Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.
Sukan ekstrem motocross mampu rancakkan sektor
pelancongan, ekonomi domestik
• 2021-10-31T15:30:52+08:00
LAWAT: Suryady (tiga kanan) semasa mengadakan lawatan di litar motocross Desa Kencana, Felda Sahabat, di sini.
LAHAD DATU: Aktiviti sukan ekstrem boleh dijadikan sebagai tarikan pelancongan dan mampu merancakkan sektor ekonomi domestik di daerah ini.
Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Andi Muhammad Suryady Bandy
berkata penganjuran sukan lasak seperti motocross dapat menarik minat lebih ramai pengemar sukan itu datang ke daerah ini.
“Saya yakin daerah Lahad Datu terutamanya di Felda Sahabat berpotensi menjadi lokasi utama sukan ekstrem di negeri ini.
“Saya menyambut baik sekiranya sukan itu diangkat menjadi salah satu acara sukan yang dapat dianjurkan secara berterusan dan tetap pada masa akan datang,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa mengadakan perjumpaan bersama Kelab Motorcross Felda Sahabat dan lawatan di litar motocross Desa Kencana, Felda Sahabat, di sini kelmarin.
Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.
Menurutnya, setakat ini terdapat empat litar motocross di kawasan Pantai Timur Sabah iaitu di Kompleks Sukan Tawau, Kompleks Sukan Lahad Datu, Anjung Teduh Felda Sahabat dan Desa Kencana Felda Sahabat.
Suryady berkata Kementerian Belia dan Sukan Sabah akan menyokong penuh sekiranya sukan ekstrem di negeri ini dapat diketengahkan dan diangkat menjadi sukan berprestij tinggi.
“Penganjuran sukan ekstrem itu perlu disusun dan dimasukkan dalam kalender sukan negeri Sabah supaya ia boleh diadalan selalu.
“Sekiranya sukan itu dapat direalisasikan, manfaatnya bukan sahaja dirasai oleh peminatnya, tetapi penduduk setempat juga akan menerima manfaatnya melalui kehadiran pengunjug,” katanya.
Sementara itu, dalam lawatannya ke Felda Sahabat, Suryady turut mengikuti acara
‘Kayuhan Etika dan Keselamatan Berbasikal KBSS 2121’ edisi Lahad Datu.
Kayuhan itu melibatkan seramai 116 orang yang dimulakan dari perkarangan Felda Residence Sahabat menuju ke bandar Cenderawasih dengan jarak 30 kilometer.
Terdahulu sebelum ini, program yang sama telah diadakan di daerah Kudat, Kuala Penyu dan Papar.
Program itu bermatlamat untuk mempromosikan sukan riadah berbasikal dengan penerapan etika dan kaedah keselamatan semasa menunggang basikal.
• oleh Hamzah Sanudin