• Tidak ada hasil yang ditemukan

PUSAT PENGAJARAN DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM •

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "PUSAT PENGAJARAN DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM •"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

PUSAT PENGAJARAN DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM • CENTRE FOR TEACHING AND CURRICULUM DEVELOPMENT

PUSAT PENGAJARAN & PEMBANGUNAN KURIKULUM

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Malaysia

Tel.: +603-8921 4299 Faks: +603-8926 4816 E-mel: [email protected] Web: www.ukm.my/ctlt Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan • Inspiring Futures, Nurturing Possibilities

Rujukan: UKM.PTP. 100-1/3/1 Tarikh : 15 April 2022 PEKELILING PENGAJARAN-UKM BIL. 3/2022

SEMUA WARGA AKADEMIK

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

YBhg. Prof./Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

PEMERKASAAN PENGURUSAN PEPERIKSAAN DALAM TALIAN UKM Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa, Pusat Pengajaran dan Pembangunan Kurikulum (Pengajaran-UKM) melalui Jawatankuasa Peperiksaan dalam Talian telah bersetuju untuk mewajibkan pelaksanaan beberapa tetapan baru di dalam UKMFolio bagi memperkasakan pengurusan peperiksaan dalam talian (PdT). Untuk makluman YBhg. Prof. Ulung/Prof./Dato’/Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan, pelaksanaan tetapan ini akan berkuat kuasa bermula April 2022.

3. Berikut di bawah adalah tetapan yang WAJIB dilaksanakan oleh sekretariat peperiksaan/pensyarah/penyelaras kursus sebelum sebarang peperiksaan dalam talian (PdT) dilaksanakan:

I. PdT menggunakan fitur kuiz

a. Pensyarah hanya boleh memasukkan maksimum TIGA (3) fitur kuiz bagi soalan peperiksaan pertengahan dan akhir dalam satu kursus, tanpa mengira bilangan set/ pelajar berdaftar dalam kursus tersebut.

b. Pensyarah digalakkan untuk menggabungkan soalan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris jika soalan kertas peperiksaan adalah dwi-bahasa.

II. Kemas kini foto dalam profile akaun UKMFolio.

a. Semua pensyarah diminta memaklumkan kepada semua pelajar bahawa pelajar wajib mengemas kini akaun UKMFolio masing-masing dengan memuat naik foto terbaharu di dalam Sistem UKMFolio.

(2)

PUSAT PENGAJARAN & PEMBANGUNAN KURIKULUM

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Malaysia

Tel.: +603-8921 4299 Faks: +603-8926 4816 E-mel: [email protected] Web: www.ukm.my/ctlt Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan • Inspiring Futures, Nurturing Possibilities

b. Langkah memuat naik foto di dalam UKMFolio.

i. Login dalam UKMFolio.

ii. Di bahagian nama masing-masing yang terletak di atas sebelah kanan paparan UKMFolio, klik nama masing-masing dan pilih Preferences.

iii. Di bahagian User account, klik Edit profile.

iv. Di bahagian User picture, muat naik gambar pasport terkini. Pastikan gambar yang dipilih dalam bentuk file imej seperti .gif, .jpe, .jpg, .jpeg, dan .png.

v. Kemudian klik Update profile.

c. Semua aktiviti kuiz di bahagian Edit settings, pensyarah/penyelaras kursus wajib memilih submenu ‘Show the user’s picture’ dan pilih ‘Large image’ di bahagian ‘Appearance’.

d. Sekretariat peperiksaan dalam talian akan menyemak fitur ini untuk memastikan foto pelajar dipaparkan di ruang jawapan kertas soalan peperiksaan akhir semasa pelajar menjawab soalan kuiz. Ia bertujuan memaparkan kepada pelajar bahawa akaun yang digunakan dalam peperiksaan adalah akaun pelajar sendiri.

Sekian, segala perhatian dan kerjasama YBhg. Prof. Ulung/Prof./Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Yang benar,

PROF. IR. DR. AHMAD KAMAL ARIFFIN MOHD IHSAN Pengarah

s.k. - YBhg. Prof. Dr. Mohammad Kassim

Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Universiti Kebangsaan Malaysia

- YBrs. Prof. Madya Dr. Rozilawati Razali Pengarah, Pusat Teknologi Maklumat Universiti Kebangsaan Malaysia - En. Muhamad Walid Osman

Timbalan Pendaftar

Pusat Pengurusan Akademik (Akademik UKM) Universiti Kebangsaan Malaysia

AKA/dhb;Pekeliling3/2022

Referensi

Dokumen terkait

(2) Efektivitas pelaksanaan kurikulum dan program pengajaran mata pelajaran ekonomi antara lain: (a) pelaksanaan kurikulum dan program pengajaran yang sudah

Pusat kurikulum, Balitbang Depdiknas (2002) mendenifikasikan bahwa kurikulum berbasis kompetensi merupakan perangkat rencana dan pengaturan tentang kopetensi merupakan

Saya mengesahkan bahawa Jawatankuasa Peperiksaan Tesis bagi Tam Phun Khow telah pemeriksaan akhir pada 3hb Julai 2006 untuk menilai tesis Master Sains beliau

Saya mengesahkan bahawa Jawatankuasa Pemeriksa bagi Asmawati Suhid telah mengadakan peperiksaan akhir pada 17 Februari 2005 untuk menilai tesis Doktor Falsafah beliau yang

Sebanyak 65.29% (301) responden telah bersetuju dan 20.39 % (94) menyatakan amat bersetuju bahawa, program yang dianjurkan oleh Pusat Alumni dan Kerjaya, USIM pada tahun

Kajian ini adalah untuk mengenal pasti keperluan Model kurikulum m-Pembelajaran Kursus Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran di lnstitut Pendidikan Guru di

Saya me n gesahk an bahawa satu Jawatankuasa Pemeriksa telah berjumpa pada 23 April 2008 untuk menjalankan peperiksaan akhir bagi Suzaini binti Sihar untuk menilai

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak kami daripada Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran SEEDS, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia