Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.
PETRONAS, Yayasan sabah laksana program 'Planting Tomorrow'
Disember 15, 2017 @ 7:55am
KUALA LUMPUR: PETRONAS bekerjasama dengan Yayasan Sabah untuk
melaksanakan program pembangunan komuniti dikenali 'Planting Tomorrow', program yang memberi fokus kepada usaha membantu penduduk tempatan di Sabah
menubuhkan operasi homestay.
PETRONAS dalam satu kenyataan berkata, antara bantuan yang diberikan kepada penduduk kampung untuk memulakan operasi ialah bahan binaan untuk
mempertingkatkan keadaan homestay dan dana untuk pembinaan kiosk kraf tangan serta pemasangan sistem bekalan air bantuan graviti di kampung.
"Bantuan terkini itu membolehkan semua rumah menerima bekalan air bersih serta kepada Pusat Maklumat Ulu Kinabatangan - kemudahan yang dibina di bawah
Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.
Perkongsian Pemuliharaan Yayasan Sabah-PETRONAS Imbak Canyon," kata kenyataan itu.
Perkongsian pemuliharaan Imbak Canyon antara Kumpulan Yayasan Sabah dan PETRONAS telah memberi manfaat kepada komuniti tempatan, termasuk 22 pengusaha homestay berdaftar di Kampung Imbak, secara kolektif dikenali sebagai 'Homestay Po'pomponan' atau tempat berhimpun, terletak di Tongod di tengah-tengah negeri ini dan sudah beroperasi sejak awal 2016.
Ia didiami oleh kira-kira 700 orang masyarakat Dusun Sungai dan Murut dan dilimpahi dengan kekayaan dan tarikan alam semula jadi.
"Untuk menggalakkan pemuliharaan Kampung Imbak, penduduk kampung mengadakan beberapa program gotong-royong yang disertai oleh kakitangan PETRONAS dan Yayasan Sabah, dengan peralatan disumbangkan oleh syarikat minyak dan gas nasional itu," kata kenyataan itu.
Kawasan Pemuliharaan Imbak Canyon (ICCA), Rizab Hutan Kelas 1 (Dilindungi)
muncul sebagai destinasi utama bagi para saintis dan pelajar untuk menjalankan aktiviti penyelidikan selepas siapnya Pusat Pengajian Imbak Canyon (ICSC) melalui
pembiayaan dari PETRONAS.
PETRONAS setakat ini telah menyumbang sejumlah RM83 juta di bawah perkongsian itu, yang bermula pada 2010, yang meliputi sejumlah RM77 juta bagi pembinaan ICSC dan pelbagai kemudahan berkaitan.
Planting Tomorrow adalah antara program utama Pelaburan Sosial Korporat yang diumumkan oleh PETRONAS pada Februari tahun ini. Ia bertujuan meningkatkan taraf hidup melalui penyediaan bekalan air alternatif dan aktiviti bagi meningkatkan taraf hidup di kawasan yang disasarkan. - BERNAMA