• Tidak ada hasil yang ditemukan

soalan lazim (faq)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "soalan lazim (faq)"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

SOALAN LAZIM (FAQ)

BERKAITAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) KEMENTERIAN LUAR NEGERI

1. Bolehkah saya menghantar wang kepada warganegara Malaysia di luar negara melalui Wisma Putra semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)?

Boleh. Walau bagaimanapun, dalam tempoh PKPB, tiada urusan deposit wang secara tunai dibenarkan melalui kaunter. Segala urusan deposit boleh dibuat melalui mana-mana cawangan Bank Islam atau melalui online transfer ke akaun Kementerian. Sila emelkan kepada Encik Izraf Fandi Ibrahim ([email protected]) atau Puan Siti Rohana Haron ([email protected]) untuk maklumat dan prosedur seterusnya.

2. Bolehkah waris datang ke kaunter konsular untuk mengambil Surat Pengesahan Kematian yang dikeluarkan oleh pihak Kedutaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)?

Urusan pengambilan Surat Pengesahan Kematian Warganegara Malaysia di luar negara dalam tempoh PKPB adalah berdasarkan temu janji sahaja. Bahagian Konsular akan menghantar emel kepada waris bagi tujuan pengambilan surat berkenaan.

3. Bagaimanakah cara sekiranya saya ingin melaporkan/mengetahui status berkaitan kehilangan/kematian/penahanan warganegara Malaysia di luar negara semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)?

Emelkan kepada Encik Mohd Nazeem Mohamed Hambali ([email protected]) atau Puan Izan Idayu Yusof ([email protected]) atau Encik Izraf Fandi Ibrahim ([email protected]) untuk semua permohonan bantuan rakyat Malaysia di luar negara. Tiada urusan kaunter dibenarkan semasa tempoh PKPB kecuali dengan temu janji sahaja.

(2)

2

4. Adakah saya boleh melakukan urusan pengesahan dokumen semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)?

Boleh. Pemohon perlu menghantar emel kepada Puan Julia Suhaili ([email protected]) atau Encik Mohd Tarmizi Mohd Taib ([email protected]) untuk membuat temu janji atau untuk sebarang pertanyaan.

5. Saya telah menerima emel bahawa Sijil Kelakuan Baik (SKB) saya telah diluluskan dan sedia untuk diambil. Adakah saya boleh mengambil Sijil Kelakuan Baik (SKB) daripada pihak Wisma Putra semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)?

Boleh. Bagi urusan pengambilan SKB yang telah lulus, pemohon perlu membuat temu janji, sama ada melalui telefon (03-8887 4311/4159/4100) atau e-mel:

[email protected]. Urusan kaunter untuk SKB hanya diadakan pada setiap hari Isnin dan Rabu, mulai jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang. Manakala, bayaran hendaklah dibuat melalui bank deraf, wang pos dan kiriman wang atas nama

"AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA" berjumlah RM20.00 untuk sekeping Sijil Kelakuan Baik.

6. Sekiranya saya mempunyai soalan berkaitan Sijil Kelakuan Baik (SKB), pada siapakah wajar untuk saya ajukan soalan?

Sila emel kepada Unit SKB : [email protected] untuk sebarang persoalan.

7. Berapa lamakah proses kelulusan bagi mendapatkan Sijil Kelakuan Baik?

Proses untuk mendapatkan Sijil Kelakuan Baik adalah 1-2 bulan setelah selesai proses tapisan keselamatan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Keputusan LULUS atau GAGAL adalah di bawah kuasa penuh pihak PDRM.

8. Bagaimanakah cara untuk memohon Sijil Kelakuan Baik secara atas talian?

Sila rujuk dalam sesawang www.kln.gov.my dan lihat kepada ruangan e-konsular dan panduan cara memohon. Boleh merujuk kepada video ini https://www.youtube.com/watch?v=ycuvkiJCFnM.

Catatan: Sebarang perubahan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

KEMENTERIAN LUAR NEGERI 3 MEI 2020

Referensi

Dokumen terkait

Manakala bagi tempat kerja yang beroperasi pada tempoh PKP/ PKPB/ PKPD/ TLD, CHRA / NRA / CEM / Pemeriksaan dan Pengujian LEV hendaklah dilaksanakan mengikut masa

APAKAH TINDAKAN YANG PERLU DIBUAT JIKA SAYA TELAH DIMAKLUMKAN PERMOHONAN TELAH DILULUSKAN DAN WANG BBN TELAH DIKREDITKAN KE DALAM AKAUN TETAPI SEMAKAN SAYA MENDAPATI

iv) Pertimbangan bagi pinjaman kali kedua tertakluk kepada peruntukan yang mencukupi. Kelulusan tempoh pinjaman akan ditentukan mengikut semester semasa iaitu ketika permohonan

SOALAN LAZIM BERKAITAN PEROLEHAN KERAJAAN BERIKUTAN PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP), PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) DAN PERINTAH KAWALAN

Bahagian logistik bagi syarikat yang telah mendapat kelulusan MITI dibenarkan untuk beroperasi tetapi pergerakan mereka di atas mod pengangkutan darat, laut dan udara adalah tertakluk

Walau bagaimanapun, murid/pelajar yang menunggu untuk diambil ibu bapa/penjaga atau murid/pelajar yang ingin terus kekal berada di asrama sekolah/institusi pendidikan sepanjang tempoh

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN PKPP MULAI 10 JUN 2020 Setelah 35 hari Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat PKPB dilaksanakan iaitu mulai 4 Mei 2020, hari ini Yang Amat

Selaras dengan pengumuman yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri bagi Perintah Kawalan Pergerakan PKP 1 hingga Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat PKPB yang berkuat kuasa mulai 18