• Tidak ada hasil yang ditemukan

siaran media - jabatan alam sekitar (jas)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "siaran media - jabatan alam sekitar (jas)"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

SIARAN MEDIA

JABATAN ALAM SEKITAR (JAS)

KERTAS SIASATAN BAGI PERTUDUHAN DI BAWAH SEKSYEN 34B, AKTA KUALITI ALAM SEKELILING, 1974 TERHADAP SEBUAH

PREMIS DAN PENGURUS PREMIS OLEH JABATAN ALAM SEKITAR

13 Mac 2019, Pasir Gudang –Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menyediakan kertas siasatan bagi pertuduhan di bawah Seksyen 34B, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 terhadap sebuah premis dan pengurus premis berikutan pembuangan haram bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang. JAS Negeri Johor telah merujuk kertas siasatan tersebut kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya hari ini untuk penelitian serta pertimbangan dan seterusnya mendapatkan izin mendakwa. Jika sabit kesalahan hendaklah dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun dan hendaklah juga didenda tidak melebihi RM500,000.00.

JAS Negeri Johor telah menjalankan siasatan terhadap premis yang disyaki sejurus selepas mendapat laporan analisa kimia daripada Jabatan Kimia Negeri Johor. Hasil keputusan analisa persampelan di premis menunjukkan keputusan yang menjurus kepada keputusan analisa dari persempelan yang telah diambil oleh JAS Negeri Johor di Sungai Kim Kim.

(2)

Kerja-kerja pembersihan sedang digerakkan secara komprehensif oleh pihak Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Pembuangan Haram Bahan Kimia di Sungai Kim Kim. Di samping itu, JAS Negeri Johor akan meneruskan pemantauan udara bagi kawasan yang terlibat dan di sekitarnya termasuk ketika kerja-kerja pembersihan dijalankan bagi memastikan kesejahteraan rakyat di sekitar.

-TAMAT-

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi :

Puan Thahirah JAS Negeri Johor Tel : 017-3868269

Referensi

Dokumen terkait

Analisis Pengaruh Variabel Makro Ekonomi terhadap Nilai Aktiva Bersih Reksadana Saham Syariah Periode 2015-2019 Analysis influence of macroeconomic to net asset value of islamic