• Tidak ada hasil yang ditemukan

polisi pementasan seni teater istana budaya

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "polisi pementasan seni teater istana budaya"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

POLISI PEMENTASAN SENI TEATER ISTANA BUDAYA DILIHAT DARI SUDUT PARA PENGGIAT

Ummu Masithah Binti Othman 28570

Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni)

2013

(2)

POLISI PEMENTASAN SENI TEATER ISTANA BUDAYA DILIHAT DARI SUDUT PARA PENGGIAT

UMMU MASITHAH BINTI OTHMAN 28570

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

( Pengurusan Seni)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2013

(3)

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/LAPORAN

JUDUL: POLISI PEMENTASAN SENI TEATER ISTANA BUDAYA DILIHAT DARI SUDUT PARA PENGGIAT.

SESI PENGAJIAN : 2012 / 2013

Saya UMMU MASITHAH BINTI OTHMAN mengaku membenarkan tesis/Laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik,Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis/Laporan adalah hak milik Universiti Malaysia Sarawak.

2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.

3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan.

4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat

5. salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajiantinggi.

6. *sila tandakan 

SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh:

_________________________ __________________________

(Tandatangan Penulis) (Tandatangan Penyelia) Tarikh : ___________________ Tarikh : ___________________

Alamat tetap:

Lot 7576-28 Taman Ceria, Bandar Baru Permyjaya Miri, 98000 Miri, Sarawak.

Catatan:* Tesis/Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda

* Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/Laporan ini perlu dikelaskan sebagai

SULIT atau TERHAD

(mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

(mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

(4)

i

PENGAKUAN

Projek bertajuk “Polisi Pementasan Seni Teater Istana Budaya Dilihat Dari Sudut Para Penggiat” telah disediakan oleh Ummu Masithah Binti Othman dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni).

Diterima untuk diperiksa oleh:

_________________________

Profesor Dr. Hashim bin Awang

Tarikh:

_________________________

(5)

ii

PENGHARGAAN

Alhamdulillah bagi Allah AWT, Tuhan Sekalian Alam. Selawat dan salam juga kepada junjungan besar Rasulullah SAW, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda. Syukur ke hadrat Allah Taala dengan limpah kurniaNya telah membantu saya untuk menyiapkan penulisan ini dengan jayanya.

Jutaan terima kasih kepada Profesor Dr. Hashim bin Awang selaku penyelia yang telah banyak memberikan sumbangan dalam tempoh masa untuk menyiapkan penyelidikan ini. Terima kasih atas bimbingan serta tunjuk ajar beliau dalam membantu saya menyampaikan idea, menyelia perkembangan kajian saya, dan membuat penyemakan.

Setinggi penghargaan juga ditujukan kepada kedua ibu bapa saya iaitu Othman bin Nasir serta Rose binti Abdul Aziz atas dorongan dan bantuan yang diberikan.

Tidak lupa juga kepada kakak, abang, dan adik-adik kerana memberikan sokongan.

Terima kasih juga kepada Mohd. Fazri bin Bachik yang sentiasa memberikan dorongan dan semangat kepada saya untuk meneruskan penyelidikan ini.

Ribuan terima kasih juga kepada sahabat seperjuangan yang sentiasa membantu dalam memberikan idea dan kerjasama. Semoga Allah memberi ganjaran atas bantuan kalian.

Sekian, terima kasih.

Ummu Masithah Binti Othman.

(6)

iii ABSTRAK

Kajian ini mengenai Polisi Pementasan Seni Teater Istana Budaya Dilihat Dari Sudut Para Penggiat seni teater yang pernah mementaskan hasil karya mereka di Istana Budaya. Matlamat utama kajian ini adalah meneliti peranan Istana Budaya sebagai satu medan untuk menggalakkan kegiatan seni pementasan teater. Kajian turut menghuraikan polisi pementasan seni teater Istana Budaya yang perlu dipatuhi oleh para penggiat serta mendapatkan pandangan pihak Istana Budaya dan juga para penggiat mengenai polisi pementasan seni teater Istana Budaya. Hasil temu bual menjelaskan bahawa pihak Istana Budaya telah melakukan pelbagai usaha untuk mendorong penglibatan para penggiat dalam aktiviti pementasan seni teater di Istana Budaya. Polisi pementasan seni teater ini dilihat merancakkan perkembangan seni teater.

(7)

iv ABSTRACT

This research is about Istana Budaya theatre art staging policy that seen from the theatre activists point who had staged their works at Istana Budaya. The objective of this research was to examine the role of Istana Budaya as a field to encourage theatre arts staging activities. This research also explicates the Istana Budaya theatre arts staging policy that must be followed by the activists. Afterwards, find out the view of both sides, Istana Budaya either the activists about the Istana Budaya theatre arts staging policy. Results from the interview explain that Istana Budaya has made various efforts to encourage the activist’s involvement in the theatre art staging activities at Istana Budaya. Theatre art staging policy seen to enliven the development of the theatre art.

(8)

v

ISI KANDUNGAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGAKUAN i

PENGHARGAAN ii

ABSTRAK iii

ABSTRACT iv

ISI KANDUNGAN v

BAB I: PENGENALAN

Pengenalan 1

Latar belakang kajian 1

Sejarah Istana Budaya 1

Sejarah teater 4

Objektif kajian 5

Persoalan kajian 6

Skop kajian 6

Kerangka konsep kajian 7

Polisi 7

Pementasan 8

Seni teater 9

Signifikan kajian 11

Rumusan 12

(9)

vi BAB II: KUPASAN KEPUSTAKAAN

Pengenalan 13

Pementasan seni teater 13

Peranan organisasi 15

Polisi seni 18

Rumusan 22

BAB III: METODOLOGI KAJIAN

Pengenalan 23

Data skunder 23

Data primer 24

Pemerhatian tidak turut serta 24

Temu bual berstruktur 25

Rumusan 27

BAB IV: ANALISIS DATA

Pengenalan 28

Kaedah analisis data 29

Penemuan 30

Rumusan 48

(10)

vii

BAB V: PERBINCANGAN, CADANGAN, DAN KESIMPULAN

Pengenalan 49

Perbincangan 49

Cadangan 52

Kesimpulan 53

RUJUKAN 54

LAMPIRAN 57

(11)

1

BAB I: PENGENALAN

Pengenalan

Kajian ini menjurus kepada polis pementasan seni teater yang dilaksanakan oleh pihak Istana Budaya. Kajian polisi ini dilihat dari sudut para penggiat yang pernah mementaskan karya seni teater mereka di Istana Budaya. Bab ini turut menyatakan tentang hala tuju dengan penetapan objektif kajian yang akan dicapai serta meletakkan batasan kajian yang dikaji. Kajian ini turut menghuraikan persoalan atau isu yang timbul dalam kajian serta menyatakan juga signifikan kajian. Bab ini adalah satu permulaan dan menjadi panduan untuk menjalankan kajian ini.

Latar belakang kajian

Sejarah Istana Budaya

Panggung Negara Malaysia atau lebih dikenali sebagai Istana Budaya (Cultural of Palace) merupakan organisasi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK). Istana Budaya di bina pada tahun 1995 dan siap sepenuhnya pada 1 Disember 1998. Istana Budaya telah dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia keempat iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1999. Istana Budaya terletak di Jalan Tun Razak dengan keluasan meliputi 5.44 hektar dan berkeluasan 21 000 meter persegi (Pamplet Istana Budaya, n.d.).

(12)

2

Terdapat penambahan bangunan iaitu pusat pentadbiran yang terletak di bahagian belakang bangunan lama dan berbentuk lebih kecil. Tujuan penubuhan Istana Budaya adalah sebagai wahana seni Malaysia bagi mengekspresikan karya-karya kebudayaan negara. Slogan Istana Budaya iaitu “Pentas Bertaraf Dunia” sejajar dengan mekanisme pentasnya yang tercanggih di Asia untuk pementasan teater. Istana Budaya bergerak secara profesional dan tumpuan lebih ke arah seni tari, seni muzik (tradisional dan Orkestra Simfoni Muda), serta seni lakon (teater).

Keunikan seni bina Istana Budaya bersandarkan konsep kebudayaan Melayu.

Bentuk bangunan Istana Budaya kelihatan seperti wau bulan Kelantan dan juga sirih junjung. Terdapat tiga bahagian utama didalamnya iaitu lobi (serambi), Panggung Sari (rumah ibu), pentas utama dan dewan latihan (rumah dapur). Laluan utama ke Panggung Sari melambangkan pintu masuk utama ke Balairong Seri Istana Kesultanan Melayu manakala lobi teater di tingkat tiga pula menyerupai reka bentuk rebana ubi (Pamplet Istana Budaya, n.d.).

Logo Istana Budaya diadaptasi daripada gubahan sirih junjung yang juga merupakan unsur kebudayaan Melayu. Sirih junjung adalah lambang pemula upacara, pembuka kata, dan pemanis bahasa yang merapatkan hubungan antara pengunjung dan tuan rumah. Lambang ini selaras dengan fungsi Istana Budaya yang sentiasa menggamit pengunjung dengan pelbagai persembahan seni yang unggul dan bermutu tinggi sesuai dengan statusnya sebagai model bagi persembahan di Malaysia. Tiga helai daun sirih mempunyai maksudnya yang tersendiri, iaitu bahasa (lakonan), gerak (tarian), serta rentak (muzik). Ianya digabungkan dalam daun keempat yang melambangkan seni pentas.

(13)

3

Istana Budaya mempunyai lima bahagian yang terdiri daripada bahagian khidmat pengurusan, bahagian pemasaran, bahagian muzik, bahagian produksi, serta bahagian teknikal dan seni reka. Kelima-lima bahagian ini saling bekerjasama dan bergantung antara satu sama lain untuk memastikan kelancaran produksi seni pementasan yang dilaksanakan di Istana Budaya (Pamplet Istana Budaya, n.d.).

Berdasarkan pamplet Istana Budaya (n.d.), terdapat beberapa objektif yang telah ditetapkan oleh Istana Budaya sebagai hala tuju organisasi iaitu (i) meningkatkan kualiti seni persembahan, (ii) meningkatkan kecemerlangan artistik, (iii) membudayakan karyawan kepada seni pentas berkualiti tinggi, dan (iv) membangunkan tahap apresiasi khalayak.

Visi Istana Budaya adalah untuk memastikan kecemerlangan dalam seni persembahan moden dan tradisional yang meliputi teater, muzik, dan tarian. Misi Istana Budaya pula adalah untuk menjadi tempat seni persembahan bertaraf dunia. Istana Budaya mempunyai beberapa fungsi seperti merancang serta melaksanakan persembahan berkualiti dalam bidang teater, tarian, dan muzik di peringkat nasional dan antarabangsa.

Selain itu, Istana Budaya juga berfungsi untuk meningkatkan kualiti persembahan ke tahap profesional. Seterusnya, merancang dan melaksanakan strategi pemasaran yang berkesan serta menyediakan bantuan kepakaran teknikal dan seni pentas kepada penggiatnya (Pamplet Istana Budaya, n.d.).

Dalam pamplet Istana Budaya (n.d.) juga turut menggariskan beberapa piagam pelanggan Istana Budaya iaitu Istana Budaya berjanji akan memberi perkhidmatan yang terbaik dan menyeluruh dalam melaksanakan tanggungjawabnya dengan menyediakan ruang dan peluang kepada penggiat serta penggemar seni untuk terlibat dalam

(14)

4

pementasan atau persembahan seni secara langsung. Di samping itu, Istana Budaya akan mengadakan 100 malam pementasan dalam tempoh setahun yang merangkumi persembahan teater, tari, dan muzik. Istana Budaya juga memastikan kualiti persembahan adalah ditahap cemerlang dan bertaraf antarabangsa.

Sejarah teater

Teater berasal daripada perkataan Yunani “Theatron” yang merupakan sebahagian daripada bangunan teater Yunani iaitu tempat penonton duduk. Secara zahirnya ianya membawa maksud tempat untuk melihat persembahan yang dipentaskan.

Yunani memahami bahawa teater adalah sebahagian besar pengalaman visual (Wilson &

Goldfarb, 1991). Persembahan teater dapat menghiburkan khalayak menerusi hubungan abstrak antara pelakon teater dengan penonton. Jelas Barranger (1991), “For theatre to happen, two groups of people, actor, and audiences must come together at a certain time in a certain place” (p.3).

Teater di Malaysia mencerminkan warisan negara yang mempunyai pelbagai etnik dan berbilang bangsa. Leiter (2007) menjelaskan bahawa teater terbahagi kepada tiga iaitu tradisional, peralihan (transitional), dan moden. Teater tradisional adalah seperti makyong, teater peralihan pula seperti teater bangsawan dan teater moden adalah seperti sandiwara.

Teater tradisional lebih mencerminkan kepercayaan masyarakat tempatan.

Misalnya, dalam sesebuah persembahan teater tradisi yang dipentaskan memperlihatkan kepercayaan Islam, Buddha, Hindu, dan Animisme. Teater bangsawan pula muncul sekitar tahun 1920-an dan 1930-an. Jalan cerita kebiasaannya diadaptasi daripada

(15)

5

pelbagai sumber seperti Arab, Parsi, India, Melayu, Cina, dan juga Shakespear. Teater moden pula telah berkembang sejak tahun 1930-an sehingga tahun 1950-an. Teater moden bergerak aktif seiring dengan gerakan nasionalis dan isu-isu pembangunan negara.

Teater Melayu moden lebih kepada penerokaan nilai-nilai sosial dan tradisi berhubung dengan cabaran kehidupan kontemporari.

Teater masih diminati oleh kebanyakan orang tidak kira muda atau tua walaupun teater yang dipentaskan adalah jenis teater tradisional, peralihan, mahupun moden. Kini, Istana Budaya merupakan satu medan seni persembahan yang memartabatkan hasil seni termasuklah pementasan teater. Istana Budaya menetapkan polisi pementasan seni teater untuk memastikan teater yang dipentaskan oleh para penggiat memiliki kriteria yang mencerminkan kualiti persembahan agar misi dan visi Istana Budaya dapat dicapai.

Objektif kajian

Terdapat beberapa objektif yang telah ditetapkan dalam kajian ini iaitu (1) meneliti peranan Istana Budaya sebagai satu medan untuk menggalakkan kegiatan seni pementasan teater. Kemudian, (2) menghurai polisi pementasan seni teater Istana Budaya yang perlu dipatuhi oleh para penggiat. Seterusnya, (3) mendapatkan pandangan pihak Istana Budaya dan para penggiat terhadap polisi pementasan seni teater Istana Budaya.

(16)

6

Persoalan kajian

Polisi merujuk kepada dasar atau rancangan tindakan yang telah dibuat sebagai asas untuk melaksanakan sesuatu keputusan. Dalam kajian polisi pementasan seni teater Istana Budaya ini, persoalan yang diselidiki ialah (1) adakah pelaksanaan polisi pementasan seni teater Istana Budaya mendorong para penggiat untuk terus bergiat aktif dalam aktiviti pementasan seni teater di Istana Budaya atau sebaliknya. Sekiranya pelaksanaan polisi memberi kesan sebaliknya, (2) apakah usaha yang perlu dilakukan oleh pihak Istana Budaya untuk memastikan para penggiat bergiat aktif mementaskan karya teater mereka sekaligus mendorong penglibatan meraka semula. Lantas mendapati (3) adakah polisi pementasan seni teater Istana Budaya ini merancakkan perkembangan seni teater.

Skop kajian

Kajian yang dijalankan adalah berkaitan dengan polisi pementasan seni teater Istana Budaya. Kajian ini melibatkan penggiat seni teater yang pernah mementaskan karya atau membuat persembahan di Istana Budaya. Kajian hanya memberikan tumpuan kepada peranan Istana Budaya, polisi pementasan seni teater Istana Budaya serta pandangan pihak Istana Budaya dan para penggiat mengenai polisi pementasan ini.

Justeru, lokasi kajian adalah di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Istana Budaya adalah tempat yang sesuai untuk memperolehi maklumat yang berketepatan dengan tajuk kajian.

Lokasi ini dipilih kerana terdapat informan iaitu pihak Istana Budaya dan juga para

(17)

7

penggiat seni teater yang dapat membantu memberikan maklumat mengenai polisi pementasan seni teater Istana Budaya yang dijalankan.

Kerangka konsep kajian

Polisi

Polisi merujuk kepada idea yang digunakan dalam analisis dan amalan cara memerintah. Kedua-duanya melibatkan pemerhatian dan ikut serta dalam mengendalikan proses serta cara membuat proses yang kompleks dalam pentadbiran (Colebatch, 2009).

Sesuatu dasar atau polisi yang digubal penting untuk memastikan keputusan yang dibuat dapat menangani masalah dalam mentadbir suatu organisasi yang besar. Gordon, Lewis, dan Young (1993) menyatakan bahawa:

‘Policy’ has particular status in the ‘rational’ models as the relatively durable element against which others premises actions are supposed to be tasted for consistency. Term ‘policy’ is used even within ostensibly similar governmental agencies to describe a range of different activities including (i) defining objectives (ii) setting priorities (iii) describing a plan and (iv) specifying decision rules. These characterizations of ‘policy’ differ not only in their generality and the level at which it is supposed to occur but also in whether ‘policy’ is assumed to be entirely prior to action or (as we believe is often the case) at least partly a post hoc generalization or rationalization” (p.8).

(18)

8

Berdasarkan kenyataan tersebut, penulis menerangkan bahawa polisi mempunyai logiknya sebagai satu elemen yang tahan lama berbanding tindakan yang lain. Istilah polisi digunakan dalam agensi kerajaan untuk menggambarkan rangkaian aktiviti yang berbeza seperti penentuan objektif, menjelaskan rancangan, dan kaedah keputusan.

Skop polisi adalah besar dan ianya wujud kerana kemahuan. Polisi wujud bukan kerana organisasi kerajaan yang memutuskan bahawa ianya adalah berguna untuk kajian semula amalan pengurusan. Polisi seni bukan sesuatu perkara yang mudah untuk diaplikasikan di negara lain. Hal ini kerana kurangnya perhatian yang diberikan berkenaan dengan maksud seni itu sendiri (Pick, 1993).

Pementasan

Reid (2001) dalam bukunya menerangkan bahawa pengurus syarikat berbeza dengan jenis syarikat produksi yang membuat persembahan. Namun, pada asasnya seorang pengurus syarikat adalah penghubung diantara pejabat utama dengan pelakon dan juga kakitangan produksi. Pengurus pentas pada asasnya menguruskan hal berkaitan sumber manusia dan bukannya menguruskan perkara teknikal. Walaupun begitu, seorang pengurus pentas yang bagus perlu cekap dari segi teknikal supaya mereka boleh menyelesaikan masalah pementasan yang membolehkan mereka memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pengurusan manusia iaitu pelakon dan pekerja teknikal.

Pementasan melibatkan sepasukan pengurusan pentas menyelaraskan kerja-kerja di atas pentas. Pengurus pentas berperanan menjalankan tugas jabatan yang tidak ditubuhkan. Oleh sebab itu, dalam dunia pementasan, pengurus pentas sepatutnya

(19)

9

melakukan kerja-kerja mengurus. Namun begitu, pengurus juga perlu melakukan kerja- kerja pementasan (Reid, 2001).

Reid (2001) turut menyatakan bahawa persembahan yang berskala kecil tidak boleh diuruskan kurang daripada dua orang. Hal ini kerana dua orang pengurus pentas adalah penting bagi mengambil alih tugas pengurus pentas kanan oleh pengurus pentas kiri sekiranya pengurus pentas kanan tiada. Kebanyakan produksi dalam teater British mempunyai pasukan pengurusan pentas sekurang-kurangnya tiga orang iaitu Pengurus Pentas (SM), Timbalan Pengurus Pentas (DSM) yang menggerakkan persembahan dan memberi isyarat kepada semua jabatan, serta Pembantu Pengurus Pentas (ASM).

Oleh itu, pengurusan pentas merujuk kepada proses melakukan atau menyiapkan sesuatu kerja pementasan. Kejayaan sesebuah persembahan teater memerlukan kerjasama diantara tenaga produksi seperti pengarah persembahan, pengurus pentas, kru pentas, pereka set, dan sebagainya dalam proses merancang, menganjur, memimpin, dan mengawal aktiviti pementasan. Tenaga produksi merupakan pekerja di belakang tabir yang melaksanakan segala proses pementasan dari bermulanya persembahan sehingga tamat sesuatu persembahan tersebut. Mereka memastikan segala perancangan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah semasa teater sedang dipentaskan.

Seni teater

Teater merupakan satu bentuk seni persembahan yang memaparkan keunikannya yang tersendiri. Hal ini kerana, teater yang dipersembahkan secara langsung kepada khalayak adalah berbeza jika dibandingkan dengan bentuk seni yang lain. Persembahan

(20)

10

teater yang diulang tayang tidak akan sama dengan persembahan yang sebelumnya. Hal ini berlaku disebabkan oleh perbezaan mood pelakon serta persekitaran yang berubah.

Krishen Jit (1986) menyatakan bahawa “teater adalah persembahan yang memaparkan suatu peristiwa unik secara langsung (live performance) yang pada asasnya tidak boleh diulangi. Persembahan sesebuah drama pada malam ini semestinya akan berbeza -walau bagaimana kecil sekalipun- dengan persembahan drama yang sama pada malam semalam. Teater dikatakan memiliki sifat-sifat yang unik dan sementara (ephemeral). Sifat yang menjadi inti teater ini melahirkan peristiwa-peristiwa di hadapan penonton yang sifatnya selalu hadir (present) ataupun yang bersifat kekinian” (p.v).

Kenyataan Krishen Jit diyakinkan lagi dengan pendapat Wilson dan Goldfarb (1991) yang turut menyatakan bahawa teater adalah satu bentuk seni hidup yang melibatkan penghibur, topeng, kostum, dan cahaya. Elemen-elemen ini bergabung dengan skrip dan aspek teater yang lain untuk menghasilkan satu pengalaman yang unik.

Setiap detik dalam persembahan teater adalah suatu penglibatan secara langsung antara penonton dengan persembahan yang berlaku di atas pentas.

Teater juga dikatakan sebagai satu komunikasi dan pengalaman seni yang melibatkan proses penghasilan kerja yang dramatik. Proses untuk mengendalikan sesebuah pementasan teater melibatkan sepasukan tenaga produksi. Kejayaan sesebuah persembahan melibatkan komunikasi diantara pasukan produksi seperti pelakon yang menggerakkan persembahan, teknikal, dan sebagainya lantas hal ini memberikan pengalaman kepada individu yang terlibat.

Spore (1993) menjelaskan bahawa teater adalah komunikasi estetik dan pengalaman seni, proses, serta penghasilan kerja yang dramatik. Wilson dan Goldfarb

(21)

11

(1991) pula menyatakan bahawa teater adalah sebuah drama yang dimasukkan ke dalam produksi dan ianya menggabungkan pergerakan, kostum, cahaya, bunyi, dan latar dalam persembahan yang formal.

Polisi sesebuah organisasi adalah berbeza disebabkan oleh cara organisasi tersebut menguruskan hal-hal pentadbirannya. Pementasan pula merupakan proses merancang, menganjur, memimpin, dan mengawal aktiviti pementasan yang melibatkan sekumpulan tenaga produksi. Manakala teater adalah sebuah persembahan seni yang melibatkan pengalaman ekstetik dan komunikasi diantara para pelakonnya. Ringkasnya, dalam sesebuah pementasan teater memerlukan sekumpulan tenaga produksi yang merupakan penggiat seni yang berfungsi menggerakkan sesebuah persembahan teater dan tenaga produksi ini yang melakukan kerja-kerja merancang, menganjur, memimpin, serta mengawal cara ianya mentadbir sesebuah produksi pementasan seni teater.

Signifikan kajian

Kajian ini penting untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang polisi pementasan seni teater Istana Budaya yang menjadi panduan para penggiat. Polisi yang disenaraikan dapat membantu para penggiat seni teater untuk terus berusaha memperbaiki kelemahan mereka. Kajian ini juga boleh dijadikan sebagai rujukan dan peringatan kepada organisasi penggiat seni teater yang ingin mementaskan karya mereka di Istana Budaya. Para penggiat dapat menjaga kualiti karya yang ingin dipentaskan seiring dengan ketetapan polisi pementasan seni teater Istana Budaya lantas meningkatkan kualiti

(22)

12

persembahan seni teater negara. Di samping itu, kajian ini boleh dijadikan rujukan dalam penyelidikan lanjutan yang berkaitan dengan polisi pementasan seni teater.

Rumusan

Bab ini lebih menekankan kepada pengenalan secara umum tentang kajian yang dilakukan. Segala persoalan yang timbul adalah bertujuan untuk mengetahui kesan pelaksanaan polisi pementasan seni teater Istana Budaya kepada para penggiatnya.

Kemudian, kajian ini melihat kepada usaha yang dilakukan oleh pihak Istana Budaya dalam menangani cabaran melaksanakan polisi tersebut lantas meneliti sama ada polisi tersebut merancakkan perkembangan seni teater Istana Budaya atau sebaliknya. Bab ini menjadi panduan kepada fokus kajian yang dikupas dalam bab-bab seterusnya.

(23)

13

BAB II: KUPASAN KEPUSTAKAAN

Pengenalan

Kupasan kepustakaan menjurus kepada penjelasan tentang isu-isu yang diperkatakan oleh beberapa orang penulis mengenai polisi pementasan seni teater.

Maklumat diperoleh daripada bahan rujukan seperti buku, artikel, dan jurnal. Maklumat yang diperoleh dirangka dalam usaha untuk menjelaskan kajian. Pelbagai usaha telah dibuat untuk menyusun dan menyatakan isu yang timbul walaupun menghadapi kesukaran untuk mengaplikasikan sumber maklumat daripada persekitaran lain dalam konteks polisi pementasan seni teater ini. Dalam kupasan kepustakaan ini memberikan fokus hanya kepada tiga isu sahaja. Isu-isu tersebut adalah pementasan seni teater, peranan organisasi, dan polisi seni.

Pementasan seni teater

Ahli falsafah Yunani, Aristotle menyatakan bahawa teater adalah suatu peniruan terhadap tindakan (Cassady, 1936). Penulis yang sama turut menjelaskan bahawa teater adalah satu bentuk seni menyampaikan sesuatu yang difikirkan penting oleh penulis drama, pelakon, pengarah, dan pereka serta mengekspresikan idea tersebut dengan cara yang menarik. Justeru, penulis drama teater memerhatikan tingkah laku masyarakat dan mengadaptasikannya ke dalam pementasan teater untuk memastikannya menarik minat serta memberi keseronokan kepada penonton yang menyaksikannya.

(24)

14

Kemudian, sebuah jawatankuasa perlu dibentuk sekiranya sesebuah pementasan itu melibatkan banyak aktiviti seperti kewangan, publisiti, tiket, dan sebagainya.

Jawatankuasa yang ditubuhkan ini dikenali sebagai tenaga produksi. Dalam sesebuah jawatankuasa atau tenaga produksi akan diketuai oleh individu yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap aktiviti pementasan iaitu pengarah pementasan. Pengarah pementasan dibantu oleh penolong pengarah yang bertindak membantu dan mengambil alih tugas-tugas pengarah sekiranya diperlukan. Oleh sebab itu, penolong pengarah hendaklah dipilih dalam kalangan ahli yang mempunyai kebolehan mengarah. Ahli jawatankuasa produksi yang dibentuk terdiri daripada juruteknik, pemasaran, artistik, jurumuzik, dan sebagainya. Tenaga produksi menjadi penggerak dalam memastikan kejayaan sesuatu pementasan yang dipentaskan (Kalam Hamidi , 2003).

Sesetengah seni perlu diubah sifat dan susunanya untuk ditempatkan dalam kategori „seni tinggi‟. Sektor swasta sering menjadi penaung dalam aktiviti kesenian berbanding penglibatan kerajaan pusat dan kerajaan tempatan dalam aktiviti kesenian. Di Britain, banyak tempat-tempat teater dibina bersama dengan dewan konsert yang kemudiannya diusahakan oleh usahawan atau speculator swasta yang bertujuan untuk mencari keuntungan. Penaja industri kesenian ini kemudiannya terlibat dengan segment pasaran seni yang lebih besar (Pick & Anderton, 1996).

Teater dikatakan sebagai satu seni mentafsir disiplin (Spore, 1993). Sesuatu yang ingin disampaikan oleh penulis drama kepada penonton disampaikan menerusi pengarah, pereka, dan pelakon. Tenaga produksi ini berfungsi sebagai seniman yang membentuk komunikasi seni dan mereka menyampaikan pandangan penulis drama kepada penonton menerusi kerja-kerja pementasan persembahan yang dilakukan. Beliau turut menyatakan

Referensi

Dokumen terkait

Solo Art Theatre , sebagai wadah pertunjukan seni teater dan seni budaya tradisional yang berarti adalah sebuah tempat atau bangunan yang dapat menampung kegiatan

Solo Art Theatre sebagai wadah pertunjukan seni teater dan seni budaya yang pembahasannya diarahkan pada perancangan fisik bangunan dan lingkungan bangunan yang ditinjau

KEGIATAN PEMBELAJARAN 4 EVALUASI PEMENTASAN ... Kompetensi dan Indikator Pencapaian Kompetensi ... Uraian Materi ... Aktivitas Pembelajaran ... Umpan Balik dan Tindak Lanjut ....

Tujuan penelitian ini adalah untuk mendeskripsikan proses pelaksanaan pembelajaran seni budaya (teater) di SMAN1 Krueng Barona Jaya yang dilaksanakan oleh guru bidang

Modul PKB Guru Seni Budaya SMP Aspek Seni Teater KK A ini membahas tentang karakteristik peserta didik yang meliputi berbagai karakteristik peserta didik, jenis kecerdasan

pertama menunjukan pemahaman siswa dalam apresiasi dan kreativitas seni musik, tari dan teater dalam pertunjukan ubrug yang masih dalam kategori rendah dan sedang

Semoga perubahan dan pergeseran paradigma seni pertunjukan teater yang terus menerus terjadi mampu menjadi cara untuk membaca pendidikan seni dan budaya di Indonesia..

PERSEPSI PENGGUNA TERHADAP PERNIAGAAN SECARA ATAS TALIAN DALAM PEMASARAN PRODUK KRAF NOR ASNIDA BINTI GHAZALI Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni