• Tidak ada hasil yang ditemukan

SIARAN MEDIA - Jabatan Alam Sekitar

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "SIARAN MEDIA - Jabatan Alam Sekitar"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

1

SIARAN MEDIA

JABATAN ALAM SEKITAR

KEMENTERIAN TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM (MESTECC)

KEBAKARAN KILANG KITAR SEMULA DI PASIR GUDANG TIDAK MENYEBABKAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR

2 MAC 2020, PASIR GUDANG – Kebakaran kilang kitar semula di Pasir Gudang yang berlaku pada 1 Mac 2020 tidak menyebabkan pencemaran alam sekitar di sekitar kawasan yang terlibat. Siasatan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri (JAS) Johor mendapati tiada kesan pencemaran pada sistem parit awam dan Sungai Selangkah yang berdekatan dengan kilang akibat kebakaran itu.

Pemantauan lanjut kualiti udara di sekitar kawasan kejadian mendapati tahap kualiti udara tidak terjejas berdasarkan bacaan Total Volatile Organic Compound (TVOC) yang sangat rendah daripada tiga (3) buah stesen pengawasan automatik udara berhampiran yang terdapat di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Pasir Putih, SMK Tanjung Puteri dan sekitar Pelabuhan Johor.

Pada awal pagi 1 Mac 2020, kilang Sun Hup Huat Enterprise Sdn. Bhd.

beralamat di PLO 575 Jalan Keluli, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang yang menjalankan perusahaan kitar semula plastik, kertas dan besi telah terbakar. Kebakaran dipercayai berpunca dari stor barang-barang lusuh.

(2)

2

Kilang ini terletak lebih kurang 1 kilometer dari sekolah terdekat dan kawasan penempatan awam. Kebakaran telah berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada pukul 12.30 tengah hari semalam.

Sebelum ini, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) melalui JAS telah memasang sebanyak 25 buah stesen Photo Ionization Detector (PID) di sekitar bandar ini serta menempatkan dua (2) unit makmal bergerak iaitu Gas Chromatography – Mass Spectrometry (GCMS) dan Gas Chromatography – Flame Ionization Detector (GCFID) yang telah beroperasi sejak Januari 2020.

Pasir Gudang menjadi bandar industri pertama dilengkapi dengan sistem

pengawasan yang akan memantau kualiti udara secara masa nyata (real time) bagi memberi amaran awal sekiranya berlaku sebarang insiden

pencemaran.

--- TAMAT ---

Sebarang maklumat lanjut sila hubungi:

Unit Komunikasi Korporat MESTECC:

Puan Noor Haniza bt Noordin

Emel: [email protected] No. Tel: 03- 8885 8084

Encik Suffian Abu Bakar

Emel: [email protected] No. Tel: 03- 8885 8813

Jabatan Alam Sekitar:

Encik Sharudin Rosli,

Emel: [email protected] No. Tel: 012-3023864

Dikeluarkan pada 2 Mac 2020, 5.00 petang.

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan hasil penelitian dapat disimpulkan bahwa melalui model pembelajaran media alam sekitar dapat meningkatkan prestasi belajar IPA materi gerak benda

Hipotesis tindakan dalam penelitian adalah melalui model pembelajaran jelajah alam sekitar dengan berbantuan media alam sekitar diduga akan dapat meningkatkan aktivitas

Tel: 012-9075372 E-mel: [email protected] MENGENAI MINGGU SAINS NEGARA Minggu Sains Negara anjuran Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata, pihaknya telah menghubungi Kementerian Pertahanan bagi tujuan itu dalam usaha menyelesaikan

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata pada masa ini, subsidi bil elektrik turut dinikmati semua golongan meskipun mereka bukan dalam

Isnac 2015 cari penyelesaian isu alam sekitar KUALA LUMPUR 20 Ogos ­ Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia FRIM buat julung kalinya men­ ganjurkan Kongres Sains dan Alam Semula

Fotografi alam sekitar KEPONG Alam semula jadi adaiah warisan ne gara dan fungsinya amat penting dlpellhara dan di manfaatkan masyarakat apatah lagi kepelbagaian keunikan serta

Manakala di Ibupejabat mempunyai 6 Bahagian dimana Bahagian Kesihatan Alam Sekitar di bawah Seksyen Alam Sekitar mempunyai 5 unit makmal dan 2 unit makmal daripada Makmal Air Permukaan