• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pusat Kerjaya UMS Anjur Program PRS For Youth @Campus Roadshow

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Pusat Kerjaya UMS Anjur Program PRS For Youth @Campus Roadshow"

Copied!
1
0
0

Teks penuh

(1)

7/31/2019 UMS - Pusat Kerjaya UMS Anjur Program PRS For Youth @Campus Roadshow

www.ums.edu.my/v5/ms/banner-link/7189-pusat-kerjaya-ums-anjur-program-prs-for-youth-campus-roadshow?tmpl=component&print=1&layout=defau… 1/2

Pusat Kerjaya UMS Anjur Program PRS For Youth @Campus Roadshow

Terakhir dikemaskini: Selasa, 30 Oktober 2018 17:45 | Cetak | Jumlah paparan: 186

SELASA, 30

OKTOBER – Pusat Kerjaya Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Private Pension Administrator telah menganjurkan program Skim Persaraan Swasta (PRS) For Youth@ Campus Roadshow di Auditorium Perpustakaan, UMS baru-baru ini.

Menurut Pengarah Pusat Kerjaya UMS, Prof. Madya Dr. Lai Yew Meng, penganjuran program ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar UMS berkenaan Skim Persaraan Swasta yang merupakan tonggak ketiga skim pencen peribadi sukarela di bawah rangka kerja Keselamatan Sosial Malaysia yang melengkapi skim mandatori Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Skim Persaraan Swasta ini adalah skim simpanan dan pelaburan jangka panjang sukarela yang direka untuk membantu rakyat Malaysia menjimatkan lebih banyak untuk persaraan mereka.

“Bagi pelajar UMS, anda sangat beruntung kerana program ini mampu memupuk kebiasaan penjimatan yang baik sebelum memasuki alam pekerjaan,” katanya.

Pada program tersebut, para peserta berpeluang untuk mendapatkan pengetahuan lebih lanjut berkaitan PRS melalui sesi ceramah bersama Ketua Pegawai Eksekutif of Private Pension Administrator Malaysia, Husaini Hussin, selain turut berkesempatan mengunjungi pameran informatif oleh Affin Hwang Asset Management Berhad, AIA Pension and Asset Managemnet Sdn. Bhd., AmFunds Management Berhad, CIMB-Principal Asset Management Berhad, Kenanga Investors Berhad, Manulife Asset Management Service Berhad, Public Mutual Berhad dan RHB Asset Managemnet Sdn. Bhd.

Seramai 250 peserta menjayakan program tersebut.

Turut hadir, Ketua Bahagian Pemasaran Private Administrator Malaysia, Serena Lim dan Timbalan Pendaftar Pusat Jaringan Industri dan Komuniti UMS, Sarlona J. Gindug.

Tweet

Kongsi0 Syorkan0 Kongsi Share

Referensi

Dokumen terkait

1/19/2017 Laman Rasmi UMS - UMS Organize Borneo Art Exhibition http://www.ums.edu.my/v5/index.php/en/news-archives/1304-ums-anjur-pameran-seni-borneo?tmpl=component&print=1&page= 1/2

7/31/2019 UMS - Khidmat Komuniti Di SK Tampulan, Telipok Inisiatif UMS Bantu Sekolah Daif Sekitar Sabah