SEMINAR PERBANDARAN DAN PEMBANGUNAN NEGARA
PERBANDARAN DAN MASALAH BANJIR KILAT DI WILAYAH PERSEKUTUAN
JAMALUDDIN MD. JAHI
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1985
22
PERRANDARAN DAN MASALAH BANJIR KILAT DI WILAYAH PERSEKUTUAN
jAMALUDDIN MD. ,lAHI Jatxmm Gcografi
Uni\tc*rsit i Kcbangsaan Malaysia
MALAYSIA
PENGENALAN
Proses perbandaran yang pesat mcnandakan wujudnya dua keadaan yang pen- ting; iaitu daya tarikan yang kuat yang terdapat di sesuatu kawasan bandar dari segi kemampuannya untuk menawarkan peluang-peluang sosi&konomi yang lebih baik herbanding dengan kawasan luar bandar, dan keadaan ini akan mempertingkatkan lagi pembangunan dan perkembangan bandar. Randaraya Kuala Lumpur yang merupakan Ibu Negara Malaysia telah mengalami satu pro- ses perbandaran yang sungguh pesat sejak Perang Dunia Kedua, terutamanya selepas mencapai kcmerdekaan. Proses perbandaran yang berlaku melalui per- tambahan penduduk yang disebabkan oleh bukan sahaja pertambahan semula jadi, tetapi juga oleh migrasi desa-bandar, telah mengubah pola guna tanah dan struktur bandar. Pertambahan penduduk ini telah mewujudkan keperluan tempat tinggal dan peluang pekerjaan yang meningkat.
Fenomena tersebut telah menghasilkan proses perbandaran yang terancang dan tidak terancang. Proses perbandaran yang terancang melibatkan pem- bangunan kawasan perumahan, perindustrian dan infrastruktur, yang sebahagian besarnya tidak mementingkan pengekalan ekologi, tetapi sebaliknya menim- bulkan masalah hakisan tanih dan pemendapan dalam sungai dan sumber- sumber air yang lain; sementara yang tidak terancang pula telah menimbulkan masalah persetingganan yang serius, terutamanya di sepanjang. sungai dan kawasan-kawasan yang rendah. Kedua-dua perkara ini telah menimbulkan masalah banjir kilat di Wilayah Persekutuan.
Sebenarnya banjir kilat bukanlah satu masalab baru bagi penduduk yang ting- gal di Wilayah Persekutuan dan kawasan-kawasan sekitarnya, malahan setiap kali berlakunya hujan lebat bagi tempoh selama dua atau tiga jam, beberapa buah petempatan dan jalan raya utama di Wilayah Persekutuan akan dinaiki air, terutamanya di kawasan-kawasan rendah yang terletak berhampiran dengan sungai, kawasan perlombongan dan kawasan di mana sistem peparitannya tidak baik ataupun tidak mencukupi. Banjir kilat bukan hanya menimbulkan masalah kepada orang yang berulang-alik di kawasan ini, yang biasanya akan terperangkap dalam kesesakan lalulintas buat beberapa jam, tetapi kadangkala penduduk di beberapa kawasan terpaksa dipindahkan ke pusat-pusat bantuan mangsa banjir dan tempat-tempat yang lebih selamat. Keadaan tersebut sudah tentunya menyebabkan aktiviti sosioekonomi harian tergendala dan oleh kerana
.
316
JAMAtUDDIN
MD. JAHI,banjir kilat ini sangat kerap be&&u clan kawasan yang teriibat juga banyak, maka sudah nntu ianya mempunyai akibat yang negatif terhadap ekonomi negara, walaupunini mungkin kecil. Kcrtas ini meninjau masalah banjir kilat yang berlaku di Wilayah Persekutuan akibat dari proses perbandaran yang pesat serta langkah-langkah yang diambil oleh manusia dalam mengatasi dan mengurangkan bencana tersebut.
PROSES PERBANDARAN DI WILAYAH PERSEKUTUAN
Wilayah Persekutuan, di mana terletaknya Bandaraya Kuala Lumpur, mem- punyai keluarran kira-ktra 243 kilometer perwgi (94 batu persegi) dan terlctak di cthhm Wilayah Bandar Lembah KeIq (SUnkbt& cox Partnership et al.
1975). Wihryxb itri m~~~p~an &a5 mu hipada kaws~an perbandaran dan
SQkiartr P.3 paY@ta m&m
iqi I%&& &&$ Iz&&u @&ui pe~bab& wmuluLj&i, -pIjugst &alui I ritigrmi clwm. JlAalw ll?$gu b baft&kr tm&bw bar. Parcls abn 1970
an&r z%.igWi k;o Wlayah l34mtWl X&Wig ia@& X99.671 arag (Ah Wurn Bchman,ct.,l~rf)~pr#bRi~~~~~b~W~pprhF~u-
tuan iaM 297,I @O oTBLw;o m* FM%@* M&rap 1983). I%FtUSIS&a.n pndudukpbq~pkat ~j~~~~~~t~~*~~~~~-
tsMnbs3L thri 2,668 Gm%qg 4,Mf orarsg dalam~t*a
PwtmW phdtthk c?s will&* Pttmbtuaa hi, SCEara ridaL lanmg, mengg8mbarkaa b&w& I!&- jrad M pdw @h@ran,
ai&&hbmar ,dilahanaKuda k ITIepPpjrnstbi aqjurntoh
bzqi rYqe& %mg~r dan Wibryab Pers&u&t&n .
1968, Angh bagi Le$%b& K&t.ng pula ialah 94 perat~ (Sha&i&~d Cox PartnershiP et ak. 1979). W&yak Persekutuan t&h merekodkap pertumbuhan industri perkilrngan pada k&w 8.17 peratus dari tahun i%% hingga ke f98Q, dan Induatri ini sahaja t&h mewujudkan 81,000 peluang pekerjle*an, iaitu kira- kira 16.4 peratus dari jumlah pekerjaan pada tahun 1980 (&wan &ndaraya,
1983).
Ekorar~ dari pertamb&Btn penduduk dan pcrr&anguYMm industti yax# p@Sat ,
masalah perumabari
tumtme@& serius. Perrnintgtah t&a&p rum& keslitunan
t&h mengg&&k~ua pertumbuhan indu~~ri gcn&&aax~ yang sungguh pesat di
sckim $andaraya l&ah LWqw. WrJsupm peraulmrw imhmri pambiman
int &ah berm& reja% tahun 19”tP lagi (Ah Waasan Qthman et al., 1912),
j-lath rum& kzdiaan yq t&b dibina massih rid& mtncukupi dan masih
PETUNJUK
\ lndu&i
Pernigoon lnstituti
‘.,.‘::( Kediamon Pertanion
( Kowosan Lopang ‘f%?
_,,,_ Sempodon I Wiloyah Rrrkutwn i _.._.. Sempodon
Petoling Joyo Selong kontu 2% koki
Kllometer
RaJah 22.1. Relief dan Gunatanah Umum Wilayah Persekutuan
ramai penduduk Wilayab Persekutuan yang tidak mampu UP&Q&
Emma harp yang terlalu tinggi. Feskwa ini t&h memye$a?&a~
haaoan~kawasan setinggan @hat Rajah Z2p2>. Ad&& diangga&m b&mm
318 JAMALUDDIN MD. JAHI wujudnya masalah hakisan tanih yang serius kerana perimbangan antara tanih, litupan tumbuh-tumbuhan, dan kuasa menghakis agen-agen geologi telah terganggu apabila sesuatu kawasan itu dibersihkan untuk dimajukan. Kajian- kajian yang telah dijalankan di Wilayah Lembah Kdang menunjukkan bahawa pembersihan kawasan hutan untuk pembangunan telah menyebabkan berlakunya hakisan cepat. Kajian Douglas pada tahun 1967 (Goh, 1982) menunjukkan bahawa pembinaan lebuh raya dan pembalakan di kawasan sekitar Gombak telah menghasilkan bahan mendak kira-kira 62 m3 km -2 tahun - 1. Nilai ini adalah kira-kira tiga kali lebih besar dari nilai yang terdapat di Sungai Telom, iaitu kira-kira 21.1 m3 km - 2 tahun - 1 (Douglas, 1968), di mana pada masa pencerapan ini dilakukan, kawasan tadahan Sungai Telom mempunyai htupan hutan semula jadi sebanyak 94 peratus. Kzrjian yang dijalankan oleh Goh (1978) juga menunjukkan bahawa bahan mendak yang diangkut dari kawasan tadahan
Damansara, di mana sebahagian dari kawasannya telah dimajukan, adalah kira- kira 50 hingga 300 kali lebih besar berbanding dengan jumlah yang diangkut dari kawasan tadahan Sungai Lui yang berhutan.
Pertambahan penduduk yang pesat, proses perindustrian dan perbandaran telah menyebabkan bertambahnya jumlah kawasan yang dahulunya hutan dan kawasan pertanian, yang telah dimajukan bagi tujuan perumahan dan projek- projek lain (Jamaluddin & Sham, 1982). Perkara tersebut telah menyebabkan hanya kira-kira 25.2 peratus sahaja lagi kawasan tanah di Wilayah Perseku- tuan yang masih belum dibangunkan dan tidak dicadangkan untuk sebarang pembangunan (Jadual 22.1).
Jadual 22.1 Kedudukan Tanah di Wilayah Persekutuan Euna tanah
Kawasan tepubina yang sedia ada Kawasan diluluskan bagi pembangunan Kawasan diluluskan bagi projek khas Tanah yang sedang dilombong Tanah bekas lombong
Tanah di atas 122 m (400’) dan bercerun I: 3.1%
Tanah yang masih ada
Jumlah
Sumber: Dewan Bandaraya, 1982: 46
% 44.9 19.5 5.9 5.1 6.0 3.1 16.1
100.0
Memandangkan luasnya tanah yang telah dimajukan, maka sudah tentu Wilayah Persekutuan mengalami hakisan cepat yang teruk kerana kawasan- kawaaan tersebut, terutamanya yang sedang dibangunkan bagi tujuan-tujuan perumahan dan perindustrian serta pembinaan infrastruktur, adalah terdedah kepada hujan lebat yang terdapat sepanjang tahun (Dale, 1960; Sham, 1980).
Menurut Morgan (1979) kawasan Wilayah Persekutuan ini mengalami inten- siti hujan antara 60 hingga 75 mm-j am dengan tempoh ulangan 60 hari. Ini bermakna bahawa pemendapan di dalam sistem peparitan dan sungai-sungai hasil dari hakisan cepat di kawasan-kawasan yang telah dima.jukan, bersama-
Banjir Kilat _
- Jalanroya
fccccn Jolon Keretapi <---- -J
- Sungai I b
---I Sem~adan Wilayah Persekutuan
Rajah 22.2. Sebahagian dari Kawasan Setinggan di Wilayah Persekutuan
sama dengan intensiti hujan yang tinggi, sudah pasti akan mengakibatkan berlakunya banjir kilat di kawaaan-kawasan tanah rendah dan juga di kawasan- kawasan di mana kemudahan salirannya tidak baik ataupun tidak mencukupi.
Keadaan ini menjadi bertambah buruk di kawasan-kawasan setinggan kerana tidak terdapatnya suatu sistem pembuangan sampah yang teratur. Sampah-
l3ANJIR KILAT DI WILAYAH
PERSEKUTUANhjah
22.3 mtnunjPz&mkawasan-kawasan
yang biasa dilanda banjir kilat &Wizayah Porsekutuan. Kebanyakan daripada kawasan yang ccrlibat dengan banjir
kilat ini terlet& mrna adadi acpanjang Sun@
&lang ataupun cawangannya,szperti sungai Gombak, Sungai Batu dan Sungai Kerayong, manakala kawasan- kawasan lain yang jauh darinya terletak di sckitar kawasan projek perumahan ataupun prajek-projek lain.
Banjir kilst di W,ilayah Persekutuan adalah
disebabkan c&h berbagai-bagaif&or yang borkait secara langsung ataupun tidak langsung dengan proses per- bandaran dan pembangunan di kawasan
tersebut, Kejadian banjir I&t ini &patdilihat dalam konteks imbangan air bagi sesuatu kawasan Uamaluddin & Sham,
1982), dan d&-n bentuk yang paling mudak, ia dapat dinyatakan sebagai:
r = E + g + of ~tI...,.t,...,.,... (1)
& mana r ialah kerpasan E ialah sejatan
g iah& simpaaan, dan Af ial& larian air bmsih
Dari Persian Cl), kompanm rejatan, E, mm-i pq~&lz~ &i rum- put dan tun&&m-tumbuhan dan ianya k&q&& dipaqqgij sebagai se-
&~&&an, La&m air bersih, hf, merangkumi kedua-dua larian air permukaan da aubpermukaan.
Komponen+kompanen imbangan air yang dinyatakan dalam persamaan (1) mengalami perubahaa yang banyak di kaxvasan bandar, di mana kebanyakan daripada tumbuh-tumbuhan telah dibersihkan dan digantikan pula dengan simen, batu-bata, tar dan permukaan jalan raya, di mana hampir 50 peratus darinya tidak telapair. Di kawasan bandar komponen sejatan, E, juga mengalami pengurangan yang banyak lxxbanding dengw kaw~aa luar bandar. Keadaan p&g s”rup&ga wujad $di ksxxasan $an$aq & Imaw k-an, ds ke d&xm
*a&h mengalami pongur~,g~n yang’banyak kemqa permukaarmya banyak yang tidak telapair, ,dan ini mqghasilkan pengurangan ,di &lam komponon simpanan, g. D.engan im Iarian permukaan bersih akan bertambah :di kawasan bandar bar- banding dengan kawasan luar ban&r, walavpnn j.uq&h hujannya sama. Intern- siti hujan yang tinggi dan larian air bersih, Af, yang bertambah grnerupakan faktor-f&or yang menyebabkan berlakunya banji kilat di kawasanykawasan ren- dah clan di mana salirannya tidak baik ataupun tidak mencukupi.
Sepcrtimana yang telah dinyatakan sebelum ini, banjir kilat bukanlah suatu perkara yang baru bagi penduduk di Wilayah Persekutuan dan kawasan sekitar- nya kerana mereka pernah mengalami bebcrapa kejadian banjir kilat dalam jangka masa setahun. Jadual 22.2 menunjukkan ulangan kejadian banjir kilat di beberapa tempat di Wilayah Persekutuan dari tahun 1979 hingga ke tahun 1982 berdasarkan rekod Jabatsn Parit dan Tahair di stesen-stosen &mgai Tua, Sungai Gombak di kilometer 16 dan di Geating Kelang. Ol& k,vrana haqjir k&t biasanya dikaitkan dengan ribut perolakqn ;yang ku.at, yang $~&$AN b+
ma&
iwqwh yangsmgkat dan selalnnya tid& ti@~.ti~ ka%aszm y~;14g l~as
~~~~ i97491 maka stesen-stesen J&&an Pa& ,&XI %$&r&n yang.mMa.k ieI&L
Banjir Kilat
3211 Kg. S$abut.
Kg. Railway Ga Scgambut Industrial Esx
Kg, Kgsipi J&lam
l Kauasan Bcmjir
0 I 2 3
Kilometer
\ .-...-...-...-...i :g
Rajah 22.3. Wilayah Persekutuan: Kawasan ;yit”g Selalu Dilanda Ranjir Kilat
ke hulu dari Wilayah Persekutuan, tidak dapat menunjukkan keadaan hujan dan banjir kilat yang sebenar, yang berlaku di Wilayah Persekutuan. Malah kajian yang dijalankan di beberapa buah kawasan yang biasa dilanda banjir
322 JAMALUDDIN MD. JAHX kilat di Wilayah Persekutuan baru-baru ini menunjukkan bahawa kawasan- kawasan tersebut mengalami pada puratanya antara 8 hingga 10 kali kejadian banjir dalam masa setahun.
Kejadian banjir ki,lat di Wilayah Persekutuan bukan sahaja disebabkan oleh intensiti hujan yang tinggi, tetapi jua oleh kegiatan-kegiatan pemaju perumahan, pelombong dan setinggan. Berdasarkan pernyataan tersebut maka banjir kilat yang kerap melanda kawasan-kawasan Wilayah Persekutuan bukanlah disebabkan oleh hujan yang lebat sahaja, tetapi juga oleh berbagai-bagai faktor lizikal, sosial dan bandar, yang mungkin pada sebahagian besarnya dipengaruhi oleh proses perbandaran yang pesat.
Jadua122.2 Kekerapan Banjir Kilat di beberapa kawasan Wilayah Persekutuan, dari 1979 - 1982 Kekerapan dalam setahun
Kawasan 1979 1980 1981 1982
Kampung Kasipillay dan sekitarnya 1 5 3 1
Kampung Segambut Luar dan sekitarnya l-R 5 10 1
Kampung Puah Seberang dan sekitarnya 2 3 1 4
Kampung Baharu, Kampung Cendana dan sekitarnya 4 5 4 1 Sumber: Jabatan Parit dan Taliair, Wilayah Persekutuan
TINDAKAN MANUSIA TERHADAP BENCANA BANJIR KILAT Dalam ha1 ini tindakan manusia dapat ditinjau dari dua aspek, iaitu tindakan yang diambil oleh orang perseorangan atau masyarakat yang dilanda oleh ban- jir kilat, dan tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan dalam usaha untuk
mengatasi bencana tersebut. Langkah-langkah yang diambil oleh ‘orang perseorangan, umumnya, adalah dipengaruhi oleh persepsi mereka terhadap bencana banjir kilat, dan ini pula adalah ditentukan oleh beberapa perkara terten- tu, seperti kerosakan atau kerugian yang dialami semasa berlakunya banjir kilat, pendapatan dan juga hakmilik rumah yang mereka diami.
Berdasarkan kepada satu kqjian yang dijalankan di beberapa buah kawasan yang sering dilanda oleh banjir kilat di Wilayah Persekutuan, adalah didapati bahawa hampir 87 peratus dari responden menyatakan bahawa banjir kilat adalah suatu bencana yang bahaya. Walaupun mereka menyedari hakikat ini, mereka masih tetap tinggal di kawasan-kawasan tersebut kerana sebahagian besar dari mercka tidak mampu untuk mendapatkan tempat lain yang lebih selamat. Kea- daan tersebut mungkin disebabkan oleh kerana lebih dari 70 peratus dari mereka 1 mempunyai pendapatan yang kurang dari 500 ringgit sebulan. Ini menjadi lebih jelas lagi kerana terdapat kira-kira 33 peratus dari mereka yang tinggal menycwa
di kawasan-kawasan tersebut, semcntara sebahagian besar dari mereka yang mempunyai rumah sendiri tidak memiliki tanah tapak rumah.
1)ari segi langkah-langkah yang mereka ambil untuk mcngurangkan kerosakan dan kerugian akibat dari bcncana banjir kilat, didapati bahawa dari 67 peratus rcspondcn yang memiliki rumah yang mereka diami, hanya 54 peratus sahaja yang mengambil sesuatu langkah bagi mcngurangkan kerosakan akibat ban.jir kilat. Bagi mereka yang tidak mengambil apa-apa tindakan, menyatakan bahawn mercka tidak mampu untuk mengambil sesuatu tindakan kerana pendapatan yang kecil. Walau bagaimanapun, langkah-langkah yang diambil tidaklah
Ba+r Kilat 3.23 merupakan langkah-langkah yang melibatkan kos yang terlalu tinggi, kerana, sebahagian besar dari langkah-langkah tersebut adalah berbenttik tidak- kestrukturan, seperti membersihkan longkang dan menimbuskan katiasan reh- dah di sekeliling rumah. Sementara itu terdapat juga responden yang r&ngambil langkah-angkah kestrukturan seperti meninggikan rumah, membina longkang, membina tembok simen di rumah dan mengukuhkan rumah. Dari kajian ini juga didapati bahawa kira-kira 90 peratus dari mereka yang mengambil sesuatu tindakan bagi mengatasi kerosakan dan kerugian akibat banjir kilat adalah mereka yang mempunyai persepsi bahawa banjir kilat akan berulang pada rnasa- masa akan datang. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang,tidak mengarnbil apa-apa tindakan, sebahagian besar dari mereka juga mempunyai persepsi bahawa banjir kilat akan berlaku lagi pada mass akan datang, tetapi mereka tidak ber- buat sesuatu kerana mereka merupakan penyewa di situ ataupun kerana keti- daan kewangan tidak mengizinkan.
Terdapat banyak langkah yang diambil oleh pihak berkuasa untuk mengurangkan akibat bencana banjir kilat, iaitu sama ada melalui langkah jangkn pendek atau langkah jangka panjang; kesemuanya bertujuan sama ada untuk mengawal ataupun mengurangkan masalah banjir kilat. Langkah-1angka.h jangka pendek merupakan langkah-langkah kecemisan dan bantuan semasa berlakunya bar?jir kilat. Langkah kecemasan biasanya melibatkan pemindahan mangsa banjir ke pusat-pusat bantuan mangsa banjir, yang biasanya terletak berhampiran dengan kawasan banjir. Walau bagaimanapun, dalam kes banjir kilat tidak banyak langkah pemindahan yang dijalankan, kecuali banjir kilat melanda bagi satu tcmpoh yang lebih dari lima atau enam jam dan juga melibatkan kehilangan nyawa seperti.yang berlaku pada bulan November 1982, di mana terdapat 3 kematian dan seramai 1,200 orang telah dipindahkan ke pusat-pusat bantuan mangsa banjir (New Straits Times; Utusan Malaysia, 2.11.1982).
Langkah-langkah jangka pendek yang lain yang diambil oleh pihak berkuasa termasuklah pembersihan sistem saliran dan sungai dari bahan mendak;
melebarkan sungai; menguatkuasakan undaig-undang kecil mengenai kc+
kerja tanah; membekukan rancangan perumahan swasta di kawasan bukit dan tanah tinggi; dan menarik balik kebenaran pembangunan sekiranya pihak poma- ju perumahan melanggar peraturan-peraturan Jabatan Parit dan Taliair
mengenai langkah-langkah pengurangan banjir.
Langkah-langkah jangka panjang pula dapat dibahagikan kepada penycsuaian kestrukturan dan bukan kestrukturan. Penyesuiian kestrukturan melibatkan kerja-kerja pembinaan empangan, kerja-kerja yang berkaitan dengan sungai, dan juga kerja-kerja yang berkaitan dengan sistem peparitan utama. Di bawah RME, kerjh-kerja yang dirancangkan dan dijalankan bagi Projek Mitigasi Ban- jir Kuala Lumpur termasuklah meninggikan empangan Kelang Gate; mem- bina sebuah empangan di Sungai Batu; beberapa kerja sungai di Sungai Batu, Sungai Gombak, Stingai Kelang dan sungai-sungai lain, seperti Sungai Kerayong; dar) juga beberapa projek peparitan. utama (lihat Jadual 22.3 dan Rajah 22.4). Projek mitigasi banjir yang dijalankan setakat ini telah dapat mer- ingankan sedikit masalah banjir kilat di kawasan-kawasan Tiong Nam, Kam- pung Simpang Batu, Kampung Siam, kawasan Maxwell dan juga sebahagian daripada KamPung Kasipillay .
Penyesuaian bukan kestrukturan yang merupakan sebahagian -daripada langkah jangka panjang ialah mewujudkan sistem ramalan dan amaran banjir.
324 JAMALUDDIN MD. JAHI
Dalam kes ini, selain daripada maklumat mengenai cuaca yang disampaikan oleh Perkhidmatan Kajicuaca di Petalinggaya, Jabatan Parit dan Taliairjuga mengadakan stesen-stesen merekod hujan dan aras air di beberapa tempat di sepanjang Sungai Kelang, Sungai Gombak dan Sungai Batu. Beberapa stesen merekod automatik tersebut disambungkan dengan siren amaran banjir automatik yang dipasangkan di Kampung Segambut, Kampung Kasipillay, ,Jalan Ipoh, Kampung Datuk Keramat, Kampung Baharu dan kawasan Tiong Nam.
Jdual 22.3 Projek Mitigasi Banjir Kuala Lumpur di bawah RME ($‘OOO)
Jenis Kerja Perbelanjaan Peruntukan Peruntukan
1981 1982 1983 - 1985
1. Kerja-kerja empangan
a. Pembesaran Kelang Gate 84 -
b. Empangan Batu 10,099 5,619 5,000
c. Empangan Gombak - -
2. Kerja-kerja xungai
a. Sungai Batu 158 - -
b. Sungai Gombak 1,024 5,000 11,139
c. Sungai Kelang 127 -
d. Sungai-sungai lain 1,850 1,180 92
3. Kerja-kerja peparitan utama 127 400 2,000
4. Perbelanjaan operasi 1,701 1,800 3,600
Sumber: Jabatan Parit dan Taliair, Wilayah Persekutuan
SARANAN DAN PENUTUP
Kcrtas ini t&h menghuraikan proses perbanda,ran yang berlaku denganpesatnyn di Wilayah Persckutuan, Proses perbanclaran tersebut telah mewujudkan beberapa masalah yang berkaitan dengannya, sama ada secara langsung ataupun secara tidak langsung. Ini dapat ditinjau dari segi pembaqunan kawasan perin- dustrian, perumahan, infrastruktur dan pertambahan penduduk yang disebabkan oleh migrasi desa-bandar dan pertambahan semula jadi. Pembangunan yang pesat menyebabkan banyak kawasan yang telah mengalami perubahan guna tanah dan ini seterusnya mengganggu imbangan air bandar dan juga menghasilkan hakisan cepat. Pertambahan ba,han mendak yang banyak dalam sistem saliran dan juga pembuangan sampah sarap yang tidak teratur, terucamanya di kawasan- kawasan sctinggan telah menyebabkan berlakunya banjir kilat apabila turun- nya hujan lebat.
Oleh kerana ban.jir kilat ini sangat kerap berlaku dan banyak pula kawasan- yang dilandanya maka ia telah menjadi satu masalah alam sekitar, terutamanya- di kawasan-kawasan tanah rendah dan juga kawasan yang terletak berhampiran dengan projek-projek pembangunan. Penduduk yang terlibat secara langsung dengan masalah ini tidak dapat mengadakan penyesuaian yang berkesan kerana kurang kemampuan. Walau bagaimanapun pihak-pihak yang berkenaan, terutamanya pihak kcrajaan, telahpun dan sedang menjalankan beberapa langkah yang sesuai bagi mengurangkan dan juga menghentikan masalah tersebut.
Setengah-setengah daripada langkah tersebut, seperti pembinaan empangan ser- baguna dan juga kerja-kerja mempertingkatkan alur, telah mula menunjukkan kesannya di beberapa buah kawasan tertentu. Tetapi kawasan yang dilanda ban-
Ba?jir Kilat 325
PETUNJUK
w Empangan 8 Reservoir Peningkatan Alur d Sungai
Jalanrij6--...
- Jalan Keretopi Sempadan Wilayah
Persekutuan --- Sempadan Lembongan
m Ban
/ \ A
‘.& U
\
‘\,
-\ \
‘.
hRCSER~OIR YANG DlLUASKAN/ ‘.
Rajah 22.4. Projek Mitigasi Banjir di Wilayah Persekutunn
jir kilat ini nampaknya kian hari kian meningkat jumlahnya, terutamanya di kawasan-kawasan yang dibangunkan untuk sesuatu projek dan jug-a di kawasan yang tidak mempunyai sistem saliran yang menrukupi dan sesuai.
326 JAMALUDDIN MD. JAHI Kalau ditinjau dari segi penyebab ban+ kilat yar.g melibatkan beberapa faktor semula jadi dan manusia, nampaknya langkah-langkah yang telah dan sedag diambil oleh pihak yang berkenaan itu nasih belum mencukupi bagi mencegah masalah banjir kilat. Mungkin apa yang diperlukan oleh Wilayah Persekutuan ialah suatu bentuk pera&angan guna tanah yang lebih ketat berhubungan dengan pembangunan sosioekoraomi di sesuatu kawasan tadahan dan sate program penanaman pokok-pokok yang komprehensif dan terancang di kawasan yang telah dimajukan.
Perancangan guna tanah sepatutnya menghadkan pembangunan di kawasan kawasan yang mudah dilanda banjir kilat, mewujudkan pembangunan melalui ordinan pengzonan, peraturan pemecahan tanah, kod bangunan dan pem- baharuan semula bandar. Melalui ordinan pengzonan pihak yang berkuasa boleh menetapkan jenis guna tanah dan bangunan di kawasan yang mudah dilanda banjir kilat, sementara peraturan pemecahan tanah dapat menentukan supaya kawasan tanah yang mudah dilanda banjir kilat tidak dijual kepada orang awam.
Sebenarnya kesemua syarat tersebut dapat diwujudkan melalui program pem- baharuan semula bandar, di mana perancangan yang teliti dan teratur dapat dilaksanakan. Melalui cara ini juga masalah setinggan akan dapat diselesaikan dengan menempatkan mereka semula di kawasan-kawasan lain yang lebih sesuai, sementara kawasan-kawasan tinggalan mereka digunakan untuk projek yang lebih menguntungkan.
Oleh kerana banjir kilat bukan disebabkan oleh kegiatan yang dijalankan di Wilayah Persekutuan sahaja, tetapi juga oleh aktiviti sosioekonomi, seperti pem- balakan dan pembersihan kawasan tadahan bagi tujuan pertanian dan sebagainya, pihak kerajaan seharusnya mengadakan undang-undang yang lebih ketat bagi mengawal kegiatan tersebut dan disertakan pula dengan penguatkua- saan undang-undang yang berkesan. Selari dengan langkah-langkah pencegahan tersebut, hendaklah juga diadakan program penanaman pokok bagi mempastikan pemulihan imbangan air di kawasan Wilayah Persekutuan.