• Tidak ada hasil yang ditemukan

-SENARAI JADUAL-

N/A
N/A
Nguyễn Gia Hào

Academic year: 2023

Membagikan "-SENARAI JADUAL- "

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

SISTEM MAKLUMAT LATIHAN INDUSTRI

NUR RUZAINI BIN OTHMAN

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian

(Pengkomputeran Rangkaian)

Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2006

(2)

ii

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat saya menyiapkan projek tahun akhir dan sistem ini dalam masa yang ditetapkan. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada penyelia projek tahun akhir saya iaitu Puan Azni Haslizan Binti Abdul Halim yang telah memberikan idea untuk membangunkan Sistem Maklumat Latihan Industri ini. Tanpa buah fikiran dan tunjuk ajar beliau, tidak mungkin sistem ini akan dapat dibina dengan jayanya. Terima kasih juga kerana tidak jemu memberikan tunjuk ajar, dorongan dan semangat kepada saya sepanjang saya menyiapkan projek ini. Ucapan sekalung penghargaan juga saya tujukan kepada ahli keluarga, sahabat handai, dan pensyarah- pensyarah yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak di dalam membantu saya menyiapkan projek ini.

(3)

iii

-ISI KANDUNGAN-

TAJUK MUKASURAT PENGHARGAAN II

ISIKANDUNGAN III

SENARAI JADUAL VI

SENARAI RAJAH VII

ABSTRAK IX

BAB 1: PENGENALAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Pernyataan Masalah 2

1.2 Objektif Projek 3

1.3 Skop Projek 4

1.4 Metodologi 4

1.5 Hasil Jangkaan 6

1.6 Kepentingan Projek. 7

1.7 Perancangan Projek 8

1.8 Garis Kasar Laporan 9

BAB 2: LATAR BELAKANG

2.0 Pengenalan 11

2.1 Ulasan Literatur 12

2.2 Kajian Sistem Sedia Ada 13

2.2.1 Sistem 1 13

2.2.1.1 Fungsi Sistem 14

2.2.1.2 Ciri-Ciri 14

2.2.1.3 Kelemahan Sistem 15

2.2.2 Sistem 2 16

2.2.2.1 Fungsi Sistem 17

(4)

iv

2.2.2.2 Ciri-Ciri 17

2.2.2.3 Kelemahan Sistem 18

2.2.3 Sistem 3 19

2.2.3.1 Fungsi Sistem 19

2.2.3.2 Ciri-Ciri 20

2.2.3.3 Kelemahan Sistem 21

2.3Kelebihan Sistem Berkomputer Berbanding Sistem Manual 22

2.4 Perbandingan Sistem 23

2.5 Kesimpulan 24

BAB 3: KEPERLUAN ANALISIS DAN REKABENTUK

3.0 Pengenalan 25

3.1 Analisa Pengguna Sistem 26

3.2 Analisa Keperluan Sistem 27

3.2.1 Keperluan Perisian 27

3.2.2 Keperluan Perkakasan 29

3.3 Gambarajah Aliran Data 29

3.3.1 Gambarajah Konteks 30

3.3.2 Gambarajah tahap 0 31

3.3.3 Gambarajah Tahap 1 32

3.4 Rekabentuk Sistem 35

3.5 Kesimpulan 39

BAB 4: PERLAKSANAAN DAN PENGUJIAN

4.0 Pengenalan 40

4.1 Sokongan Perisian 40

4.2 Rekabentuk Antaramuka Pengguna 41

4.2.1 Halaman Utama 42

4.2.2 Halaman Pelajar (Pelajar) 43

4.2.3 Halaman Forum (Pelajar) 44

(5)

v

4.2.4 Halaman Kemaskini Resume (Pelajar) 45

4.2.5 Halaman Semak Resume (Pelajar) 46

4.2.6 Halaman Semak Status Permohonan (Pelajar) 47 4.2.7 Halaman Pengesahan (Pelajar) 48

4.2.8 Halaman Muat Turun (Pelajar) 49

4.2.9 Halaman Carian Dan Muat Turun Resume Pelajar (Koordinator) 50 4.2.10 Halaman Carian Resume Pelajar (Koordinator) 51 4.2.11 Halaman Status Permohonan (Koordinator) 52

4.2.12 Halaman Pengumuman (Koordinator) 53

4.2.13 Halaman Pengesahan Pelajar (Koordinator) 54

4.2.14 Halaman Daftar Pengguna (Admin) 55

4.2.15 Halaman Kemaskini (Admin) 56

4.2.16 Halaman Muat Naik (Admin) 57

4.3 Pengujian Sistem 58

4.4 Perlaksanaan Source Code 59

4.5 Kesimpulan 60

BAB 5: KESIMPULAN DAN KAJIAN LANJUTAN

5.0 Pengenalan 61

5.1 Pencapaian 61

5.2 Kajian Lanjutan SMLI 62

5.3 Kesimpulan 63

RUJUKAN 64 LAMPIRAN A 65 LAMPIRAN B 71

(6)

vi

-SENARAI JADUAL-

Jadual Keterangan Mukasurat

1.1 Jadual Perancangan Projek 8

2.1 Kelebihan Sistem Berkomputer Berbanding Sistem Manual

22

2.2 Perbandingan Sistem 23

3.1 Keperluan Perisian Sistem 28

3.2 Keperluan Perkakasan Sistem 29

4.1 Objektif SMLI Dan Pencapaiannya 58

(7)

vii

-SENARAI RAJAH-

Rajah Keterangan Mukasurat

1.1 Struktur Fasa Bagi Waterfall Development Methodology 6 2.1 Lawan Web Latihan Industri dan Pengurusan FTSM,

UKM

13

2.2 Laman Web Rasmi Latihan Industri FKE, UTM 16 2.3 Industrial Training Division di University of Moratuwa 19 3.1 Simbol-Simbol Utama Bagi Gambarajah Aliran Data 30

3.2 Gambarajah Konteks Bagi SMLI 31

3.3 Gambarajah Tahap 0 Bagi SMLI 32

3.4 Gambarajah Tahap 1 Bagi Pelajar 33

3.5 Gambarajah Tahap 1 Bagi Koordinator 34

3.6 Gambarajah Tahap 1 bagi Admin 35

3.7 Site Map Bagi Rekabentuk Sistem 38

4.1 Paparan Skrin Muka Hadapan Laman SMLI 42

4.2 Paparan Skrin Bagi Laman Pelajar 43

4.3 Paparan Skrin Bagi Forum Pelajar 44

4.4 Paparan Skrin Isi Dan Kemaskini Resume Pelajar 45

4.5 Paparan Skrin Resume Pelajar 46

4.6 Paparan Skrin Penyemakan Status Permohonan 47

4.7 Paparan Skrin Pengesahan Tempat LI 48

4.8 Paparan Skrin Muat Turun Dokumen 49

4.9 Carian Dan Muat Turun Resume Pelajar 50

4.10 Koordinator Memilih Sesi 2006/2007 semester 1 51

(8)

viii

4.11 Koordinator Memasukkan Status Permohonan Pelajar 52

4.12 Koordinator Memasukkan Pengumuman 53

4.13 Senarai Pelajar Yang Telah Melakukan Pengesahan Tempat

54

4.14 Admin Mendaftar Pengguna Sistem 55

4.15 Admin Mengemaskini Pengguna Sistem 56

4.16 Admin Memuat Naik Dokumen 57

4.17 Source Code Keselamatan Sistem 59

4.18 Source Code Menyemak Kesalahan 59

4.19 Source Code Menyemak Kesalahan 60

(9)

ix

ABSTRAK

Sistem Maklumat Latihan Industri (SMLI) merupakan sebuah sistem berasaskan web yang dibangunkan khas bagi pelajar Fakulti Sains Komputer Teknologi Maklumat di Universiti Malaysia Sarawak yang mengambil subjek Latihan Industri (TMY2908). Tujuan utama sistem ini dibangunkan ialah supaya pelajar boleh mendapatkan maklumat terkini berkenaan Latihan Industri (LI) serta melakukan permohonan tempat LI secara atas talian (Online).

Melalui tinjauan yang dilakukan, rata-rata pelajar inginkan sebuah sistem yang dapat memudahkan mereka melakukan permohonan tempat LI. Selama ini, pelajar perlu melakukan permohonan secara manual, sedangkan mereka sendiri tidak pasti tentang status permohonan mereka. Dengan adanya SMLI, ia dapat membantu para pelajar di dalam melakukan permohonan secara cepat dan ringkas. Pelajar juga boleh menyemak status jawapan yang mereka terima daripada pihak organisasi. Selain itu, SMLI juga berkemampuan untuk menyimpan resume pelajar yang boleh dijadikan rujukan oleh pihak fakulti di masa akan datang.

(10)

x

ABSTRACT

Sistem Maklumat Latihan Industri (SMLI) is a web based system that is developed for the student registering the Industrial Training (TMY2908) course at Faculty Computer Science of Information Technology in University Malaysia Sarawak. The main reason for this project is to give information about Industrial Training to students and for student to apply their Industrial Training place online. From the survey that have been done, most of the student want a system that can manage their placement for Industrial Training efficiently. It is because, the manual system that used by faculty now is not very efficient and they did not know what is the status of their application. With SMLI, student can easily apply for their Industrial Training placement. They can also check the status of their application. SMLI is also can save a student resume record and this record will be use by a faculty in the future.

(11)

1

BAB1: PENGENALAN

1.0 Pengenalan

Latihan Industri merupakan subjek teras yang perlu diambil oleh setiap pelajar Fakulti Sains Komputer Teknologi Maklumat (FSKTM) di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Pada masa sekarang, pelajar-pelajar di FSKTM masih lagi melakukan permohonan tempat untuk melakukan latihan industri secara manual kerana fakulti masih tidak mempunyai sistem untuk melakukannya secara atas talian (online). Oleh kerana itu, satu sistem harus dibina untuk memudahkan para pelajar melakukan permohonan tempat bagi subjek Latihan Industri.

Sistem Maklumat Latihan Industri (SMLI) merupakan sistem berasaskan web untuk memudahkan para pelajar di FSKTM UNIMAS memilih dan melakukan permohonan tempat dengan lebih cepat dan efektif berbanding kaedah manual. Selain itu, sistem yang bakal dibina ini juga bertujuan memudahkan koordinator bagi latihan industri menyampaikan segala maklumat yang berkaitan kepada pelajar dengan lebih berkesan. Dengan kata lain, segala perkara berkaitan dengan latihan industri ada di dalam sistem ini. Sistem yang akan dibina ini semestinya akan memberikan kebaikan dan kepentingan kepada semua pihak terutamanya pelajar dan juga koordinator latihan industri. Sistem ini juga akan menjadi pengganti kepada kaedah manual yang mempunyai banyak kelemahan,masalah, dan menyusahkan para pelajar.

(12)

2 1.1 Pernyataan Masalah

Kaedah manual bagi permohonan mendapatkan tempat untuk latihan industri yang digunakan FSKTM pada masa ini merupakan kaedah yang kurang efektif dan menyusahkan para pelajar. Melalui pengalaman yang lepas, pelajar terpaksa menunggu jawapan sehingga berbulan-bulan tanpa mengetahui samada permohonan mereka diterima ataupun tidak.

Selain itu, pelajar terpaksa menghabiskan masa untuk menyiapkan dokumen-dokumen untuk dihantar kepada organisasi sedangkan mereka tidak pasti permohonan mereka diterima ataupun ditolak. Pelajar-pelajar juga tidak dapat memastikan sama ada permohonan mereka telah selamat sampai ke organisasi yang dipohon melalui pos.

Bagi pelajar yang menghadapi masalah dan tidak mendapat tempat, kebanyakan dari mereka akan berhubung terus dan merujuk masalah kepada koordinator latihan industri. Ini akan memberi bebanan kepada koordinator untuk mengatasi masalah setiap pelajar.

Koordinator juga terpaksa mengambil semula resume atau butiran peribadi setiap pelajar untuk melakukan permohonan yang baru kerana tidak ada simpanan resume pelajar .

Kaedah manual yang digunakan sekarang juga menyukarkan pelajar-pelajar untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan dengan latihan industri yang bakal mereka hadapi.

Koordinator latihan industri terpaksa menampal notis untuk menyampaikan maklumat terbaru yang belum tentu dibaca oleh pelajar. Bagi pelajar yang kurang peka, mereka akan terlepas daripada mengetahui maklumat terkini yang telah disampaikan oleh koordinator.

(13)

3 1.2 Objektif Projek

Tujuan utama projek ini dibina adalah untuk memudahkan pelajar di FSKTM UNIMAS melakukan permohonan tempat bagi latihan industri. Kaedah manual yang digunakan FSKTM sekarang kelihatan mempunyai banyak kelemahan dan menyukarkan para pelajar. Dengan menggunakan sistem atas talian, pelajar tidak lagi perlu melakukan salinan dokumen yang banyak untuk dihantar kepada organisasi berlainan sedangkan masih belum pasti sama ada permohonan itu berjaya ataupun tidak.

Sistem ini juga dapat memudahkan koordinator menyampaikan maklumat terkini kepada pelajar berkaitan latihan industri. Koordinator tidak lagi perlu menampal notis yang belum tentu dibaca oleh setiap pelajar. Dengan menggunakan SMLI, koordinator LI boleh menyampaikan maklumat terkini sama ada melalui ruang pengumuman yang disediakan ataupun menghantar mesej kepada pelajar melalui ruangan forum.

Menghasilkan sistem yang bersifat mesra pengguna juga menjadi tujuan utama pembinaan SMLI ini. Tidak ada gunanya jika sistem yang dihasilkan tidak dapat memenuhi kehendak pengguna dan tidak difahami cara penggunaannya.

Kesimpulannya, objektif projek ini ialah untuk:

 Memudahkan pelajar melakukan permohonan tempat bagi latihan industri

 Memudahkan koordinator LI menyampaikan maklumat terkini kepada pelajar berkaitan latihan industri

 Menghasilkan sistem yang bersifat mesra pengguna (user friendly)

(14)

4 1.3 Skop Projek

Skop untuk projek ini perlu ditetapkan agar projek ini tidak melebihi garisan ataupun had yang ditetapkan. Ia juga penting untuk memastikan objektif projek dapat dicapai dengan jayanya. Skop SMLI tidak merangkumi kesemua pelajar-pelajar di UNIMAS. Sasaran projek ini hanya tertumpu kepada koordinator yang terlibat di dalam pengurusan latihan industri dan juga pelajar-pelajar FSKTM yang bakal menghadapi latihan industri sahaja.

Sistem ini tidak diberi penekanan terhadap keselamatan data. Tidak ada encryption dan decryption data dilakukan semasa penghantaran dan penerimaan data. Ini kerana, pengguna bagi sistem ini hanya pelajar-pelajar di FSKTM UNIMAS sahaja dan tidak ada sebarang butiran sulit dari pengguna yang perlu dilindungi. Walaupun begitu pelajar tetap perlu daftar masuk sebelum menggunakan sistem.

Bagi pengguna yang tidak daftar masuk ketika memasuki sistem ini, mereka hanya boleh melayari sistem ini sebagai tetamu (guest) sahaja. Mereka tidak boleh melakukan permohonan tetapi mereka boleh membaca maklumat-maklumat terkini berkaitan latihan industri dan juga bahagian-bahagian yang telah dikhaskan untuk mereka.

1.4 Metodologi

Metodologi yang sesuai adalah amat penting untuk menentukan kejayaan sesebuah projek. Ini untuk memastikan produk yang bakal dihasilkan menepati keperluan dan kehendak pengguna.

(15)

5

Oleh kerana skop projek ini tidak terlalu besar, kaedah Kitar Hayat Pembangunan Sistem (SDLC) telah dipilih sebagai panduan untuk membina sistem ini. Terdapat lima fasa atau peringkat penting dalam motodologi ini yang perlu diikuti.

Fasa yang pertama ialah merancang objektif dan mengenal pasti masalah. Ini bertujuan untuk mengelakkan masalah yang tidak dijangka timbul semasa ataupun setelah terbinanya sistem ini. Di dalam projek ini, segala perancangan, objektif dan masalah telah dikenal pasti terlebih dahulu. Ini dilakukan dengan membezakan sistem manual yang sedia ada dengan sistem atas talian yang bakal dibina. Banyak kelebihan yang dapat diperolehi jika FSKTM menggunakan sistem atas talian untuk pelajar melakukan permohonan LI.

Fasa yang kedua ialah menganalisis keperluan sistem. Pada fasa ini, analisis terhadap sistem perlu dilakukan dengan terperinci agar proses membangunkan SMLI dapat berjalan dengan lancar tanpa menghadapi sebarang masalah. Antara analisis yang dijalankan ialah keperluan perkakasan dan juga perisian yang sesuai digunakan. Selain itu, analisis membandingkan SMLI dengan tiga sistem lain juga dilakukan bagi menunjukkan kelebihan SMLI dan kelemahan sistem sedia ada.

Fasa yang ketiga ialah merekabentuk sistem. Sistem perlu direka bentuk dengan teratur sebelum dibangunkan. Setiap sudut perlu diteliti agar sistem yang dihasilkan akan lebih bersifat mesra pengguna sekaligus memenuhi kehendak objektif. Rekabentuk SMLI adalah berdasarkan analisa yang dibuat agar sistem tidak terpesong daripada skop yang telah ditetapkan.

(16)

6

Fasa yang keempat ialah melakukan perlaksanaan sistem. Dalam fasa ini, perlaksanaan dan percubaan terhadap sistem yang telah selesai akan dilakukan. Ini amat penting supaya sistem yang dihasilkan dapat berjalan dengan sempurna tanpa masalah. Ia juga merupakan fasa terakhir untuk kembali ke fasa sebelumnya jika masalah muncul.

Fasa yang kelima dan terakhir ialah sistem. Pada fasa ini, sistem telah selesai sepenuhnya dan tidak boleh kembali semula pada fasa yang sebelumnya. Ketika ini, SMLI telah siap sepenuhnya dan sudah bersedia untuk digunakan. Pada fasa ini jua, beberapa kelemahan kecil SMLI akan dinyatakan bagi perubahan di masa akan datang.

Implementation Planning

Analysis

Design

System

Rajah 1.1: Struktur Fasa Bagi Waterfall Development Methodology

1.5 Hasil Jangkaan

Hasil jangkaan bagi projek ini adalah menghasilkan sebuah sistem berasaskan web untuk memudahkan pelajar menguruskan hal-hal berkaitan latihan industri. Selain itu, projek ini diharapkan akan berjaya dari segi sesi sambungan pada pengguna(client side) dan juga pelayan (server side) tanpa menghadapi sebarang masalah.

(17)

7

Pada akhir projek ini, sistem yang terhasil nanti dijangkakan akan menjadi sebuah sistem yang mesra pengguna. Walaupun menggunakan sistem ini buat kali pertama, pengguna mudah untuk menggunakannya tanpa sebarang masalah. Ini penting kerana sistem ini bakal digunakan oleh setiap pelajar di FSKTM UNIMAS.

Sistem ini juga dijangka akan lebih efisien dan berkesan berbanding kaedah manual yang digunakan sekarang. Ia akan lebih memudahkan pelajar dan koordinator dalam menguruskan hal-hal berkaitan dengan latihan industri. Sistem ini juga dijangka akan memberikan impak yang lebih baik dan berkesan kepada FSKTM berbanding kaedah manual yang sedang digunakan pada masa sekarang.

1.6 Kepentingan Projek

Teknologi dicipta bertujuan untuk memudahkan kehidupan seharian kita. Oleh kerana itu, sistem yang bakal dibangunkan perlulah mempunyai kepentingan khasnya kepada pelajar FSKTM serta koordinator.

Antara kepentingan utama SMLI adalah ia dapat menjimatkan masa pihak FSKTM dalam mengelolakan pelajar yang terlibat dalam latihan industri. Penggunaan SMLI di FSKTM juga adalah secara meluas kerana setiap pelajar akan menggunakan sistem ini ketika mahu melakukan permohonan untuk latihan industri. Pelajar hanya perlu memberikan resume kepada koordinator berbanding kaedah manual yang mana setiap dokumen penting perlu dihantar kepada setiap organisasi yang dipohon.

(18)

8

Sistem ini juga penting kepada koordinator latihan industri untuk menyampaikan segala maklumat terbaru berkaitan dengan latihan industri. Tanpa sistem ini, koordinator terpaksa menyampaikan maklumat melalui lisan ataupun notis pemberitahuan yang tidak dijamin keberkesanannya.

1.7 Perancangan Projek

Perancangan projek adalah merupakan panduan untuk menjalankan projek dengan lebih teratur dan efisien. Ini penting dalam perjalanan menyiapkan projek supaya ianya dapat diselesaikan dalam tempoh masa yang dianggarkan. Jadual dibawah menunjukkan tempoh masa (anggaran bulan) yang dirancang untuk menyiapkan projek ini:

Bulan Keterangan

Pertama  Perancangan dan pelan projek dimulakan.

 Objektif projek dikenalpasti

Kedua  Keperluan sistem dianalisa kesesuaiannya.

 Keperluan perkakasan dan perisian dikenalpasti.

Ketiga-Kempat  Mereka bentuk model bagi sistem seperti gambarajah aliran data (data flow diagram) dan juga site map.

 Mereka bentuk sistem dengan model yang telah disiapkan

Kelima-Keenam  Membangunkan sistem menggunakan perisian yang telah

(19)

9

Jadual 1.1: Jadual Perancangan Projek

1.8 Garis Kasar Laporan

Bab 1: Pengenalan

Pengenalan terhadap projek yang akan dijalankan. Bab ini juga menceritakan tentang metodologi yang digunakan dan peringkat-peringkatnya. Selain itu, bab ini juga terkandung objektif dan skop projek, pernyataan masalah, hasil jangkaan projek, dan juga pelan perancangan projek ini akan berjaya disiapkan.

Bab 2: Latar Belakang

Bab ini membincangkan berkenaan latar belakang sistem yang bakal dibangunkan.

Selain itu, ia juga lebih membincangkan tentang ulasan literatur iaitu kajian terhadap sistem yang telah sedia ada dan seakan-akan sama dengan sistem yang bakal dibina. Di dalam bab ini, perbandingan antara sistem yang telah sedia ada dan sistem yang bakal dibangunkan akan dilakukan dan ditunjukkan dalam bentuk jadual. Ini bertujuan menunjukkan kelebihan sistem yang bakal dibangunkan berbanding sistem-sistem lain.

dipilih.

 Merekabentuk sistem termasuk pangkalan data dan antaramuka pengguna

Ketujuh  Melakukan percubaan dan perlaksanaan terhadap sistem

 Mengenalpasti kekurangan sistem yang boleh diperbaiki.

(20)

10 Bab 3: Keperluan Analisis dan Rekabentuk

Membincangkan lebih kepada analisis dan rekabentuk sistem, keperluan bagi sistem, dan juga perisian yang digunakan. Selain itu, bab ini juga akan membincangkan dengan lebih mendalam berkenaan gambarajah aliran data dan juga site map yang telah dihasilkan. Model ambarajah aliran data ini amat penting untuk menunjukkan keseluruhan proses yang berlaku di dalam sistem.

Bab 4: Perlaksanaan dan pengujian sistem

Membincangkan bagaimana perlaksanaan dan pengujian dilakukan terhadap sistem yang telah dihasilkan. Pada bab ini juga ada menunjukkan gambaran sebenar sistem melalui paparan skrin yang disediakan. Paparan skrin yang ditunjukkan di bab ini merupakan laman penting di dalam sistem.

Bab 5: Kesimpulan dan Kajian Lanjutan

Bab ini merupakan bab terakhir yang membincangkan tentang kesimpulan projek atau sistem yang telah dihasilkan. Selain itu,beberapa kelemahan sistem juga perlu dikenalpati dan dibincangkan di bahagian kajian lanjutan supaya sistem ini boleh dipernaiki di masa hadapan.

(21)

11

BAB 2: LATAR BELAKANG

2.0 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan lebih kepada ulasan literatur serta kajian yang telah dijalankan terhadap sistem. Sistem yang dipilih untuk dibandingkan adalah sistem daripada sumber luar. Perbandingan adalah penting untuk memastikan sistem yang bakal dijalankan mendatangkan lebih kebaikan dan faedah daripada sistem yang telah sedia ada. Ia juga bertujuan mengelakkan sebarang kesilapan atau kelemahan pada sistem lain daripada berlaku kepada sistem yang bakal dibina.

Sistem yang bakal dibangunkan nanti merupakan sebuah sistem yang berasaskan web secara atas talian. Ini bermakna, perkhidmatan sistem ini dapat digunakan pada bila-bila masa dan hanya dapat diakses jika mempunyai talian internet. Pengguna perlu daftar pengguna sebagai pelajar dan memberikan kata laluan yang betul sebelum melakukan permohonan tempat bagi LI. Jika tidak, pengguna hanya boleh mengakses sistem sebagai tetamu sahaja.

Bagi koordinator latihan industri, kaedah yang sama diperlukan iaitu memasukkan nombor staff dan kata laluan. Ini bagi memastikan sistem tidak disalahguna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

(22)

12 2.1 Ulasan Literatur

Ulasan literatur merupakan ulasan terhadap kajian yang telah dijalankan pada sistem- sistem yang telah sedia ada dan mempunyai ciri yang hampir sama dengan sistem yang akan dibina. Sistem-sistem yang terlibat di dalam kajian merupakan sistem latihan industri bagi universiti lain, dan juga sistem-sistem lain yang dirasakan dapat dijadikan panduan ketika menjalankan projek. Tujuan utamanya adalah untuk memastikan Sistem Maklumat Latihan Industri (SMLI) memberikan sedikit kelainan dan kelebihan berbanding sistem-sistem yang lain. Ia juga bertujuan untuk menjadikan sistem ini sebuah sistem yang dapat memenuhi kehendak pengguna dan memperbaiki segala kelemahan yang terdapat pada sistem yang hampir sama dengannya.

Di dalam ulasan literatur ini, sistem yang dikaji perlu di lihat dari setiap sudut supaya ciri-ciri penting tidak akan ketinggalan dan dapat dijadikan panduan dalam pembinaan projek. Antara aspek yang dilihat adalah dari segi ciri-ciri sistem, bahasa pengaturcaraan yang digunakan, kelemahan sistem, dan juga antaramuka bagi sistem itu. Antaramuka merupakan aspek terpenting yang bakal dilihat oleh pengguna kerana sesebuah sistem yang mesra pengguna akan dinilai dari segi rekaan antaramuka sistem itu sendiri.

(23)

13 2.2 Kajian Sistem Sedia Ada

2.2.1 Sistem 1

Rajah 2.1 : Laman Web Latihan Industri dan Pengurusan FTSM, UKM

Antara laman web yang sinonim dengan SMLI adalah Laman Web Latihan Dan Pengurusan bagi Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat(FTSM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

URL (Uniform Resource Locator) bagi laman web ini adalah http://www.ftsm.ukm.my/WebLI/body.html

(24)

14 2.2.1.1 Fungsi Sistem

Sistem berasaskan web ini merupakan salah satu contoh sistem maklumat bagi latihan industri di UKM. Ianya mengandungi maklumat-maklumat berkenaan dengan latihan industri yang hanya difokuskan kepada pelajar-pelajar FTSM di universiti itu sahaja. Bagi pengguna yang tidak daftar masuk sebagai pelajar ataupun koordinator, mereka boleh melayari laman web ini sebagai tetamu tetapi penggunaannya adalah terhad.

2.2.1.2 Ciri-ciri

Antaramuka bagi laman web ini kelihatan agak mudah digunakan dan difahami bagi pengguna yang pertama kali melawatnya. Butang bagi menu utama laman web ini masih mengekalkan ciri lama atau tradisional iaitu berada di bahagian atas laman. Rekabentuk antaramuka seperti ini biasa dilihat di internet. Pada laman utama, terdapat berita terkini atau maklumat terbaru yang disampaikan oleh koordinator LI kepada pelajar. Selain itu, carian syarikat mengikut negeri dan daerah juga boleh dilakukan dan hanya boleh didapati di laman utama.

Pendaftaran pengguna untuk memasuki sistem ini terbahagi kepada dua iaitu daftar masuk sebagai pelajar dan juga daftar masuk sebagai koordinator latihan industri. Bagi pelajar, nombor matrik dan kata laluan diperlukan manakala bagi koordinator, nombor pekerja dan kata laluan diperlukan. Pendaftaran masuk pengguna ini terdapat di setiap laman bagi memudahkan pengguna memasuki sistem pada bila-bila masa tanpa kembali ke laman utama.

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan hasil dan pembahasan penelitian meta-analisis yang telah dilakukan, maka dapat diambil kesimpulan bahwa (1) pada aspek capaian hasil belajar matematika,

The purpose of this study was to determine the suitability of the learning process by the pre-service teacher with the learning planning stages, students' science process skills