• Tidak ada hasil yang ditemukan

Program Kerja Sosial tenaga kerja (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Program Kerja Sosial tenaga kerja (1)"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

SSW410: Kerja Sosial Antarabangsa dan Silang Budaya Semester 1, Sidang Akademik 2016/2017

Kerja Kursus Individu:

Kepentingan Keperluan Pekerja Sosial di Peringkat Antarabangsa

Nur Syahirah Ahmad Bastari 122423

Nama Pensyarah

(2)

Pengenalan

Kerja sosial antarabangsa adalah profesion kerja sosial yang berhadapan dengan isu antara beberapa negara atau sempadan silang budaya dalam penyelesaian masalah atau konflik. Menurut Lyons (1999), bidang kerja sosial antarabangsa merangkumi praktis silang budaya dan antarabangsa untuk mempengaruhi polisi dan praktis undang-undang

supranational. Supranational adalah satu bentuk undang-undang antarabangsa yang dibentuk

atas limitasi hak antara negara-negara yang berdaulat. Berbeza pula dengan pandangan Healy (2001) yang menyatakan bahawa kerja sosial antarabangsa adalah tindakan dan pembuatan kes bagi meningkatkan kefungsian global di mana kerja sosial tempatan dan khidmat manusia domestik mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk terlibat dalam aktiviti antarabangsa yang merangkumi advokasi, pertukaran profesional, praktis antarabangsa dan pembangunan polisi antarabangsa. Kerja sosial antarabangsa juga ditakrifkan sebagai praktis kerja sosial dengan golongan imigrasi dan pelarian (Sanders,1984; Sanders & Pedersen, 1984). Malah sejak 1990-an, kerja sosial antarabangsa juga telah dikenali daripada pelbagai sudut

perspektif yang luas iaitu sebagai praktis profesional yang melepasi sempadan negara serta berkaitan hubungan dan pertukaran antara negara (Hokenstad, Khinduka, & Midgley, 1992).

Kepentingan Pekerja Sosial Antarabangsa

Kerja sosial antarabangsa berperanan besar dalam pelbagai bidang yang merentas sempadan negara seperti isu hak asasi manusia, keadilan sosial, hubungan diplomatik, pendidikan, penyelidikan dan sebagainya. Pekerja sosial antarabangsa juga turut aktif dalam praktis isu global seperti menangani masalah pelarian, imigran, bencana alam dan sosial (Lyons, 1999). Berikut merupakan kepentingan keperluan pekerja sosial antarabangsa yang akan dikupas satu persatu bagi melihat kegentingan keperluannya dalam menangani isu global pada masa kini.

(3)

Kepentingan kewujudan pekerja sosial antarabangsa dapat dilihat melalui pembinaan hubungan diplomatik antara beberapa negara di mana pekerja sosial akan melihat realiti semasa politik dan sosial yang merangkumi undang-undang dan budaya sesuatu negara serta mempelajari dan mengkaji pengalaman daripada pelbagai negara mengenai adaptasi sesuatu praktis terhadap negara dan undang-undang antarabangsa (Ahmadi, 2002). Apabila menyebut mengenai antarabangsa, secara automatik skop yang perlu dilihat adalah secara global dan menyeluruh tanpa bias pada mana-mana pihak melalui integrasi budaya global bagi mengelakkan konflik dan menggalakkan keamanan sesama negara. Keamanan tersebut dicapai bukan sekadar penghormatan terhadap negara lain malah diperoleh daripada pembinaan hubungan diplomatik antarabangsa yang dapat diimplementasikan oleh pekerja sosial antarabangsa yang berperanan sebagai mediator atau orang tengah dalam mencapai suatu kata sepakat secara aman.

Misalnya, tragedi perebutan hak ke atas Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan antara Malaysia dan Indonesia serta cubaan campur tangan daripada negara Filipina pada tahun 1996. Perebutan ini terjadi apabila kedua-dua pihak menyatakan tuntutan hak masing-masing bagi pemilikan pulau-pulau tersebut (Abd Latif & Tiung,2007). Di sini peranan pekerja sosial antarabangsa adalah sebagai orang tengah untuk menilai dan mengkaji status dan sejarah latar belakang pemilikan pulau-pulau terbabit di samping menjadi broker dengan menghubungkan dan memanjangkan isu tersebut kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague untuk diperdebatkan secara adil dan saksama. Pekerja sosial juga berperanan membina

dan memastikan hubungan diplomatik antara negara tersebut terus terjaga terutamanya antara Malaysia dan Indonesia bagi memastikan pergolakan dan perang dingin tidak terjadi

seterusnya menggelakkan keadaan daripada menjadi lebih buruk. Kepentingan peranan pekerja sosial antarabangsa dalam pembinaan hubungan diplomatik dapat dilihat buat

(4)

menyelesaikan isu tersebut secara aman menerusi penglibatan pihak ketiga yang berasaskan undang-undang antarabangsa. Namun, kepentingan peranan pekerja sosial tidak terhenti setakat itu sahaja malah pekerja sosial perlu memastikan kelangsungan hubungan diplomatik tersebut perlu kekal terjaga sehingga ke generasi-generasi akan datang.

Kepentingan dalam Memahami Silang Budaya dan Antarabangsa

Zaman modenisasi kini, peningkatan penghijrahan pelajar antarabangsa semakin ketara malah kebanyakan pelajar antarabangsa lebih cenderung untuk tinggal dan bekerja di luar negara setelah tamat belajar atas faktor ekonomi, politik dan pengangguran di negara asal. Kebanyakan negara seperti Australia, Amerika Syarikat dan New Zealand juga telah mengemaskinikan polisi imigresen bagi negara masing-masing untuk permohonan kerakyatan kekal bagi pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan akademik kepada pelajar-pelajar

antarabangsa yang telah menamatkan pelajaran (Ryan & Zuber-Skeritt, 1999). Keperluan kepentingan pekerja sosial antarabangsa adalah dengan memainkan peranan penting dalam memastikan setiap pelajar antarabangsa memahami struktur silang budaya bagi memastikan setiap daripada mereka dapat mengadaptasi dan bersosialisasi dengan baik di negara tersebut. Pekerja sosial antarabangsa juga amat diperlukan bagi memastikan intervensi yang diberikan kepada pelajar-pelajar antarabangsa tidak berat sebelah dan sesuai mengikut konteks pelajar itu sendiri dan negara tersebut selari dengan undang-undang negara bukan sekadar melihat sudut pandang budaya negara tersebut sepenuhnya.

(5)

antarabangsa. Hal ini demikian kerana, segelintir pelajar antarabangsa kurang pengetahuan mengenai sistem komunikasi dan budaya di negara lain masih belum dapat mengadaptasi kesedaran kendiri seperti terikat dengan perbezaan agama, bangsa, etnik, kewarganegaraan, cuaca, nilai, kepercayaan dan pengalaman hidup di tempat asal yang menyukarkan mereka untuk beradaptasi dengan negara tersebut (Ahmad & Weerakkody, 2011).

Memastikan Keadilan Sosial dan Hak Asasi Manusia Terjamin

Hak asasi manusia merupakan hak setiap individu untuk bebas mendapatkan hak yang sama rata tanpa mengira agama, bangsa, keturunan, warna kulit, bahasa, budaya dan

sebagainya namun ia berbeza mengikut sudut geografi dan bergantung pada keperluan masyarakat tersebut. Secara umumnya, hak asasi manusia didefinisikan sebagai perlakuan terhadap setiap individu mengikut dasar kemanusiaan yang sebenar (Abdul Wahab & Bidin, 2000). Sekiranya hak asasi manusia tersebut dicabuli, maka tuntutan yang dibuat adalah bagi mempertahankan keadilan sosial individu atau kelompok tersebut. Keadilan sosial merupakan suatu hak yang diperakui oleh Perkara 22 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948.

Misalnya, isu pelarian Syria yang giat diperkatakan kini yang mana terdapat banyak negara mengiktiraf penerimaan terhadap pelarian Syria seperti negara Malaysia, Australia, United Kingdom, Jerman, Finland, Austria, Perancis dan Itali. Malahan, negara Lebanon, Jordan, Iraq, Turki, dan Egypt turut menerima dan membantu golongan pelarian Syria mendapatkan keperluan asas tersebut melalui pertubuhan The United Nation Children’s Fund

(UNICEF) terutamanya golongan kanak-kanak (UNICEF, 2014). Oleh itu, peranan pekerja sosial antarabangsa berkaitan isu ini bukan sahaja memastikan setiap pelarian Syria mendapat bantuan keperluan asas malah perlu memastikan komuniti tidak ditindas dan tidak

(6)

menyesuaikan diri dengan budaya dan persekitaran mereka khususnya di negara-negara Eropah yang bertentangan dengan budaya dan persekitaran negara-negara Arab.

Negara Australia adalah salah sebuah negara yang menerima paling ramai golongan pelarian Syria untuk ditempatkan di negara mereka atas dasar kemanusiaan (Australian Government, 2015). Namun begitu, dalam masa yang sama Australia juga merupakan orang

kuat dalam memerangi Syria dan Iraq atas faktor ingin menghapuskan pengganas Islamic State of Iraq and Syria (ISIS). Malah, menurut Gardner, Karakasoglu dan Luchtenberg

(2008) dan Chopra (2015), negara Australia juga mengalami Islamophobia di mana individu dan kumpulan yang beragama Islam ditindas dan didiskriminasikan oleh penganut agama lain dengan menyatakan bahawa penganut agama Islam adalah sebagai pengganas. Oleh itu, kewujudan pekerja sosial antarabangsa adalah untuk menilai semula sejauh mana keperluan komuniti pelarian Syria ini diberi dan dijaga di samping memastikan golongan ini tidak didiskriminasikan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Memastikan Pendidikan dan Penyelidikan Kerja Sosial Memenuhi Piawaian Global Keperluan pekerja sosial antarabangsa dalam memastikan penyelarasan pendidikan dan penyelidikan kerja sosial bertaraf antarabangsa di peringkat global amat diperlukan. Hal ini demikian kerana kewujudan pekerja sosial antarabangsa bukan sahaja dapat

(7)

yang kompeten dan berkebolehan menyelesaikan permasalahan dengan mengambil kira sudut pandang politik, undang-undang, ekonomi dan sosial negara-negara yang terlibat seterusnya menghubung kaitkan dengan undang-undang atau polisi antarabangsa.

Misalnya, pertubuhan The Asian and Pacific Association for Social Work Education (APASWE) yang ditubuhkan bagi memberi tumpuan kepada pendidikan dan penyelidikan

kerja sosial di rantau ini dengan menitikberatkan peranan yang perlu dimainkan oleh pekerja sosial antarabangsa. APASWE juga menggalakkan para akademik dan profesional pendidikan kerja sosial memenuhi tahap piawaian global di samping memudahkan kerjasama antara negara-negara yang terlibat terutamanya perkara yang berkaitan dengan skop bidang kerja sosial. Selain itu, kewujudan pertubuhan International Association of School Social Work (IASSW) juga membuktikan keperluan pekerja sosial di peringkat global yang melibatkan

seluruh dunia. Pertubuhan ini menggalakkan pembangunan pendidikan kerja sosial di seluruh dunia, memperkasa piawaian kualiti pendidikan kerja sosial, menggalakkan pertukaran isu antarabangsa, menyediakan platform forum bagi pertukaran idea penyelidikan kerja sosial di peringkat global serta mempergiat perjuangan hak asasi manusia dan pembangunan sosial. Profesion Kerja Sosial Antarabangsa Mempunyai Nilai dan Etika Tersendiri

(8)

malah membolehkan pekerja sosial antarabangsa untuk mengetepikan nilai etika sendiri semasa memberikan intervensi dan khidmat tolong-bantu.

Misalnya, negara India yang sememangnya unik dan terkenal dengan sistem kasta iaitu pembahagian kelas sosial dibuat berdasarkan sistem hierarki dan masyarakat hidup dalam keadaan mengikut peringkat kelas sosial. Dalam sistem kasta ini, terdapat banyak penindasan berlaku terutamanya penindasan mengikut warna kulit berdasarkan kelas sosial( Kadun & Gadkar, 2014). Sebagai individu yang memegang nilai etika, pekerja sosial antarabangsa akan meneliti dan memahami sistem budaya India terlebih dahulu bagi mengelakkan pekerja sosial daripada membuat keputusan berdasarkan nilai sendiri dan menyentuh sensitiviti di negara tersebut (Hiwrale, 2014). Dengan wujudnya nilai penerimaan dan hormat kepelbagaian dalam diri pekerja sosial antarabangsa membolehkan pekerja sosial antarabangsa untuk berkhidmat secara telus tanpa mengira mana-mana kelas sosial.

Kesimpulan

Kesimpulannya, kerja sosial antarabangsa sememangnya memainkan peranan yang cukup penting bagi penyelesaian masalah di peringkat global terutamanya isu yang

melibatkan konflik antara negara dan hak asasi manusia. Kebanyakan artikel juga menekankan peranan paling penting bagi pekerja sosial antarabangsa adalah

mempertahankan hak asasi manusia, memartabatkan manusia dan keamanan sosial (Hall, 2013). Oleh itu, keperluan kerja sosial antarabangsa di peringkat global tidak dapat dinafikan lagi akan kepentingannya dalam merentas permasalahan global. Setiap peranan yang

(9)

Rujukan

Abd Latif & Tiung, L., K. (2007). Kasus ambalat-reaksi media Indonesia: framing dan komunikasi antarabangsa. Jurnal Komunikasi, Malaysian Journal of Communication, 23, 14-27.

Abdul Wahab, H., & Bidin, A. (2000). Akta 597: Satu Perkembangan Hak Asasi Manusia di Malaysia. Kedah. Universiti Utara Malaysia.

Ahmadi, N. (2003). Globalisation of consciousness and new challenges for international social work. International Journal of Social Welfare, 12, 14-23.

Ahmad, J., & Weerakkody, N. (2011). Komunikasi silang budaya, kompetensi, pengajaran dan pembelajaran: satu analisis. Jurnal Pendidikan Malaysia, 36(1), 45-53.

Akademikerförbundet SSR. (2008). Ethics in Social Work. The Swedish Association of Graduates in Social Sciences. Sweeden.

Australian Government. (2015). Australia’s Humanitarian Response to the Syria Crisis. Canberra: Department of Foreign Affairs and Trade.

Chopra, T. (2015). Beyond burqas, bombs, and bogeymen: Australian muslims and the media. Griffith Journal of Law & Human Dignity, 3(2), 324-337.

Faruque, C. J., & Ahmmed, F. (2013). Development of social work education and practice in an era of international collaboration and cooperation. Journal of International Social Issues 2(1), 61-70.

Gardnera, R., Karakasoglub, Y., & Luchtenberg, S. (2008). Islamophobia in the media a response from multicultural education. Intercultural Education, 19(2), 119-136. Hall, N. (2013) International Federation of Social Work. Encyclopedia of Social Work. USA:

National Association of Social Workers and Oxford University Press USA.

(10)

Hokenstad, M. C., Khinduka, S. K., & Midgley, J. (1992) Profiles in International Social Work. Washington, DC: NASW Press.

Hiwrale, A. (2014). Ambedkar social work: its theory and practice. Indian Journal of Dalit and Tribal Social Work, 2(2), 12-27.

Kadun, P. B., & Gadkar. R. D. (2014). Social exclusion –its types and impact on dalits in India. IOSR Journal Of Humanities And Social Science, 19(4), 81-85.

Lyons, K. (1999). International Social Work: Themes and Perspectives. Aldershot and Brookfield, Ashgate & Arena.

National Association of Social Work. (2008). Code of Ethics. diakses daripada https://www. socialworkers.org/pubs/code/default.asp.

Ryan, Y. & Zuber-Skeritt, O. (1999). Supervising Postgraduate Students From Non-English Speaking Backgrounds. Buckingdom, UK: Open University Press.

Sanders, D. (1984). Developing a graduate social work curriculum with an international cross-cultural perspective. Journal of Education for Social Work, 13(3), 76-83.

Sanders, D. & Pedersan, P. (1984). Education for International Social Welfare. Honolulu, HI: School of Social Work, University of Hawaii.

UNICEF. (2014). Syria Crisis: 2014 Annual Situation Report. diakses daripada https://data. unhcr.org/ syrianrefugees/download.php?id=6264.

Referensi

Dokumen terkait

Hasil penelitian yang dilakukan oleh Marsyaf Rinaldi pada tahun 2016 yang dilakukan di Kantor Badan Penanggulangan Bencana Daerah Kota Palu, menunjukkan bahwa

Algoritme genetika akan melakukan optimasi bobot jaringan saraf # tiruan sehingga dihasilkan individu # sebagai representasi bobot dengan nilai fitness terbaik bobot hasil dari

Perbedaan penelitian ini dengan penelitian sebelumnya adalah peneliti sebelumnya menggunakan perusahaan perbankan publik yang terdaftar di BEJ sebagai sempel sedangkan

Sistem Perbankan suatu Negara adalah suatu payung yang dibuat oleh pemerintah negara dengan tujuan melindungi system perekonomian suatu Negara dari kemungkinan-kemungkinan

Motivasi adalah suatu perubahan energi di dalam pribadi seseorang yang ditandai dengan timbulnya afektif (perasaan) dan reaksi untuk mencapai tujuan. Dalam proses

Skripsi yang berjudul PENGEMBANGAN MEDIA PEMBELAJARAN BERBASIS KOMPUTER MATA PELAJARAN FIQIH MATERI WUDU DAN TAYAMUM KELAS VII DI MTsN 2 PALANGKA RAYA Oleh:

Makalah ini telah membahas salah satu perluasan dari masalah rute kendaraan (MRK) dasar dengan karakteristik-karakteristik yang mencakup: (1) trip majemuk (TM), (2)

a) Lokasi penelitian pada akses ramp-up Level 600 Ciurug tambang bijih emas bawah tanah PT. UBPE, Antam, Pongkor, Bogor, Jawa Barat. b) Penelitian dilakukan hanya