan kajian terdahulu.

(6)

Persepsi ibu bapa

Jadual 1 di bawah merupakan hasil analisis mengenai tinjauan persepsi ibu bapa terhadap aktiviti fizikal yang dijalankan di sekolah. Hasil tinjauan menunjukkan bahawa kebanyakan ibu bapa memberi persepsi yang positif. Keputusan ini dapat dilihat melalui hasil dapatan yang menunjukkan nilai min (M) yang tinggi dan sisihan piawai (SP) bagi setiap item di atas dan disokong dengan kekerapan respon ibu bapa yang tinggi pada skor 1 (sangat tidak setuju) dan skor 2 (tidak setuju) bagi item B1 hingga B9 dan sebaliknya bagi item B10 pada skor 4 (setuju) dan 5 (sangat setuju). Secara keseluruhannya, persepsi ibu bapa mengenai aktiviti fizikal yang boleh memberikan kesan negatif kepada tingkah laku murid mencatatkan skor yang tertinggi (M = 4.25, P = 0.74). Diikuti dengan motivasi murid menjadi rendah apabila menyertai aktiviti fizikal (M = 4.23, P = 0.83). Manakala, item yang mencatatkan skor yang paling rendah ialah aktiviti fizikal di sekolah meletihkan murid (M = 3.53, P = 1.08)

Jadual 1: Persepsi ibu bapa terhadap aktiviti fizikal yang dijalankan di sekolah

Item Kekerapan (N = 40)

M SP

1 2 3 4 5

B1 Aktiviti fizikal di sekolah meletihkan murid 8 14 10 7 1 3.53 1.08 B2 Aktiviti fizikal di sekolah mengganggu

aktiviti harian 10 23 6 1 0 4.05 0.71

B3 Aktiviti fizikal memberi kesan negatif pada

tingkahlaku murid 16 19 4 1 0 4.25 0.74

B4 Ibu bapa terbeban menyediakan pakaian

sukan murid 15 16 7 2 0 4.10 0.87

B5 Prestasi akademik akan menurun apabila

menyertai latihan fizikal 16 17 5 2 0 4.18 0.84

B6 Aktiviti fizikal memberi kesan negatif pada

kesihatan murid 17 15 7 1 0 4.20 0.82

B7 Perkembangan sosial murid akan merosot

apabila menyertai aktiviti fizikal 17 17 5 1 0 4.25 0.78 B8 Motivasi murid menjadi rendah apabila

menyertai aktiviti fizikal 18 14 7 1 0 4.23 0.83

B9 Aktiviti fizikal mengganggu rutin harian

murid 15 18 6 1 0 4.18 0.78

B10 Murid bersemangat datang ke sekolah

semasa aktiviti fizikal dijalankan 0 3 7 19 11 3.95 0.88 Nota: 1 - Sangat tidak setuju, 2 - Tidak setuju, 3 - Kurang setuju, 4 - Setuju, 5 - Sangat setuju,

SP – Sisihan Piawai, M – Min

Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kebanyakkan ibu bapa memberi persepsi yang positif terhadap aktiviti fizikal yang dijalankan di sekolah. Dapatan kajian ini selaras dengan dapatan kajian yang telah dilakukan oleh Wigston et al. (2017) yang mendapati bahawa pengaruh utama MBK dan penentu untuk meningkatkan amalan aktiviti fizikal telah memberi tumpuan kepada program berasaskan sekolah, pembolehubah sosioekonomi atau keadaan kejiranan. Wigston et al. (2017) mendapati bahawa persepsi ibu bapa terhadap aktiviti fizikal anak-anak mereka mungkin mendorong mereka untuk memotivasikan anak-anak untuk menjadi lebih aktif dalam aktiviti fizikal di sekolah mahupun luar sekolah. Memahami dan memantau mekanisme ini, terutamanya persepsi ibu bapa terhadap penglibatan anak mereka akan menyumbang kepada pembangunan kaedah peningkatan penglibatan MBK dalam aktiviti fizikal di sekolah mahupun luar sekolah.

Dapatan kajian ini turut menyokong dapatan kajian lepas oleh Bowling et al. (2019) yang mendapati bahawa persepsi ibu bapa terhadap aktiviti fizikal anak-anak mereka mungkin mendorong mereka untuk memotivasikan anak-anak mereka untuk menjadi lebih aktif dalam aktiviti fizikal di sekolah mahupun luar sekolah. Persepsi ibu bapa terhadap penglibatan anak

(7)

mereka yang merupakan MBK akan menyumbang kepada pembangunan kaedah peningkatan penglibatan dalam aktiviti fizikal.

Secara keseluruhannya, sokongan ibu bapa adalah penting untuk murid berkeperluan khas kerana mereka menerima sokongan yang lebih terhad di luar keluarga jika dibandingkan dengan murid berbanding dengan aliran perdana. Contohnya peluang terhad untuk mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal, kekurangan rakan sebaya sebagai rakan kongsi aktiviti, atau kekurangan tenaga pengajar terlatih apabila mereka mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal yang teratur atau tidak berstruktur (Gregor et al., 2018). Hal ini mungkin akan menjadi faktor kepada kebergantungan MBK terhadap sokongan daripada ibu bapa yang akan berterusan sehingga dewasa (Nichols et al., 2019). Justeru, sokongan dan pelbagai usaha ibu bapa untuk menggalakkan MBK melibatkan diri dalam aktiviti fizikal perlu dipandang serius. Penyertaan bersama dan kerjasama dari ibu bapa memberi hasil yang positif kepada masa depan MBK.

Hubungan persepsi ibu bapa terhadap aktiviti fizikal dengan halangan murid menyertai aktiviti fizikal.

Jadual 2 merupakan hasil analisis mengenai tinjauan faktor penghalang murid melibatkan diri dalam aktiviti fizikal. Hasil tinjauan menunjukkan bahawa kebanyakan ibu bapa memberi respon yang positif. Berdasarkan hasil keputusan yang ditunjukkan pada Jadual 2 di bawah, murid memberi alasan untuk tidak mengikuti aktiviti fizikal merupakan faktor utama penghalang murid dalam melibatkan diri dengan aktiviti fizikal yang dilaksanakan di sekolah (M = 2.15, P = 0.92). Diikuti dengan murid mengelak untuk hadir ke sekolah semasa aktiviti fizikal dilaksanakan (M = 2.13, P = 2.13). Melalui dapatan kajian ini, dapat dilihat bahawa faktor penghalang utama adalah dipengaruhi oleh sikap murid itu sendiri. Daripada 10 item yang dinilai, pakaian sukan sukar disediakan merupakan faktor penghalang murid melibatkan diri dalam aktiviti sekolah yang paling rendah (M = 1.80, P = 0.69).

Jadual 2: Faktor penghalang murid melibatkan diri dalam aktiviti fizikal di sekolah

Item Kekerapan (N = 40)

M SP

1 2 3 4 5

C1 Murid memberi alasan untuk tidak

mengikuti aktiviti fizikal 9 21 5 5 0 2.15 0.92

C2 Murid mengelak untuk hadir ke sekolah

semasa aktiviti fizikal dilaksanakan 12 18 4 5 1 2.13 2.13 C3

Ibu bapa mengalami kesukaran menghantar murid ke sekolah semasa

aktiviti fizikal dilaksanakan

12 18 8 2 0 2.00 2.00

C4 Ibu bapa terbeban untuk menyediakan

peralatan bagi aktiviti fizikal di sekolah 15 19 4 2 0 1.83 0.81

C5

Murid menunjukkan tingkah laku yang kurang baik pada hari aktiviti fizikal di

sekolah dilaksanakan (menangis, mengamuk dan sebagainya)

12 19 7 2 0 1.98 0.83

C6 Pakaian sukan sukar disediakan 13 23 7 2 0 1.80 0.69

C7 Aktiviti harian mengganggu rutin harian

murid 12 23 4 1 0 1.85 0.70

C8 Aktiviti fizikal mengganggu rutin harian

ibu bapa 14 17 8 1 0 1.90 0.81

C9 Aktiviti fizikal mengganggu masa belajar

murid 11 22 6 1 0 1.93 0.73

C10 Aktiviti fizikal mengganggu kesihatan

murid 16 18 4 2 0 1.80 0.82

Nota: 1 - Sangat tidak setuju, 2 - Tidak setuju, 3 - Kurang setuju, 4 - Setuju, 5 - Sangat setuju, SP – Sisihan Piawai, M - Min

(8)

Hasil keputusan ini menjelaskan bahawa, sekiranya persepsi ibu bapa terhadap aktiviti fizikal di sekolah adalah positif, maka faktor penghalang untuk murid melibatkan diri dalam aktiviti fizikal di sekolah juga akan berkurang dan begitu juga sebaliknya. Dapatan kajian ini menyokong Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979, 1989) yang menekankan bahawa pengaruh persekitaran memainkan peranan penting dalam perkembangan individu. Menurut Bronfenbrenner (1979) kanak-kanak berkembang dengan berinteraksi dengan persekitaran mereka. Dalam aspek ini, ibu bapa adalah persekitaran kanak-kanak MBK yang paling terdekat. Oleh sebab itu pentingnya untuk mewujudkan persekitaran yang selamat dan dipercayai supaya proses perkembangan MBK dipengaruhi dengan persekitaran yang positif.

Teori Ekologi Bronfenbrenner menyatakan bahawa kanak-kanak berada di ruang lingkup mikro yang boleh dipengaruhi oleh persekitaran mereka. Bronfenbrenner melalui teori yang dibangunkan menyatakan terdapat lima sistem dalam perkembangan individu iaitu mikrosisterm, mesosistem, ekosistem, makrosistem dan kronosistem.

Dapatan kajian ini juga selaras dengan dapatan kajian yang telah dilakukan oleh Arnell et al.

(2020) yang mendapati bahawa faktor penghalang MBK dipengaruhi oleh kesukaran serta keadaan murid itu sendiri. Sampel kajian mereka yang terdiri daripada MBK mengalami kesukaran melibatkan diri dalam aktiviti fizikal kerana kemahiran fizikal yang terbatas, kesukaran memahami peraturan permainan atau aktiviti serta kemahiran interaksi sosial yang kurang terutamanya bagi aktiviti berpasukan. Faktor kesukaran dan keadaan murid tersebut menyebabkan mereka sukar melibatkan diri dalam aktiviti fizikal terutamanya aktiviti yang memerlukan kerjasama berpasukan.

Hasil daripada kajian ini turut menyokong dapatan kajian lepas oleh Craike et al. (2018) yang mendapati bahawa faktor penghalang MBK terhadap penyertaan dalam aktiviti fizikal adalah pemilihan jenis aktiviti fizikal yang tidak bersesuaian. Murid yang berumur 13 hingga 14 tahun gemar melakukan aktiviti fizikal berintensiti sederhana. Oleh sebab itu, terdapat sejumlah besar MBK yang memilih untuk tidak terlibat dengan aktiviti fizikal yang dilaksanakan di sekolah apabila aktiviti fizikal yang dijalankan adalah berintensi tinggi. Justeru itu, aktiviti fizikal dan tahap kecergasan merupakan komponen yang saling berkaitan dalam kehidupan manusia terutamanya kepada golongan MBK (Craike et al., 2018). Pemilihan aktiviti fizikal yang dijalankan di sekolah akan mempengaruhi tahap penglibatan MBK di sekolah.

Secara keseluruhan, hasil tinjauan menunjukkan bahawa terdapat pelbagai faktor yang menjadi penghalang murid melibatkan diri dalam aktiviti fizikal di sekolah. Kajian mendapati murid memberi alasan untuk tidak mengikuti aktiviti fizikal (M = 2.15, P = 0.92) merupakan faktor utama penghalang murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal di sekolah. Penerapan tentang kepentingan aktiviti fizikal bagi semua MBK dilihat mampu meminimakan faktor yang menjadi penghalang kepada penglibatan murid. Hal ini kerana mengamalkan tahap aktiviti fizikal yang disyorkan adalah bermanfaat untuk kecergasan otot dan kesihatan. Selain itu, mengamalkan aktiviti fizikal pada usia sekolah adalah penting, kerana ia merupakan faktor yang menyumbang kepada peningkatan aktiviti fizikal pada masa dewasa dan ibu bapa mempunyai peranan penting dalam aktiviti fizikal anak-anak mereka.

Hubungan antara Persepsi Ibu Bapa Terhadap Aktiviti Fizikal dengan Faktor Penghalang Murid Melibatkan Diri dalam Aktiviti Fizikal di Sekolah

Hasil keputusan berdasarkan jadual 3 menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kedua pembolehubah (r = .859**, p < .01). Hubungan di antara persepsi ibu bapa terhadap aktiviti fizikal dengan faktor penghalang murid melibatkan diri dalam aktiviti di sekolah adalah positif dan mempunyai hubungan yang kuat. Kekuatan hubungan antara kedua-dua pemboleh

(9)

ubah tersebut pada nilai r=859**. Hasil keputusan ini menjelaskan bahawa, sekiranya persepsi ibu bapa terhadap aktiviti fizikal di sekolah adalah positif, maka faktor penghalang untuk murid melibatkan diri dalam aktiviti fizikal di sekolah juga akan berkurang dan begitu juga sebaliknya.

Jadual 3: Hubungan antara persepsi ibu bapa terhadap aktiviti fizikal dengan faktor penghalang murid melibatkan diri dalam aktiviti fizikal di sekolah

Faktor penghalang murid melibatkan diri dalam aktiviti fizikal

Persepsi ibu bapa terhadap aktiviti fizikal

r .859**

Sig. 0.00

**p 0.01

N 40

Nota: r – Pearson Correlation, **p – kesignifikanan korelasi pada 0.01 (2-tailed)

Peningkatan penglibatan MBK dalam aktiviti fizikal adalah berdasarkan kepada Teori Sistem Ekologi yang menyediakan asas teori di mana cadangan untuk meningkatkan penglibatan MBK dirumuskan. Berdasarkan jadual 3, hasil kajian ini menyokong perspektif yang dibawa oleh Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979, 1989) yang menekankan bahawa pengaruh persekitaran ini sangat mempengaruhi perkembangan seseorang individu. Oleh sebab itu, hubungan dengan faktor-faktor di atas adalah penting untuk memahami kajian ini. Teori Sistem Ekologi dianggap sesuai kerana ia memberi tumpuan secara holistik kepada murid berkeperluan khas, ibu bapa dan persekitaran. Teori Sistem Ekologi menerangkan bagaimana persekitaran sosial mempengaruhi perkembangan kanak-kanak seperti dalam kajian ini.

Seterusnya, hasil daripada kajian ini menyokong dapatan yang dilakukan oleh Buchanan et al.

(2017) yang menyatakan bahawa persepsi ibu bapa melalui sokongan yang ditawarkan kepada MBK adalah penting kepada keupayaan dan kesedian mereka untuk mengambil bahagian dalam aktiviti sekolah. Usaha ibu bapa untuk menggalakkan anak berkeperluan khas mereka untuk menyertai aktiviti fizikal menuntut penglibatan mereka sendiri, yang boleh menjejaskan tabiat aktiviti fizikal seluruh keluarga mereka (Jin et al., 2018). Penyertaan Bersama mungkin memberi kesan positif kepada penyertaan MBK dan juga adik-beradik mereka dalam aktiviti kokurikulum.

Persepsi ibu bapa terhadap penglibatan anak yang terdiri daripada MBK akan meningkatkan penyertaan mereka dalam aktiviti fizikal. Hal ini bermaksud, sekiranya persepsi ibu bapa terhadap aktiviti fizikal di sekolah adalah positif, maka faktor penghalang untuk murid melibatkan diri dalam aktiviti fizikal di sekolah juga akan berkurang. Dapatan ini menyokong kajian lepas oleh Bowling et al. (2019) yang menyatakan bahawa persepsi ibu bapa terhadap aktiviti fizikal yang dijalankan di sekolah atau diluar waktu persekolahan boleh mendorong dan memberi sokongan positif kepada anak-anak mereka terutamanya MBK supaya lebih aktif.

Secara keseluruhannya, hubungan yang wujud antara kedua pembolehubah iaitu persepsi ibu bapa terhadap aktiviti fizikal di sekolah dengan faktor penghalang untuk murid melibatkan diri dalam aktiviti fizikal di sekolah adalah positif dan mempunyai tahap hubungan yang kuat. Hal ini bermakna kebanyakkan ibu bapa memberi persepsi yang positif terhadap aktiviti fizikal untuk anak mereka yang merupakan MBK yang dijalankan di sekolah. Tanggapan ibu bapa yang positif memberi banyak manfaat kepada perkembangan MBK bukan sahaja dari segi kesihatan tetapi meningkatkan pencapaian akademik dalam pembelajaran mereka. Badan yang sihat dan cergas akan meningkatkan tumpuan mereka dalam proses pembelajaran di dalam kelas.

(10)

5. Kesimpulan

Semua pihak memainkan peranan penting dan perlu saling bekerjasama bagi memastikan kejayaan pelaksanaan aktiviti fizikal di sekolah. Aktiviti fizikal memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kehidupan manusia dari pelbagai aspek dan ini amat penting untuk kanak-kanak seperti kanak-kanak bekeperluan khas kerana ia boleh membantu mereka meningkatkan bukan sahaja keadaan fizikal mereka, tetapi juga harga diri, kemahiran sosial dan tingkah laku mereka seterusnya mewujudkan gaya hidup yang positif untuk jangka hayat masa depan mereka. Aktiviti fizikal membawa kepada peningkatan dalam prestasi akademik dan kesejahteraan hidup seseorang murid. Usaha yang berterusan adalah perlu bagi memastikan aktiviti fizikal ini dapat dijalankan dengan teratur dan berjaya. Kita akan dapat meningkatkan murid-murid berkeperluan khas ini dari satu liabiliti menjadi satu aset yang penting dan berguna kepada negara di mana mereka boleh menjadi modal insan yang gemilang satu hari nanti.

Rujukan

Arnell, S., Jerlinder, K., & Lundqvist, L.O. (2020). Parents’ perceptions and concerns about physical activity participation among adolescents with autism spectrum disorder. Autism, 24(8), 2243-2255.

Barnett, D. W., Barnett, A., Nathan, A., Van Cauwenberg, J., & Cerin, E. (2017). Built environmental correlates of older adults’ total physical activity and walking: a systematic review and meta-analysis. International Journal of Behavioral Nutrition and Physical Activity, 14(103).

Benes, S., Finn, K. E., Sullivan, E. C., & Yan, Z. (2016). Teachers' perceptions of using movement in the classroom. Physical Educator, 73(1).

Craike, M., Wiesner, G., Hilland, T. A., & Bengoechea, E. G. (2018). Interventions to improve physical activity among socioeconomically disadvantaged groups: an umbrella review. International Journal of Behavioral Nutrition and Physical Activity, 15(1), 1- 11.

Donnelly, J. E., Hillman, C. H., Castelli, D., Etnier, J. L., Lee, S., Tomporowski, P., & Szabo- Reed, A. N. (2016). Physical activity, fitness, cognitive function, and academic achievement in children: A systematic review. Medicine & Science in Sports & Exercise, 48(6), 1197–1222.

Jin, J., Yun, J., & Agiovlasitis, S. (2018). Impact of enjoyment on physical activity and health among children with disabilities in schools. Disability and health journal, 11(1), 14- 19.

Klos, L., Feil, K., Eberhardt, T., & Jekauc, D. (2020). Interventions to promote positive affect and physical activity in children, adolescents and young adults-a systematic review.

Sports (Basel, Switzerland), 8(2), 26.

Laird, Y., Fawkner, S., & Niven, A. (2018). A grounded theory of how social support influences physical activity in adolescent girls. International journal of qualitative studies on health and well-being, 13(1).

Lang R., Koegel L. K., Ashbaugh K., Regester A., Ence W., Smith W. (2010). Physical exercise and individuals with autism spectrum disorders: a systematic review. Res.

Autism Spectr. Disord. 4, 565–576.

Lynch, T., & Soukup, G. J. (2016). "Physical education," "health and physical education,"

"physical literacy," and "health literacy": Global nomenclature confusion. Cogent Education, 3(1).

(11)

Menear, K. S., & Neumeier, W. H. (2016). Promoting physical activity for students with autism spectrum disorder: Barriers, benefits, and strategies for success. Journal of Physical Education, Recreation & Dance, 86(3), 43-48.

Spratt, E., Mercer, M. A., Grimes, A., Papa, C., Norton, J., Serpe, A., Mueller, M., Eckert, M., Harris, K., Blackmon, L., Durant, J., & Newton, J. (2018). Translating benefits of exercise on

depression for youth with autism spectrum disorder and neurodevelopmental disorders. Journal of psychology and psychiatry, 2, 109.

Wassenaar, T. M., Wheatley, C. M., Beale, N., Salvan, P., Meaney, A., Possee, J. B., Atherton, K. E., Duda, J. L., Dawes, H., & Johansen-Berg, H. (2019). Effects of a programme of vigorous

physical activity during secondary school physical education on academic performance, fitness, cognition, mental health and the brain of adolescents (Fit to Study): Study protocol for a cluster-randomised trial. Trials, 20(189).

Wright, A., Roberts, R., Bowman, G., & Crettenden, A. (2019). Barriers and facilitators to physical activity participation for children with physical disability: comparing and contrasting the views of children, young people, and their clinicians. Disability and rehabilitation, 41(13), 1499-1507.

Zhao, M., & Chen, S. (2018). The effects of structured physical activity program on social interaction and communication for children with autism. BioMed Research

International Journal.

Referensi

Dokumen terkait