STRATEGI DASAR HARTA INTELEK NEGARA
1. Tahap Sistem Perlindungan Harta Intelek Yang Terbaik
Memperkukuhkan pentadbiran Harta Intelek, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) untuk menghadapi peningkatan tahunan permohonan pendaftaran dan keperluan pelanggan dan juga untuk menyediakan prosedur-prosedur permohonan yang mudah dan pendaftaran yang segera, garis panduan pendaftaran yang jelas, kemudahan carian awam yang berkualiti dan sistem penyebaran maklumat yang berkesan.
Sentiasa mengemaskini undang-undang dan peraturan-peraturan untuk selaras dengan perkembangan antarabangsa, cabaran-cabaran baru dan isu-isu baru.
Membina keupayaan untuk mewujudkan sekumpulan sumber manusia yang besar dan mahir dalam pendaftaran dan penguatkuasaan Harta Intelek.
Mengukuhkan agensi-agensi penguatkuasaan kerajaan yang menguatkuasakan pelanggaran Akta Perihalan Dagangan 1972, Akta Cakera Optik 2000, Akta Cap Dagangan 1976 ,Akta Paten 1983, Akta Hakcipta 1987, Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996, Akta Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu 2000 dan Akta Petunjuk Geografi 2000.
Menubuhkan Mahkamah Harta Intelek untuk mempercepatkan pendengaran kes-kes berkaitan dengan Harta Intelek serta system penyelesaian pertikaian alternatif.
2. Memajukan Aktiviti-aktiviti Penghasilan Harta Intelek
Tahap sistem perlindungan Harta Intelek terbaik yang menjamin perolehan perlindungan dan hak-hak yang segera dan mudah dan membolehkan pemilik mendapat kelebihan daya saingan yang lebih baik dan memperolehi pulangan daripada daya usaha dan pelaburan mereka.
Pusat Sumber MyIPO yang pro-aktif untuk menyedia dan menggalakkan penggunaan oleh industri-industri dan individu-individu terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan data paten dan reka bentuk yang berharga dan mengandungi maklumat mengenai rekacipta terbaru atau teknologi terkini dalam dunia serta tren dunia dalam bidang teknologi tertentu.
Mewujudkan suasana menggalakkan yang menyediakan insentif-insentif, geran-geran, kewangan, pengurusan, urusniaga, penguatkuasaan dan penyelesaian pertikaian.
Memperbesarkan tabung Harta Intelek Nasional dengan memajukan dan memberi fokus kepada penciptaan dalam Malaysia.
Memperolehi Harta Intelek asing dalam bidang tertentu dan juga menggalakkan usaha- usaha niaga (ventures) asing yang intensif dalam Harta Intelek supaya membawa Harta Intelek mereka ke Malaysia.
Memupuk kerjasama dan perkongsian bijak antara sektor kerajaan dan sektor swasta dan antara institusi-institusi penyelidikan dan industri-industri.
Memajukan penyebaran hasil penyelidikan dan pembangunan.
3. Memajukan Pengeksploitan Komersil Harta Intelek
Mengambil kesempatan tabung Harta Intelek sedia ada dan memperolehi nilai komersil yang lebih tinggi.
Mengenal pasti pencipta-pencipta Harta Intelek di Malaysia dan memupuk kemajuan mereka supaya perolehan nilai Harta Intelek dimaksimumkan.
Menyokong Industri Kecil Sederhana, syarikat-syarikat usaha niaga dan individu-individu terlibat dalam pengeksploitan komersil Harta Intelek.
Mempergiatkan aktiviti-aktiviti keusahawanan dengan memberi fokus kepada pengeksploitan Harta Intelek yang berdaya maju komersil.
Mewujudkan suasana perniagaan bagi menggalakkan perusahaan-perusahaan tempatan dan asing menempatkan keseluruhan, jika tidak sebahagian besar daripada rangkaian nilai Harta Intelek mereka di Malaysia.
Memajukan kaedah-kaedah penilaian dan peraturan-peraturan-peraturan kontrak dan pelesenan yang sesuai untuk memudahkan pengeksploitan komersil Harta Intelek.
Memajukan pelepasan hak-hak Harta Intelek yang tidak dieksploitasi oleh kerajaan atau syarikat-syarikat besar kepada Industri Kecil Sederhana dan individu-individu untuk pengeksploitan komersil melalui pelesenan atau serah hak.
4. Pembangunan Kemampuan Mengurus Harta Intelek
Membangunkan sekumpulan pakar-pakar mahir di semua peringkat rangkaian aktiviti- aktiviti Harta Intelek.
Menggalakkan sektor awam dan sektor swasta supaya mengurus baik Harta Intelek yang dimiliki dengan menyediakan garis panduan atau buku panduan yang jelas.
Menggalakkan pemilik-pemilik Harta Intelek seperti usaha-usaha niaga asing menggunakan Malaysia sebagai hab Harta Intelek.
Mengulangkaji undang-undang dan peraturan-peraturan sedia ada dan juga amalan- amalan perniagaan supaya memperbaiki pengurusan dan pengeksploitan Harta Intelek di sektor awam dan sektor swasta.
5. Pembangunan Infrastruktur Urusniaga Harta Intelek
Mengulangkaji undang-undang dan peraturan-peraturan sedia ada berkaitan dengan undang-undang syarikat, peraturan sekuriti dan undang-undang urusan bank dan kewangan secara am untuk menjamin infrastruktur perniagaan, urusan bank dan kewangan boleh memudahkan urusniaga berasaskan Harta Intelek.
Menggalakkan sektor urusan bank dan kewangan membangunkan surat-cara urusan bank dan kewangan berasaskan Harta Intelek bagi tujuan pencagaran dan pensekuritian aset Harta Intelek.
Mewujudkan Bursa Harta Intelek bagi menggiatkan perdagangan Harta Intelek dan untuk membangun pasaran lebih cair untuk perdagangan Harta Intelek.
Mengulangkaji undang-undang dan amalan perniagaan sedia wujud dengan tujuan meningkatkan suasana perniagaan untuk membiayai pelaburan-pelaburan berasaskan Harta Intelek termasuk penubuhan badan pembiayaan Harta Intelek yang khusus.
6. Perlindungan Kepentingan Harta Intelek Negara
Memantau pembangunan dan kemajuan Harta Intelek di peringkat antarabangsa.
Menyertai secara aktif forum-forum antarabangsa yang membincang peningkatan perlindungan Harta Intelek, isu-isu baru muncul dan cabaran akibat kemajuan teknologi.
Membentuk pendirian nasional mengenai isu-isu penting setelah berbincang dengan agensi-agensi dan organisasi-organisasi berkenaan di sektor awam dan sektor swasta.
7. Pembangunan Sumber Manusia dan Kesedaran Awam
Penubuhan Institut Harta Intelek Negara untuk menyediakan program latihan Harta Intelek yang khusus seperti perolehan hak-hak, penguatkuasaan, penyelesaian pertikaian, pengurusan, penilaian dan pelesenan dan juga kesedaran am.
Memperkenalkan mata pelajaran Harta Intelek dalam sistem pendidikan formal di sekolah-sekolah rendah dan menengah dan institusi-institusi pengajian tinggi.
Mengendalikan program kesedaran awam secara berterusan dan tetap yang memberi fokus kepada kumpulan-kumpulan sasaran khusus dan juga orang awam amnya.
Menyebarkan maklumat mengenai Harta Intelek melalui media massa, penerbitan, dll.
Mengadakan seminar-seminar, bengkel-bengkel, ceramah-ceramah, wawancara- wawancara dan kempen-kempen awam.
Menyertai pameran-pameran yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna atau lain-lain agensi awam dan swasta.
8. Memajukan Pelaburan dan Pemindahan Teknologi Asing
Tahap sistem perlindungan Harta Intelek terbaik yang menjamin perlindungan hak-hak Harta Intelek, memastikan pelabur-pelabur berpeluang memperolehi pulangan daripada pelaburan.
Mereka dan menyediakan saluran undang-undang untuk mendapat pembetulan dan penyelesaian pelanggaran.
Memudahkan industri tempatan memperolehi Harta Intelek asing yang diperlukan melalui pelesenan, francais dan lain-lain.
**Untuk keterangan lebih lanjut berkaitan Strategi Dasar Harta Intelek Negara, sila layari www.kpdnkk.gov.my
**Unit SME merupakan pejabat yang bertanggungjawab di dalam usaha mengkomersilkan produk penyelidikan UniMAP. Harta Intelek dan isu berkaitan dengannya juga berada di bawah tanggungjawab unit ini. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi terus:
Unit Enterpris Kecil Sederhana Jabatan Canselori
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) N0: 12, Taman Utara Jejawi
Jalan Jejawi Sematang 02600 Arau
Perlis
Tel: (04)-9798941/42 Fax: (04)-9782749 http://sme.unimap.edu.my
Bersambung pada keluaran akan datang
NATIONAL INTELLECTUAL PROPERTY POLICY STRATEGIES
Highest Standard of Intellectual Property Protection System
Strengthening the Intellectual Property administration of the Intellectual Property Corporation of Malaysia (MyIPO) to meet the yearly increase in registration applications and needs of clients as well as to provide simple application procedures and speedy registration, clear registration guidelines, quality public search facilities and efficient information dissemination system.
Constant updating of laws and regulations to keep abreast with international development, new challenges and new issues.
Capacity building to create a large pool of human resource proficient in registration and enforcement of Intellectual Property.
Strengthening of the Government's enforcement agencies that enforce infringement of IPR under the Trade Descriptions Act 1972, Optical Disc Act 2000, Trade Marks Act 1976, Patents Act 1983, Copyright Act 1987, Industrial Designs Act 1996, Layout Designs of Integrated Circuits Act 2000 and Geographical Indications Act 2000.
Setting up an Intellectual Property Court to expedite the hearing of Intellectual Property-related cases as well as an alternative dispute resolution system.
Promotion of Intellectual Property-generated Activities
Highest standard of Intellectual Property protection system that ensures fast and easy acquisition of protection and rights enabling owners to have a better competitive advantage and acquire returns from their efforts and investment.
Pro-active MyIPO Resource Centre to make available and encourage the use of valuable patents and industrial designs data that contain information on the latest inventions or state of the art technology as well as latest world trends in specific fields of technology by industries and individuals involved in the research and development of Intellectual Property.
Create an encouraging environment that provides incentives, grants, finance, management, business transactions, enforcements and dispute settlements.
Enlarge the National Intellectual Property pool by promoting and focusing on creation within Malaysia.
Acquire foreign Intellectual Property in selected priority areas as well as encourage Intellectual Property-intensive foreign ventures to bring their Intellectual Property into Malaysia.
Foster cooperation and smart partnership between the government and the private sectors and between research institutions and industries.
Promote distribution of research and development results.
Promotion of Commercial Exploitation of Intellectual Property
Capitalize existing Intellectual Property pool and acquire greater commercial value.
Identify Intellectual Property creators in Malaysia and nurture their development to maximize Intellectual Property value acquisition.
To support Small Medium Industries, venture companies and individuals involved in commercial exploitation of Intellectual Property.
Stimulate entrepreneurial activities focusing on exploitation of commercially viable Intellectual Property.
Create a business environment to encourage local and foreign enterprises to anchor the whole, if not the substantial part, of the Intellectual Property value chain in Malaysia.
Promote suitable valuation methods, contractual and licensing rules to facilitate commercial exploitation of Intellectual Property.
Promote release of Intellectual Property rights not exploited by the government or large companies to Small Medium Industries and individuals for commercial exploitation through licensing or assignment.
Development of Infrastructure for Intellectual Property Transaction
Develop a core of specialist experts at all levels of the Intellectual Property chain of activities.
Encourage public and private sectors to effectively manage Intellectual Property owned, by having clear guidelines or manuals.
Encourage Intellectual Property owners such as foreign investors to use Malaysia as an Intellectual Property management hub.
Review existing laws and regulations as well as business practices to better manage and exploit Intellectual Property within both the public and private sectors.
Development of Infrastructure for Intellectual Property Transaction
Review the current laws and regulations in the company law, securities regulation as well as banking and finance law in general to ensure the business, banking and financial infrastructure can facilitate Intellectual Property-based transactions.
Encourage the banking and finance sector to develop Intellectual Property-based banking and financial instruments for mortgage and securities of Intellectual Property assets.
Create Intellectual Property Exchange to stimulate the trading if Intellectual Property and to develop more liquid market for Intellectual Property trading.
Review existing laws and business practices with a view to enhance the business climate for financing Intellectual Property-based investments including setting up a specialized Intellectual Property Financing house.
Protection of Malaysian Intellectual Property Interest
Monitor the development and progress of Intellectual Property at international level.
Participate actively in international forums that address the enhancement of Intellectual Property protection, new emerging issues and challenges brought about by technological progress.
Formulate a national stand on important issues by discussing with the relevant agencies and organizations in both the public and private sectors.
Human Resource Development and Public Awareness
Set up a National Institute to provide specialized Intellectual Property training program in the areas of rights acquisition, enforcement, dispute settlement, management, valuation and licensing as well as general awareness.
Introduce the subject of Intellectual Property in the formal education system in primary and secondary schools as well as institutions of higher learning.
Conduct continuous and regular public awareness programs, which focus on specific target groups as well as the public in general.
Disseminate information through mass media, publications and etc.
Hold seminars, workshops, talks, interviews and public campaigns.
Participate in exhibitions organized by the Ministry of Domestic Trade and Consumer Affairs or other public and private agencies.
Promotion of Foreign Investment and Technology Transfer
Highest standard of Intellectual Property protection system that guarantees protection of Intellectual Property rights ensures investors the opportunity to acquire returns from their investment.
Provides legal channels to seek redress and solutions for infringement.
Facilitate the local industry to acquire needed foreign Intellectual Property through licensing, franchising and etc.
**For more details about National Intellectual Property Policy Strategies, please visit www.kpdnkk.gov.my
**SME Unit is the office in charge to commercialise the university’s research product. IP and issues related to it is also under the custodian of this office. For further enquiries, please contact:
Small Medium Enterprise Unit Jabatan Canselori
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) N0: 12, Taman Utara Jejawi
Jalan Jejawi Sematang 02600 Arau
Perlis
Tel: (04)-9798941/42 Fax: (04)-9782749 http://sme.unimap.edu.my
To be continued