• Tidak ada hasil yang ditemukan

SENARAI TUGAS PEGAWAI INSIDEN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "SENARAI TUGAS PEGAWAI INSIDEN"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Tarikh: 14 Mac 2018

1 / 2

wiwm/wan/D/jkkp/pi/senaraitugas/02032018

SENARAI TUGAS PEGAWAI INSIDEN

Garis panduan ini menerangkan senarai tugas am Pegawai Insiden dan tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran/ kecemasan.

A. Tugas Am:

1. Mengemaskini senarai penghuni di jabatan/unit/pusat masing-masing.

2. Mengawasi semua kelengkapan pencegah dan pemadam kebakaran seperti berikut;

i. alat pemadam api mudah alih;

a) memeriksa alat pemadam api mudah alih sekurang- kurang 6 bulan sekali b) mudah dicapai dan bebas halangan

c) tidak disalahguna atau diubah dari kedudukan asal

d) memeriksa sijil tarikh luput sah guna yang dikeluarkan oleh Bomba e) melaporkan sebarang kerosakan kepada Jabatan Pengurusan Bangunan ii. gelung hos berada dalam keadaan baik dan bebas halangan

iii. alat pecah kaca berada dalam keadaan baik dan bebas halangan iv. Membuat pemeriksaan peralatan keselamatan seperti berikut;

i. peti pertolongan cemas;

a) memastikan kandungannya mencukupi

b) memastikan tiada ubat makan disimpan di dalamnya c) peralatan dan ubat yang berkurangan hendaklah ditambah d) ubat yang ‘luput tarikh’ atau rosak diganti semula

ii. mempunyai tanda arah keluar dan lampu tanda ‘KELUAR’ berfungsi dengan baik

iii. melakukan pemeriksaan secara berkala bagi Emergency shower (penyiram kecemasan) dan Eye Wash (cucian mata)

v. Mengenalpasti bilik dan menyemak pelan lantai di jabatan/unit/pusat masing-masing.

vi. Memeriksa supaya laluan kecemasan di jabatan/unit/pusat masing-masing bebas halangan.

vii. Menyelaras keselamatan penghuni semasa berlaku insiden kemalangan, kebakaran atau kecemasan di jabatan/unit/pusat masing-masing.

viii. Melaporkan segala insiden kemalangan, kebakaran atau kecemasan di dalam Sistem Pelaporan Kemalangan (SPKem).

B. Tindakan Sekiranya Loceng Penggera Berbunyi Berterusan:

1. Pastikan kedudukan sebenar penggera tersebut diaktifkan.

2. Pergi ke lokasi tersebut dan sahkan kebakaran berlaku.

3. Telefon Hotline Jabatan Keselamatan - (03-91455090)/ (HP:018-9732218)

4. Sekiranya tiada kebakaran/ kejadian kecemasan disahkan berlaku hubungi Jabatan Pengurusan Bangunan di Bilik Kawalan Pusat untuk memberhentikan bunyi penggera palsu tersebut.

C. Tindakan Sekiranya Berlaku Kebakaran:

1. Kenalpasti lokasi kebakaran.

2. Aktifkan loceng kecemasan kebakaran dengan memecahkan alat pecah kaca (Break Glass).

3. Telefon Hotline Jabatan Keselamatan - (03-91455090)/ (HP:018-9732218)

4. Maklumkan kepada semua penghuni supaya keluar dari bangunan mengikut jalan yang selamat dan terdekat serta berkumpul di tempat yang telah dikenalpasti (Tempat Berkumpul Semasa Kecemasan).

(2)

Tarikh: 14 Mac 2018

2 / 2

wiwm/wan/D/jkkp/pi/senaraitugas/02032018

5. Pastikan semua penghuni telah keluar dari bangunan dengan membuat pemeriksaan kesemua bilik.

6. Cuba padamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api yang sedia ada sekiranya keadaan mengizinkan iaitu tahu menggunakan alat pemadam api dan keadaan tidak membahayakan.

7. Pergi ke Tempat Berkumpul Semasa Kecemasan dan lakukan panggilan baris untuk pastikan semua penghuni telah keluar dari bangunan.

8. Maklumkan kepada Ketua Operasi Kebakaran bilangan penghuni di bawah pengawasannya.

(*Nota: Ketua Operasi Kebakaran merupakan Pasukan Menyelamat & Memadam Kebakaran, Jabatan Keselamatan atau Pasukan Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia bergantung kepada pasukan penyelamat yang tiba dahulu di tempat kejadian)

Referensi

Dokumen terkait

Saya ingin mengambil kesempatan merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri di atas