BENTUK PIAWAIAN PENDIDIKAN KERJA SOSIAL YANG DITERAPKAN DALAM PROGRAM KERJA SOSIAL: RESPON
PELAJAR-PELAJAR DI UNIVERSITI AWAM, MALAYSIA
FORMS OF SOCIAL WORK EDUCATION STANDARDS APPLIED TO SOCIAL WORK PROGRAMS: RESPONSES OF STUDENTS AT PUBLIC UNIVERSITIES, MALAYSIA
Nurzaimah binti Asalal1 Haris Abd Wahab
Abstract
Social work education standards are a guideline for the provision of courses in social work programs at the Bachelors and Masters Degree levels. Council on Social Work Education (CSWE) is the body responsible for providing educational standards in social work programs in the United States since 1952. The application of social work education standards has made students who follow social work programs at universities competent in practice. Students should obtain knowledge and skills in social work after the completion of their Bachelors level program. In the Malaysian context, there is no social work education standard for social work programs offered. The Joint Working Group on Social Work Education (JBKPKS) established in 2000 undertook the task of designing social work courses. The need for social work education standards is necessary because the practice of social work requiress trained and competent practitioners to assist individuals, groups and communities. Thus, this study involving 279 students in the final year of study in social work programs at public universities completed a questionnaire to identify the forms of social work education standards that have been applied to courses taken by students. Generally, the research findings indicate that the courses the students took in their respective social work programs at the bachelor’s level have complied with the social work education standards.
Keywords: Social Work Education Standard, Social Work, Public Universities, Students
Pengenalan
Sejak tahun 1975, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan menawarkan kursus rancangan kerja sosial di Universiti Sains Malaysia. Kursus ini diwujudkan bagi tujuan melatih pelajar agar mahir dalam memberi perkhidmatan pertolongan kepada masyarakat. Selain itu, penawaran kursus kerja sosial juga adalah bagi memberi peluang kepada pegawai-pegawai perkhidmatan kebajikan masyarakat dan organisasi khidmat manusia kerajaan dan bukan kerajaan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka dalam membantu golongan yang berkeperluan. Matlamat program ini juga adalah bagi melahirkan graduan kerja sosial yang terlatih dan profesional untuk keperluan badan-
badan kerajaan, bukan kerajaan, swasta dan industri (Buku Panduan Ijazah Sarjana Muda Kerja Sosial sesi 2014/2015, Universiti Sains Malaysia.).
Perkembangan bidang pendidikan kerja sosial memerlukan pihak universiti untuk menyediakan kurikulum mengikut piawaian pendidikan kerja sosial yang ditetapkan. Teori Kurikulum Tyler (1949) menunjukkan penyediaan kurikulum untuk pelajar haruslah mempunyai tujuan yang ingin dicapai iaitu untuk menghasilkan pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang tertentu. Oleh itu, untuk melatih pelajar yang mengikuti program kerja sosial agar mahir dalam bidang tersebut, penyediaan kurikulum yang efektif adalah perlu. Dalam konteks Malaysia, belum ada Piawaian Pendidikan Kerja Sosial yang boleh menjadi garis panduan kepada pelajar dan pendidik untuk melahirkan graduan yang cemerlang dalam praktis kerja sosial. Satu kajian telah dilakukan untuk menjawab persoalan kajian iaitu apakah bentuk-bentuk piawaian pendidikan kerja sosial yang disediakan oleh universiti awam di Malaysia? Kebolehan pelajar memahami bentuk-bentuk piawaian pendidikan kerja sosial ini akan menentukan kekompetenan pelajar dalam praktis kerja sosial.
Objektif dan Permasalahan Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti bentuk-bentuk piawaian pendidikan kerja sosial yang diterapkan kepada pelajar tahun akhir yang mengikuti program kerja sosial di universiti awam. Menurut Maidatulakmal (2012), penguasaan piawaian pendidikan dalam program pengajian yang diikuti merupakan faktor penting dalam menentukan kejayaan seseorang mahasiswa mendapat pekerjaan dalam bidang yang dipelajari. Perangkaan menunjukkan pengangguran dalam kalangan pelajar lepasan universiti adalah meningkat dari tahun ke tahun. Hal ini memberi impak kepada jumlah penganggur yang juga semakin bertambah. Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ismail Abd Mutalib, pada tahun 2013 sebanyak 56 peratus penganggur iaitu seramai 210,263 orang adalah merupakan lepasan universiti (Sinar Harian, 8 September 2014). Pada tahun 2012 pula, Penyiasatan Tenaga Buruh, Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan terdapat seramai 75,800 orang siswazah yang menganggur.
Analisis menunjukkan jumlah graduan yang menganggur adalah meningkat dari tahun 2012 hingga 2013. Malah jumlah penganggur yang paling ramai adalah mereka yang mengambil kursus Sains Sosial dan Undang-undang iaitu seramai 25,500 orang. Pada tahun 2015, laporan daripada Kementerian Pengajian Tinggi dan anggaran Bank Negara Malaysia menunjukkan pelajar yang mengambil Ijazah Pertama lebih ramai menganggur dan sebanyak 26.7 peratus adalah mereka yang mengikuti bidang pengajian sastera dan sains sosial (Dian Hikmah dan Mohd Zaidi, 2016). Oleh itu, pelajar-pelajar di universiti perlu diberi pengetahuan mengikut piawaian-piawaian pendidikan yang bersesuaian dengan kemahiran yang bakal mereka gunakan dalam perkhidmatan kelak. Hal ini mampu melahirkan pelajar yang berkemahiran serta mengurangkan jumlah pengangguran pelajar.
Skop Kajian
Dalam konteks kajian ini, piawaian pendidikan kerja sosial dalam kalangan pelajar akan dinilai berdasarkan 10 piawaian pendidikan kerja sosial oleh CSWE (2008). Mengikut Ezarina (2006) dan Educational Policies and Accreditation Standards, CSWE (2008) telah menetapkan 10 piawaian pendidikan kerja sosial dalam kurikulum di peringkat universiti. Pertama, kerja sosial sebagai profesional. Kajian ini menilai kemampuan pelajar untuk memahami peranan dan tanggungjawab pekerja sosial sebagai profesional. Piawaian pendidikan ini juga penting untuk mendedahkan pelajar dengan perkhidmatan-perkhidmatan kerja sosial (Ezarina, 2006). Kajian Michelle (2013) melibatkan pelajar lepasan sarjana yang telah menjadi pekerja sosial menunjukkan program kerja sosial sangat membantu untuk meningkatkan pengetahuan pelajar tentang profesion tersebut. Kajian yang menggunakan kaedah kualitatif telah dilakukan ke atas pekerja sosial menunjukkan mereka mudah untuk menjalankan proses pertolongan ke atas klien setelah mengikuti program kerja sosial. Oleh itu, pengetahuan terhadap kerja sosial sebagai professional adalah penting bagi meningkatkan kecenderungan pelajar untuk terlibat dalam profesion kerja sosial.
Kedua, nilai dan etika, pelajar haruslah didedahkan dengan nilai dan etika profesional kerja sosial secara spesifik. Terdapat segelintir nilai dan etika kerja sosial bertentangan dengan nilai kendiri yang membuatkan pelajar mengalami dilema dalam menyampaikan perkhidmatan. Pelajar tersebut akan berasa nilai kendiri mereka bertentangan dengan nilai kerja sosial apabila melibatkan agama dan bangsa. Dudley dan Helgott (1990), Walls (2007) dan Collins (2014) telah menjalankan kajian menggunakan kaedah kuantitatif terhadap pekerja sosial untuk
mengetahui konflik yang dihadapi dalam memenuhi nilai kerja sosial seperti ditetapkan oleh National Association of Social Work (NASW). Kajian tersebut menunjukkan bahawa kebanyakan pekerja sosial mampu mengurus konflik yang berkaitan dengan nilai yang dihadapi mereka. Oleh itu, penerimaan pelajar terhadap nilai dan etika kerja sosial harus diterapkan seawal pengajian. Hal ini selaras dengan pandangan Tyler (1949) dalam teori kurikulum yang menyatakan pendidikan yang disediakan harus memberi pengalaman sebenar kepada pelajar. Selalunya, ilmu yang diperoleh pelajar merupakan sesuatu yang baru dan tidak pernah dialami oleh pelajar.
Ketiga, kepelbagaian, pelajar harus memahami dan menghargai kepelbagaian manusia. Kepelbagaian termasuklah tentang budaya, agama, gender, keperluan dan pengalaman setiap individu. Kajian Michelle (2013) terhadap pekerja sosial secara temu bual mendapati cabaran paling utama yang dihadapi pelajar adalah berhadapan dengan situasi pertentangan budaya dan norma daripada kepelbagaian klien. Cabaran ini yang menentukan sama ada pelajar mahu memilih kerja sosial sebagai profesion atau sebaliknya. Keempat, meningkatkan keadilan, pelajar haruslah mahir untuk menentukan intervensi yang sesuai untuk setiap klien. Pendedahan terhadap teori dan konsep kerja sosial akan membantu pelajar melakukan penelitian terhadap permasalahan klien yang berbentuk diskriminasi dan penindasan.
Kelima, berfikiran secara kritis untuk menyelesaikan masalah klien (CSWE, 2008). Piawaian pendidikan ini memberi kefahaman kepada pelajar tentang mengaplikasikan teori dan intervensi yang bersesuaian yang harus dinilai secara kritis. Dalam konteks ini biasanya pelajar diberi pengetahuan menganalisis masalah klien dengan melibatkan sistem sosial klien. Pelajar perlu lebih kritis dalam mengenal pasti masalah dan intervensi yang bersesuaian dengan masalah klien. Bagi Ezarina (2006) yang merujuk kepada CSWE (1992) piawaian kelima merupakan populasi berisiko. Pelajar perlu mengenal pasti populasi berisiko dalam menjalankan proses pertolongan.
Populasi berisiko termasuklah kumpulan wanita, orang tua, kanak-kanak, orang kurang upaya, pesakit dan kumpulan minoriti yang berbeza etnik, budaya, kelas dan kepercayaan agama. Pelajar perlu memenuhi piawaian pendidikan kerja sosial ini supaya pelajar dapat menerima perbezaan setiap klien yang dianggap sebagai unik dan mampu mengenal pasti masalah klien berpandukan teori dan analisis.
Keenam, tingkah laku manusia dan persekitaran, pelajar perlu diperkenalkan teori tentang ekologi manusia.
Pelajar akan mendapat pengetahuan tentang pengurusan masalah klien berdasarkan pendekatan yang menerangkan tingkah laku manusia mempunyai perkaitan dengan persekitarannya (Zakiyah, 2006). Kajian Gary, Meenaghan et al.
(2002) yang menunjukkan dengan adanya kursus pengenalan kepada tingkah laku dan persekitaran, pelajar mampu mengaplikasikan teori-teori yang berkaitan untuk menyelesaikan masalah klien yang terdiri daripada pelbagai sistem sosial. Walau bagaimanapun, kajian (2016) yang telah menjalankan temu bual ke atas pekerja sosial berpendapatan teori yang dipelajari hanya sebagai pengetahuan. Namun, setelah berada dalam praktis, pekerja sosial perlu lebih bijak mengenal pasti tingkah laku klien berdasarkan pengamatan mereka sendiri. Pekerja sosial hanya mampu mengenali klien setelah berada dalam praktis sebenar.
Ketujuh, dasar dan perkhidmatan kebajikan sosial, pengetahuan tentang dasar dan kebajikan sosial perlu didedahkan kepada pelajar. Pelajar harus tahu mengenal pasti dasar dan kebajikan sosial yang bersesuaian dengan klien. Oleh itu, pelajar perlu diberi pengetahuan tentang dasar sosial dan perkhidmatan kebajikan sosial agar mampu membantu klien mencapai kefungsiannya. Kelapan, praktis, pelajar akan dilatih untuk mengendalikan masalah klien mengikut praktis di peringkat mikro, messo dan makro. Pelajar akan didedahkan dengan proses pertolongan melibatkan individu, jiran, keluarga dan masyarakat. Pendedahan pelajar terhadap praktis kerja sosial ini akan membantu pelajar agar mampu menganalisis tindakan dan intervensi yang sesuai untuk peringkat mikro, messo dan makro.
Kesembilan, penyelidikan, pelajar akan dilatih melakukan penyelidikan di akhir pengajian. Penyelidikan adalah ilmu utama yang harus dilaksanakan oleh pelajar untuk melatih pelajar menjadi penyelidik. Penyelidik merupakan salah satu peranan utama pekerja sosial semasa praktis. Pada peringkat pengajian, pelajar diperkenalkan dengan beberapa prosedur penyelidikan. Terdapat beberapa prosedur penyelidikan mengikut piawaian yang spesifik seperti kaedah penyelidikan kerja sosial, kaedah penyelidikan dalam sains sosial dan kaedah penyelidikan pendidikan.
Kesepuluh, praktikum, latihan praktikum memberi peluang kepada pelajar untuk mendapat pengalaman sebenar praktis. Pelajar juga terdedah dengan agensi yang berkaitan dengan kerja sosial. Malah pelajar boleh memilih ‘setting’
yang sesuai dengan minat untuk mengendalikan masalah klien. Latihan praktikum ini juga mampu meningkatkan
komunikasi serta pengetahuan mendalam untuk berhadapan dengan klien. Walau bagaimanapun CSWE (2008) tidak menyenaraikan latihan industri sebagai piawaian kesepuluh. CSWE (2008) menyenaraikan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kerja sosial dalam praktis. Menerusi piawaian ini pelajar didedahkan dengan kaedah kerja sosial serta menyelesaikan isu-isu di pelbagai peringkat. Piawaian ini juga mampu memberi pengetahuan kepada pelajar tentang praktik-praktik kerja sosial yang membolehkan pelajar menjalani latihan industri. Hal ini selaras dengan pendapat Sheafor dan Horejsi (2012) yang menyatakan tugas pekerja sosial tidak hanya melibatkan klien, sebaliknya turut melibatkan profesion kerja sosial.
Metodologi Kajian
Falsafah kajian Positivism memegang bahawa penggunaan kaedah saintifik dibenarkan dalam uji kaji dan pengukuran apa boleh dipatuhi, dengan matlamat untuk meneroka hubungan berterusan antara pemboleh ubah (Crotty, 1998). Dari segi pendekatan kajian, kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan deskriptif. Kaedah kajian deskriptif berguna bagi menggambarkan atau menyatakan ciri-ciri seperti pendapat, pengetahuan dan sikap populasi yang dikaji terhadap sesuatu perkara (Fraenkel dan Wallen, 1996).
Lokasi Kajian
Kajian ini hanya melibatkan enam buah universiti awam sebagai lokasi kajian. Antaranya USM, UUM, UM, UKM, UMS dan UnisZa. Program kerja sosial yang ditawarkan oleh universiti awam tersebut adalah di bawah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, USM, Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial, UUM, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM, Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, UM, Fakulti Sains Sosial Gunaan, UnisZA dan Fakulti Psikologi dan Pendidikan, UMS. Pemilihan lokasi kajian ini adalah berdasarkan ciri-ciri responden yang sesuai untuk pengkajian ini. Ciri-ciri responden adalah pelajar tahun akhir program kerja sosial dan pelajar yang telah atau sedang menjalani latihan industri di agensi tertentu.
Prosedur Pensampelan
Populasi kajian ini merupakan pelajar yang mengikuti program kerja sosial di universiti awam yang telah dipilih.
Terdapat seramai 1,238 orang pelajar yang mengikuti program kerja sosial di universiti awam bagi sesi 2017/2018.
Bagi tujuan kajian ini, populasi kajian hanya melibatkan pelajar yang berada pada tahun akhir pengajian yang telah atau sedang menjalani latihan industri di agensi tertentu. Secara keseluruhannya, seramai 340 orang pelajar yang berada pada tahun akhir pengajian program kerja sosial terlibat dalam pengajian ini. Walau bagaimanapun, hanya seramai 279 orang pelajar program kerja sosial yang bersetuju untuk terlibat dalam kajian ini. Pelajar yang tidak turut serta untuk mengisi borang soal selidik adalah dianggap tidak bersetuju untuk terlibat dalam kajian ini. Adalah relevan pemilihan pelajar tersebut sebagai sampel kajian kerana pelajar tahun akhir adalah pelajar yang telah mengikuti sebilangan besar kursus yang ditawarkan dalam program kerja sosial. Pelajar tersebut juga mempunyai pengalaman praktikum dan memahami piawaian pendidikan kerja sosial yang telah dipelajari sepanjang pengajian (Ezarina, 2006). Teknik persampelan yang digunakan untuk kajian ini adalah persampelan rawak berlapis.
Persampelan rawak berlapis adalah sesuai untuk pengkajian ini kerana ia hanya melibatkan pelajar tahun akhir program kerja sosial daripada keseluruhan jumlah pelajar yang mengikuti program tersebut. Hal ini selaras dengan penyataan Chua (2006) iaitu persampelan rawak berlapis adalah melibatkan sub-sampel daripada sub-populasi kajian.
Teknik Pengumpulan Data
Teknik utama yang digunakan untuk pengumpulan data primer adalah borang soal selidik. Satu set borang soal selidik telah dibina dan diedarkan kepada responden kajian oleh penyelidik bagi tujuan pengumpulan data.
Instrumen kajian adalah alat yang digunakan untuk tujuan pengumpulan data dan ia dibina berdasarkan bahan- bahan kajian tentang piawaian pendidikan kerja sosial (Boyatzis, 1982; Gary, Meenaghan, et al., 2002; Larry, 2003;
Zakaria, 2006; Walls, 2007; Michelle, 2013; Audrey, 2014; Collins, 2014; Jessica, 2014; Wang, Guo, Findley et al., 2015;
Michelle, 2016). Pengkaji telah menggunakan sepuluh piawaian pendidikan yang digariskan oleh CSWE (2008). Bagi tujuan artikel ini hanya sebahagian data sahaja yang dibincangkan. Bahagian B borang soal selidik ini mempunyai maklumat tentang sepuluh piawaian pendidikan kerja sosial iaitu kerja sosial sebagai profesional, nilai dan etika kerja sosial, kepelbagaian klien, keadilan sosial dan ekonomi, berfikiran secara kritis dan memahami populasi berisiko,
tingkah laku manusia dan persekitaran, dasar dan kebajikan sosial, praktis kerja sosial, penyelidikan dan latihan industri. Bagi menjawab objektif kajian iaitu untuk menentukan sama ada piawaian pendidikan kerja sosial yang disenaraikan telah dipelajari oleh pelajar atau sebaliknya, pilihan jawapan yang disediakan adalah ‘Ya’ atau ‘Tidak’.
Penganalisaan Data
Maklumat yang dikumpul melalui borang soal selidik telah dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) Versi 20. Bagi mengukur kebolehpercayaan borang soal selidik kajian, ujian Cronbach Alpha telah digunakan menerusi program SPSS. Secara keseluruhannya nilai Cronbach Alpha adalah diterima mengikut pandangan Fraenkel dan Wallen (1996) (.984). Analisis deskriptif digunakan bagi melaporkan penemuan kajian mengenai bentuk-bentuk piawaian pendidikan kerja sosial yang diterapkan kepada pelajar program kerja sosial.
Analisis kajian menggunakan nilai frekuensi dan peratusan.
Penemuan Kajian
Perbincangan dalam artikel ini mengikut sepuluh piawaian pendidikan kerja sosial yang digariskan oleh CSWE iaitu:
i. Kerja Sosial sebagai Bidang Profesional
Persatuan Pekerja Sosial Kebangsaan, Majlis Pendidikan Kerja Sosial dan Sekolah Kerja Sosial mengiktiraf program sarjana muda dalam kerja sosial dan pelajar yang menyelesaikan program ini dengan memuaskan diiktiraf sebagai pekerja sosial profesional tahap pertama (Rusimah, Ahmad Syukri dan Jusmawati, 2014). Ezarina (2006) menyatakan bagi memenuhi piawaian pendidikan kerja sosial ini, pelajar perlu memahami dan diperkenalkan dengan peranan dan tanggungjawab pekerja sosial. Pemahaman dan pengetahuan pelajar tentang kerja sosial sebagai bidang profesional akan melahirkan pelajar yang kompeten dalam bidang tugas kerja sosial. Pelajar mengikuti kursus
‘Pengantar Kerja Sosial’ untuk memahami piawaian kerja sosial sebagai bidang profesional di universiti.
Penemuan kajian menunjukkan sebilangan besar (99.3%) pelajar menyatakan telah mempelajari bentuk piawaian kerja sosial sebagai bidang profesional di universiti awam (Jadual 1.1). Hanya segelintir (0.7%) pelajar menyatakan tidak mempelajari piawaian tersebut. Kajian Michelle (2013) yang melibatkan pelajar lepasan sarjana menunjukkan program kerja sosial sangat membantu untuk meningkatkan pengetahuan pelajar tentang profesion tersebut. Mereka menyatakan mudah untuk menjalankan proses pertolongan ke atas klien setelah berada dalam praktis sebenar. Kajian Gary, Meenaghan et al. (2002) juga menunjukkan peningkatan pengetahuan tentang profesion kerja sosial setelah mengikuti program kerja sosial di universiti. Penguasaan yang tinggi terhadap profesion kerja sosial mempengaruhi pelajar dari segi kekompetenan mereka semasa dalam praktis sebenar. Sebelum berada dalam praktis sebenar, pelajar perlu memahami beberapa peranan pekerja sosial iaitu pemampu, pelindung, penghubung, memperkasa, sukarelawan, pengantara, perunding, pendidik, pemula, penyelaras, penyelidik, pemudah cara dan pembicara awam. Pengetahuan pelajar tentang peranan-peranan ini menjadikan pelajar kerja sosial sebagai seorang profesional.
Jadual 1. Kerja Sosial Sebagai Profesional
Bentuk Piawaian Pendidikan DIPELAJARI
YA TIDAK JUMLAH
Kerja sosial sebagai bidanng profesional 277 2 279
99.3 0.7 100
ii. Nilai dan Etika Kerja sosial
Nilai dan etika kerja sosial merupakan bentuk piawaian pendidikan kerja sosial yang digariskan oleh CSWE (2008).
Nilai dan etika kerja sosial merupakan ilmu yang penting untuk dipelajari oleh pelajar yang mengambil kursus kerja sosial. NASW mendefinisikan nilai kerja sosial sebagai satu prinsip umum yang menyediakan ukuran atau piawaian untuk masyarakat membuat penilaian tentang sesuatu matlamat (Ezarina, 2006). Manakala etika kerja sosial adalah
garis panduan dalam profesion yang perlu dipatuhi oleh pengamal. Pihak universiti yang menawarkan kursus kerja sosial adalah diwajibkan untuk menyediakan subjek yang memfokuskan tentang nilai dan etika kerja sosial. Menurut Ezarina (2006), kegagalan pelajar menguasai nilai dan etika kerja sosial akan menyebabkan kesukaran mereka untuk berhadapan dengan klien. Perbincangan bahagian ini akan mengikut enam nilai dan etika kerja sosial yang wajib dipelajari oleh pelajar yang mengikuti program kerja sosial (Zastrow, 2009). Pelajar perlu mengikuti kursus ‘Falsafah, Nilai dan Etika Kerja Sosial’ untuk memahami piawaian pendidikan nilai dan etika kerja sosial di universiti.
Terdapat enam nilai etika kerja sosial yang wajib dipelajari oleh pelajar dalam program kerja sosial seperti yang ditetapkan oleh NASW (1996). Antaranya, nilai memberi komitmen kepada klien. Penemuan kajian menunjukkan sebilangan besar (98.9%) pelajar telah mempelajari nilai memberi komitmen di universiti (Jadual 1.2). Hanya segelintir (1.1%) pelajar menyatakan tidak mempelajari nilai tersebut. Seterusnya nilai kerahsiaan, penemuan kajian menunjukkan sebilangan besar (99.3%) pelajar telah mempelajari nilai kerahsiaan. Hanya segelintir (0.7%) pelajar menyatakan tidak mempelajari nilai tersebut. Penemuan kajian ini juga menunjukkan sebilangan besar (97.5%) pelajar telah mempelajari nilai komitmen kepada perubahan sosial. Hanya segelintir (2.5%) pelajar menyatakan tidak mempelajari nilai tersebut. Seterusnya, penemuan kajian menunjukkan sebilangan besar (98.2%) pelajar telah mempelajari nilai pengurusan konflik nilai kendiri. Hanya segelintir (1.8%) pelajar menyatakan tidak mempelajari nilai tersebut. Micah (2012) dan Zastrow (2009) menyenaraikan enam konflik nilai kendiri yang sering dihadapi oleh pekerja sosial semasa praktis iaitu hubungan profesional, perkhidmatan tidak cekap, salah laku seksual, pemberian hadiah, kewajipan memberi amaran dan kerahsiaan. Penemuan kajian ini juga menunjukkan sebilangan besar (99.6%) pelajar telah mempelajari nilai memberi hak kepada klien. Hanya segelintir (0.4%) pelajar menyatakan tidak mempelajari nilai tersebut. Nilai ini penting untuk diterapkan dalam diri pekerja sosial agar mampu menyampaikan perkhidmatannya tanpa mengambil kira aspek perbezaan budaya dan keagamaan. Penemuan kajian menunjukkan semua (100%) pelajar telah mempelajari nilai menghormati perbezaan agama dan budaya.
Pelajar perlu memahami nilai dan etika kerja sosial agar mereka memahami dan bersedia untuk berhadapan dengan pelbagai klien seperti kumpulan terpinggir, pesakit kronik, penagih dadah, pekerja seks, juvana atau penjenayah. Ezarina (2006) menyatakan pekerja sosial seharusnya menunjukan komitmen kepada klien walau siapa pun klien mereka. Malah, nilai dan etika boleh menjadi panduan beretika kepada klien semasa dalam praktis. Kajian Melendres (2016) menunjukkan sebagai pekerja sosial, mereka tidak boleh memaksa klien untuk menerima intervensi yang ditetapkan oleh pengamal. Oleh itu, pengetahuan pelajar terhadap nilai dan etika kerja sosial adalah penting agar pelajar mampu menjalankan kerja dengan kompeten dalam praktis sebenar tanpa menghadapi konflik nilai, mampu bekerja sama dengan pelbagai klien serta tidak memilih klien berdasarkan kriteria tertentu.
Jadual 2. Nilai dan Etika Kerja Sosial Bentuk Piawaian Pendidikan : Nilai Kerja
Sosial
DIPELAJARI
YA TIDAK JUMLAH
Memberi komitmen kepada klien 276 3 279
98.9 1.1 100
Kerahsiaan 277 2 279
99.3 0.7 100
Komitmen kepada perubahan sosial 272 7 279
97.5 2.5 100
Pengurusan konflik nilai kendiri 274 5 279
98.2 1.8 100
Memberi hak kepada klien 278 1 279
99.6 0.4 100
Menghormati perbezaan agama dan budaya 279 0 279
100 0.0 100
iii. Memahami Kepelbagaian Klien
Memahami kepelbagaian klien merupakan piawaian pendidikan kerja sosial yang ditetapkan oleh CSWE (2008).
Ezarina (2006) menyatakan pendidikan kerja sosial perlu komited untuk membolehkan pelajar memahami dan menghargai kepelbagaian manusia. Kurikulum pendidikan kerja sosial perlu menjadikan pelajar berpengetahuan
tentang peringkat-peringkat intervensi yang berbeza agar pelajar mempunyai pengalaman yang berbeza. Antara aspek-aspek yang perlu ditekankan ke atas pelajar adalah persempadanan antara klien berdasarkan etnik, budaya, gender, orientasi seksual, agama, keupayaan fizikal dan mental, umur serta latar belakang klien. Perbincangan akan mengikut sembilan aspek berikut. Pelajar mengikuti kursus ‘Kemahiran Asas Kerja Sosial’ untuk memahami piawaian pendidikan kepelbagaian klien. Walau bagaimanapun, pelajar boleh mengikuti kursus elektif yang mengkhususkan pengetahuan tentang kepelbagaian klien seperti ‘Hubungan Etnik dan Rasisme’, ‘Agama dan Hubungan Sosial’ dan
‘Seksualiti Manusia dan Intervensi Kerja Sosial’.
Penemuan kajian menunjukkan sebilangan besar (98.9%) pelajar menyatakan telah mempelajari kepelbagaian etnik di universiti (Jadual 1.3). Hanya segelintir (1.1%) pelajar yang menyatakan tidak mempelajari tentang kepelbagaian etnik. Seterusnya, sebilangan besar (98.9%) pelajar telah mempelajari kepelbagaian budaya di universiti.
Hanya segelintir (1.1%) pelajar menyatakan tidak mempelajari tentang budaya. Penemuan kajian ini juga menunjukkan sebilangan besar pelajar menyatakan telah mempelajari kepelbagaian gender (98.6%) dan orientasi seksual (96.1%) di universiti. Seterusnya, penemuan kajian menunjukkan sebilangan besar (98.2%) pelajar telah mempelajari kepelbagaian agama di universiti, sebanyak 98.2% pelajar telah mempelajari kepelbagaian keupayaan fizikal dan mental (97.8%) di universiti. Seterusnya, penemuan kajian menunjukkan semua (100%) pelajar menyatakan telah mempelajari kepelbagaian umur dan kepelbagaian latar belakang klien di universiti.
Kajian Michelle (2013) menyatakan pekerja sosial harus mempunyai pengetahuan tentang kepelbagaian klien kerana telah diberi pendedahan sejak mengikuti program Sarjana Muda di universiti. Pengetahuan mereka tentang kepelbagaian klien menyebabkan mereka lebih bersedia dan yakin untuk mengendalikan kes melibatkan klien yang berbeza. Kajian Maria dan Isabel (2013) menunjukkan pelajar yang mengikuti program kerja sosial tidak mempunyai masalah untuk berhadapan dengan klien dari kumpulan etnik, budaya, gender, orientasi seksual, agama, keupayaan fizikal dan mental, umur serta latar belakang yang berbeza dalam praktis sebenar. Geiger (1978) menyatakan kurikulum kerja sosial telah menyediakan kursus yang mengikut kumpulan umur iaitu kanak-kanak, remaja dan warga tua selaras dengan piawaian pendidikan kerja sosial oleh CSWE (2008). Manakala kajian Melendres (2016), Marilyn (2013) dan Miriam (2001) menunjukkan pelajar telah mempelajari tentang konsep dan keperluan kepelbagaian keupayaan fizikal dan mental semasa dalam pengajian. Pengetahuan pelajar tentang kepelbagaian klien ini akan menjadikan mereka kompeten dalam praktis sebenar untuk berhadapan dengan pelbagai klien. Malah penyediaan pengetahuan tentang strategi intervensi mengikuti kepelbagaian klien menyebabkan pelajar mengetahui setiap perbezaan kemahiran untuk mengendalikan kepelbagaian klien.
Jadual 3. Memahami Kepelbagaian Klien Bentuk Piawaian Pendidikan : Memahami
Kepelbagaian Klien
DIPELAJARI
YA TIDAK JUMLAH
Etnik 276 3 279
98.9 1.1 100
Budaya 276 3 279
98.9 1.1 100
Gender 275 4 279
98.6 1.4 100
Orientasi seksual 268 11 279
96.1 3.9 100
Agama 274 5 279
98.2 1.8 100
Keupayaan fizikal 274 5 279
98.2 1.8 100
Keupayaan mental 273 6 279
97.8 2.2 100
Umur 279 0 279
100 0.0 100
Latar belakang 279 0 279
100 0.0 100
iv. Meningkatkan Keadilan Sosial dan Keadilan Ekonomi Klien
Keadilan sosial ialah kesamarataan perihal kemasyarakatan yang melibatkan semua individu dari segi hak dan tanggungjawab dalam ruang lingkup yang betul dan sesuai dalam semua lapangan kemasyarakatan (Mohamad Zarifi dan Taqwa, 2004). Manakala keadilan ekonomi bermaksud menentang diskriminasi, penindasan dan perampasan ekonomi (Rusimah, Ahmad Syukri dan Jusmawati, 2014). Ezarina (2006) menyatakan program kerja sosial yang disediakan oleh pihak universiti perlu mampu menjadikan pelajar berkemahiran untuk memilih dan menjalankan intervensi yang boleh membawa kepada perubahan sosial untuk klien. Pelajar perlu memahami dan mendalami teori konflik dan konsep keadilan sosial untuk menjadi panduan dalam mengurus konflik akibat daripada penindasan dan diskriminasi. Pelajar mengikuti kursus ‘Pengantar Kerja Sosial’ untuk memahami piawaian pendidikan meningkatkan keadilan sosial dan keadilan ekonomi.
Penemuan kajian menunjukkan sebilangan besar pelajar telah mempelajari tentang meningkatkan keadilan sosial klien (99.3%) dan meningkatkan keadilan ekonomi klien (97.1%) di universiti (Jadual 1.4). Pelajar yang mengikuti program kerja sosial perlu mempunyai pengetahuan untuk meningkatkan keadilan sosial klien.
Pengetahuan tentang keadilan sosial memerlukan pelajar memahami konsep kebajikan sosial dan agensi sosial yang bertanggungjawab untuk memenuhi keperluan klien. Kebajikan sosial dan agensi sosial adalah dua institusi yang boleh membawa kepada perubahan sosial untuk klien. Ezarina (2006) menyatakan klien yang mengalami ketidakupayaan akibat penindasan dan diskriminasi pihak tertentu memerlukan peranan pekerja sosial untuk menghubungkan klien dengan kebajikan sosial dan agensi sosial sehingga klien berkefungsian sosial. Manakala meningkatkan keadilan ekonomi adalah salah satu aspek untuk memenuhi piawaian pendidikan. Zastrow (2009) menyatakan keadilan ekonomi adalah individu dalam masyarakat yang layak mendapatkan peluang, pendapatan dan kekayaan yang sama rata. Bagi meningkatkan keadilan ekonomi, pelajar perlu memahami aspek-aspek dasar sesebuah negara, pemerintah, tindakan sukarelawan ke atas golongan tertindas dan organisasi-organisasi yang berkaitan dengan meningkatkan keadilan ekonomi klien.
Jadual 4. Meningkatkan Keadilan Sosial dan Keadilan Ekonomi Bentuk Piawaian Pendidikan DIPELAJARI
YA TIDAK JUMLAH
Keadilan sosial 277 2 279
99.3 0.7 100
Keadilan ekonomi 271 8 279
97.1 2.9 100
v. Berfikiran secara Kritis dalam Menyelesaikan Masalah Klien
Berfikiran secara kritis untuk menyelesaikan masalah klien merupakan salah satu piawaian pendidikan kerja sosial yang digariskan oleh CSWE (2008). Piawaian pendidikan ini baru diperkenalkan kepada pelajar bermula tahun 2008 (Wang, Guo, Findley et al., 2015). Sebelum ini, CSWE (1992) telah menyenaraikan memahami populasi berisiko sebagai piawaian pendidikan kerja sosial. Kedua-dua piawaian ini tidak mempunyai ciri-ciri yang jauh berbeza.
CSWE (2008) menggariskan program kerja sosial perlu mengandungi pengetahuan tentang kebolehan pelajar berfikiran secara kritis untuk menyelesaikan masalah klien mengikut populasi berisiko. Menurut Ezarina (2006) pelajar harus berfikiran secara kritis untuk menyelesaikan masalah klien dengan mengikut populasi berisiko yang dikenal pasti. Antara populasi berisiko yang disenaraikan oleh CSWE adalah warga emas, kanak-kanak, wanita, pesakit mental, orang kelainan upaya dan kumpulan minoriti (Zastrow, 2009; Rusimah, Ahmad Syukri dan Jusmawati, 2014). Pelajar mengikuti kursus ‘Seminar Kerja Sosial’ untuk memahami piawaian pendidikan berfikiran secara kritis. Selain itu, pelajar boleh mengikuti kursus elektif seperti ‘Kerja Sosial dengan Kanak-Kanak, Remaja dan Keluarga’, ‘Praktis Kerja Sosial dengan Warga Tua’, dan ‘Psikologi Tak Normal’ untuk memahami populasi berisiko secara khusus.
Jadual 5. Berfikiran secara kritis
Bentuk Piawaian Pendidikan DIPELAJARI
YA TIDAK JUMLAH
Berfikiran secara kritis untuk menyelesaikan masalah klien
277 1 279
99.3 0.4 100
Penemuan kajian menunjukkan sebilangan besar (99.3%) pelajar telah mempelajari piawaian berfikiran secara kritis (Jadual 1.5.1). Hanya segelintir (0.4%) pelajar menyatakan tidak mempelajari tentang piawaian tersebut. Kajian ini menunjukkan pelajar telah mempelajari tentang berfikiran secara kritis untuk menyelesaikan masalah klien bagi memenuhi piawaian pendidikan kerja sosial di universiti. Marlina dan Shaharom (2007) mendefinisikan kemahiran berfikiran secara kritis sebagai kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah. Bagi melahirkan pelajar yang berfikiran secara kritis untuk menyelesaikan masalah klien, pengetahuan tentang teori tingkah laku, model ekologi dan kaedah kerja sosial perlu ditekankan. Kajian Gary, Meenaghan et al. (2002) dan Collins (2014) menunjukkan pelajar telah diberi pengetahuan tentang teori tingkah laku, model ekologi dan kaedah kerja sosial supaya pelajar lebih bersikap kritis untuk mengenal pasti masalah utama klien.
Jadual 6. Memahami populasi berisiko Bentuk Piawaian Pendidikan : Memahami
Populasi Berisiko
DIPELAJARI
YA TIDAK JUMLAH
Warga tua 278 1 279
99.6 0.4 100
Kanak-kanak 279 0 279
100 0.0 100
Wanita 276 3 279
98.9 1.1 100
Pesakit Mental 276 3 279
98.9 1.1 100
Orang Kelainan Upaya (OKU) 278 1 279
99.6 0.4 100
Kumpulan Minoriti 271 8 279
97.1 2.9 100
Populasi berisiko adalah kumpulan yang berpotensi untuk berhadapan dengan bahaya dalam persekitarannya (Zastrow, 2009). Enam populasi berisiko yang dikenal pasti dalam kajian ini adalah warga tua, kanak-kanak, wanita, pesakit mental, orang kelainan upaya dan kumpulan minoriti (Sheafor dan Horejsi, 2012). Menurut Ezarina (2006) program kerja sosial perlu membincangkan secara teori dan praktis tentang dinamik, corak dan peristiwa mereka yang didiskriminasikan sering alami dalam populasi berisiko yang dikenal pasti. Penemuan kajian menunjukkan sebilangan besar pelajar telah mempelajari tentang warga tua (99.6%), kanak-kanak (100%), wanita (98.9%), pesakit mental (98.9%), orang kelainan upaya (99.6%) dan kumpulan minoriti (97.1%) (Jadual 1.5.2). Pemahaman pelajar tentang populasi berisiko ini akan menjadikan mereka lebih kompeten untuk berhadapan dengan klien dalam praktis sebenar. Kajian Melendres (2016) dan Gary, Meenaghan et al. (2002) menunjukkan pelajar telah mempelajari tentang populasi berisiko semasa mengikuti program kerja sosial di peringkat Sarjana Muda. Kebanyakan pelajar mampu menerima dan memberi perkhidmatan kepada golongan minoriti ini setelah mengikuti program kerja sosial di universiti.
vi. Tingkah Laku Manusia dan Persekitaran
Tingkah laku manusia dan persekitaran sosial merupakan salah satu piawaian pendidikan kerja sosial yang digariskan oleh CSWE (Rusimah, Ahmad Syukri dan Jusmawati, 2014). Lewis (2001) mendefinisikan tingkah laku
sebagai perbuatan yang dilakukan secara terus atau tidak dan dalam keadaan sedar mahupun separa sedar. Manakala persekitaran sosial adalah aktor-aktor yang mempengaruhi individu seperti keluarga, rakan sebaya, media massa dan komuniti (Zakaria, Ahmad Munawar dan Noranizah, 2012). Program kerja sosial perlu menyediakan pelajar dengan pengetahuan tentang sistem sosial, teori bio-psiko-sosial dan ekologi manusia untuk memahami dengan lebih mendalam tentang tingkah laku manusia dan persekitaran. Teori yang dipelajari perlu meliputi aspek biologi, sosiologi, budaya, psikologi dan pembangunan rohani (Mehr, Karla dan Michael, 1995). Pelajar mengikuti kursus
‘Tingkah Laku Manusia dan Persekitaran Sosial’ untuk memahami piawaian pendidikan tingkah laku manusia dan persekitaran di universiti. Kursus ini akan membantu pelajar untuk meninjau pembangunan dan perlakuan manusia dalam perspektif yang komprehensif dan mengambil kira sosiobudaya dan ekologi tempatan. Kursus ini juga akan mengaitkan kepentingan ilmu ini dengan perlaksanaan praktis kerja sosial untuk melahirkan pekerja sosial yang kompeten.
Penemuan kajian menunjukkan semua (100%) pelajar telah mempelajari tingkah laku manusia dan persekitaran di universiti (Jadual 1.6). Kajian Michelle G.B (2013) dan Melendres (2016) menunjukkan pekerja sosial mempunyai pengetahuan tentang tingkah laku manusia dan persekitaran sosial semasa mengikuti program kerja sosial di peringkat Sarjana Muda. Penyediaan kursus ini menjadikan pekerja sosial lebih kompeten dalam mengenal pasti tingkah laku dan persekitaran klien semasa mengendalikan kes. Ezarina (2006) menyatakan pengetahuan tentang model ekologi, pendekatan bio-psiko-sosial dan teori-teori yang melibatkan pemahaman tentang tingkah laku manusia membolehkan pelajar lebih kritis untuk mengenal pasti emosi, pertuturan dan pergerakan klien semasa proses pembinaan rapo. Selain itu, pelajar juga perlu melibatkan keluarga, rakan sebaya dan komuniti sekitar klien untuk mengenal pasti aspek persekitaran sosial klien yang mempengaruhinya. Kajian Gary, Meenaghan et al. (2002) dan Wang, Guo dan Findley (2015) menunjukkan pelajar telah mengikuti piawaian pendidikan yang digariskan oleh CSWE untuk melahirkan pelajar yang kompeten dalam praktis kerja sosial sebenar.
Jadual 6. Tingkah laku manusia dan persekitaran Bentuk Piawaian Pendidikan DIPELAJARI
YA TIDAK JUMLAH
Tingkah laku manusia dan persekitaran 279 0 279
100 0.0 100
vii. Dasar dan Kebajikan Sosial
Dasar dan kebajikan sosial merupakan salah satu piawaian pendidikan kerja sosial yang digariskan oleh CSWE (2008).
Menurut Ezarina (2006) pelajar perlu dilatih dengan kemahiran untuk menganalisis dasar perkhidmatan kebajikan sosial sama ada dalam konteks sejarah mahupun konteks semasa. Rusimah, Ahmad Syukri dan Jusmawati (2014) menyatakan program kerja sosial perlu menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran membentuk asas kebajikan sosial, menganalisis organisasi, isu-isu peringkat tempatan, negeri, negara, dan antarabangsa dalam dasar kebajikan sosial. Selain daripada itu ia juga harus menyediakan pelajar dalam penyampaian perkhidmatan masyarakat, menganalisis dan menggunakan hasil penyelidikan dasar berkaitan penyampaian perkhidmatan masyarakat, memahami dan melaksanakan kemahiran amalan dasar yang berkaitan sistem ekonomi, politik dan organisasi. Ia harus digunakan untuk mempengaruhi, merumuskan dan menyokong dasar yang seiring dengan nilai kerja sosial dan mengenal pasti proses kewangan, organisasi, pentadbiran dan perancangan yang diperlukan untuk menyampaikan perkhidmatan masyarakat. Pelajar mengikuti kursus ‘Dasar dan Pembangunan Sosial’ untuk memenuhi piawaian pendidikan dasar dan kebajikan sosial.
Penemuan kajian menunjukkan semua pelajar telah mempelajari tentang dasar sosial (100%) dan kebajikan sosial (100%) (Jadual 1.7). Kajian Dudley dan Helfgott (1990) menunjukkan subjek dasar sosial dan kebajikan sosial merupakan kursus wajib pelajar yang mengikuti program kerja sosial di peringkat Sarjana Muda. Hal ini selaras dengan kajian Gary, Meenaghan et al. (2002) yang menunjukkan pelajar telah mempelajari kursus dasar dan kebajikan sosial di universiti. Pengetahuan tentang dasar dan kebajikan sosial membantu pelajar memahami tentang dasar sosial untuk memudahkan pekerja sosial mengenal pasti isu sosial yang berkaitan dengan dasar sosial dan perkhidmatan- perkhidmatan kebajikan sosial seperti rumah perlindungan, ahli NGO dan swasta yang menyediakan perkhidmatan kepada klien untuk memenuhi kesejahteraan. Kajian Michelle (2013) menunjukkan pekerja sosial harus mengetahui
tentang dasar sosial dan perkhidmatan-perkhidmatan kebajikan yang ditawarkan oleh kerajaan dan pihak swasta setelah mengikuti kursus kebajikan sosial di universiti. Pengetahuan ini telah memudahkan mereka untuk menyampaikan bantuan perkhidmatan yang sesuai untuk klien semasa dalam praktis sebenar.
Jadual 7. Dasar dan kebajikan sosial
Bentuk Piawaian Pendidikan DIPELAJARI
YA TIDAK JUMLAH
Dasar sosial 279 0 279
100 0.0 100
Kebajikan Sosial 279 0 279
100 0.0 100
viii. Praktis Kerja Sosial
Praktis kerja sosial merupakan piawaian pendidikan kerja sosial yang perlu difahami oleh pelajar sebelum berada dalam praktis sebenar (CSWE, 2008). Ezarina (2006) menyatakan program kerja sosial adalah wajib menyediakan pengetahuan tentang praktis kerja sosial di peringkat Sarjana Muda. Pelajar diberikan pengetahuan tentang tiga praktis utama dalam kerja sosial iaitu mikro (individu dan keluarga), messo (kumpulan) dan makro (komuniti).
Zastrow (2009) dan Sheafor dan Horejsi (2012) menyatakan pekerja sosial perlu memahami tiga praktis utama dalam kerja sosial untuk mengendalikan kes klien. Pengetahuan tentang praktis kerja sosial dapat membantu pelajar untuk menyampaikan intervensi dalam praktis sebenar. Pelajar akan mengikuti tiga kursus wajib yang disediakan oleh universiti untuk memenuhi piawaian pendidikan praktis kerja sosial iaitu ‘Kaedah Kerja Kes dengan Individu dan Keluarga’, ‘Kaedah Kerja Kumpulan’, dan ‘Kaedah Kerja Komuniti’.
Penemuan kajian menunjukkan semua pelajar telah mempelajari tentang kerja sosial individu dan keluarga (100%), kerja sosial kumpulan (100%) dan kerja sosial komuniti (100%) (Jadual 1.8). Kajian Gary, Meenaghan et al.
(2002) dan Melendres (2016) menunjukkan pelajar yang mengikuti program kerja sosial telah didedahkan dengan praktis kerja sosial. Pelajar telah diberi pengetahuan dan kemahiran untuk mengendalikan klien mengikut praktis individu dan keluarga, kumpulan dan komuniti. Kajian Kelly et al. (2010a; 2010b), Garrett (2005), Berzin dan O’Connor (2010) menunjukkan pekerja sosial sering menggunakan intervensi kaunseling secara individu dan berkumpulan terhadap klien.
Jadual 8. Praktis kerja sosial Bentuk Piawaian Pendidikan : Praktis kerja
sosial DIPELAJARI
YA TIDAK JUMLAH
Mikro 279 0 279
100 0.0 100
Messo 279 0 279
100 0.0 100
Makro 279 0 279
100 0.0 100
ix. Penyelidikan
Menurut Ezarina (2006) kurikulum penyelidikan memberi kefahaman kepada pelajar tentang ilmu-ilmu saintifik, pendekatan analitik yang berguna dalam pembentukan asas untuk praktis dan membuat analisis tentang perkhidmatan yang digunakan oleh pekerja sosial dalam pelbagai praktis. Pengetahuan ini penting berikutan pekerja sosial mempunyai peranan untuk menjalankan penyelidikan bagi memperbaiki pelaksanaan polisi sosial yang mampu membantu meningkatkan kesejahteraan manusia (Amna et al., 2003, Dubois dan Miley, 2011). Rusimah,
Ahmad Syukri dan Jusmawati (2014) menyatakan pengetahuan tentang penyelidikan adalah merangkumi beberapa aspek iaitu memberikan perkhidmatan bermutu, untuk memulakan perubahan, untuk meningkatkan amalan, dasar dan penyampaian perkhidmatan sosial dan untuk menilai amalan mereka sendiri. Kandungan penyelidikan kualitatif dan kuantitatif memberi kefahaman kepada pelajar tentang kaedah saintifik, analitis dan pendekatan beretika bagi mendapatkan pengetahuan untuk diamalkan. Pelajar wajib mengikuti kursus ‘Penyelidikan Kerja Sosial’ untuk memenuhi piawaian pendidikan penyelidikan di universiti.
Penemuan kajian menunjukkan semua (100%) pelajar telah mempelajari tentang penyelidikan di universiti (Jadual 1.9). Kajian Faherty (1979) menunjukkan segelintir pelajar tidak berminat untuk menjalani penyelidikan berikutan kesukaran mereka untuk memahami metodologi penyelidikan di universiti. Namun begitu, masih ramai pelajar yang meminati penyelidikan. Malah kebanyakan pelajar menyambung pengajian di peringkat Sarjana kerana minat untuk menjalani penyelidikan. Kajian Michelle (2013) menyatakan pekerja sosial telah didedahkan dengan penyelidikan sejak mengikuti pengajian di peringkat Sarjana Muda. Program kerja sosial yang ditawarkan adalah mewajibkan pelajar untuk melakukan penyelidikan dengan melibatkan isu-isu sosial. Pendedahan awal tentang penyelidikan telah meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pelajar untuk menjalani penyelidikan ke atas sesuatu isu (Gary, Meenagan et al., 2002). Persediaan pelajar dengan ilmu penyelidikan kerja sosial akan memudahkan mereka menjalankan peranan sebagai penyelidik di praktis sebenar (Michelle, 2013; Zastrow, 2000).
Jadual 9. Penyelidikan
Bentuk Piawaian Pendidikan DIPELAJARI
YA TIDAK JUMLAH
Penyelidikan 279 0 279
100 0.0 100
x. Meningkatkan Pengetahuan dan Kemahiran dalam Praktis Kerja Sosial
Latihan industri merupakan komponen penting dalam pendidikan kerja sosial untuk memenuhi piawaian meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kerja sosial dalam praktis (Abdul Razak dan Ahmad Shukri, 2006 memetik Frumkin, 1980, Kissman dan Van Tran, 1990 dan Cavanos, 1996). Norul Huda, Ezarina, Fauziah et al. (2017) menyatakan latihan industri merupakan medium penting bagi pelajar mendapatkan pemahaman dan aplikasi kemahiran secara bersemuka berkaitan dengan mata pelajaran yang dipelajari. Azlinda (2017) juga ada menyatakan pelajar perlu bersedia dalam tiga aspek utama iaitu kemahiran, pengetahuan dan juga sifat diri pelajar untuk menjalani latihan industri. Zastrow (2009) dan Simpson et al. (2010) menyatakan kemahiran komunikasi adalah kemahiran utama yang perlu dikuasai oleh pelajar semasa menjalani latihan industri. Pelajar perlu mampu melakukan ekspresi secara lisan dan bukan lisan serta pengamatan terhadap intonasi suara dan bahasa tubuh (Azlinda, 2017)
Penemuan kajian menunjukkan semua (100%) pelajar telah menjalani latihan industri (Jadual 1.10). Kajian Gary, Meenaghan et al. (2002) menunjukkan pelajar telah diberi latihan interpersonal semasa dalam pengajian. Latihan ini penting untuk melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam komunikasi. Walau bagaimanapun, kemampuan pelajar untuk menyesuaikan diri juga dipengaruhi oleh faktor persekitaran iaitu klien, rakan sekerja, penyelia di agensi dan penyelia di universiti. Kajian Norul Huda, Ezarina, Fauziah et al. (2017) menunjukkan pelajar menghadapi kesukaran semasa menjalani latihan industri. Bidang kerja sosial yang kurang diketahui oleh klien menyebabkan mereka masih mempunyai keraguan untuk mendapatkan perkhidmatan pekerja sosial. Kajian tersebut menunjukkan klien bimbang untuk menerima intervensi daripada pekerja sosial. Hal ini juga telah mempengaruhi kebolehan pelajar untuk berhubung secara langsung dengan klien. Klien selalunya mahu pekerja sosial membantu mereka dari segi kewangan atau kebajikan sahaja. Berbeza di negara barat, bidang kerja sosial sudah dikenali oleh klien (Azizan, 2010; Salazar, 2010). Situasi ini tidak menjadi penghalang kepada pelajar yang menjalani latihan industri untuk dihubungkan dengan klien sebenar. Kajian Michelle (2013) menunjukkan semua pekerja sosial telah diberikan latihan untuk mengendalikan kes klien semasa menjalani latihan industri di peringkat Sarjana Muda. Selalunya pelajar akan diberikan peluang untuk berhadapan dengan klien sebenar (Vanessa dan Siebert, 2012). Hal ini dapat melatih pelajar menggunakan kemahiran komunikasi dan pengurusan kes klien. Kebolehan pelajar menggunakan pengetahuan dan
kemahiran kerja sosial semasa menjalani latihan industri menjadikan mereka lebih kompeten dalam praktis sebenar (Michelle, 2016).
Jadual 10. Latihan industri Bentuk Piawaian Pendidikan DIPELAJARI
YA TIDAK JUMLAH
Latihan Industri 279 0 279
100 0.0 100
PENUTUP
Piawaian pendidikan kerja sosial adalah satu garis panduan yang perlu dalam program kerja sosial di universiti.
Dalam konteks Malaysia, belum ada piawaian pendidikan kerja sosial yang menyelaraskan semua program kerja sosial di universiti awam. Pembentukan piawaian pendidikan kerja sosial ini penting agar pelajar yang mengikuti program kerja sosial dapat diselaraskan dari segi pengetahuan dan kemahiran agar mampu kompetensi dalam praktis kerja sosial. Michelle (2013) menyatakan perkembangan profesion kerja sosial adalah bergantung kepada pelajar yang telah mengikuti program kerja sosial di universiti. Pelajar yang mengikuti program kerja sosial yang komprehensif dan yang mematuhi piawaian pendidikan dalam bidang kerja sosial akan membentuk pekerja sosial yang berkemahiran (Walls, 2007; Lily, Joann, Kolar et al., 1997). Kegagalan program kerja sosial mengikuti piawaian pendidikan kerja sosial menyebabkan pelajar tidak kompeten untuk berkhidmat sebagai pekerja sosial. Oleh itu, piawaian pendidikan kerja sosial adalah perlu dalam program kerja sosial untuk menjadi garis panduan melahirkan pekerja sosial yang kompeten dalam praktis (Teoh dan Fuziah, 2017; Costello dan Taik, 2015; Maria dan Isabel, 2013;
Collin, 2014; Torok dan Yossi, 2011; Beck dan Kosnik, 2002).
Kajian ini diharapkan mampu menjadi garis panduan kepada pihak tertentu untuk menyediakan kursus kerja sosial yang lebih komprehensif dan melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam praktis kerja sosial. Penyediaan piawaian pendidikan kerja sosial di universiti awam akan meningkatkan profesion kerja sosial sebagai profesion yang profesional. Malah perkhidmatan kerja sosial akan mendapat perhatian oleh pihak berkepentingan dengan adanya graduan yang terlatih dan berkemahiran dalam praktis kerja sosial.
NOTA
1 Department of Social Administration and Social Justice, University of Malaya. Email: [email protected];
RUJUKAN
Abdul Razak & Ahmad Shukri. 2006. Praktikum dan Kerja Sosial: Ke Arah Piawaian Pembelajaran dan Pengajaran yang Berkualiti. Dalam Azlin Hilma, Fatimah Zailly, Rusimah dan Yusmarhaini. Isu-isu dan Pendidikan Kerja Sosial.
Sintok, Kedah: Penerbit Universiti Utara Malaysia.
Amna Md Noor. 2000. Keperluan dan Cabaran Masa Depan Praktis Kerja Sosial di Sekolah. Seminar Kebangsaan Kerja Sosial 1999. Sintok, Kedah: Universiti Utara Malaysia (pp.71-100).
Audrey, W. U. 2014. Social Workers Cultural Competency with Deaf Clients: A Continuing Education Module (Master Thesis). Western Oregon University. From: ProQuest
Dissertation and Thesis database.
Azlinda Sulaiman. 2006. Pembelajaran Refleksi: Aplikasi dalam Praktikum Kerja sosial. Dalam Abdul Razak, Noor Azizah dan Ahmad Shukri (eds). Pengurusan dan Amalan Kerja Sosial. (pp.291-304). Sintok, Kedah: Penerbit Universiti Utara Malaysia.
Azlinda Sulaiman. 2017. Persediaan Pelajar Sebagai Pelatih Kerja Sosial. Kertas dibentangkan dalam Prosiding PESAN 2017 (pp. 413-418).
Berzin, S. C. & O’Connor, S. 2010. Educating Today’s School Social Workers: Are School Social Work Courses Responding to the Changing Context? Children & Schools, 32(4): 237-249.
Boyatzis, R. 1982. The Competent Manager. New York: John Wiley & Sons. Inc.
Beck, C. & Kosnik, C. 2002. Components of a good practicum placement: Student Teacher Perception. Journal of Teacher Education 53(1): 6-19.
Buku Panduan Ijazah Sarjana Muda Kerja Sosial sesi 2014/2015, Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia CSWE. 2008. Social Work Field Education Core Competencies and Practice Behavior. From: http://cswe.org Collins, K. J. 2014. Outcomes-Based Education and Deep Learning in First Year Sosial Work
In South Africa: Two Case Examples. International Social Work, 58(4):495-507
Costello, S. & Aung, U. T. 2015. Developing Social Work Education in Myanmar. International Social Work, 58(4): 582- 594.
Crotty, M. 1998. The Foundations of Social Research: Meaning and Perspective in the Research. London: Sage Publication.
Chua Yan Piaw. 2006. Kaedah Penyelidikan: Kaedah Statistik Penyelidikan (Buku 1). Kuala Lumpur: McGraw Hill Education
Dian Hikmah & Mohd Zaidi. 2016. Pengangguran Belia di Malaysia: Perkembangan dan Pertimbangan Dasar. Prospek dan Dasar pada Tahun 2017.
Dudley, J. R. & Helfgott, C. 1990. Exploring a Place for Spirituality in the Social Work Curriculum. Journal of Social Work Education, 26(3): 287-294.
Ezarina Zakaria. 2006. Konsep Konflik Sosial: Satu Tinjauan untuk Kurikulum Kerja Sosial. Dalam Faizah Yunus (ed.).
Khidmat Sosial Malaysia. (pp.137-163). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Faherty, V. 1979. Continuing Social Work Education: Result of a Delphi Survey. Journal of Education for Social Work, 15(1): 12-19.
Faizah Yunus. 2006. Pengenalan Perkhidmatan Manusia. Dalam Faizah Yunus (ed.). Khidmat Sosial Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Fatimah Zailly & Noor Azizah. 2005. Pengenalan Kepada Polisi Sosial. Dalam Azlin Hilma, Fatimah Zailly, Rusimah dan Yusmarhaini (eds.). Polisi, Perundangan dan Amalan Kerja Sosial. (pp. 3-13). Sintok, Kedah: Penerbit Universiti Utara Malaysia.
Fraenkel, J. C. & Wallen, N. E. 1996. How To Design and Evaluate Research. USA: McGraw Hill.
Gary, H., Meenaghan, T., Anastas, J. & Metrey, G. 2002. Outcomes of Social Work Education: The Case for Social Work Self-Efficacy. Journal of Social Work Education, 38(1): 115-133.
Garrett, K. J. 2005. School Social Workers’ Evaluation of Group Work Practices. Children & Schools, 27(4): 247-252.
Gelkopf, M., Ryan, P., Cotton, S. J., dan Begger, R. 2008. The Impact of “Training the Trainers” Course for Helping Tsunami-survivor Children on Sri Lankan Disaster Volunteer Workers. International Journal of Stress Management, 15(2): 117-35.
Goldberg, D. 2001. Model Curricula. Acedemic Psychiatry, 25(2): 98-101.
Jessica, M. R. 2014. Infusion of Gerontological Competencies in Social Work (Master Thesis). From: ProQuest Dissertation and Thesis database.
Kelly, M. S., Frey, A. J., Alvarez, M., Berzin, S. C., Shaffer, G., & O’Brien, K. 2010. School Social Work Practice and Response to Intervention. Children & Schools, 32(4): 201-209.
Kelly, M. S., Berzin, S. C., Frey, A., Alvarez, M., Shaffer, G., & O’Brien, K. 2010. The State of School Social Work:
Findings from the National School Social Work Survey. School Mental Health, 2(2): 132-141.
Kissman, K. & Van Tran, T. 1990. Perceived Quality of Field Placement Education among Graduate Social Work Students. Journal of Continuing Social Work Education, 5(2): 27 31.
Kelly, M. & Stone, S. 2009. An Analysis of Factors Shaping Interventions Used by School Social Workers.
Children&Schools, 31(3): 163-176.
Kreitzer, L., Abukari, Z., Antonio, P., Mensah, J., & Kwaku, A. 2009. Social Work in Ghana: A Participatory Action Research Project Looking at Culturally Appropriate Training and Practice. Social Work Education, 28 (2): 145-64.
Kirkpatrick, D. L. & Kirkpatrik, J. D. 200). Evaluating Training Programs: The Four Level (3rd Ed). San Fransisco: Berret- Koehler.
Larry, S. P. 200). An Evaluation of a Compassion Education Curriculum Designed for Students in the Profesion of Social Work (Dissertation Doctor of Education). From: ProQuest Dissertation and Thesis database.
Lily, J. R., Joann, M., Kolar, P. & Gerald, S. 1997. The Changing Context of Social Work Practice: Implications and Recommendations for Social Work Educators. Journal of Social Work Education, 33(1): 29-46.
Lukmanul Hakim Abdullah. 2013. Sistem Penilaian Dalam Kurikulum 2013: Kajian Dokumen Terhadap Kurikulum 2013.
(Online). Tersedia http://www.academia.edu.
Lough, B. J. 2009. Principles of Effective Practice in International Social Work Field Placements. Journal of Social Work Education, 45(3): 467-478.
Maidatulakmal Othman. 2012. Tahap Kompetensi Pelajar Melaksanakan Kerja Amali Berpandukan Domain Psikomotor Simpson (Tesis Ijazah Sarjana). From: http://eprints.uthm.edu.my.
Maria, O.P & Isabel, H. M. 2014. The Development of Resilience in Social Work Students and Professionals. Journal of Social Work, 14(4): 380-397.
Marger, M. N. 2000. Race and Ethnic Relations: American and Global Perspectives. Belmot, CA: Brooks/Cole.
Marilyn, E. D. 2013. Social Work Education and Disability: A Multicase Study of Approaches to Disability in Core and Specialized Curricula at Three Bachelor of Social Work
Programs. Thesis PhD Submitted to the Faculty of Graduate Studies of The University of Manitoba.
Michelle, G. B. 2013. Cultural Competence in School Social Work: A Personel and Profesional Learning Curve. Master of Social Work Clinical Research Papers. St. Catherine University, University of St. Thomas.
Melendres, M. P. 2016. Cultural Competence in Social Work Practice: Exploring the Experiences of Recent MSW Graduates (Doctoral dissertation, UCLA).
Miriam, R. P.(2001. Social Work Students Perceptions of Social Work Practice with Adults with Physical Disabilities. Masters Thesis Submitted to the Department of Social Work California State University, Long Beach.
Micah, J. K. 2012. Ethical Decision Making Among Social Work Students (Dissertation Master of Social Work). From:
https://digital.lib.washington.edu.
Mohamad Zarifi & Taqwa. 2004. Petunjuk-Petunjuk Keadilan Sosial. Seminar Keadilan Sosial oleh Institut Kemajuan Islam Malaysia dengan kerjasama KETENGAH. Terengganu: Awana Kijal (pp.117-138). From:
http://www.myjurnal.my/public/article.
NASW. 1996. Code of Ethics. From: https://www.socialworkers.org.
Norul Huda, S., Ezarina, Z., Fauziah, I., Nur Saadah, M. A, Aizan, S.A. et al. 2017. Membina Konteks Profesional dan Efikasi Kendiri Pelajar Kerja Sosial: Cabaran Hubungan Pekerja Sosial-Klien Semasa Kerja Lapangan. Persidangan Kerja Sosial Kebangsaan 2017. Kuala Lumpur: Institut Sosial Malaysia (pp.384-394).
Rusimah, Ahmad Syukri & Jusmawati. 2014. Pengantar Kerja Sosial (Edisi ke-10). Sintok, Kedah: Penerbit UUM Press.
Sinar Harian, 8 September 2014.
Sheafor, B. W. & Horejsi, C. R. 2012. Techniques and Guidelines for Social Work Practice (9th ed.). Upper Saddle River, NJ:
Allyn and Bacon.
Teoh, A. H. & Fuziah, S. 2017. The Role of Social Work Education and Professionalization of Social Work in Malaysia: The Unfinished Mission. Persidangan Kerja Sosial Kebangsaan 2017. Kuala Lumpur: Institut Sosial Malaysia (pp.368- 374).
Torok, P. & Yossi, K. K. 2011. Interdisciplinary in Social Work Education and Training in Hungary. International Social Work, 55(2): 185-204.
Tyler, R. W. 1949. Basic Principles of Curriculum and Instruction. Chicago: The University of Chicago Press.
Wang, Y., Gou, Y., Findley, K., Lu, S. & Huang, C.C. 2015. Competencies of Graduate Social Work Students in China (Research Report). Huamin Research Center. Rutgers School on Social Work. From: https://pdfs.semanticscholar.org/.
Walls, P. G. 2007. Exploring Cultural Competence Practice in Undergraduate Social Work Education. Education, 127(4):
569-580.
Zakiyah Jamaluddin. 2006. Tingkah Laku Manusia dalam Persekitaran Bandar: Perspektif Ekologi Manusia. Dalam Azlin Hilma, Fatimah Zailly, Rusimah dan Yusmarhaini. Isu Isu dan Pendidikan Kerja Sosial. (pp.99-110) Sintok, Kedah: Penerbit Universiti Utara Malaysia.
Zakaria Harun. 2006. Kajian Kompetensi Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia, Kontinjen Terengganu (Tesis Ijazah Sarjana Sains). From: http://etd.uum.edu.my.
Zakaria, S., Ahmad Munawar, I. & Noranizah, Y. 2012. Faktor Persekitaran Sosial dan Hubungannya dengan Pembentukan Jati Diri. Jurnal Hadhari Special Edition 155-172. From: http://ejournals.ukm.my.
Zastrow, C. 2000. Introduction to Social Work and Social Welfare (7th Edition.). Belmont CA: Wadsworth Publishing Company.
Zastrow, C. 2009. Introduction to Social Work and Social Welfare (10th Edition). Belmont, CA: Brooks/Cole