• Tidak ada hasil yang ditemukan

soalan lazim (faq) - COVID-19 MALAYSIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "soalan lazim (faq) - COVID-19 MALAYSIA"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

1

SOALAN LAZIM (FAQ)

BERKAITAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

A. PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH

1. Adakah sekolah dibuka semula semasa PKPB?

Tidak, semua sekolah masih ditutup.

2. Bilakah akan dimaklumkan mengenai tarikh pembukaan semula sekolah?

Sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum sekolah dibuka.

B. GURU DAN PENTADBIR SEKOLAH

3. Bolehkah Pengetua/Guru Besar dan pentadbir hadir bertugas di sekolah semasa PKPB?

Boleh, jika ada keperluan.

4. Bolehkah guru terus melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dari rumah semasa PKPB?

Boleh. Guru digalakkan untuk terus melaksanakan PdP dari rumah.

5. Bolehkah guru ke sekolah semasa PKPB?

Boleh, jika terdapat keperluan dengan kelulusan pentadbir sekolah. Pentadbir sekolah perlu memastikan kehadiran pada tahap minimum pada satu-satu masa.

6. Bagaimanakah guru yang terkandas di kampung/luar kawasan boleh pulang ke tempat tinggal semasa PKPB?

Guru hendaklah memohon melalui aplikasi GERAK MALAYSIA dan mengikut jadual yang ditetapkan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Guru perlu membuat perancangan awal untuk pulang ke tempat tinggal.

(2)

2

7. Adakah guru yang pulang ke negeri tempat bertugas perlu menjalani kuarantin?

Tertakluk kepada keperluan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa negeri berkenaan.

8. Bagaimanakah guru yang sedang berada di Semenanjung boleh pulang bertugas ke Sabah/Sarawak/Wilayah Persekutuan Labuan atau sebaliknya?

Guru hendaklah memohon melalui aplikasi GERAK MALAYSIA bagi perjalanan ke lapangan terbang yang merentasi sempadan negeri. Tiket perlu ditempah sendiri dengan seawal mungkin bagi memastikan proses perjalanan yang lancar termasuk keperluan untuk kuarantin.

9. Adakah KPM menyediakan panduan kepada pihak sekolah dan guru bagi memastikan keselamatan mereka semasa bertugas di sekolah dalam tempoh PKPB dan Pasca PKP?

Ya. KPM akan mengeluarkan Garis Panduan Pengurusan Sekolah pasca PKP yang turut terpakai semasa PKPB.

C. ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP)

10. Bolehkah Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) ke sekolah semasa PKPB?

Boleh, jika terdapat keperluan dengan kelulusan pentadbir sekolah. Pentadbir sekolah perlu memastikan kehadiran pada tahap minimum pada satu-satu masa.

D. PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK)

11. Bolehkah perkhidmatan Kebersihan Bangunan dan Kawasan (KBK) di sekolah/institusi pendidikan/pejabat/kuarters di bawah KPM dilaksanakan semasa PKPB?

Boleh, kecuali bangunan yang dijadikan sebagai pusat kuarantin dan penempatan yang diselia oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

12. Berapakah bilangan pekerja perkhidmatan KBK yang dibenarkan hadir bertugas?

Mengikut bilangan yang ditetapkan dalam kontrak.

13. Adakah skop dan waktu bekerja bagi pekerja perkhidmatan KBK mengikut ketetapan dalam kontrak?

Ya.

(3)

3

14. Apakah arahan/tindakan yang perlu dipatuhi oleh pekerja KBK ketika melaksanakan perkhidmatan?

Pekerja KBK perlu melakukan kerja-kerja pembersihan mengikut Garis Panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti mengamalkan penjarakan sosial, sentiasa mencuci tangan dengan sabun atau menggunakan hand sanitizer dan memakai penutup mulut dan hidung ketika melaksanakan tugas. Selain itu, pekerja perlu mematuhi garis panduan lain yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

15. Apakah tanggungjawab syarikat/kontraktor perkhidmatan KBK dalam melaksanakan perkhidmatan?

Syarikat/kontraktor perlu:

a) memastikan pekerja yang tidak sihat atau bergejala tidak datang bekerja dan perlu menjalani pemeriksaan kesihatan;

b) memastikan pekerja segera pulang ke rumah selepas selesai menjalankan tugas bagi mengelakkan sebarang bentuk perhimpunan; dan

c) memaklumkan pihak KPM/Jabatan sekiranya terdapat pekerja mereka yang disahkan positif COVID-19.

E. SEKOLAH SWASTA

16. Adakah soalan lazim ini terpakai untuk pengoperasian sekolah swasta?

Ya.

Catatan: Sebarang perubahan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 3 MEI 2020

Referensi

Dokumen terkait

Manakala bagi tempat kerja yang beroperasi pada tempoh PKP/ PKPB/ PKPD/ TLD, CHRA / NRA / CEM / Pemeriksaan dan Pengujian LEV hendaklah dilaksanakan mengikut masa

Kepada warga asing yang mana Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang mereka tamat sebelum atau semasa tempoh PKP, mereka dikehendaki hadir ke pejabat imigresen terdekat untuk

Adakah KPM akan mengeluarkan senarai peperiksaan antarabangsa lain yang dibenarkan untuk murid hadir bersemuka secara penggiliran?. Ya, KPM akan mengeluarkan

Aktiviti riadah di taman permainan terbuka adalah dibenarkan dan setiap individu adalah bertanggungjawab mematuhi SOP Pencegahan Covid-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan

Apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh majikan di pintu masuk tapak bina/premis: Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilaksanakan oleh majikan: a Merekod dan

Walau bagaimanapun, murid/pelajar yang menunggu untuk diambil ibu bapa/penjaga atau murid/pelajar yang ingin terus kekal berada di asrama sekolah/institusi pendidikan sepanjang tempoh

Semua perkhidmatan dobi termasuk dobi layan diri boleh menjalankan operasi seperti biasa tertakluk kepada aktiviti yang dilarang di bawah SOP Pembukaan Semula Ekonomi iaitu melipat baju

Kesemua Majlis Agama Islam Negeri MAIN dan Agensi Mengurus Zakat AMZ di Malaysia akan mengoptimumkan kaedah pembayaran zakat fitrah secara atas talian bagi memudahkan para pembayar