• Tidak ada hasil yang ditemukan

program tutelege: pelaksanaan dan implikasi kepada pelajar

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "program tutelege: pelaksanaan dan implikasi kepada pelajar"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

PROGRAM TUTELEGE: PELAKSANAAN DAN IMPLIKASI KEPADA PELAJAR

Suhailiza Md.Hamdani (a) *, Rumaizuddin Ghazali (b), Mashitah Sulaiman (c), Mohd.Nazir Ahmad (d) Kalsom Ali (e)

*Corresponding author

(a) Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia. [email protected].

(b) Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia. [email protected] (c) Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Pusat Pengajian Teras, Universiti

Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia.

[email protected].

(d) ) Fakulti Pengajian Maklumat, Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor, Kampus Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor, Malaysia,

[email protected]

(e) Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia. [email protected]

Abstrak

Program Tutelege merupakan program sokongan yang terdiri daripada mentor dan mentee bertujuan untuk membantu para pelajar yang memerlukan bantuan dari aspek akademik, peribadi dan pembangunan profesional. Program ini menjadi salah satu platform untuk pelajar mendapatkan panduan atau pun nasihat supaya isu-isu yang dihadapi dapat disalurkan ke tempat yang sewajarnya. Kertas kerja ini akan melihat sejauhmana aktiviti yang diatur di dalam kumpulan tutelage oleh pensyarah memberi implikasi kepada para pelajar. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan berdasarkan kajian perpustakaan manakala temubual bersama pelajar juga dijalankan untuk mendapatkan respon pelajar berkenaan program yang dianjurkan oleh kumpulan tutelage. Hasil kajian mendapati respon yang baik daripada dan beberapa cadangan penambahbaikan untuk memberikan impak yang positif kepada para pelajar.

Katakunci: Tutelege, Pelaksanaan, implikasi Abstract

The Tutelege program is a support program consisting of mentors and mentees aimed at helping students who need help from academic, personal and professional development aspects. This

(2)

program is one of the platforms for students to get guidance or advice so that the issues faced can be channeled to the appropriate place. This paper will look at the extent to which activities arranged in tutelage groups by lecturers have implications for students. This study uses content analysis method based on library research while interviews with students were also conducted to obtain student responses regarding the program organized by the tutelage group. The results of the study found a good response from and some suggestions for improvement to give a positive impact to the students.

Keywords: Tutelege, Implementation,implication

Pendahuluan

Program mentor mentee merupakan satu proses interaksi antara individu atau kumpulandan interaksi itu akan melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberinasihat.

Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran - kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna kepadamasyarakat dan negara.

Secara khususnya mentor ditakrifkan sebagai kaunselor, pembimbing, tutor, jurulatih atau role model. Manakala mentee pula ditakrifkan sebagai individu yang kurang pengetahuan dan pengalaman atau pelajar. Sejarah asal Mentoring mula diketahui daripada cerita epik The Odyssey yang ditulis oleh Homer dalam zaman Greek kuno. Ia mengisahkan tentang Odysseus yang terlibat dalam peperangan Trojan telah menyarankan kawan setianya yang berpengalaman, iaitu Mentor supaya mendidik dan mengasuh anaknya bernama Telemachus (mentee atau protege) agar anaknya mampu menghadapi alam kehidupan dewasa yang penuh mencabar (Edlind & Haensly, 1985; Merriam, 1983). Dalam zaman Greek, istilah mentoring memberi tumpuan kepada bidang pendidikan (Johnson, et al. 1991; Wanguri, 1996) atau kaunseling (Gregson, 1994), iaitu mentor adalah orang tua yang mempunyai banyak pengalaman dan boleh dipercayai yang telah ditugaskan untuk mendidik orang muda yang memerlukan pengalaman.

(3)

Kelebihan kepada Mentor

Mentoring tidak hanya memberi manfaat kepada organisasi dan mentee, tetapi juga mempunyai manfaat untuk mentor.

Mentoring boleh menjadi pengalaman berharga untuk mentor, melalui interaksi dengan mentor yang boleh meningkatkan kemahiran peribadi. Sebagai mentor yang terlibat dalam proses mentor, membantu mentee mengembangkan pengetahuan dan kemahiran mereka, mentor juga membina keyakinan dan harga diri. Melalui mentor, mentor boleh meningkatkan motivasi ke arah kemajuan kerjaya mereka sendiri. Aktiviti bimbingan juga boleh memberi pengiktirafan, penghormatan dan kekaguman daripada orang lain dan organisasi membangunkan kecekapan orang lain dilihat sebagai peranan kepimpinan yang baik, dan sebagai panduan untuk mentor. Program mentoring juga boleh meningkatkan hubungan kerja positif yang diperlukan untuk produktiviti dan pertumbuhan organisasi. Untuk kekal berdaya saing dan selesa dengan persekitaran seperti organisasi perlu dapat bertindak balas dengan berkesan dan tepat pada masanya kepada cabaran alam sekitar (Gilley & Boughton, 1996).

Kelebihan kepada Mentee

Manfaat utama untuk mente adalah peluang untuk dipandu untuk kemajuan dan pertumbuhan melalui pembelajaran dan sokongan. Mentoring boleh memberi mentee dengan kemahiran, keyakinan dan keperluan yang diperlukan (Gilley & Boughton, 1996). Sebagai contoh, melalui interaksi dengan mentor yang berpengalaman, seorang mentee dapat memperoleh kemahiran daripada mentor seperti membina pasukan,skil komunikasi, skil penyelesaian masalah yang boleh meningkatkan kepuasan kerja dan meningkatkan produktiviti. (Kram & Isabella, 1985).

Program tutelege

Universiti Sains Islam Malaysia turut menjalankan program mentor-mentee atau program Tutelage /Mustashar Akademi (راشتسم يميداكأ = (Penasihat akademik) yang didefinisikan sebagai:

(4)

a. The act of guarding, protecting, or guiding; office or function of a guardian; guardianship.

b. Instruction; teaching; guidance.

c.The state of being under a guardian or a tutor.

(https://www.dictionary.com/browse/tutelage)

Program ini melibatkan semua pelajar sepenuh masa USIM daripada semua peringkat pengajian. Kaedah pembahagian kumpulan dibuat iaitu maksimum 20 orang pelajar bagi setiap kumpulan dan akan diketuai oleh seorang mentor. Setiap kumpulan akan diaggotai oleh pelajar tahun 1 hingga tahun akhir pengajian daripada fakulti/ program pengajian yang sama bagi membentuk sistem sokongan antara pelajar dengan pelajar.

Keahlian pelajar lelaki dan perempuan dalam kumpulan perlulah dalam nisbah yang munasabah agar mematuhi syariah dan mengelakkan suasana janggal. Setiap pelajar akan diselia oleh mentor yang sama dari awal pengajian sehingga bergradusi. Bagi ahli kumpulan yang bergradusi pada tahun berikutnya akan diganti dengan pelajar tahun 1 pada sesi pengambilan baharu.

Ahli kumpulan yang lain akan kekal dalam kumpulan yang sama.

Objektif pelaksanaan Tutelage adalah menasihati dan membimbing pelajar secara bersasar bagi memacu kecemerlangan akademik. Di samping itu, tutelage mewujudkan sebuah sistem sokongan antara pensyarah dengan pelajar dan pelajar baru dengan pelajar kanan (senior). Selain itu,tutelage juga bermatlamat untuk memantau perkembangan akademik dan pembangunan professional pelajar daripada Tahun 1 sehingga bergraduasi.

Dari sudut akademik pula, matlamat tutelage adalah untuk memantau perkembangan akademik pelajar.Mentor juga turut menasihat pelajar berkenaan permasalahan akademik/ kursus, pertukaran program, penagguhan semester dan sebagainya.

Mentor juga berperanan menasihati pelajar dan merujuk pelajar kepada pihak yang berkaitan bagi menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.

Manakala dari sudut Pembangunan Kerjaya dan profesional, mentor berperanan memantau dan menasihati pelajar berkenaan peluang kerjaya atau menyambung pengajian. Mentor juga boleh mencadangkan program-program yang boleh membantu dalam pembangunan professional pelajar. Di samping

(5)

itu, mentor akan merujuk pelajar kepada pihak yang berkaitan sekiranya perlu.

Matlamat tutelage tidak setakat memberi nasihat akademik, malah jika pelajar menghadapi isu-isu peribadi, mentor akan memantau dan menasihati pelajar berkaitan permasalahan peribadi yang boleh menggugat pencapaian akademik seperti pengurusan konflik, kejutan budaya, kemudahan, penginapan dan sebagainya serta merujuk pelajar kepada pihak yang berkaitan sekiranya perlu.

Pelaksanaan Program Tutelage

Kajian ini mengemukakan contoh aktiviti kumpulan tutelage yang dikendalikan oleh pensyarah dari Fakulti Pengurusan dan Kepimpinan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan respon para pelajar terhadap program-program tersebut. Pendekatan yang dilaksanakan adalah atas inisiatif kumpulan tutelage masing-masing bagi mendorong mereka untuk lebih aktif di samping membantu mencapai objektif tutelege yang digariskan oleh pihak Universiti.

Antara pendekatan yang dilaksanakan oleh beberapa kumpulan tutelege adalah program pengisian kerohanian yang dipimpin oleh mentor seperti mengadakan bacaan Yassin, mengadakan program khatam al quran sepanjang bulan Ramadhan dan sesi tazkirah sesama ahli. Ini salah satu cara untuk mengeratkan hubungan sesama ahli dalam kumpulan ke arah pembangunan syaksiah yang seimbang. Selain itu, hasil respon pelajar apabila dibincangkan tentang masalah-masalah peribadi atau akademik, rata-rata pelajar mengemukakan maslah

yang mereka hadapi yang merangkumi

pembelajaran,kewangan,penginapan dan lain-lain.

Beberapa program juga telah disusun bagi mengaktifkan ahli kumpulan yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan keyakinan di samping memantapkan ilmu pengetahuan serta mengukuhkan kepekaan terhadap isu semasa.Program-program ini dibuat secara langsung di Zoom Meeting dan FB Live.

Program yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2021 seperti berikut :

(6)

Siri 1: Peranan Mahasiswa Dalam MelahirkanKepimpinan Masa Depan Dunia Islam

Oleh Saudara Jufitri Joha, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) pada 1 April 2021. Jam 8.00 Malam. Program ini membicarakan mahasiswa dalam mengilap kepimpinan mereka agar memperkasakan umat Islam dan dunia Islam. Oleh itu para mahasiswa perlu menyiapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran semasa dalam menghadapi cabaran semasa.

Siri 2: Mahasiswa Peduli Umat: Satu Perkongsian Pengalaman oleh Sdr Wan Nazrin Hanif (Naib Presiden Izzatul Insan) pada 8 April 2021. Program ini mendedahkan pengalaman Sdr Nazri di Kem Pelarian Syria di Jordan dan dakwah Orang Asli serta penyertaannya dalam myCorp dibawah Kementerian Belia dan Sukan.

Siri 3 : Bila Pintu Taubat Terbuka oleh Ustazah Hazlina Abd Razak, Pendakwah/kaunselor dan Pengurus Darul Darwa, Klang.

Pada Sabtu 17 April 202. Program ini membicarakan Wanita yang terlanjur dalam pusat pemulihan Darul Darwa, Klang. Beliau turut menjelaskan pengalaman dakwah di tempat-tempat pelacuran di Kuala Lumpur.Moderator ialah Nurthafiqah Izzati

Siri 4: Banjir Idola Kemarau Idola Teladan oleh Saudara Sayed Munawar Sayed Mustar, Mantan CEO Perbadanan Kota Buku , CEO Dialektika TV dan Pengacara TV1 pada 24 April 2021 (Sabtu). Jam 9.00 pagi

Tajuk ini dipilih memandangkan sarana Dato’ Prof Dr Siddiq Fadhil, Pengerusi LPU USIM dalam ucaptama Seeminar Membangun Khayra Ummah: Reformasi Islahiy dan Agenda Pemberdayaan Umat” di Dewan Besar, Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Negeri Sembilan pada 12 April 2021 menekankan tentang kemelut manusia dan aspirasi pembangunan ummah di mana gejala “death of idealism” menjadi kemelut yang semakin parah dan umat semakin lesu. Justeru misi mengislah umat menjadi semakin mencabar apalagi kerosakan yang dialami sudah bergejala. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk melaksanakan agenda pemberdayaan dan mengangkat martabat umat sesuai dengan idealism khayra ummah.

(7)

Budaya popular kini menjadi budaya massa (mass culture) turut mempengaruhi gaya hidup dan pemikiran kalangan generasi muda Islam. Budaya ini yang lebih mementingkan gaya dan imej daripada nilai dan makna secara tidak disedari semakin diterima umum oleh masyarakat yang semakin keliru. Tatkala dunia Islam memerlukan ramai generasi muda yang boleh memimpin umat, telah muncul kecenderungan mereka untuk menjadi selebriti dan bintang pujaan. Inilah yang dirisaukan oleh Dato’ Dr. Siddiq Fadzil yang mengungkapkan bahawa hari ini kita melalui situasi ‘banjir idola, kemarau teladan’

Siri 5: Kemanusiaan Sejagat Infaqkan Usahamu Untuk Umat oleh Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, CEO Global Peace Malaysia (GPM). pada 1 Mei 2021. Program ini mendedahkan usaha-usaha dalam jiwa sukarelawan dan bekerja untuk umat.

Beliau juga pengalaman semasa penghantaran bantuan di kem- kem pelarian Syria di Turki, Gaza dan Isu Palestin. Turut disentuh tentang aspek kemanusiaan sejagat dalam menginfaqkan sumbangan kepada umat.

Siri 6: Bicara Anak Muda -Mahasiswa Serantau dan Norma Baharu- Menginsafkan vs Membebankan pada Sabtu, 8 Mei 2021, jam 9.00 - 11.00 pagi

Pembicara terdiri seperti berikut :

Panel 1: Sdr Ahmad Farhan bin Rosli, Setiausaha Agung Persatuan Pelajar Islam Asia Tenggara

Panel 2: Sdr Hassan BasriI, Yang Dipertua (YDP) Majlis Perwakilan Pelajar

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei Darussalam Panel 3: Sdr Abdul Asis Ibrahim, Ketua Himpunan Mahasiswa Jurusan Dakwah, Universitas Islam Negeri (UIN) Mataram, Indonesia.

Panel 4: Sdr Mohamad Syafiq bin Salih , Yang Dipertua (YDP) Dakwah and Islamic Management Committee (DIMAC) , Fakulti Dakwah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Moderator: Sdr Fikri Muharam, Timbalan YDP Angkatan Belia Islam Sabah, Malaysia

Alumni USIM

(8)

Program ini melibatkan mahasiswa serantau dalam berdepan dengan fasa pandemic serta usaha-usaha mahasiswa mengatasinya. Program ini melibat mahasiswa Indonesia, Brunei Dan Malaysia.

Siri 7 : Program : Solidariti Kemanusiaan Untuk Palestin.

Peduli Palestin : Air Mata Syawal Di Bumi Al-Quds* pada Khamis, 27 Mei 2021, 8.30 - 10.30 malam

Ucaputama Oleh Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohammad al-Bakri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama). Panel Jemputan ialah Dr Daud Sulaiman , Presiden Malaysian Relief Agency (MRA) /Perunding Kardiologi KPJ Damansara Specialist Hospital.

Moderator ialah Dr Mohd Faridh Hafez bin Mohd Omar, 𝑃𝑒𝑛𝑠𝑦𝑎𝑟𝑎ℎ 𝑃𝑟𝑜𝑔𝑟𝑎𝑚 𝐷𝑎𝑘𝑤𝑎ℎ 𝑑𝑎𝑛 𝑃𝑒𝑛𝑔𝑢𝑟𝑢𝑠𝑎𝑛 𝐼𝑠𝑙𝑎𝑚 𝐹𝐾𝑃 𝑈𝑆𝐼𝑀

Tajuk ini dipilih untuk memperingati perjuangan rakyat Palestin. Isu Palestin bukan semata-mata pertembungan antara agama, tetapi ia isu kemanusiaan sejagat. Sudah berpuluh-puluh tahun lamanya rakyat Palestin dinafikan hak mereka untuk menduduki tanah air sendiri. Perjuangan Umat Islam di Malaysia terhadap Isu Palestin juga bukanlah perkara baru. Pada 4 Julai 1982, Prof Dato Dr Siddiq Fadhil (Pengerusi LPU Usim) memberi ucapan dalam perhimpunan Perpaduan Palestin di Maktab Perguruan Islam Petaling Jaya dengan mengatakan bahawa kita tidak dilahirkan ke dunia ini untuk menjadi penonton dan memerhati yang pasif kepada kebiadaban Israel tetapi adalah untuk menangani dan menghadapinya dengan jihad dan pengorbanan yang tinggi. Umat yang sanggup berjuang dan rela berkorban mampu untuk hidup sebagai umat terhormat.

Siri 8 : Pendidikan Reproduktif dan Sosial: Diriku Begitu Berharga

Panel Jemputan: i) Tuan Fauwaz Hasbullah, Pengarah, Bahagian Kesejahteraan Keluarga, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). ii) Dr Nor Salimah Abu Mansor, Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam UNISZA / Aktivitis SosialPada 10 Jun 2021. Program membicarakan dalam melahirkan keluarga sejahtera. Ia juga mejelaskan hak-hak wanita semasa bekerja, keluarga dan masyarakat.

(9)

Siri 9: Program Kesedaran Kesihatan Mental : Terkurung ..

Jangan Murung!. Panel Jemputan ialah Haji Muhammad Izuddin Ghazali, Kaunselor Kanan Penjara Kajang. Moderator ialah Muhammad Helmi Ibrahim, Pegawai Psikologi Kaunseling, Kementerian Kesihatan, Malaysia. Tajuk ini dipilih disebabkan PKP kembali lagi dan tahap kesihatan mental semakin menakutkan. Tahap Kesihatan Mental di negara ini semakin membimbangkan semenjak pandemic COVID-19 bermula. Apabila ramai terkurung dalam rumah, kesannya sangat luas.

Kemurungan, tekanan emosi, kes rumahtangga meningkat, kes sumbang mahram juga tidak terkecuali, kesihatan mental menjadi semakin teruk. Adalah normal untuk merasa cemas dan tertekan semasa wabak COVID-19. Kita semua mempunyai peranan untuk melindungi fizikal dan mental diri sendiri, ahli keluarga dan orang lain dan membantu menyokong kesejahteraan mental yang positif.

Kita lakukan sekadar mampu dalam ruang lingkup yang kita ada.

Sebagai usaha menyokong kesejahteraan mental yang positif, maka program khas tersebut diadakan.

Respon Program dalam kalangan pelajar-pelajar:

1. Dari segi tajuk: Tajuk yang dipilih bersesuian dengan pelajar kerana ia melibatkan mahasiswa dan isu semasa. Ia juga menambahkan ilmu yang berkaitan dengan dakwah.Pelajar mengakui tajuk-tajuk yang dipilih memberi penambahan ilmu kepada mereka selain ilmu yang dapat dalam subjek dakwah.

2. Dari segi panelis/penceramah: Panelis mempunyai kepakaran dalam bidang yang membincangkan dan memberi input dan maklumat yang baru. Pengkongsian pengalaman juga memberi iktibar untuk pelajar dalam menghadapi cabaran semasa.

3. Moderator: Mederator dipilih dalam kalangan pelajar dari kumpulan tutelage ini bagi melatih para pelajar untuk membiasakan dengan majlis dan forum. Pelajar yang menjadi moderator adalah melalui sukarela menawarkan diri.

(10)

4. Cadangan : Pelajar mencadangkan diperbanyakkan program seperti ini terutama yang berkaitan dengan subjek dakwah yang dipelajari. Dalam fasa pandemic, para pelajar berharap agar program mengenai aspek kemurungan dapat diperbanyakkan.

KESIMPULAN

Program pementoran melalui kumpulan tutelege tidak dinafikan kebaikan dan manfaatnya yang besar kepada pembangunan akademik.pembangunan syaksiah dan peribadi para pelajar. Pendekatan yang dicadangkan dan dilaksanakan inisiatif dari para mentor amat menyumbang kepada Pendidikan integrasi yang seimbang dari segi aqli dan naqli yang digariskan oleh Universiti. Hasil daripada pemerhatian yang dibuat, para pelajar yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang disusun oleh kumpulan tutelege masing-masing sangat berpuashati dengan dan mereka menerima pelbagai ilmu dan kemahiran selain akademik iaitu dari segi kepimpinan, kesukarelawanan dan kesihatan. Mereka juga berharap agar program mengenai aspek kesihatan mental diperbanyakkan bagi membantu mereka mengurangkan tekanan menghadapi pembelajaran secara online.Hal ini memang ditekankan oleh pihak Fakulti dan Universiti malah para pelajar sentiasa dimaklumkan dari semasa semasa program-program tersebut melalui pelbagai platform media.

Bagi memantapkan perjalanan program tutelege ini, usaha penyediaan modul tutelege sedang dijalankan dan diharapkan melalui modul yang akan dihasilkan ini dapat membantu kelancaran para mentor dalam pelaksanaan tutelege supaya ia lebih terpandu, tersusun dan mencapai objektif yang digariskan.

RUJUKAN

Sabran, M. S., Amin, S. M., Muthusamy, P., Ali, A., Abdullah, Z.,

& Mohamed, A. 2009. 7

Kemahiran Insaniah Pelajar: Huraian dan Pengukuran. Kuala Lumpur: ZH

(11)

Publishing.

Shahizan (2005). Intrapersonal & interpersonal untuk remaja. PTS professional.

Baugh, S. G., & Fagenson-Eland, E. A. (in press). Formal

mentoring programs: A “poor cousin” to informal relationships. In B. R. Ragins & K. E. Kram (Eds.), Handbook of mentoring:

Theory, research, and practice. Thousand Oaks, CA: Sage

Chao, G. T. (in press). Mentoring and organizational socialization:

Networks for work adjustment. In B. R. Ragins & K. E. Kram (Eds.), Handbook of mentoring: Theory, research, and practice.

Thousand Oaks, CA: Sage.

Laporan Tutelage PM Dr Mohd Rumaizuddin Ghazali. Fakulti Pengurusan dan Kepimpinan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Referensi

Dokumen terkait

Modul ini dibina berdasarkan kepada cadangan daripada kajian yang telah dijalankan bertajuk “Pilihan dan Bentuk Aktiviti Program Pembangunan Pelajar Tahun Satu Fakulti

Kajian ini bertujuan untuk melihat semula program Ijazah Sarjana Muda Sains & Pendidikan (Matematik) yang dianjurkan oleh Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dalam

Matlamat penubuhan Fakulti Kejuruteraan adalah sejajar dengan misi UMS untuk menjadi sebuah universiti berinovatif dan bertekad untuk menggalakkan dan

6.1 PB yang ingin melaksanakan program pelajar antarabangsa hendaklah mengemukakan perkara-perkara berpandukan Proses Kerja Permohonan Baharu Pentauliahan Pusat

Dengan pengalaman lebih 46 tahun penubuhan, Pusat Asasi Sains Universiti Malaya telah berjaya melahirkan seramai lebih 40,000 pelajar bumiputera dengan asas sains dan matematik

hafazan adalah tidak terdapat kesan interaksi yang signifikan antara jantina dan kumpulan terhadap persediaan para pelajar program ulul albab di maktab rendah sains

Kecemerlangan Fakulti Sains dan Matematik adalah gabungan kecemerlangan pensyarah, penyelidik dan pentadbir dan pegawai sokongan dalam memberikan perkhidmatan kepada

Saya mewakili semua pensyarah dan warga kerja Fakulti Sains dan Matematik mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada semua pelajar baharu yang telah ditawarkan