• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pihak Universiti mempelawa

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Pihak Universiti mempelawa"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Pihak Universiti mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia bagi jawatan:

PENSYARAH PERUBATAN DU51

Syarat-syarat Pelantikan Pensyarah Perubatan DU51 1. Kelayakan Akademik

a) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perubatan dan Ijazah Sarjana dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia; atau

b) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perubatan dan kelayakan kepakaran dalam bidang perubatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia; atau

c) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perubatan dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia;

d) Memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian sekurang-kurangnya lima (5) tahun dalam bidang berkaitan.

e) Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya:

i. menerbitkan tiga (3) penulisan dalam jurnal yang diindeks oleh Scopus/ISI atau sebuah buku berwasit atau tiga (3) case report dalam jurnal diindeks oleh Scopus/ISI sebelum dilantik ke jawatan Pensyarah Perubatan DU51 (semasa berkhidmat sebagai Pensyarah Pelatih atau pengajian di peringkat Ph.D/Sarjana Kepakaran);

ii. telah membentang kertas kerja sekurang-kurangnya sekali dalam persidangan dalam bidang pengajian; dan

iii. mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang yang berkenaan.

2. Jadual Gaji

DU51: RM5,862.00 – RM12,492.00 3. Keperluan Bahasa

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

4. Umur

Calon bagi lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan pegawai yang sedang berkhidmat had umur ditetapkan seperti berikut:

(a) 54 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun;

(b) 56 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; dan (c) 58 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

(2)

*Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan/Majikan masing-masing.

Cara Memohon Jawatan Pelantikan:

a) Sila layari laman web UKM www.ukm.my/kerjaya bagi membuat permohonan secara dalam talian.

b) Calon-calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga.

c) Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

d) Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Unit Perjawatan dan Kenaikan Pangkat Bahagian Sumber Manusia

Jabatan Pendaftar

Aras 1, Bangunan Perpusatakaan Lingkungan Ke-2 Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 Bangi, Selangor

Emel : [email protected]

Tarikh Buka Iklan : 1 Oktober 2021 (Jumaat) Tarikh Tutup Iklan: 14 Oktober 2021 (Khamis)

Nota: Pengisian jawatan tertakluk kepada kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Referensi

Dokumen terkait

Memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia atau dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf atau kelulusan lain yang

Sijil teknologi kejuruteraan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya...

a) diploma dalam bidang radiografi, pengimejan perubatan, radioterapi atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan

Calon perlu memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

Diploma dalam bidang pengurusan dan teknologi pejabat atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut : a Warganegara Malaysia; b Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan c i Ijazah sarjana

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: a warganegara Malaysia; b diploma dalam bidang pembantu perubatan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:- a warganegara Malaysia; dan b ijazah sarjana muda dalam bidang farmasi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada