• Tidak ada hasil yang ditemukan

SUMBANGAN SATU JUTA BEKALAN VAKSIN ASTRAZENECA DARIPADA KERAJAAN JEPUN PERHEBAT PROGRAM IMUNISASI NEGARA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "SUMBANGAN SATU JUTA BEKALAN VAKSIN ASTRAZENECA DARIPADA KERAJAAN JEPUN PERHEBAT PROGRAM IMUNISASI NEGARA"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

`

BADAN BERTINDAK IMUNISASI COVID-19 COVID-19 IMMUNISATION TASK FORCE (CITF)

SUMBANGAN SATU JUTA BEKALAN VAKSIN ASTRAZENECA DARIPADA KERAJAAN JEPUN PERHEBAT PROGRAM IMUNISASI NEGARA

Kerajaan Malaysia hari ini menerima sejuta dos bekalan vaksin AstraZeneca yang disumbangkan oleh kerajaan Jepun untuk membantu negara memerangi pandemik COVID-19 dan memperhebatkan lagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Bekalan vaksin yang diterima secara pukal itu dijadualkan tiba menggunakan pesawat Japan Airlines (JAL723) hari ini, 1 Julai 2021 pada 5.45 P.M. di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Antara kenamaan yang hadir hari ini termasuklah Menteri Penyelaras PICK, YB Khairy Jamaluddin; Menteri Luar Negeri, YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein serta Tuan Yang Terutama Hiroshi Oka, Duta Jepun ke Malaysia.

Bagi pihak kerajaan Malaysia, Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (CITF) amat mengalu-alukan sumbangan ini dan menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Jepun di atas pemberian satu juta dos bekalan vaksin AstraZeneca ini yang sudah tentunya dapat membantu untuk menyuntik kapasiti dan kadar vaksinasi PICK bermula bulan ini.

Sumbangan ini juga melambangkan keprihatinan kerajaan Jepun dan kepercayaan mereka terhadap kerajaan Malaysia dalam memerangi pandemik COVID-19 dunia dan menyokong program imunisasi global bagi membendung penyebaran wabak ini. Ia juga adalah simbolik kepada tanda keakraban hubungan antara kedua-dua negara dan Malaysia yakin sumbangan ini akan terus memperkukuhkan lagi hubungan dua hala ini.

Sumbangan bekalan vaksin ini hadir tepat pada masanya ketika usaha PICK sedang dilipatgandakan untuk membantu Malaysia mencapai sasaran imuniti kelompok seperti yang disasarkan dalam Pelan Pemulihan Negara mengikut garis masa yang ditetapkan.

Dengan sumbangan yang diterima, ini menjadikan jumlah vaksin AstraZeneca yang telah diperoleh oleh negara setakat 1 Julai 2021 adalah sebanyak 1,828,000 dos.

(2)

Bekalan daripada sumbangan ini akan diutamakan untuk inisiatif sukarela pengambilan vaksin AstraZeneca yang telah dijalankan bagi memastikan kelancaran operasi vaksinasi bagi usaha tersebut sebelum lebihannya dimasukkan ke dalam PICK untuk edaran ke negeri-negeri.

Bekalan vaksin AstraZeneca yang diterima hari ini dihasilkan oleh syarikat Daiichi Sankyo Biotech di Saitama, Jepun dan telah diluluskan oleh Pharmaceuticals and Medical Devices Agency (PMDA), agensi di bawah Kementerian Kesihatan Jepun pada 21 Mei 2021. Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) juga akan membuat penilaian untuk mendapatkan kelulusan Lot Release bagi penggunaan vaksin ini di Malaysia.

Selain Malaysia, Jepun turut menyumbangkan bekalan vaksin sama kepada Vietnam dan beberapa negara Asia Tenggara lain seperti Thailand, Indonesia, Filipina serta beberapa negara Asia Barat.

CITF juga ingin mengumumkan bahawa mesyuarat Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) telah memutuskan untuk memendekkan jarak suntikan dos bagi vaksin AstraZeneca kepada 9 minggu.

Hasil penilaian barisan pakar dalam JKJAV yang turut dianggotai oleh Kementerian Kesihatan Malaysia juga mendapati jarak terbaharu ini masih lagi dapat mengekalkan tahap keberkesanan sama yang maksimum untuk perlindungan sewajarnya kepada penerima vaksin tersebut. Untuk rekod, tempoh jarak antara dos pertama dan kedua AstraZeneca yang diputuskan ini masih selari dengan garis panduan yang ditetapkan oleh syarikat pengeluar AstraZeneca sendiri iaitu di antara 4-12 minggu.

Untuk maklumat atau sebarang pengumuman terkini, sila ikuti kami di laman media sosial (Facebook, Twitter dan Instagram) @JKJAVMY.

Sebarang pertanyaan mengenai janji temu boleh diajukan ke platform berikut:

MySejahtera Helpdesk :mysejahtera.malaysia.gov.my/help/

Laman web (semakan janji temu) :www.vaksincovid.gov.my/semak-status/

Pusat Panggilan PICK : 1800-888-828

Lindung Diri, Lindung Semua.

– TAMAT –

Dikeluarkan pada: 1 Julai 2021

Referensi

Dokumen terkait

Academic buoyancy adalah kemampuan mahasiswa untuk berhasil menghadapi berbagai tantangan, kesulitan dan kemunduran dalam kehidupan akademiknya sehari-hari. Beberapa

Dari hasil penelitian tersebut berarti motivasi kerja karyawan pada Universitas Islam Negeri Maulana Malik Ibrahim Malang sangat baik atau bisa dikatakan tinggi, hal