• Tidak ada hasil yang ditemukan

TADBIR URUS ISLAM DAN PRESTASI DARUL QURAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "TADBIR URUS ISLAM DAN PRESTASI DARUL QURAN"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

International Journal of Social Science Research (IJSSR) eISSN: 2710-6276 | Vol. 4 No. 4 [December 2022]

Journal website: http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr

TADBIR URUS ISLAM DAN PRESTASI DARUL QURAN:

KAJIAN PERSEPSI PEMEGANG KEPENTINGAN LUARAN

(ISLAMIC CORPORATE GOVERNANCE AND PERFORMANCE OF DARUL QURAN: EXTERNAL

STAKEHOLDERS’ PERSPECTIVE)

Ilhaamie Abdul Ghani Azmi1*, Tengku Sarina Aini Tengku Kasim2, Asmawati Muhammad3 dan Asyiqin Halim4

1 Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, MALAYSIA

2 Program Pendidikan Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, MALAYSIA

3 Program Sains dan Pengajian Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, MALAYSIA

4 Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, MALAYSIA

*Pengarang penghubung: [email protected]

Article Information:

Article history:

Received date : 19 September 2022 Revised date : 20 November 2022 Accepted date : 17 December 2022 Published date : 19 December 2022

To cite this document:

Abdul Ghani Azmi, I., Tengku Kasim, T. S. A., Muhammad, A., & Halim, A.

(2022). TADBIR URUS ISLAM DAN PRESTASI DARUL QURAN: KAJIAN PERSEPSI PEMEGANG KEPENTINGAN LUARAN. International Journal of Social Science Research, 4(4), 149-162.

Abstrak: Prestasi pendidikan tahfiz sering dilaporkan sebagai lemah dalam media massa. Masyarakat termasuk pelajar dan ibubapa menyalahkan kelemahan tadbir urus pendidikan tahfiz. Pendidikan tahfiz adalah berlandaskan Syariah yang mengutamakan al-Quran sebagai sumber rujukan. Justeru, perlu ada kajian yang memeriksa hubungan antara tadbir urus Islam dan prestasi dalam pendidikan tahfiz. Objektif kajian ini adalah untuk melihat hubungan antara tadbir urus Islam dan prestasi di Darul Quran daripada perspektif pemegang kepentingan luar seperti pelajar, ibu-bapa dan alumni. Sebanyak 242 data telah dikutip daripada mereka dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan iaitu persampelan mudah. Kajian mendapati terdapat perhubungan positif dan signifikan antara tadbir urus Islam dan prestasi (r²=0.143, β=0.378, P <

0.001). Ini menunjukkan semakin baik atau menyeluruh tadbir urus Islam, semakin meningkat prestasi di Darul Quran. Justeru, persepsi pemegang kepentingan luaran mengenai tadbir urus di Darul Quran dan

(2)

1. Pengenalan

Pendidikan dan kesihatan merupakan kualiti utama yang meningkatkan modal insan yang secara langsung menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi.

Dalam pendidikan, pelajar merupakan modal insan negara yang memerlukan pelbagai elemen positif seperti pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan kualiti sosial untuk perkembangan diri dan negara. Pelajar yang memiliki segala asas teori modal insan diyakini mempunyai keupayaan untuk melaksanakan kerja dan tanggungjawab dengan kaedah yang menghasilkan nilai-nilai positif.

hubungannya dengan prestasi adalah signifikan dalam meningkatkan imej positif dan martabat Darul Quran dari pandangan masyarakat luar.

Kata kunci: tadbir urus, prestasi, Darul Quran, pemegang kepentingan, persepsi.

Abstract: The performance of tahfiz education is often reported as weak in the mass media. The community including students and parents blames the weakness of tahfiz education governance, Tahfiz education is based on Sharia which prioritizes the Quran as a source of reference. Therefore, there is a need to study the relationship between Islamic corporate governance and performance in tahfiz education. The objective of this study is to examine the relationship between Islamic corporate governance and performance at Darul Quran from the perspective of external stakeholders such as students, parents and alumni. A total of 242 data were collected from them by using the purposive sampling method which is convenience sampling. The study found that there is a positive and significant relationship between Islamic corporate governance and performance (r²=0.143, β=0.378, P < 0.001). This shows that the better or more comprehensive the Islamic corporate governance, the higher the performance of Darul Quran is. Therefore, the perception of external stakeholders regarding Islamic corporate governance at Darul Quran and its relationship with performance is significant in improving the positive image and dignity of Darul Quran from the perspective of the outside community.

Keywords: corporate governance, performance, Darul Quran, stakeholder, perception.

(3)

Asas terpenting dalam pendidikan adalah berlandaskan al-Quran, yang merupakan sumber rujukan dan pegangan umat Islam. Al-Quran sebagai asas pendidikan Islam tidak hanya dilihat sebagai kebenaran berdasarkan akidah semata-mata, bahkan kebenaran yang terkandung di dalamnya boleh diterima oleh manusia dan telah dibuktikan dalam sejarah peradaban manusia.

Kedua-dua perkara ini, iaitu pelajar sebagai modal insan negara dan al-Quran sebagai sumber rujukan utama, tidak dapat dinafikan kepentingannya dalam menghadapi keperluan era globalisasi dan ekonomi di Malaysia hari ini. Sehubungan itu, negara Malaysia merasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk menubuhkan satu organisasi yang menekankan al- Quran di mana huffaz merupakan output. Kitab al-Quran merupakan kitab yang terakhir yang menjadi panduan dan pedoman umat Islam seluruh dunia. Kemuliaan al-Quran dapat dilihat daripada pelbagai aspek antaranya keagungan mukjizat kalamullah, keunikan gaya bahasa, perkhabaran peristiwa terdahulu, terkini dan akan datang, serta keindahan bacaannya.

Sehubungan itu, kewujudan Darul Quran dan para huffaz dapat membantu dan menyumbang kepada masyarakat dalam memartabatkan al-Quran. Justeru, Darul Quran memainkan peranan penting dalam negara ini.

Namun begitu, bukan mudah untuk melahirkan huffaz dan memastikan mereka menjadi graduan yang berkualiti tinggi. Analisis terhadap kajian lepas mendapati banyak isu yang menjadi cabaran dan penghalang kepada kejayaan mereka. Contohnya, tadbir urus yang lemah, strategi pengajaran dan pembelajaran yang tidak efektif, tenaga pengajar yang tidak berkelayakan, dan kurikulum pengajian yang padat (Mardhiah, Zetty & Aslam, 2018).

2. Ulasan Kajian Lepas Tadbir Urus Islam

Tadbir urus Islam adalah berlandaskan kepada al-Quran dan Hadith atau dengan kata lain, Syariah Islam atau perundangan Islam. Tadbir urus merupakan hubungan antara ahli organisasi dalam menentukan halatuju dan prestasi organisasi. Ahli organisasi merupakan pemegang kepentingan yang terdiri daripada dalaman dan luaran. Tujuan tadbir urus adalah untuk memastikan sumber organisasi digunakan dengan adil dan optimum dengan penuh rasa tanggungjawab (Choudary & Nurul Alam, 2013). Bagi memastikan objektif sesebuah organisasi dapat dicapai dengan jayanya, ahli organisasi perlu terlibat sepenuhnya dalam pembuatan sesuatu keputusan. Justeru, tadbir urus Islam adalah berlandaskan kepada prinsip syura (Wahyuni, Haron & Fernando, 2019; Tuan Fatma & Zuhairah, 2021).

Syura (Surah Ali ‘Imran:159), merupakan salah satu elemen yang penting dalam menentukan sesuatu keputusan dalam sesebuah organisasi. Sekiranya keputusan yang diambil berjalan dengan baik, maka organisasi tersebut akan mempunyai kesepaduan dan kesejahteraan yang tinggi dalam menguruskan segala urusan, bahkan mampu menghadapi masalah yang mungkin datang kemudiannya dengan tenang. Syura juga telah disyariatkan oleh Allah S.W.T. untuk diamalkan bukan sahaja dalam organisasi, tetapi juga dalam sesebuah keluarga. Tanpa syura dalam membuat keputusan, mungkin boleh menyebabkan ketidakadilan atau kezaliman terhadap sesetengah pihak, sebagaimana yang disebutkan oleh Khalifah Umar Ibn al-Khattab,

“tidak ada kebaikan pada urusan yang diputuskan tanpa syura.”

(4)

Prinsip seterusnya dalam tadbir urus yang baik dari perspektif Islam adalah seperti al-falah, tawhid, akauntabel atau bertanggungjawab (Surah Al-Baqarah: 282-284), halatuju, keadilan, ketelusan menerusi pendedahan, peraturan dan perundangan serta piawai (Wahyuni, Haron &

Fernando, 2019). Justeru, ketaqwaan dan persaudaraan sesama manusia dan penjagaan alam sekitar adalah penting dalam tadbir urus Islam. Manakala menurut Zulkurnain (2004), tadbir urus yang baik dalam Islam adalah berdasarkan kepada kualiti kepimpinan, ciri personaliti, etika, syura, keadilan, hikmah, keberanian dan displin.

Menurut Malik (2018), terdapat lapan ciri tadbir urus yang baik iaitu penglibatan semua pihak dalam membuat keputusan (Participation), keputusan bersama yang dibuat oleh pihak-pihak yang terlibat (Consensus Oriented), akauntabiliti setiap pihak yang terlibat (Accountability), ketelusan pihak yang terlibat di dalam pembuatan keputusan dan perlaksanaannya (Transparency), responsif pihak yang membuat keputusan dan melaksanakannya (Responsive), efektif dan efisien proses tersebut (Effective and Efficient), ekuiti bersama setiap pihak dan bukan hanya oleh sesetengah golongan sahaja (Equitable and Inclusive), dan keluhuran undang-undang (Rule of Law).

Manakala Hamidah, Mohd Yassir, Maheran dan Abd Halim (2013) pula menegaskan bahawa tadbir urus yang efektif amat penting bagi memastikan institusi pendidikan tahfiz dapat memperoleh kepercayaan daripada ibu bapa dan masyarakat. Bagi Sharifah Hayati, Asmak dan Mohd Izani (2008), tadbir urus efektif merupakan tadbir urus yang baik. Antara ciri tadbir urus baik atau efektif menurut mereka ialah seperti Penyertaan (Participation), Peranan Perundangan (Rule of Law), Ketelusan (Transparency), Responsif/Cepat bertindak balas (Responsiveness), Kesepakatan (Consensus Orientation), Kesamarataan (Equality), Efektif dan Efisien (Effectiveness and Eficiency), Akauntabiliti (Accountability) dan Visi Strategik (Strategic Vision). Ini bermakna mereka menambah satu elemen lagi iaitu visi strategik bagi memastikan tadbir urus itu adalah efektif.

Tadbir urus yang baik adalah penting bagi keadilan, penyertaan dalam pembuatan dasar, menghapuskan rasuah dan kesilapan dalam pentadbiran (Malik, 2017), serta keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada pelajar. Manakala menurut Mohd. Nordin (2019), tujuan tadbir urus Islam yang baik adalah untuk memenuhi maslahah dan mencegah daripada mafsadah. Mokthar (2014) pula mengatakan tadbir urus institusi pengajian tinggi Islam (IPTI) akan melahirkan pelajar dan alumni yang setia, sedia memberikan syor positif mengenai IPTI kepada masyarakat secara sukarela dan seterusnya, mampu memberikan sumbangan kepada IPTI dalam bentuk kewangan dan kepakaran pada masa depan. Sehubungan itu, ini menunjukkan bahawa tadbir urus yang baik adalah penting bagi pendidikan tahfiz.

Prestasi Organisasi

Prestasi merupakan pencapaian sesuatu organisasi. Prestasi yang baik dapat memulihkan kepercayaan masyarakat terhadap organisasi. Pengukuran prestasi bagi organisasi Islam agak komplikated kerana organisasi Islam mempunyai banyak tanggungjawab, yang bukan sahaja kepada pemegang kepentingan dalaman tetapi juga luaran. Justeru, prestasi organisasi Islam mempunyai banyak dimensi (Wahyuni et al.2019). Antaranya ialah prestasi pelajar, prestasi kakitangan terutamanya akademik (Hamidah et al., 2013), dan prestasi organisasi secara keseluruhan seperti kepuasan, kualiti perkhidmatan dan imej organisasi (Mokthar, 2014).

(5)

Darul Quran menghadapi beberapa masalah dalam pencapaian prestasi seperti sukar dicapai disebabkan halangan yang di luar kawalan, terdapat tugas ad-hoc yang tidak terancang dan bersifat segera yang boleh menganggu sasaran kerja tahunan (SKT) yang telah ditetapkan, prestasi yang dinilai tidak menggambarkan pencapaian sebenar dan kurang tindakan susulan daripada pemantauan yang telah dibuat (Darul Quran, tt).

Darul Quran meletakkan beberapa indeks prestasi (KPI) untuk dipenuhi, yang mana diukur melalui SKT-Individu/Syukbah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT), Penaziran/

Pencerapan MQA (Malaysian Quality Accreditation), Audit JPM (Jabatan Perdana Menteri), Audit Dalaman DQ, Audit JAKIM, Audit Akauntan Negara, Audit Jabatan Audit Negara, Audit SIRIM QAS, Audit/Pemantauan Jabatan Pengajian, Audit Sistem Pengurusan Kualiti, Penilaian Pelajar terhadap Pensyarah, Audit Standard Kualiti Pusat Pengajian Akademik (SKPPA), pemantauan kehadiran staf, proses pembelajaran dan pengajaran yang sentiasa dipantau oleh jabatan pengajian (Darul Quran, tt).

Jumlah huffaz yang dikeluarkan atau graduan merupakan salah satu daripada dimensi prestasi Darul Quran. Ini kerana objektif utama Darul Quran ditubuhkan adalah untuk melahirkan seramai mungkin huffaz di negara ini yang menyumbang kepada modal insan dalam bidang al-Quran, kaunseling dan aliran media perdana (MelakaKini, tt).

Darul Quran

Darul Quran adalah sebuah institusi pengajian tinggi Islam yang terletak di bawah naungan Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri. Justeru, ia berada di tahap persekutuan (Mokthar, 2014). Ini bermakna, Darul Quran tertakluk kepada peraturan dan perundangan serta struktur persekutuan dan bukannya badan berkanun, negeri atau penguatkuasaan tempatan.

Sejarah Darul Quran bermula pada tahun 1966 apabila Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj mengasaskan maahad tahfiz yang pertama di Malaysia. Maahad Tahfiz al-Quran Wal Qiraat ditubuhkan sebagai salah satu unit di Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur. Pada tahun 1979, ia dipindahkan ke Pusat Penyelidikan Islam, Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri. Kemudian pada tahun 1980, Maahad Tahfiz diletakkan di bawah kelolaan Institut Dakwah dan Latihan Islam (INDAH), Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri sehingga tahun 1983 (Mohd Jamalil, Sabri, Tengku & Nor Hafizi, 2017). Pada tahun 1983, nama Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat telah ditukar kepada Institut Pengajian Tahfiz al-Quran Wa al-Qiraat (IPTQ) (Nordin, 2015).

Pada tahun 1984, Maahad Tahfiz ditubuhkan sebagai cawangan di Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri. Pada tahun 1997, Maahad Tahfiz al-Quran Wal Qiraat telah dinaikkan taraf sebagai salah satu bahagian di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan diberi nama Darul Quran (Mohd Jamalil et al., 2017).

Selain daripada penawaran enam program pengkhususan diploma (Qiraat, muamalat, dakwah, Syariah, hadith dan halal), Darul Quran juga mengadakan kolaborasi dengan universiti lain seperti program pensijilan dengan UIAM, UNITEN dan Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS) pada tahun 2000, program Ijazah Sarjana Muda Pengajian al- Quran dan Sunnah dengan Kepujian dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bermula tahun 2009 (Nordin, 2015), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam (PSA), Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Islam, Bangi (IPG KPI) dan Management & Science

(6)

University (MSU). Selain daripada itu, Darul Quran juga turut menawarkan program sijil asas tahfiz dan sijil tahfiz Malaysia (Darul Quran). Bagi memastikan seluruh negara turut dapat menerima sumbangan pengajian hafazan, Darul Quran turut mengadakan kolobrasi dengan lima belas buah maahad tahfiz negeri (Toriq & Razak, tt).

Bagi memartabatkan Darul Quran di persada negara, Nordin (2015) mencadangkan agar peranan Darul Quran diperkasakan dari segi pengurusan pendidikan, peningkatan keupayaan modal insan, program pengajian, pembudayaan penyelidikan dan pembangunan dalam pendidikan al-Quran, fungsi Darul Quran sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan al-Quran di Malaysia, pengwujudan dan pemantapan jaringan kerjasama strategik di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa dalam pembangunan pendidikan al-Quran, prasarana, penampilan identiti dan imej korporat Darul Quran, kualiti dan kebolehpasaran pelajar serta peranan Darul Quran sebagai Pusat Rujukan Masyarakat dalam pendidikan al-Quran.

Kerangka Teori Tadbir Urus Islam Dalam Pendidikan Tahfiz

Kerangka teori kajian ini terdiri daripada pembolehubah tadbir urus Islam dalam pendidikan tahfiz dan prestasi Darul Quran. Tadbir urus Islam mencakupi pemegang kepentingan Darul Quran yang mana terdiri daripada dalaman dan luaran serta pretasi Darul Quran. Namun begitu, skop kajian ini hanya meliputi pemegang kepentingan luaran sahaja.

Pemegang Kepentingan Tadbir Urus Darul Quran

Pemegang kepentingan merupakan pihak yang penting dalam organisasi dalam membuat sebarang keputusan strategik (Shafawati et al., 2017). Terdapat dua jenis pemegang kepentingan Darul Quran iaitu pemegang kepentingan dalaman dan luaran. Pemegang kepentingan dalaman Darul Quran terdiri daripada warga kerja Darul Quran yang mana merangkumi ahli Lembaga, sidang penasihat, pengurusan, pentadbiran seperti jawatankuasa audit dalam dan pekerja sama ada akademik dan sokongan. Manakala pemegang kepentingan luaran Darul Quran terdiri daripada pelajar, ibu bapa kepada pelajar yang mengikuti pengajian Program Diploma, Ijazah dan Persijilan sama ada di Darul Quran atau di rangkaian Darul Quran di seluruh negara, alumni Darul Quran, JAKIM dan Yang Dipertua Agung (Hamidah et al., 2017; Mokthar, 2014). Kedua-dua pemegang kepentingan ini mempunyai dan memainkan peranan penting dalam tadbir urus Darul Quran terutamanya menggunapakai sumber yang diperolehi dan diperuntukkan oleh kerajaan bagi memastikan prestasi cemerlang tercapai. Namun begitu, sudah banyak kajian yang mengkaji peranan pemegang kepentingan dalaman seperti Ilhaamie et al (2022). Justeru, skop kajian ini hanya meliputi pemegang kepentingan luaran sahaja.

Pemegang kepentingan merupakan khalifah yang diamanahkan dan bertanggungjawab (akauntabel) ke atas tindakan yang diambil bagi memastikan objektif organisasi sama ada bersifat jangka pendek mahupun jangka panjang tercapai. Selain daripada itu, mereka perlu telus (Surah al-Baqarah: 282). Sehubungan itu, mereka dapat dipercayai oleh semua pihak (Ahmed, 2011; Surah al-Anfal: 27). Menurut Hamidah et al., 2013, konsep akauntabel boleh dibahagikan kepada tiga tahap iaitu menegak, mendatar dan menurun. Akauntabel menegak adalah tanggungjawab kepada Allah dan agama serta badan yang memberikan bantuan kewangan dan perundangan seperti kerajaan, penderma dan yayasan. Manakala akauntabel mendatar adalah tanggungjawab kepada pengurusan dan pekerja samada kakitangan akademik mahupun sokongan serta rakan sekerja. Akhir sekali, akauntabel menurun adalah tanggungjawab kepada pelajar dan ibu bapa serta alumni.

(7)

Pelajar merupakan modal insan dan harapan negara yang akan mencorakkan sejarah negara dan generasi masa depan. Mereka merupakan penyumbang utama terhadap pendapatan institusi menerusi bayaran yuran akademik, yuran peperiksaan, yuran asrama dan sebagainya (Mokthar, 2014). Justeru, mereka berhak dalam memastikan aktiviti pembelajaran dan pengajaran dilakukan secara kondusif supaya mereka berjaya dari segi akademik dan juga di alam pekerjaan nanti. Sehubungan itu, institusi pendidikan tahfiz perlu mempunyai strategi kecemerlangan bagi memastikan ia dapat melahirkan huffaz yang berkualiti tinggi dan berakhlak mulia. Mohd Jamalil dan rakan-rakan (2017) berpendapat strategi kecemerlangan tersebut ialah Penaung Diraja, Ahli Lembaga Pengarah, visi dan misi, instructional leadership, sistem pengambilan, nisbah guru dan pelajar, kerja pasukan, penamatan silibus atau sukatan pelajaran, program peningkatan profesionalisme, penanda arasan, seminar teknik menjawab soalan diploma, mentor mentee, sistem hafazan serta doa dan tawakal. Darul Quran juga turut mengadakan program seperti Bakti Huffaz Mahasiswa Darul Quran, Pro- Technology Huffaz (Pro-Tech), Sukffaz, Riffazz dan Program Mega Didik (MeDik) (Darul Quran, tt). Dengan kurikulum yang mantap, diharapkan graduan yang dilahirkan merupakan individu yang sempurna (kaffah).

Pelajar dan ibu bapa Darul Quran mempunyai pelbagai jangkaan seperti elaun yang mencukupi dan dibayar pada waktu yang sepatutnya, kemudahan tempat pembelajaran–bilik lebih kondusif, kemudahan asrama yang mencukupi, kebersihan asrama/tandas, keselamatan yang terjamin (keluar masuk asrama), kemudahan lain seperti peralatan sukan/bilik sukan/perpustakaan, makanan seimbang/berkhasiat/murah/pelbagai makanan, pusat rawatan/klinik perubatan, pensyarah yang murshid/kompeten, one stop centre, bilik khas parcel/barang pos, bahan rujukan ilmiah yang mencukupi, pengangkutan penghantaran ke hospital/rehlah/KTM dan kemahiran insaniah (Darul Quran, tt).

Alumni merupakan graduan yang telah menamatkan pengajian dan bekerja di sektor awam, swasta, badan bukan kerajaan (NGO) atau bekerja sendiri. Sebahagian lagi ialah graduan yang masih meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi di IPTI yang sama atau yang lain.

Alumni juga boleh terdiri daripada graduan yang kembali ke IPTI asal mereka dan mencurahkan khidmat bakti sebagai pegawai atau kakitangan. Alumni memberi sumbangan dari segi bayaran zakat, dana infak dan wakaf serta memberi khidmat nasihat dan kepakaran mengenai industri/ hal ehwal ekonomi semasa kepada IPTI dan membantu menarik lebih ramai calon pelajar menyertai IPTI (Mokthar, 2014).

Teori Pemegang Kepentingan

Kerangka kajian ini adalah berlandaskan kepada teori pemegang kepentingan di mana akauntabiliti merupakan tunjang kepada setiap tindakan dan gelagat yang dilakukan oleh warga organisasi (Tuan Fatma & Zuhairah, 2021). Justeru, prinsip amar ma’ruf (mengajak ke arah kebaikan) dan nahi munkar (larangan kepada kemungkaran) merupakan dasar atau landasan kepada akauntabiliti (Surah Ali `Imran 3:104, Hamidah et al., 2013). Ini kerana pemegang kepentingan bertanggungjawab di atas tindakan yang diambil atau perbuatan yang dilakukan. Sehubungan itu, sebaik-baiknya pemegang kepentingan tidak mencanggahi kepercayaan yang diletakkan oleh masyarakat kepada mereka.

(8)

Pemegang kepentingan sama ada dalaman mahupun luaran terlibat dalam pencapaian objektif organisasi sama ada secara langsung ataupun tidak. Mereka bertanggungjawab bagi memastikan objektif organisasi yang telah ditetapkan oleh pengurusan atasan tercapai (Tuan Fatma & Zuhairah, 2021).

Setiap pemegang kepentingan mempunyai hak dan tuntutan ke atas organisasi. Contohnya, hak pelajar untuk mendapatkan perkhidmatan pendidikan yang berkualiti tinggi. Namun begitu, tiada kehendak yang mengatasi mana-mana pemegang kepentingan dan tiada keutamaan bagi organisasi. Ini menunjukkan bahawa setiap warga oganisasi adalah sama dan organisasi adalah adil dalam memberi layanan dan memenuhi kehendaki kesemua pemegang kepentingan yang ada terutamanya pemegang kepentingan luaran.

Model Kajian

Rajah 1: Model Kajian

Rajah 1 menunjukkan model kajian di mana terdapat perhubungan langsung dan positif antara tadbir urus Islam dan prestasi di Darul Quran.

3. Metodologi

Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif yang menggunakan soal-selidik bagi mengutip data kajian. Soal-selidik ini diadaptasi daripada Shafawati et al. (2017) dan telah diuji melalui pra- uji dan disahkan menerusi ujian rintis. Terdapat tiga bahagian dalam soal-selidik ini iaitu pertama; demografi, kedua; tadbir urus Islam dan ketiga prestasi. Responden kajian terdiri daripada pihak luaran Darul Quran yang meliputi pelajar, ibu-bapa dan alumni. Soal-selidik menggunapakai skala Likert 1 (sangat tidak bersetuju) - 5 (sangat bersetuju) untuk kedua-dua pembolehubah iaitu tadbir urus Islam dan prestasi. Sebanyak 242 data telah berjaya dikutip dengan menggunakan teknik persampelan mudah. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS dan AMOS bagi melihat statistik deskriptif seperti min, sisihan piawai, ujian kebolehpercayaan dan statistik inferensi seperti analisis faktor, korelasi dan regrasi.

Tadbir Urus Islam Prestasi Darul Quran

(9)

Hasil Kajian dan Perbincangan Analisis Deskriptif

Jadual 1: Profil Responden

Pemboleh Ubah Kategori Kekerapan Peratusan (%)

Jantina Lelaki 130 53.7

Perempuan 112 46.3

Umur 18 – 25 tahun 196 81.0

26 – 35 tahun 22 9.1

36 – 40 tahun 6 2.5

41 – 50 tahun 12 5.0

51 tahun ke atas 6 2.5

Status Perkahwinan Bujang 202 83.5

Berkahwin 38 15.7

Bercerai 2 0.8

Kedudukan Pelajar 176 72.7

Ibu-bapa 14 5.8

Penjaga 2 0.8

Alumni 50 20.7

Pendapatan Bawah RM2000 50 20.7

RM2001-RM4000 59 24.4

RM4001-RM6000 48 19.8

RM6001-RM8000 35 14.5

RM8001 ke atas 50 20.7

Tahap Pendidikan PhD 2 0.8

Sarjana 10 4.1

Sarjana Muda 47 19.4

Diploma 132 54.5

SPM 37 15.3

Lain-lain 14 5.8

Jawatan Pengerusi persatuan/kelab 11 4.5

Jawatankuasa persatuan/kelab 63 26.0

Ahli biasa persatuan/kelab 60 24.8

Bukan ahli dalam mana-mana persatuan/kelab

97 40.1

Tiada dalam pilihan 11 4.5

Didapati majoriti responden adalah pelajar (72.7%), lelaki (53.7%), berumur 18 hingga 25 tahun (81%), bujang (83.5%), berpendapatan RM2001 hingga RM4000 (24.4%), memiliki pendidikan diploma (54.5%) dan bukan ahli dalam mana-mana persatuan atau kelab (40.1%).

(10)

Analisis Inferensi – Ujian Faktor

Jadual 2: Pemuatan, Kebolehpercayaan, Kesahan Konvergen Selepas EFA Item Faktor Pemuatan Cronbach Alpha Komposit

Kebolehpercayaan (CR)

Average Variance Extracted (AVE)

Tadbir Urus 0.882 0.887 0.529

B1 0.756

B2 0.760

B3 0.677

B4 0.746

B5 0.642

B6 0.827

B7 0.668

Prestasi 0.840 0.827 0.408

C4 0.529

C5 0.693

C6 0.664

C7 0.619

C8 0.689

C9 0.545

C10 0.708

Setelah ujian faktor EFA dilakukan dengan menggunakan pusingan varimaks, sebanyak tiga item digugurkan bagi pembolehubah prestasi, manakala kesemua item bagi pembolehubah tadbir urus adalah kekal. Ini menjadikan item bagi pembolehubah prestasi organisasi adalah sebanyak 7 item sahaja. Nilai bagi faktor pemuatan bagi kesemua item adalah melebih 0.5 dan ini adalah baik. Manakala nilai kebolehpercayaan bagi pembolehubah tadbir urus adalah 0.882 manakala prestasi adalah 0.840 yang mana adalah baik.

Jadual 3: Mean & Std Deviation Pembolehubah Selepas EFA & CFA Konstruk/Pemboleh

Ubah Mean Std. Deviation

Tadbir Urus 4.46 .55

Prestasi 4.41 .54

Selepas dilakukan ujian faktor EFA dan CFA, nilai min untuk pembolehubah prestasi adalah 4.46, manakala min tadbir urus adalah 4.41.

Jadual 4: Nilai Kebolehpercayaan Selepas CFA Konstruk/Pemboleh Ubah Alpha (α)

Tadbir Urus 0.90

Prestasi 0.82

Ujian kebolehpercayaan dilakukan selepas CFA dan nilai kebolehpercayaan dalam jadual 4 bagi pembolehubah tadbir urus adalah 0.90 dan prestasi adalah 0.82. Justeru, ini menunjukkan pembolehubah kajian adalah baik dan ujian inferensi seterusnya boleh dilakukan.

(11)

Analisis Korelasi & Regrasi

Jadual 5: Korelasi

Konstruk/Pemboleh Ubah Tadbir Urus Prestasi Tadbir Urus Pearson Correlation 1 .334**

Sig. (2-tailed) .000

N 242 242

Prestasi Pearson Correlation .334** 1 Sig. (2-tailed) .000

N 242 242

**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Ujian korelasi dilakukan dan hasil daripada jadual 5, didapati korelasi antara pembolehubah tadbir urus dan prestasi adalah positif dan signifikan iaitu 0.334.

Penilaian Struktur Model

Sebanyak tiga item digugurkan bagi pembolehubah prestasi bagi memperolehi model goodness of fit. Rajah 2 menunjukkan model struktur kajian.

Rajah 2: Struktur Model Kajian

Jadual 6: Hasil Keputusan Analisis Hubungan (Regrasi) Model Summary

Model R R Square

Adjusted R Square

Std. Error of the Estimate

1 .334a .143 .108 .50834

a. Predictors: (Constant), TadbirUrus

ANOVAa

Model Sum of Squares df Mean Square F Sig.

1 Regression 7.765 1 7.765 30.048 .000b

Residual 62.019 240 .258

Total 69.783 241

a. Dependent Variable: Prestasi b. Predictors: (Constant), TadbirUrus

(12)

Coefficientsa

Model

Unstandardized Coefficients

Standar dized Coefficie

nts

t Sig.

B

Std.

Error Beta 1 (Consta

nt) 2.951 .267 11.03

7 .000 Tadbir

Urus .326 .060 .378 5.482 .000 a. Dependent Variable: Prestasi

Hasil ujian regrasi dalam jadual 6 menunjukkan terdapat hubungan positif dan signifikan (r²=0.143, β=0.378, P < 0.001) antara tadbir urus Islam dan prestasi. Penemuan kajian ini disokong oleh Mokthar (2012) yang mengatakan tadbir urus Islam di institusi pendidikan Islam akan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelajar, alumni dan masyarakat. Ia juga akan meningkatkan reputasi organisasi dan melahirkan kesetiaan dalam diri pelajar dan alumni. Ia juga disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Ilhaamie dan rakan- rakan (2022) yang mengatakan pemegang kepentingan dalaman selain daripada pemegang kepentingan luaran seperti lembaga, penasihat, pengurusan dan pekerja juga turut penting dalam memastikan prestasi Darul Quran tercapai dengan baik.

Kajian ini mempunyai implikasi terhadap teori dan praktikal. Dari segi teoritikal, model kajian yang dicadangkan dapat mengembangkan ilmu tentang faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi tadbir urus Darul Quran yang mungkin berbeza dengan institusi tahfiz peringkat negeri dan institusi tahfiz swasta serta tadbir urus NGO terutamanya dari segi persepsi pemegang kepentingan luaran iaitu pelajar, ibu-bapa dan alumni. Ternyata tadbir urus Islam memastikan kepada penghasilan prestasi yang baik.

4. Rumusan

Kajian ini membuktikan bahawa teori pemegang kepentingan terutamanya pemegang kepentingan luaran dari segi akauntabel menurun (downward accountability) mendokong objektif Darul Quran dalam mencapai prestasi yang ditetapkan. Ia juga mendokong bahawa tadbir urus Islam menjamin kepada pencapaian prestasi yang tinggi. Justeru, ia menunjukkan bahawa tadbir urus Islam perlu dilaksanakan dalam mana-mana organisasi Islam khususnya pendidikan tahfiz bagi memperolehi manfaat yang berterusan di samping mencapai mardhatillah (keredhaan Allah) dan al-falah (kejayaan).

5. Penghargaan

Setinggi penghargaan kepada GPF73A-2020 kerana membiayai penyelidikan ini.

(13)

Rujukan

Aysha Shafat, A. (2011). An Examination of the Principles of Corporate Governance from an Islamic Perspective: Evidence from Pakistan. Arab Law Quarterly, 25(1), 27-50.

Choudary, M.A. & Nurul Alam, M. (2013). Corporate Governance In Islamic Perspective.

International Journal of Islamic and Middle Eastern Finance and Management, 6(3), 180-199.

Darul Quran, (tt.). Prospektus.

Hamidah, B., Mohd Yassir, J., Maheran, K. & Abd Halim, M. N. (2017). An Overview Of Governance And Accountability Of Tahfiz Institutions In Malaysian: Religious Councils Perspective. SHS Web of Conferences, 36, 00028.

Ika Sari, W.TD, Hasnah, H. & Yudi F. (2019). The Effects Of Good Governance And Fraud Prevention On Performance Of The Zakat Institutions In Indonesia: A Sharīʿah Forensic Accounting Perspective, International Journal of Islamic and Middle Eastern Finance and Management, 14(4), 692-712.

Ilhaamie, A.G.A., Asyiqin, A.H., Tengku Sarina Aini, T. K. & Asmawati, M.(2022). Tadbir Urus Islam di Darul Quran: Satu Kerangka Konsep dalam Pendidikan Tahfiz (Islamic Governance in Darul Quran: A Conceptual Framework of Tahfiz Education), Jurnal Sains Insani, Special Issue, 84-89.

Ketua Melaka, 21 Jan, Khidmat Lepasan Pengajian Tahfiz Amat Diperlukan – KM, MelakaKini

Mardhiah, Y., Zetty Nurzuliana, R. & Aslam Farah, S. (2018). Isu Dalam Pendidikan Tahfiz:

Satu Analisis. e-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan, PASAK3 2018, 23-24 April 2018, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Maszlee, M. (2018). Pendekatan Tawhidik Di Dalam Tatakelola Kerajaan Yang Baik (Good Governance): Satu Analisa Konsepsual [Tawhidic Approach in Government Good Governance: A Conceptual Analysis]. Ulum Islamiyyah Journal, 24, 31-42.

Maszlee Malik, (2017). Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia And Good Governance (1991- 2012). Ulum Islamiyyah, 21, (August), 1-14.

Mohamad Nordin, I. (2019). Konsep Rahmah Dalam Urus Tadbir. Siri ke 3. JAKIM:

Selangor.

Mohd Jamalil, I., Sabri, M., Tengku Intan Zarina, T.P. (2017). Kecemerlangan Pelajar Diploma Tahfiz al-Quran di Maahad Tahfiz, Pahang, Jurnal Darul Quran, 21, 55-73.

Mohd Jamalil, I., Sabri, M., Tengku Intan Zarina, T. P. & Nor Hafizi, Y. (2017). Strategi Kecemerlangan Institusi Pendidikan Tahfiz Al-Quran Di Malaysia: Satu Tinjauan Literatur. Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari, 15(1): 51-60.

Mokthar, I. (2014). Kelebihan Dan Manfaat Tadbir Urus Baik Serta Perkhidmatan Berkualiti Kepada Strategi Pemasaran Institusi Pengajian Tinggi Islam (IPTI). Disember

Muhammad Toriq, Y. & Abdul Razak, M. Z. (tt) Perkembangan Tahfiz Al-Quran: Suatu Kajian Di Darul Quran. Laporan Kajian Darul Quran.

Nordin, A. (2015). Memperkasa Darul Quran Ke Arah Memartabat Pendidikan Tahfiz Di Malaysia. Simposium Pendidikan Tahfiz Nusantara Dan Multaqa Huffaz Kali Ke IV, 1 - 3 Jun 2015, Darul Quran, JAKIM.

Shafawaty, M. S., Ram, Al J. S., & Azizi, A. B. (2017). Model Kajian Prestasi Tadbir Urus Koperasi Di Malaysia (A Research Model Of Cooperative Governance Performance In Malaysia). Journal of Humanities, Language, Culture And Business (HLCB), 1(3), 131- 144.

Sharifah Hayati, S.I., Asmak, A.R dan Mohd Izani, M.Z. (2008). Efektif Governan Dan Pelaksanaannya Dalam Pentadbiran Islam. Jurnal Syariah, 16, Keluaran Khas, 465-496.

(14)

Tuan Fatma, T. S. and Zuhairah Ariff, A. G. (2021). Corporate Governance Models for Higher Educational Institutions: An Analysis. Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 29 (S2): 149 – 168.

Zulkurnain, A. (2004). Kerjasama Sektor Awam dan Swasta dalam Efektif Governan di Malaysia Menurut Perspektif Islam. Sharifah Hayaati Syed Ismail (Ed.). Penerbit Universiti Malaya: Kuala Lumpur

Referensi

Dokumen terkait

Sering kali didalam teori yang mengatakan bahwa orang tua yang memberikan perhatian lebih kepada anaknya belum tentu berdampak positif terhadap prestasi yang dicapai oleh

Perkara ini telah ditegaskan sendiri oleh al-Ghazal i di dalam kitabnya al-Musta s f a dengan mengatakan sekiranya Isti h s a n bermaksud berpaling daripada

Dalam hal tersebut pendidikan juga dapat menjadi faktor pengahambat suatu kegiatan apapun yang telah disusun sedemikian seperti yang dikatakan oleh Bapak kepala desa ia mengatakan

Berdasarkan hasil observasi yang dilakukan oleh peneliti pada hari Ahad, 20 Februari 2022 terdapat beberapa ketua dari organisasi mahasiswa di fakultas agama islam yang memiliki nilai