• Tidak ada hasil yang ditemukan

KERAJAAN MALAYSIA PERBENDAHARAAN MALAYSIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KERAJAAN MALAYSIA PERBENDAHARAAN MALAYSIA"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

SOALAN LAZIM BERKAITAN PEROLEHAN KERAJAAN BERIKUTAN PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP), PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) DAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

1/8

SOALAN LAZIM BERKAITAN PEROLEHAN KERAJAAN

BERIKUTAN PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN

PERGERAKAN (PKP), PERINTAH KAWALAN

PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) DAN PERINTAH

KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

PERBENDAHARAAN MALAYSIA

(2)

SOALAN LAZIM BERKAITAN PEROLEHAN KERAJAAN BERIKUTAN PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP), PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) DAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

2/8 SOALAN LAZIM BERKAITAN PEROLEHAN KERAJAAN BERIKUTAN

PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP), PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) DAN PERINTAH KAWALAN

PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP) MULAI 13 JANUARI 2021

DI BAWAH AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988 DAN AKTA POLIS 1967 AKIBAT WABAK COVID-19

Kerajaan pada 11 Januari 2021 telah mengumumkan perintah kawalan bermula 13 Januari 2021 sehingga suatu tarikh yang akan ditentukan Kerajaan (berdasarkan pengumuman Kerajaan dari semasa ke semasa) seperti berikut:

i. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ke atas enam (6) buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah;

ii. PKP Bersyarat (PKPB) ke atas enam (6) buah negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan; dan

iii. PKP Pemulihan (PKPP) bagi negeri Perlis dan Sarawak.

Pelaksanaan PKP/PKPB/PKPP oleh Kerajaan pada kali ini terhad kepada kawasan tertentu sahaja dan tidak menjejaskan perkhidmatan Kerajaan secara menyeluruh. Perolehan Kerajaan merupakan perkhidmatan penting (essential services) bagi menyokong sebahagian besar sektor awam dan sektor ekonomi yang masih boleh beroperasi seperti biasa dengan mematuhi garis panduan atau Prosedur Operasi Standard (SOP) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Walau bagaimanapun, terdapat kekangan pergerakan yang menjejaskan beberapa proses dalam perolehan Kerajaan.

Oleh yang demikian, soalan lazim ini disediakan oleh pihak Kementerian Kewangan (MOF) sebagai panduan kepada semua Agensi dan hendaklah dibaca bersekali dengan Pekeliling Perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa.

Bahagian Perolehan Kerajaan Kementerian Kewangan Malaysia

Kemaskini pada: 15 Februari 2021 Jam 6.00 petang

(3)

SOALAN LAZIM BERKAITAN PEROLEHAN KERAJAAN BERIKUTAN PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP), PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) DAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

3/8

BIL. SOALAN JAWAPAN

Kontrak Perolehan Semasa

1. Adakah pelaksanaan program/ projek yang sedang berjalan perlu diteruskan dalam tempoh PKP/PKPB/PKPP?

Program/projek boleh diteruskan tertakluk kepada sektor yang dibenarkan beroperasi dan dikategorikan sebagai sektor ekonomi perlu (essential economic sector) berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Pelaksanaan program/projek tersebut perlu mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

2. Bagaimana dengan program/projek yang terlibat dengan arahan penutupan atau pemberhentian operasi dalam tempoh PKP/PKPB/PKPP oleh pihak berkuasa? Adakah boleh diteruskan berdasarkan obligasi kontrak?

Bagi bekalan/perkhidmatan/kerja yang tidak terjejas seperti perkhidmatan kawalan keselamatan di sekolah, ia hendaklah diteruskan berdasarkan obligasi kontrak.

Manakala, bagi bekalan/perkhidmatan/kerja seperti pembekalan makanan bermasak di sekolah yang terjejas dan tidak dapat diteruskan, Agensi hendaklah mengambil tindakan selaras syarat kontrak sebagai contoh mengeluarkan suspension notice.

Tindakan melanjutkan tempoh kontrak boleh dibuat dengan merujuk kepada perenggan 5 surat Kementerian Kewangan no. rujukan:

MOF.BPK(S)600-1/4/4(23) bertarikh 24 Disember 2020 yang memberikan penurunan

kuasa kepada Pegawai Pengawal untuk mempertimbangkan pelanjutan kontrak tertakluk kepada maksimum tiga (3) bulan sahaja iaitu sehingga 31 Mac 2021 bagi kontrak bekalan dan perkhidmatan bernilai RM200,000 ke bawah yang terjejas akibat penguatkuasaan PKP/PKPB/PKPP.

3. Adakah Kerajaan masih meneruskan kemudahan bayaran gaji pekerja bagi kontrak yang terjejas dalam tempoh PKP/PKPB/PKPP?

Tidak. Bayaran ke atas

bekalan/perkhidmatan/kerja berdasarkan obligasi kontrak tertakluk kepada kesempurnaan bekalan/perkhidmatan/kerja oleh syarikat dan syarat-syarat kontrak. Sekiranya kontrak belum disempurnakan, tiada bayaran akan dibuat.

(4)

SOALAN LAZIM BERKAITAN PEROLEHAN KERAJAAN BERIKUTAN PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP), PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) DAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

4/8

BIL. SOALAN JAWAPAN

4. Apa tindakan yang perlu diambil sekiranya syarikat menghadapi masalah untuk

mengemukakan bon

pelaksanaan/insurans bagi melengkapkan SST berikutan pelaksanaan

PKP/PKPB/PKPP.

Berdasarkan peraturan semasa PP/PK4.2/Perenggan 9.9.2, Agensi dibenarkan untuk memberikan pengecualian bertulis untuk

syarikat mengemukakan bon

pelaksanaan/insurans lewat dari tempoh asal yang ditetapkan sehingga maksimum 60 hari dari tarikh tersebut.

Sekiranya tempoh maksimum 60 hari tersebut telah tamat, MoF memberi kebenaran kepada agensi untuk membenarkan syarikat mengemukakan bon pelaksanaan/insurans selewat-lewatnya tambahan 60 hari selepas tempoh PKP/PKPB/PKPP berakhir. Kegagalan

syarikat mengemukakan bon

pelaksanaan/insurans dalam tempoh tersebut menyebabkan pesanan kontrak tidak dibuat melalui sistem eP.

Proses Pelaksanaan Perolehan Yang Telah Bermula/Baharu 5. Adakah proklamasi darurat

yang diumumkan pada 12 Januari 2021 akan menjejaskan proses perolehan yang dilaksanakan oleh Agensi?

Tidak, kerana Agensi Kerajaan beroperasi seperti biasa dan proses perolehan Kerajaan boleh diuruskan berdasarkan SOP yang telah ditetapkan.

6. Adakah proklamasi darurat membolehkan Agensi melaksanakan perolehan darurat?

Tidak, kerana proses perolehan Kerajaan boleh diuruskan seperti biasa tertakluk kepada SOP yang telah ditetapkan.

Namun, sekiranya berlaku sebarang keadaan/ insiden darurat/ kecemasan seperti yang ditafsirkan oleh PB3.3, perolehan darurat boleh dilaksanakan berdasarkan peraturan dan tatacara yang sedang berkuat kuasa.

7. Bolehkah perolehan darurat dilaksanakan dalam tempoh PKP/PKPB/PKPP?

Perolehan darurat boleh dilaksanakan selaras dengan syarat dan ketetapan di dalam PP/PB3.3.

8. Bolehkah tender/sebut harga diiklankan/dipelawa dalam tempoh PKP/PKPB/PKPP?

Ya, tender/sebut harga boleh diiklankan/ dipelawa bagi memastikan Perancangan Perolehan Tahunan (PPT) 2021 Agensi termasuk semua program/ projek yang

(5)

SOALAN LAZIM BERKAITAN PEROLEHAN KERAJAAN BERIKUTAN PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP), PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) DAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

5/8

BIL. SOALAN JAWAPAN

diumumkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa dapat dilaksanakan.

Agensi perlu memastikan tempoh tutup iklan tender/sebut harga yang munasabah bagi membolehkan syarikat atau kontraktor tiada halangan untuk menyertai tender/sebut harga tersebut. Kuasa pelanjutan tarikh tutup iklan tender/sebut harga yang sedang diiklankan terletak kepada Pegawai Pengawal/Pegawai yang diturunkan kuasa berdasarkan tatacara perolehan berkuat kuasa.

9. Adakah tempoh sah laku bagi tender dan sebut harga yang ditangguhkan boleh dilanjutkan

dalam tempoh

PKP/PKPB/PKPP?

Pelanjutan tempoh sah laku adalah tertakluk kepada peraturan semasa berkuat kuasa.

Bagi kawasan yang dikenakan PKP, agensi wajar mempertimbangkan pelanjutan tempoh sah laku tender/sebut harga sehingga suatu tempoh yang bersesuaian.

10. Adakah tempoh sah laku untuk tender pra kelayakan turut

boleh dilanjutkan

memandangkan peraturan telah menetapkan tempoh sah laku adalah tidak boleh melebihi 120 hari?

Pelanjutan tempoh sah laku adalah tertakluk kepada peraturan semasa berkuat kuasa.

Bagi kawasan yang dikenakan PKP, agensi wajar mempertimbangkan pelanjutan tempoh sah laku tender pra kelayakan sehingga suatu tempoh yang bersesuaian.

11. Adakah syarikat yang berada di kawasan PKP/PKPB/PKPP

dibenarkan untuk

mengemukakan dokumen tender/sebut harga bagi perolehan kerja/perkhidmatan perunding secara dalam talian seperti emel?

Penyerahan/penerimaan dokumen tender/sebut harga yang tidak menggunakan sistem dalam talian, hendaklah dibuat secara serahan fizikal. Syarikat juga dibenarkan untuk menghantar dokumen tawaran tender/ sebut harga melalui pos berdaftar/kurier. Agensi dinasihatkan untuk memasukkan klausa berikut ke dalam arahan kepada petender/penyebut harga:

“Jika tender/sebut harga dihantar dengan menggunakan perkhidmatan pos berdaftar/ kurier, Petender hendaklah memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat yang telah ditetapkan sebelum atau pada Tarikh Tutup tender/sebut harga selewat-lewatnya pada pukul 12.00 tengah hari. Sebarang

(6)

SOALAN LAZIM BERKAITAN PEROLEHAN KERAJAAN BERIKUTAN PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP), PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) DAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

6/8

BIL. SOALAN JAWAPAN

kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan”.

Proses Perolehan Melibatkan Kehadiran Ramai (Undian, Lawatan Tapak dan lain-lain)

12. Adakah proses perolehan seperti pelantikan secara undian, lawatan tapak boleh dilaksanakan dalam tempoh PKP/PKPB/PKPP.

PP/PK2.2 telah menetapkan pelaksanaan perolehan Kerajaan tahun 2021 dalam tempoh PKP/PKPB/PKPP tertakluk kepada syarat berikut:

(a) Agensi Kerajaan hendaklah tidak mewajibkan kehadiran syarikat bagi tujuan taklimat atau lawatan tapak bagi sebut harga/tender;

(b) Bagi memastikan maklumat berkaitan spesifikasi/terma rujukan/brif projek berkenaan adalah jelas, Agensi Pelaksana hendaklah menyediakan maklumat terperinci untuk membantu syarikat yang menyertai sebut harga/tender memahami kehendak Agensi Pelaksana; dan

(c) Selain itu, Agensi boleh memberi satu tempoh yang munasabah bagi syarikat melawat sendiri kawasan atau tapak berkenaan yang dinyatakan dalam dokumen sebut harga/tender berkenaan. Lawatan tapak ini dapat membantu syarikat mendapat maklumat yang lebih tepat dan mengetahui keadaan/maklumat tambahan yang berguna bagi menyediakan tawaran sebut harga/tender. Dalam hal ini, sekiranya syarikat mahu melawat sendiri kawasan atau tapak berkenaan, amalan penjarakan fizikal, penggunaan hand sanitizer dan pemakaian face mask adalah diwajibkan.

13. Adakah agensi boleh menggantikan prosedur lawatan tapak dan taklimat tender/sebut harga kepada penerangan skop kerja melalui rakaman video?

Boleh. Agensi dibenarkan untuk membuat rakaman video bagi menggantikan prosedur lawatan tapak/ taklimat tender/sebut harga mengikut kaedah pelaksanaan berikut:

(a) Rakaman video dipaparkan di laman sesawang rasmi Agensi Pelaksana untuk

(7)

SOALAN LAZIM BERKAITAN PEROLEHAN KERAJAAN BERIKUTAN PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP), PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) DAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

7/8

BIL. SOALAN JAWAPAN

diakses oleh semua kontraktor yang berminat sepanjang tempoh sebut harga; (b) Agensi Pelaksana akan menugaskan

beberapa pegawai untuk menjawab sebarang pertanyaan dari kontraktor sepanjang tempoh sebut harga/iklan tender; dan

(c) Kontraktor juga mempunyai peluang untuk membuat lawatan sendiri ke projek-projek yang berkaitan mengikut kesesuaian masa mereka.

Mesyuarat Pihak Berkuasa Melulus (PBM) dan Jawatankuasa Perolehan 14. Bolehkah mesyuarat Pihak

Berkuasa Melulus (PBM) dan Jawatankuasa Perolehan yang lain bersidang secara dalam talian semasa tempoh PKP/PKPB/PKPP?

Mesyuarat Lembaga Perolehan dan Jawatankuasa Sebut Harga (JKSH) hendaklah dibuat secara bersemuka tanpa menggunakan aplikasi sidang video/dalam talian dengan pematuhan sepenuhnya protokol kesihatan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang berkuatkuasa berdasarkan surat kelulusan MKN berkaitan pelaksanaan mesyuarat secara bersemuka Pihak Berkuasa Melulus (PBM) bertarikh 4 Februari 2021 dan juga PP/PK2.2/Perenggan 7.

SOP tersebut boleh dimuat turun daripada laman

sesawang rasmi MKN iaitu

https://www.mkn.gov.my/web/ms/sop-pkp.

Manakala mesyuarat Jawatankuasa Perolehan seperti Jawatankuasa Spesifikasi, Jawatankuasa Penilaian, Jawatankuasa Rundingan Harga dan lain-lain boleh bersidang secara dalam talian dengan syarat Agensi perlu memastikan aplikasi yang digunakan mematuhi arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa keselamatan seperti MAMPU dan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia.

Pengendalian dokumen rahsia rasmi Kerajaan seperti dokumen tawaran petender/penyebut harga secara hardcopy atau softcopy yang perlu dibawa keluar daripada pejabat adalah tertakluk

(8)

SOALAN LAZIM BERKAITAN PEROLEHAN KERAJAAN BERIKUTAN PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP), PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) DAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

8/8

BIL. SOALAN JAWAPAN

kepada Garis Panduan Membawa Rahsia Rasmi Keluar Dari Pejabat Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia.

Proses Bayaran

15. Apakah status tuntutan bayaran bagi invois yang telah diserahkan kepada agensi

semasa tempoh

PKP/PKPB/PKPP?

Agensi dikehendaki menyegerakan semua bayaran yang dituntut bagi perolehan/projek yang telah disempurnakan mengikut peraturan kewangan yang berkuat kuasa.

Referensi

Dokumen terkait

berkala untuk menjawab tantangan perkembangan zaman serta kemajuan IPTEKS. 7) Menyelenggarakan berbagai forum ilmiah baik nasional maupun internasional, serta mendorong dosen

Pada waktu sekarang, teknik las SMAW dipergunakan secara luas dalam penyambungan barang-barang pada konstruksi bangunan baja dan konstruksi mesin dalam dunia

Penelitian ini menggabungkan pendekatan ACO dalam deteksi tepi dengan teori Neutrosophy, suatu cabang dari teori filosofi, yang telah banyak digunakan dalam

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju menamatkan PKPD Kampung Meripoh

Aktiviti-aktiviti berikut dibenarkan beroperasi pada 50% kapasiti premis dengan mematuhi penjarakan fizikal, mewajibkan pemakaian pelitup muka dan adalah tertakluk kepada SOP

• Aktiviti di padang bola sepak komersial, gymnasium, gelanggang futsal dan dewan badminton komersial yang mempunyai premis adalah dibenarkan dengan waktu operasi bermula 6.00

• Pembangunan kandungan kreatif dan penyiaran kandungan kreatif secara rakaman atau siaran langsung terhad di studio dalaman rasmi atau premis seni berdaftar yang dibenarkan

Bagi kehadiran staf Pengurusan dan Profesional (Pentadbiran) dan staf Kumpulan Pelaksana ke pejabat, Ketua Jabatan perlu mengeluarkan arahan bertulis kepada staf