• Tidak ada hasil yang ditemukan

SPU2 EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "SPU2 EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

Seminar PRAGMATIS USIM 2.0 SPU2

EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) : PERKONGSIAN AMALAN DI BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Noor Mohamad bin Shakil Hameed Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP)

Merangkap

Pengerusi/Fasilitator EKSA BHEP Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor.

Emel: [email protected] Tel: 03-89466064/012-6505316

ABSTRAK

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah memperkenalkan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) mulai Januari 2014. EKSA merupakan inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam yang diamalkan selama ini dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif supaya lebih relevan kepada jabatan/agensi sektor awam di Malaysia. Secara umumnya komponen utama dalam pelaksanaan EKSA masih berteraskan Amalan 5S yang ditambah baik di samping penambahan beberapa elemen baharu. EKSA bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang diamalkan sebelum ini, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang lebih kondusif. Ringkasnya, Amalan 5S ditambah baik melalui EKSA dengan menambah lima elemen baharu, iaitu Imej Korporat, Kreativiti dan Inovasi, Amalan Hijau, Persekitaran Kondusif dan ianya membabitkan Kepelbagaian Agensi di sektor awam.

Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Universiti Putra Malaysia (UPM) muncul sebagai entiti pertama dalam kalangan 20 universiti awam yang meraih pengiktirafan pensijilan EKSA. Semoga kejayaan BHEP UPM ini menjadi penanda aras baharu budaya kualiti dalam kalangan warga universiti awam di negara ini seterusnya dapat membuat penjenamaan semula terhadap identiti dan imej korporat universiti masing-masing.

Kata kunci: Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), Imej korporat , Amalan 5S

(2)

Seminar PRAGMATIS USIM 2.0 SPU2

PENDAHULUAN

Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) Universiti Putra Malaysia (UPM) adalah sebuah entiti berteraskan perkhidmatan pelanggan yang terletak di bawah pentadbiran Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni). Pelanggan utama BHEP ialah pelajar UPM yang terdiri daripada kategori pelajar asasi, prasiswazah dan juga pascasiswazah yang berjumlah kira-kira 26,000 orang secara keseluruhannya. Di samping itu pelanggan lain termasuklah ibu bapa, staf UPM serta individu dan pelbagai agensi dan badan luar yang berkepentingan. Antara fungsi dan peranan utama BHEP ialah menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada pelajar merangkumi aspek pengurusan aktiviti kokurikulum, kebajikan, pinjaman dan biasiswa, penempatan penginapan dalam dan luar kampus, kemudahan pengangkutan serta urusan tatatertib pelajar.

Memandangkan BHEP menyediakan hampir semua keperluan asas yang diperlukan oleh pelajar maka entiti ini sering menjadi tumpuan golongan pelajar yang memerlukan pelbagai perkhidmatan, bantuan dan juga nasihat. Menyedari hakikat bukan mudah untuk menguruskan ekspektasi pelanggan yang cerdik lagi bijaksana ini, BHEP sering mencari ruang dan peluang untuk membuat penambahbaikan berterusan dalam menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, efektif dan efisyen kepada pelanggan terutamanya pelajar.

Budaya dan pengurusan kualiti bukanlah sesuatu yang baharu baik di UPM mahupun di BHEP. Bagi UPM secara keseluruhannya, selama ini sudah terbiasa dengan budaya kualiti melalui pelbagai pensijilan seperti Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO 9001, Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO 27001 dan juga Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS) ISO 14001.

Kesemua pensijilan ini telah membantu membentuk warga kerja yang berkualiti tinggi dalam segenap aspek perkhidmatan merentasi semua PTJ di UPM termasuklah BHEP. Tidak dapat dinafikan betapa pensijilan MS ISO telah banyak meningkatkan tahap kualiti prestasi BHEP dan juga perkhidmatan kepada pelanggan. Prosedur-prosedur kerja yang telah dibangunkan dilihat banyak membantu pelanggan untuk mendapatkan perkhidmatan yang mereka mahukan secara mudah dan pantas.

Namun menyedari hakikat bahawa kualiti adalah suatu elemen yang cukup subjektif dan amat dinamik maka sebagai langkah tambahan kepada budaya kualiti yang sedia ada, pada pertengahan tahun 2014 BHEP mengorak langkah untuk mendapatkan pensijilan Amalan 5S dari pihak Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Pada ketika itu hanya dua fakulti sahaja di UPM yang memiliki sijil Amalan 5S iaitu Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Sains. Justeru BHEP menyahut cabaran untuk menjadikan BHEP sebagai PTJ ketiga di UPM memperoleh sijil tersebut sekaligus menjadi entiti perkhidmatan yang pertama di UPM memiliki pensijilan Amalan 5S pada akhir 2015.

Selanjutnya sebagai penambahbaikan berterusan BHEP terus mengorak langkah untuk mencuba

(3)

Seminar PRAGMATIS USIM 2.0 SPU2

suatu yang lebih baharu iaitu sesuatu yang belum ada di UPM mahupun di mana-mana universiti awam iaitu pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam atau lebih dikenali sebagai EKSA dan akhirnya pada Disember 2016 BHEP muncul sebagai PTJ pertama di UPM dan entiti pertama dalam kalangan 20 universiti awam yang memperoleh pensijilan EKSA kategori cemerlang dari MAMPU.

Secara umumnya, amalan dan pensijilan EKSA diyakini mampu meningkatkan lagi bukan saja mutu perkhidmatan malah identiti, imej dan juga motivasi warga universiti awam secara keseluruhannya.

APA ITU EKSA

Sebagai usaha berterusan untuk memperkasakan perkhidmatan sektor awam di negara ini, pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah memperkenalkan Ekosistem Kondusif Sektor Awam yang lebih dikenali sebagai EKSA mulai Januari 2014. EKSA merupakan inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif supaya lebih relevan kepada jabatan/agensi sektor awam di Malaysia.

Andai selama ini baik agensi awam mahupun swasta memberi tumpuan untuk mengamalkan dan mendapatkan pengiktiran melalui pensijilan Amalan 5S, tetapi mulai 2014 agensi awam mempunyai pilihan baharu melalui EKSA bagi menambah baik mutu perkhidmatan masing-masing. Tambahan pula pengauditan EKSA berlaku dua tahun sekali berbanding Amalan 5S pada setiap tahun di samping MAMPU melaksanakan pengauditan untuk pensijilan tanpa sebarang bayaran yuran berbanding Amalan 5S perlu dibayar yuran untuk pengauditan dan pensijilan.

Antara objektif utama pelaksanaan EKSA ialah, ianya dapat membantu agensi awam meningkatkan imej korporat, dapat menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan pihak berkepentingan, menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau, memberi penekanan kepada keperluan untuk mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif baik kepada anggota organisasi mahupun kepada pelanggan serta EKSA memenuhi keperluan kepelbagaian agensi kerajaan.

Secara umumnya komponen utama dalam pelaksanaan EKSA masih berteraskan Amalan 5S yang ditambah baik di samping penambahan beberapa elemen baharu. Perlu difahami, EKSA bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang diamalkan sebelum ini, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang lebih kondusif.

Ringkasnya, Amalan 5S ditambah baik melalui EKSA dengan menambah lima elemen baharu, iaitu Imej Korporat, Kreativiti dan Inovasi, Amalan Hijau, Persekitaran Kondusif dan ianya membabitkan Kepelbagaian Agensi di sektor awam.

(4)

Seminar PRAGMATIS USIM 2.0 SPU2

ELEMEN BAHARU EKSA Imej Korporat

Antara objektif utama pelaksanaan EKSA ialah, ianya dapat membantu agensi awam meningkatkan imej korporat. Dalam konteks ini EKSA memberi penekanan kepada keperluan untuk mewujudkan budaya korporat yang positif dalam kalangan penjawat awam melalui penerapan nilai, etika dan norma kerja yang seragam. Ianya turut menitikberatkan elemen keselamatan persekitaran setiap agensi awam. Maka dengan cara ini identiti agensi awam dapat dipertingkatkan di samping mewujudkan persepsi yang baik dalam kalangan rakyat mahupun pelanggan.

Kreativiti Dan Inovasi

Melalui EKSA juga agensi awam dapat menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan pihak berkepentingan. Ekspektasi pelanggan yang semakin meningkat serta mengambil kira tuntutan perubahan mengikut peredaran zaman, setiap agensi awam perlu meningkatkan produktiviti dan perkhidmatan masing-masing. Dalam konteks ini aspek kreativiti dan inovasi dilihat platform yang terbaik yang membolehkan penjawat awam ataupun anggota organisasi sentiasa berfikir di luar kotak agar dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik mengikut tangungjawab masing-masing.

Amalan Hijau

Menyedari hakikat penjagaan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama, EKSA juga menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau. Melalui amalan ini setiap agensi diminta melaksanakan program seperti kitar semula dan meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga ke arah penjimatan sumber. Dengan adanya EKSA setiap organisasi dilihat dapat memberi penekanan khusus untuk mengoptimumkan sumber yang ada bagi mengelak pembaziran baik dari segi ruang, masa mahupun sumber tenaga manusia serta mengutamakan konsep value for money (nilai untuk wang). Ini bukan saja menjimatkan perbelanjaan kerajaan malah dapat memberi manfaat yang besar dan signifikan kepada alam sekitar.

(5)

Seminar PRAGMATIS USIM 2.0 SPU2

Persekitaran Kondusif

Agensi yang mengamalkan EKSA juga sangat memberi penekanan kepada keperluan untuk mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif baik kepada anggota organisasi mahupun kepada pelanggan. Aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang ditekankan dalam EKSA membolehkan organisasi mengambil berat kebajikan dan keselamatan kakitangan agar dapat menjalankan tugas dalam suasana yang selamat dan kondusif. Dalam pada itu pelanggan juga disediakan kemudahan yang bersesuaian dan dapat berurusan dengan mesra, selamat dan selesa di semua agensi awam.

Kepelbagaian Agensi

Tidak seperti pendekatan sebelum ini, dalam EKSA semua agensi awam dapat dinilai mengikut skop dan latar belakang perkhidmatan mereka masing-masing. Untuk itu MAMPU telah memperkenalkan model penilaian dan pengauditan baharu yang merangkumi kriteria generik dan kriteria khusus dengan mengambil kira kepelbagaian premis jabatan/agensi kerajaan mengikut jenis perkhidmatan yang diberikan. Ringkasnya dalam EKSA konsep one size fits all didapati kurang relevan mengambil kira keperluan kepelbagaian jabatan/agensi kerajaan pada masa kini.

PERBANDINGAN EKSA DENGAN AMALAN 5S

Secara prinsipnya EKSA bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang diamalkan sebelum ini, sebaliknya EKSA menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang lebih kondusif. Antara perbandingan yang ketara antara EKSA dengan amalan 5S ialah:

Agensi

Amalan 5S diuruskan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) iaitu sebuah agensi berkanun di bawah Kementerian Perdagangan Antarbangsa & Industri (MITI), manakala EKSA pula diuruskan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) iaitu sebuah unit yang menguruskan pentadbiran di agensi kerajaan (Sektor Awam).

(6)

Seminar PRAGMATIS USIM 2.0 SPU2

Pelaksanaan

Amalan 5S sudah bermula di negara ini sekitar tahun 80an lagi. MPC adalah agensi yang pertama mentauliahkan persijilan 5S berkenaan (Sektor Swasta dan Sektor Awam). Pada waktu itu, kebanyakannya amalan 5S dipraktikkan oleh Sektor Swasta dan Syarikat Multinasional seperti kilang, syarikat dan seumpamanya. Manakala EKSA telah diperkenalkan oleh MAMPU sebagai langkah penambahbaikan dan penjenamaan semula amalan 5S dan ianya memberi tumpuan dan fokus khusus kepada sektor awam sahaja.

Jenama

Penjenamaan atau penggunaan nama amalan ini juga berbeza-beza, tetapi nama 5S tetap sinonim dengan amalan ini. Walaupun jenama yang berlainan seperti Amalan 5S, Sistem Pengurusan Persekitaran Berkualiti QE dan Ekosistem Kondusif Sektor Awam EKSA, ia tetap dengan konsep yang sama. Seperti EKSA, ia bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang sedia ada diamalkan, sebaliknya menambah baik elemen 5S dengan menyokong kepada persekitaran yang kondusif.

Pengauditan

Juruaudit bagi kedua-dua agensi adalah dari MPC dan MAMPU itu sendiri. Tetapi mereka boleh melantik wakil juruaudit luar yang telah diiktiraf dan mempunyai sijil bagi menjalankan pengauditan di agensi berkenaan. Manakala kos bagi melaksankan pengauditan ini juga berbeza, di mana MPC bayaran sekitar RM1,000 - RM1,500 (mengikut lokasi dan bilangan juruaudit). Manakala bagi Juruaudit EKSA dari MAMPU, bayaran atau saguhati mengikut kelayakan pegawai berkenaan (tuntutan penceramah, perjalanan, penginapan) mengikut pekeliling perbendaharaan yang berkuatkuasa sahaja.

Skop/Liputan Pengauditan

Dalam pensijilan amalan 5S MPC kawasan liputan atau lokasi yang akan diaudit bagi sesebuah agensi boleh dikecualikan (atas sebab sebab tertentu seperti aspek keselamatan, dokumen rahsia, bangunan terpisah dari agensi induk, bangunan dalam pembinaan). Tetapi dalam EKSA, seboleh-bolehnya semua lokasi perlu diaudit dan tiada pengecualian, rasionalnya adalah semua kawasan atau lokasi dalam dan luar adalah Hak Milik Kerajaan.

(7)

Seminar PRAGMATIS USIM 2.0 SPU2

Pemarkahan

Markah keseluruhan audit 5S/EKSA adalah perlu mendapat 80% markah baru layak untuk dipersijilkan. Cuma bagi EKSA ia dipecahkan kepada dua kategori iaitu BAIK (markah 80- 89.9%) dan CEMERLANG (markah 90% ke atas).

Tempoh Pensijilan

Tempoh pensijilan 5S adalah setahun di mana agensi perlu diaudit setiap tahun jika berminat untuk mengekalkan status pensijilan. Manakala bagi EKSA pula tempoh sah laku sijil adalah untuk tempoh dua tahun.

KOMPONEN PENILAIAN AUDIT EKSA

Bagi memantapkan proses penilaian dan pengauditan, MAMPU telah membangunkan dua model iaitu Model A dan Model B. Penilaian Model A adalah berdasarkan kriteria generik manakala penilaian Model B merupakan gabungan antara kriteria generik dan khusus. Penilaian Model A membabitkan bangunan dan kawasan sendiri, bangunan sendiri dan berkongsi kawasan serta berkongsi bangunan dan kawasan. Penilaian Model B pula membabitkan, agensi di bawah kluster keselamatan, kluster pentadbiran dan kluster sosial. Manakala kriteria penilaian yang diguna pakai adalah mengikut kesesuaian jabatan/agensi di mana terdapat enam (6) komponen kriteria penilaian iaitu:

A. Keperluan Utama/Pelaksanaan B. Ruang Tempat Kerja/Pejabat C. Tempat Umum

D. Keselamatan Persekitaran E. Kawasan Persekitaran Pejabat F. Tempat Khusus

Setiap komponen ini pula akan dinilai secara terperinci mengikut jadual matriks penilaian yang telah ditetapkan oleh pihak MAMPU bagi melihat keberkesanan amalan EKSA di agensi terbabit.

(8)

Seminar PRAGMATIS USIM 2.0 SPU2

FAEDAH PELAKSANAAN EKSA

Antara faedah pelaksanaan EKSA kepada agensi awam adalah seperti berikut:

Peningkatan Produktiviti

Pelaksanaan EKSA membantu meningkatkan produktiviti di mana dokumen/bahan dapat dikesan dengan mudah dan cepat. Apabila masa untuk mengesan dokumen/bahan dapat dikurangkan, bilangan dokumen/bahan yang diproses dapat dipertingkatkan. Hasilnya lebih banyak tugasan dan urusan dapat dilakukan dalam masa yang sama.

Peningkatan Tahap Pengurusan Penyelenggaraan

Dalam pelaksanaan EKSA, semua peralatan/mesin perlu diselenggara dengan baik, diletakkan di tempat yang ditetapkan dan sentiasa memastikan ia bersih daripada habuk dan kekotoran. Justeru itu, kos penyelenggaraan dan kerosakan dapat dikurangkan.

Peralatan/mesin yang diselenggara dan disusun dengan baik mampu meningkatkan tahap keselamatan pekerja.

Peningkatan Kualiti Perkhidmatan Kepada Pelanggan

Pelaksanaan EKSA memastikan urusan di tempat kerja dapat dilaksanakan dengan lebih terurus, mudah, pantas dan selamat. Pelanggan akan merasa puas hati apabila diberi layanan yang mesra dan cepat bagi menyelesaikan urusan dengan lancar. Perkhidmatan yang disampaikan kepada pelanggan luar khasnya melalui kaunter juga akan dapat disampaikan dengan lebih cekap dan berkesan.

Suasana Tempat Kerja

Pelaksanaan EKSA akan dapat mewujudkan suasana persekitaran tempat kerja yang bersih, kemas, ceria dan selamat. EKSA mengharuskan organisasi menyusun dokumen dan peralatan dengan kemas dan tersusun. Selain itu, ruang tempat kerja dapat digunakan secara optimum dan memperlihatkan imej korporat. Ini dapat meningkatkan imej organisasi di mata pelanggan.

(9)

Seminar PRAGMATIS USIM 2.0 SPU2 Penjimatan Kos

Pelaksanaan EKSA menitikberatkan kaedah penyusunan barangan mengikut kriteria tertentu.

Bagi barangan yang mempunyai tarikh luput, ia disusun mengikut kaedah “Masuk Dahulu, Keluar Dahulu” (First In, First Out - FIFO). Kaedah ini akan memudahkan pekerja mengenal pasti dan menggunakan barang yang mempunyai tarikh luput yang lebih awal bagi mengelakkan pembaziran akibat pelupusan barangan yang tamat tempoh.

Peningkatan Kreativiti dan Inovasi

Aktiviti menyusun barangan/bahan yang digunakan di pejabat akan menggalakkan kreativiti dan inovasi dalam kalangan pekerja. Cara penyusunan yang kemas, teratur dan mudah diambil dengan cepat apabila diperlukan akan menggalakkan pekerja berfikir secara kreatif bagi menghasilkan idea menyusun dan menyimpan secara inovatif.

Peningkatan Tahap Keselamatan

Pelaksanaan EKSA akan meningkatkan tahap keselamatan persekitaran pejabat dan keselamatan dokumen/bahan. Penyusunan dokumen/ bahan ditempatnya dengan teratur dan berlabel dapat mengelakkan berlakunya kemalangan di tempat kerja.

Peningkatan Semangat Kerja Sepasukan

Pelaksanaan EKSA akan mewujudkan semangat kerjasama berpasukan dalam kalangan pekerja. Pelaksanaan ini hanya akan berjaya dengan penglibatan semua warga organisasi dalam melaksanakan setiap aktiviti secara berterusan. Ia akan mewujudkan satu budaya kerja berpasukan yang mantap dalam organisasi.

PELAKSANAAN EKSA DI BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR, UPM

Pelaksanaan EKSA di BHEP tidak berlaku secara kebetulan mahupun secara tidak sengaja, sebaliknya ianya telah melalui satu proses dan fasa pelaksanaan yang tersusun dan dirancang secara rapi setelah selesai proses pensijilan Amalan 5S oleh MPC pada akhir tahun 2015. Fasa pelaksanaan EKSA di BHEP telah melalui peringkat-peringkat seperti berikut:

Peringkat Pertama

Peringkat ini memerlukan BHEP melakukan aktiviti-aktiviti seperti berikut:

(10)

Seminar PRAGMATIS USIM 2.0 SPU2

i. Membuat lawatan penanda aras ke agensi luar ii. Menubuh Jawatankuasa Pelaksanaan EKSA iii. Menyediakan carta perbatuan EKSA

iv. Menyenarai peranan dan fungsi jawatankuasa

v. Mendapatkan sepenuhnya komitmen daripada Pihak Pengurusan Atasan terhadap pelaksanaan EKSA.

Peringkat Kedua

Peringkat ini memerlukan BHEP melakukan aktiviti-aktiviti seperti berikut:

i. Mempromosikan EKSA melalui poster, bunting, video dan sebagainya.

ii. Menghebahkan carta pelaksanaan EKSA, pelan kawasan dan senarai tugas serta tanggungjawab.

iii. Menerangkan objektif EKSA kepada pegawai dan kakitangan.

iv. Mewujudkan kumpulan EKSA mengikut zon masing-masing.

Peringkat Ketiga

Peringkat ini memerlukan BHEP melakukan aktiviti-aktiviti seperti berikut:

i. Menyediakan latihan.

ii. Melaksanakan gotong-royong.

iii. Mengenal pasti barang/dokumen yang tidak sesuai untuk digunakan lagi.

iv. Menyediakan jadual pembuangan dan pembersihan.

v. Memastikan barang/dokumen yang telah disisih, sapu kemudiannya disusun dengan kemas dan teratur.

vi. Melabelkan barang/dokumen mengikut nombor atau warna yang bersesuaian.

vii. Menetapkan susunan barang/dokumen yang bersesuaian mengikut kaedah yang menampakkan kekemasan dan keseragaman.

viii. Menubuhkan pasukan audit dalam.

ix. Menyediakan pelan tindakan audit dalaman.

x. Merancang dan melaksanakan aktiviti penambahbaikan.

(11)

Seminar PRAGMATIS USIM 2.0 SPU2

Peringkat Keempat

Peringkat ini memerlukan BHEP melakukan aktiviti-aktiviti seperti berikut:

i. Membuat pelancaran dan perasmian EKSA sebagai tanda mula dan menyampaikan sokongan dan komitmen Pengurusan.

ii. Memberi pengiktirafan EKSA secara berkala kepada zon terbaik, tempat kerja terbaik dan sebagainya.

iii. Melaksanakan proses audit kendiri dan audit dalam sebelum diaudit oleh MAMPU iv. Mendapatkan pensijilan daripada MAMPU.

Setelah berpuas hati dengan segala persiapan yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh setahun iaitu mulai Januari 2016, akhirnya seperti yang dirancang BHEP berjaya melepasi audit pihak MAMPU pada 16 Disember 2016 dan dianugerahkan pensijilan EKSA kategori cemerlang. Dengan itu BHEP muncul sebagai PTJ pertama di UPM dan entiti pertama dalam kalangan 20 universiti awam yang memperoleh pensijilan ini.

Apapun, jawatankuasa EKSA BHEP juga berhadapan dengan beberapa cabaran dalam merintis usaha ke arah mencapai kejayaan bermakna ini. Antaranya, ialah keperluan untuk mengubah mentaliti dan pemahaman semua staf BHEP dari budaya 5S kepada amalan EKSA. Perubahan ini turut membabitkan perubahan fizikal dan konsep penampilan imej korporat setiap zon. Garis panduan dan dokumentasi yang terbabit juga terpaksa diperbaiki supaya selari dengan keperluan EKSA. Malah BHEP juga terpaksa membuat persediaan secara menyeluruh kerana dalam EKSA tidak ada pengecualian ruang atau skop pengauditan. Namun akhirnya kerjasama erat antara semua staf berjaya membentuk pasukan kerja yang mantap sehingga mampu melepasi audit pensijilan dengan cemerlang.

(12)

Seminar PRAGMATIS USIM 2.0 SPU2 AMALAN TERBAIK EKSA DI BHEP

Kaunter perkhidmatan/lobi yang kemas dan berimej korporat:

Sudut Go Green dan kitar semula yang menarik dan praktikal:

(13)

Seminar PRAGMATIS USIM 2.0 SPU2 Pembudayaan Kreativiti dan Inovasi:

Penyusunan barangan yang kemas dan teratur:

(14)

Seminar PRAGMATIS USIM 2.0 SPU2

PENUTUP

Kualiti adalah suatu elemen yang cukup dinamik di mana ianya akan terus berubah mengikut peredaran zaman dan masa bagi memenuhi tuntutan dan keperluan semasa. Justeru sebagai menara gading, universiti awam juga perlu terus memikirkan pendekatan terbaru agar dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan melalui pemerkasaan identiti, imej dan budaya kerjaya korporat. Semoga kejayaan BHEP UPM ini menjadi penanda aras baharu budaya kualiti dalam kalangan warga universiti awam di negara ini seterusnya dapat membuat penjenamaan semula terhadap identiti dan imej korporat universiti masing-masing.

RUJUKAN

5S MPC VS EKSA MAMPU. (n.d.). Retrieved Februari 1, 2017, from SUKSES5S:

http://sukses5s.blogspot.my/2015/05/5s-mpc-vs-eksa-mampu.html

Hameed, N. M. (2017, Januari 17). EKSA Perkasa Sektor Awam. Harian Metro, pp. 30-31.

Malaysia, K. P. (2016). Garis Panduan EKSA KPM Versi 2.0. KPM.

MAMPU. (2015). Panduan Pelaksanaan EKSA. Penerbit UPM.

UPM, B. (2016). Garis Panduan Pelaksanaan EKSA BHEP UPM. BHEP UPM.

Referensi

Dokumen terkait

Konsep data tidak ditakrif dengan tepat apabila “data terbuka” ditakrif sebagai maklumat yang bebas diguna, dikongsi dan diguna semula oleh orang awam, agensi kerajaan

1) Komputer dan mesin pencetak gunasama tiada SOP. 2) Almari tidak disusun kemas dan tiada label. Sisih dan keluarkan toner terpakai, stok kertas serta kotak kosong. 3)

⮚ Pelaksanaan Kualiti Persekitaran Tempat Kerja juga merupakan salah satu daripada.. kriteria penilaian bagi Anugerah Penarafan Bintang Pengurusan Pentadbiran UPM bermula tahun