• Tidak ada hasil yang ditemukan

PUSAT PERKHIDMATAN ENDOSKOPI PPUKM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "PUSAT PERKHIDMATAN ENDOSKOPI PPUKM"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

PUSAT PERKHIDMATAN ENDOSKOPI

PPUKM

-Semasa prosedur dijalankan pesakit mungkin mengalami kekembungan pada bahagian abdomen akibat daripada udara /gas yang dimasukkan bagi memudahkan kolonoskop dimasukkan. Pesakit perlu berkerjasama sepanjang prosedur dijalankan dan prosedur ini mengambil masa sekurang-

kurangnya 30-60 minit.

-Pesakit akan diawasi sepanjang prosedur untuk

m e n g e l a k s e b a r a n g k o m p l i k a s i . -Doktor akan menentukan jika pemeriksaan ini

mencukupi atau pemeriksaan lain diperlukan jika prosedur ini tidak dapat dilakukan dengan sepenuhnya.

SELEPAS PROSEDUR -Pesakit akan direhatkan di ruang yang disediakan untuk

memantau keadaan pesakit sehingga discaj.

-Pesakit mungkin merasa kurang selesa pada bahagian abdomen sejurus selepas prosedur kolonoskopi dilakukan akibat daripada udara yang dimasukkan me- lalui usus besar semasa prosedur dijalankan. Rasa sakit ini akan berkurangan setelah pesakit direhatkan di ruang pemulihan dan jangka masa pesakit di rehat atau di awasi sekurang-kurang 30-60 minit sehingga pesakit benar-benar sedar.

Jika anda mengalami kesakitan yang teruk dan berlanjutan pada bahagian abdomen, keluar pendarahan yang banyak dari saluran buang air besar anda perlu mendapatkan rawatan susulan daripada hospital yang berdekatan dengan segera.

SEBELUM DISCAJ

Sila dapatkan temujanji klinik surgeri atau klinik gastro (perubatan) sebelum balik ke rumah untuk rawatan susulan. Keterangan lanjut mengenai keadaan dan rawatan

anda akan diberitahu semasa anda menghadiri temujanji

di klinik tersebut.

Dapatkan ubat di farmasi yang berdekatan jika ada (Farmasi Satelit)

JIKA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG PERTAN- YAAN ATAU SEBARANG KERAGUAN SILA

HUBUNGI PUSAT PERKHIDMATAN ENDOSKOPI ,TINGKAT 1,PUSAT PERUBATAN

UKM

TEL;03-91455555 EXT: 7461/7462 ISNIN-JUMAAT (2.00PTG-5.00PTG)

Copyright : Rafflesia 2013

(2)

APAKAH ITU KOLONOSKOPI

Kolonoskopi merupakan satu prosedur yang menggunakan videoscope untuk memeriksa bahagian usus besar (colon).

Pemeriksaan bermula daripada Anus – Rektum – Sigmoid - Descending colon - Tranverse colon - Ascending colon - Caecum. .Ia dilakukan bagi mengesan sebarang abnormaliti pada keseluruhan usus besar.

INDIKASI BAGI KOLONOSKOPI

Pesakit yang mengalami gajala atau tanda-tanda seperti:

-Kesakitan pada bahagian bawah abdomen.

-Berlaku pendarahan apabila pesakit membuang air besar.

-Sembelit ‘Constipation’

-Cirit- birit pada jangka masa yang lama (Chronic Diarrhea) -Perubahan pada “bowel habit”

-Kekurangan sel darah merah (Anemia) -Perubahan pada “bowel habit”

-Kekurangan sel darah merah (Anemia)

Menentukan atau mengenal pasti sesuatu penyakit seperti:

-Kanser usus -Polyps -Buasir (Hemorrhoid) -Ulceratis colitis

PERSEDIAAN PESAKIT SEBELUM KOLONOSKOPI

Pesakit perlu mengambil ubatan cecair laksatif 1 hari sebelum prosedur dijalankan.

Cecair laksatif ini bertujuan bagi membersihkan kolon daripada najis agar kolon dapat dilihat melalui videoscope tersebut disamping untuk memudahkan prosedur kolonoskopi dijalankan.

Cara pengambilan tentang ubat laksatif akan diberitahu dengan lebih terperinci kepada pesakit mengikut panduan yang telah ditetapkan.

• Pesakit perlu berpuasa pada pukul 12 tgh malam sebelum prosedur dijalankan.

• Pesakit dilarang memakai aksesori- aksesori perhiasan diri seperti jam tangan, barang kemas dan lain-lain. Sim- pan barangan peribadi seperti dompet, telefon pada waris atau tempat simpanan barang yang telah disediakan.

• Pesakit dibenarkan mengambil ubatan rutin harian kecuali ubat kencing manis sebelum prosedur dijalankan dengan mengambil kuantiti air kosong yang sedikit bagi mengelakkan sebarang komplikasi.

• Pesakit perlu membawa kain sarung pada hari pemeriksaan.

PERINGATAN KEPADA PESAKIT

-Adalah lebih baik jika pesakit memaklumkan kepada Pegawai Perubatan mengenai ubat-ubatan seperti ubat cair darah atau sebarang alahan dan alahan terhadap sebarang ubatan.

-Pesakit dinasihatkan supaya ditemani oleh saudara/waris / kawan pada hari temujanji, ini adalah disebabkan kesan

sedasi yang akan membuatkan anda mengantuk.

-Tidak digalakkan memandu lebih kurang 12 jam selepas prosedur.

-Dilarang mengendalikan mesin berat atau meminum minuman alkohol.

KESAN DARIPADA UBAT –UBATAN ITU AKAN MULA BERKURANGAN PADA KEESOKAN HARINYA DAN ANDA BOLEH MENERUSKAN AKTIVITI SEPERTI SEDIAKALA.

PADA HARI TEMUJANJI

1) Wang pembayaran untuk caj kolonoskopi adalah RM 200, separuh harga bagi warga emas yang berumur

>55 tahun dan caj ubatan (jika terdapat ubat yang diberi oleh doktor) atau bawa surat jaminan daripada majikan ataupun kad pesara pada hari tersebut.

2) Sila hadir ke Pusat Perkhidmatan Endoskopi pada hari yang ditetapkan pada pukul 8.00 pagi. untuk pendaftaran.

3) Pesakit perlu menandatangani borang keizinan sebelum prosedur dan penerangan tentang prosedur diberikan oleh Pegawai Perubatan sebelum prosedur.

4) Pegawai Perubatan akan memasukkan ‘intra vena branula” kepada pesakit supaya ubat sedasi dapat diberikan.

5) Pesakit perlu menukar kain sarung yang telah dibawa atau yang terdapat di Pusat Perkhidmatan Endoskopi.

6) Pesakit akan diberi ubat sedatif sebelum kolonoskop dimasukkan secara perlahan melalui usus besar dengan pesakit berbaring dalam posisi mengiring.

Referensi

Dokumen terkait

Pada penderita dengan anemia karena penyakit kronik, umur sel darah.. merah biasanya 60-90 hari, lebih pendek dari umur sel darah

Bardosono (2008) menambahkan bahwa anemia kekurangan zat besi atau yang dikenal dengan kurang sel darah merah masih menjadi salah satu masalah gizi utama di Indonesia

Pengamatan jangka panjang dilakukan pada remaja dengan gizi buruk tipe marasmik kwashiorkor dengan short bowel syndrome et causa perforasi yeyunum dan anemia

Apabila tidak tersedia zat gizi dalam jumlah yang cukup akan terjadi gangguan sel darah merah baru Anemia karena gangguan pada produksi sel-sel darah merah,dapat

Kebutuhan zat besi bagi ibu hamil yaitu sekitar 56 mg sehari, Kebutuhan akan zat besi erat kaitannya dengan anemia (kekurangan sel darah merah), sebagai bentuk

Kesimpulan mengenai apakah suatu anemia pada pasien tertentu disebabkan oleh penghancuran sel darah merah atau produksi sel darah merah yang tidak mencukupi, biasanya dapat

- Pada gagal ginjal yang kronis akan terjadi kerusakan sel yang mengsintesa eritropoietin dengan akibat terjadinya gangguan sintesa sel darah

xiii ABSTRAK Profil Anemia Pada Ibu Hamil di RS GPI Tahun 2013 2015 Anemia adalah kondisi dimana jumlah sel darah merah atau kapasitas sel darah merah mengangkut oksigen tidak