Ruj. Kami : UTM.J.02.02/12.11/1/1/60 Jld.4 (14) Tarikh : 20 Julai 2020
SENARAI EDARAN SEPERTI DI LAMPIRAN
YBhg. Dato’/Tuan/Puan,
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Teknologi Malaysia mempelawa semua pegawai akademik di Universiti YBhg. Dato’/tuan/puan yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) di Universiti Teknologi Malaysia.
3. Bersama-sama ini dilampirkan iklan jawatan (Lampiran 1) untuk dipanjangkan hebahan ini kepada pegawai akademik di universiti masing-masing. Untuk makluman YBhg.
Dato’/tuan/puan, tarikh tutup permohonan adalah pada 11 Ogos 2020 (Selasa).
4. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, sila hubungi Bahagian Sumber Manusia ditalian 07-5530297 atau emel: [email protected] (Puan Nor Azizah binti Ismail).
Kerjasama pihak YBhg. Dato’/tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
“Berkhidmat untuk Negara”
Saya yang menjalankan amanah,
(ABDUL RAZIB BIN HJ. SHAHUDDIN) Pendaftar
b.p. Naib Canselor
MS/fcm
1/4
LAMPIRAN SENARAI EDARAN
YBrs. Dr. Susheela Nair T. R. Ramachandran Pendaftar
Universiti Malaya (UM) 50603 KUALA LUMPUR
YBrs. Dr. Haji Musa bin Ali Pendaftar
Universiti Sains Malaysia (USM) 11800 PULAU PINANG
YBrs. Dr. Hajah Ina Md. Yasin Pendaftar
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 43650 Bangi
SELANGOR DARUL EHSAN
Tuan Haji Rosdi b. Wah Pemangku Pendaftar
Tingkat 4, Bangunan Canselori Putra Universiti Putra Malaysia (UPM) 43400 Serdang
SELANGOR DARUL EHSAN Puan Hajah Sa’adah Ibrahim Pendaftar
Universiti Teknologi MARA (UiTM) 40450 Shah Alam
SELANGOR DARUL EHSAN
YBhg. Dato’ Abdul Rahim bin Ahmad Pengarah Eksekutif
Bahagian Perkhidmatan Pengurusan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) P.O. Box 10
50728 KUALA LUMPUR
Encik Baharudin bin Yaacob Pendaftar
Universiti Utara Malaysia (UUM) 06010 Sintok
KEDAH DARUL AMAN
2/4
Puan Vina Zahriani Yusof @ Vina Joseph Pendaftar
Universiti Malaysia Sabah (UMS) Jln. UMS
88400 Kota Kinabalu
SABAH NEGERI DI BAWAH BAYU
Tuan Haji Azlan bin Ramli Pendaftar
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) 94300 Kota Samarahan
SARAWAK BUMI KENYALANG
Encik Helmi Zaifura bin Abul Rahman Ketua Timbalan Pendaftar
Yang Menjalankan Fungsi Pendaftar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Jalan Slim
35900 Tanjong Malim PERAK DARUL RIDZUAN
YBhg. Dato’ Muhammad Haizuan bin Rozali Pendaftar
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Bandar Baru Nilai
71800 Nilai
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Tuan Haji Zukiferee bin Ibrahim Pendaftar
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 21030 Kuala Terengganu
TERENGGANU DARUL IMAN
Encik Abd. Halim bin Abdul Rahman Pendaftar
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) 86400 Parit Raja
Batu Pahat
JOHOR DARUL TAKZIM
Encik Masdzarif bin Mahat Ketua Pegawai Operasi
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Hang Tuah Jaya
76100 Durian Tunggal
MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH
3/4
YBrs. Profesor Madya Dr. Mohd Ridzuan Darun Pendaftar/Ketua Pegawai Operasi
Canseleri Tun Abdul Razak
Universiti Malaysia Pahang (UMP) 26600 Pekan
PAHANG DARUL MAKMUR
Tuan Haji Mohd Saad bin Din Pendaftar
Jabatan Pendaftar
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Aras 1, Bangunan Canselori
Kampus Alam UniMAP Pauh Putra 02600 Arau
PERLIS
Encik Ismail bin Musa Pendaftar
Pejabat Pendaftar
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Gong Badak
21300 Kuala Terengganu TERENGGANU DARUL IMAN
Puan Mazula binti Sabudin Pendaftar
Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Beg Berkunci No. 01
16300 Bachok
KELANTAN DARUL NAIM
Puan Hajah Sarina binti Abd Rani Pendaftar
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Kem Sungai Besi
57000 KUALA LUMPUR
nai,ms/fcm 2020
4/4
LAMPIRAN 1
IKLAN JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR)
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa, permohonan bagi jawatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Gred Utama B (VU6) (Terbuka) di Universiti Teknologi Malaysia adalah dibuka untuk permohonan.
2. Sebagai makluman, proses pemilihan akan dilaksanakan secara terbuka bagi membolehkan semua staf akademik Universiti yang berminat mengemukakan permohonan.
3. Sehubungan dengan itu, semua staf akademik boleh mengemukakan permohonan masing-masing secara bersurat untuk dipertimbangkan ke jawatan tersebut. Berikut adalah maklumat jawatan, kriteria umum dan kriteria khusus bagi pemilihan jawatan tersebut:
Maklumat Jawatan:
Jawatan : Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Tertinggi
Gred Jawatan : Gred Utama B (VU6) (Terbuka)
Taraf Lantikan : Secara Pertukaran Sementara / Peminjaman / Kontrak Tempoh Lantikan : Tiga (3) Tahun
Gaji Hakiki : Minimum: RM8,315.00 – Maksimum: RM22,445.00
Kriteria Umum:
i) Kecemerlangan Akademik
Mempunyai kelayakan PhD, mendapat command of respect dari kalangan rakan sejawat, mempunyai rekod cemerlang dalam penyelidikan, penerbitan jurnal berwasit antarabangsa, inovasi dalam pengajaran dan cemerlang dalam khidmat profesional.
1/3
ii) Pengiktirafan Antarabangsa
Diiktiraf oleh peers antarabangsa sebagai pakar dalam bidangnya, mempunyai jaringan antarabangsa yang kukuh, pernah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan dari organisasi terkemuka luar negara.
iii) Kebolehan Memimpin dan Mengurus
Mempunyai people skills yang boleh meneraju transformasi, mempunyai gagasan, visi dan misi serta mampu menggerakkan komuniti kampus ke arah budaya kecemerlangan akademik. Ditambah dengan kemahiran komunikasi dan interpersonal yang mantap. Pengalaman dan rekod cemerlang pimpinan akademik merupakan antara ciri utama dalam menentukan kebolehmampuan calon.
iv) Reputasi
Menjadi “role model” kepada semua peringkat staf, mempunyai pengalaman dan (proven track record) serta disanjung baik serta dihormati oleh masyarakat kampus dan luar.
v) Personaliti
Seorang yang berwibawa, berkarisma, bersahsiah tinggi, team player, serta mempunyai motivasi dalaman untuk memacu kecemerlangan Universiti, Calon juga mestilah memahami aspirasi negara untuk membangunkan modal insan bermentaliti kelas pertama.
vi) Disahkan sihat oleh Pengamal Perubatan Berdaftar.
Kriteria Khusus:
i) Berkemampuan Menguruskan Urusan Berkaitan Pembangunan dan Hal Ehwal Mahasiswa
Mempunyai pengalaman dalam menguruskan perkara-perkara yang berkaitan dengan pembangunan dan Hal Ehwal Mahasiswa. Ini adalah kerana penyandang bertanggungjawab menyelia aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan mahasiswa, terutama Majlis Perwakilan Mahasiswa agar sebarang aktiviti yang dijalankan adalah selari dengan matlamat penubuhan universiti dan tidak bercanggah dengan dasar-dasar semasa kerajaan.
ii) Aktif Dalam Ko-kurikulum dan Berpengetahuan Dalam Mereka Bentuk dan Melaksanakan ko-kurikulum Berkredit serta Program Pembangunan Mahasiswa Secara Holistik
Mahir dalam mereka bentuk ko-kurikulum berkredit berteraskan Hasil Pembelajaran (LO) dan Kemahiran Insaniah (KI) serta aras taksonomi pembelajaran yang selaras dengan atribut afektif yang perlu dihasilkan melalui
2/3
ko-kurikulum. Berpengalaman dalam menterjemah ko-kurikulum berkredit kepada program memperkasakan mahasiswa serta berupaya memberi kesedaran, dorongan dan galakan kepada mahasiswa untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti ko-kurikulum dalam usaha melahirkan mahasiswa yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
iii) Penglibatan Dalam Jawatankuasa yang Berkaitan Hal Ehwal Mahasiswa:
Mestilah seorang individu yang service-oriented dan sentiasa bersedia mendekati mahasiswa bagi menjaga kebajikan mereka tidak kira siang ataupun malam kerana akan terlibat dalam Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa, Jawatankuasa Tatatertib Mahasiswa dan Jawatankuasa- jawatankuasa lain yang berkaitan dengan hal ehwal mahasiswa. Mempunyai pengetahuan dalam bidang psikologi dan kaunseling/rundingcara sebagai asas untuk mendekati mahasiswa dan mengetahui permasalahan mereka.
iv) Berpengalaman Dalam Menguruskan Kolej-kolej Kediaman:
Mempunyai asas dalam pengurusan kerana pengurusan kolej-kolej kediaman di universiti merupakan tanggungjawab dan berada di bawah bidang kuasa TNC (HEP). Mempunyai kemahiran dalam penyelesaian masalah bagi menjaga keharmonian dan kesejahteraan Mahasiswa agar perkhidmatan yang disediakan ini dapat melahirkan dan mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif.
v) Mempunyai Jaringan Hubungan yang Luas Serta Dihormati Dalam Kalangan Alumni:
Mempunyai jaringan hubungan yang luas serta dihormati dalam kalangan alumni. Ini adalah kerana pewujudan alumni adalah penting sebagai salah satu teras kepada pembangunan dan kemajuan Universiti.
4. Semua permohonan untuk dipertimbangkan ke jawatan tersebut, boleh dipohon secara atas talian melalui pautan www.registrar.utm.my/borang- permohonantnchep.
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, sila hubungi Puan Nor Azizah binti Ismail ([email protected]/07-5530297).
Semua permohonan perlu dihantar sebelum atau pada 11 Ogos 2020 (Selasa).
3/3