• Tidak ada hasil yang ditemukan

Talking Point Brig. Jen. Dato' Prof. Dr. Kamaruddin Hussin Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis sempena Senamrobik dan Perjumpaan Mingguan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Talking Point Brig. Jen. Dato' Prof. Dr. Kamaruddin Hussin Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis sempena Senamrobik dan Perjumpaan Mingguan"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

BAHAGIAN MEDIA PNC - Suhana Page 1

TALKING POINT

BRIG. JEN. DATO’ PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SEMPENA SENAMROBIK DAN PERJUMPAAN MINGGUAN

PADA 11 MAC 2011

DI MULTIPURPOSE COURT KUBANG GAJAH

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

Yang Berbahagia Prof. Dr. Ismail Daut, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UniMAP

Yang Berusaha Encik Zuber Bin Haji Mohamad, Pemangku Pendaftar UniMAP,

Yang Berusaha Puan Saodah Hassan, Bendahari UniMAP,

Yang Berusaha Puan Mazmin Mat Akhir, Pustakawan Kanan,

Dekan-dekan dan Ketua-ketua Jabatan, serta kakitangan Universiti Malaysia Perlis yang saya dikasihi sekalian.

(2)

BAHAGIAN MEDIA PNC - Suhana Page 2

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

Selamat Pagi, Good Morning, Kalai Vannakam, Zao Shang Hao.

• Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadhrat Allah SWT kerana diberi keizinan olehNya untuk sama-sama kita berkumpul pada pagi yang berbahagia ini. Pertemuan mingguan ini sesungguhnya memberikan kepuasan yang tidak ternilai kepada saya. Sesungguhnya, tempoh sekitar 1 jam untuk pertemuan ini bukan sahaja akan mendekatkan saya dengan warga UniMAP yang saya kasihi, malah pengisian pertemuan ini yang dimulakan dengan aktiviti senamrobik turut mendatangkan manfaat yang cukup besar buat kita semua.

• Adakah anda sedar, bahawa aktiviti senaman sekitar 30 minit sehari sangat penting untuk kekal sihat dan mengurangkan risiko kesihatan, dan sekiranya kita mampu menjadikannya rutin harian kita sekurang- kurangnya akan berada dalam kategori sihat sederhana.

• Pendapat ini sebenarnya adalah hasil penyelidikan Dr.

Steven N. Blair. Pengarah Epidemologi dan Aplikasi Klinikal di Institut Cooper Bagi Penyelidikan Aerobic di Dallas, Texas, USA.

(3)

BAHAGIAN MEDIA PNC - Suhana Page 3

• Menurut beliau dalam kajiannya, sememangnya sukar untuk mengurangkan berat badan tetapi seseorang itu masih boleh gemuk dan sihat dengan selalu bersenam.

Manusia umumnya pantas menyalahkan obesiti bagi pelbagai penyakit kronik dan punca kematian sedangkan ketiadaan kegiatan fizikal yang turut sama bertanggungjawab bagi peningkatan bilangan kematian di dunia, tidak diberi perhatian.

• Maka atas sebab itulah, saya akan sentiasa mencari waktu terluang untuk kita berkumpul dan bersenam sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.

Ladies and Gentlemen,

• I have just returned from Cambodia with i-ENVEX 2011 delegates and Alhamdulillah, so far I am very satisfied with the entries received, especially from the foreign countries. As of today, 10 countries have confirmed their participations and it is a big improvement compared to only two countries at the invitation last year.

• Indeed, the involvement of international participants in the competition this time is in line with our vision and UniMAP strategic thrust which focuses on the international activities in enriching the knowledge of

(4)

BAHAGIAN MEDIA PNC - Suhana Page 4

internationalization and commercialization through research and innovation.

• And for that reason, we have to double up our efforts in drawing the participation of students from foreign universities, colleges and institutions. Congratulations to i-ENVEX Envex Young Researcher Club (

Hadirin hadirat sekalian

EYReC) and the secretariat for their effort and hard work.

• Saya baru sahaja pulang dari Cambodia bersama-sama delegasi i-ENVEX 2011 dan Alhamdulillah, sehingga kini saya amat berpuas hati dengan penyertaan yang diterima terutama dari negara-negara luar. Sehingga hari ini, 10 buah negara telah mengesahkan penyertaan masing-masing dan ia merupakan peningkatan yang cukup besar berbanding hanya dua negara jemputan pada tahun lalu.

• Sesungguhnya, penglibatan peserta antarabangsa pada pertandingan kali ini adalah selaras dengan hasrat dan teras strategik UniMAP 2011-2015 yang member fokus kepada aktiviti pengantarabangsaan dan berusaha memperkaya ilmu dan pengkomersilan melalui aktiviti penyelidikan dan inovasi.

(5)

BAHAGIAN MEDIA PNC - Suhana Page 5

• Maka atas sebab itulah, pada tahun ini, kita melipatgandakan usaha untuk menarik penyertaan daripada pelajar dan penuntut universiti-universiti, kolej dan institusi pengajian dari negara-negara luar. Tahniah dan syabas buat Sekretariat i-ENVEX dan Envex Young Researcher Club (EYReC)

• Dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan tahniah buat Unit Kajian Strategik yang berjaya menganjurkan Seminar Pemikiran Tun Dr. Mahathir bersempena dengan Istiadat Konvokesyen Khas.

• Alhamdulillah, saya difahamkan hampir 2,000 orang hadir memenuhi ruang Dewan 2020 untuk mendengar pelbagai perkongsian cerita dari insan-insan yang dekat dengan Tun Dr. Mahathir antaranya Tan Sri Sanusi Junid dan Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin.

• UKS juga turut berjaya menerbitkan sebuah buku

“Mahathir di Dada Akhbar” yang mengandungi koleksi pilihan petikan kata Tun Dr. Mahathir di dada akhbar.

Syabas dan tahniah. Semoga dengan adanya buku ini, dapat memberikan suntikan motivasi kepada kita untuk menjalankan tanggungjawab dengan lebih berkesan.

(6)

BAHAGIAN MEDIA PNC - Suhana Page 6

Hadirin dan hadirat sekalian,

• Seperti yang anda semua sedia maklum, UniMAP akan mengadakan istiadat Konvokesyen Khas pada 17 Mac ini (iaitu hari Khamis) bagi menganugerahkan Ijazah Kehormat Ulung Doktor Kejuruteraan kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun. Dr. Mahathir Mohamad dan Ijazah Kehormat Ulung Doktor Sains kepada isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

• Penganugerahan ini, merupakan sesuatu yang amat bersejarah, dan saya merasakan seluruh warga UniMAP pastinya tidak sabar untuk bertemu muka dengan mantan peneraju pentadbiran negara yang juga Bapa Pembangunan Moden.

• Justeru, saya amat berharap agar kita selaku penjawat awam akan menjaga susila serta menonjolkan sikap- sikap yang positif dikalangan tetamu yang bakal hadir kelak.

• Sentiasalah ramah dan menghulurkan bantuan sekiranya diperlukan. Kepada pegawai-pegawai yang bertugas sebagai Pegawai Pengiring, pastikan imej anda sentiasa kemas dan Info UniMAP sentiasa bersama anda.

(7)

BAHAGIAN MEDIA PNC - Suhana Page 7

• Jadi dalam ucapan ringkas ini, saya mengharapkan agar kita semua terus diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah untuk meneruskan bebanan tugas dan tanggungjawab yang terpikul di bahu kita untuk jangka masa yang lebih panjang lagi.

Lebat kemiri pohonnya rendah, Dahan terikat tali perkasa;

Sepuluh jari kami menadah, Mohon berkat yang Maha Esa.

Sekian,

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Referensi

Dokumen terkait

Kepada semua yang terlibat dalam SUKANUN, saya berharap saudara saudari akan membanggakan saya dengan layanan, komitmen dan kerjasama sesama kita dan juga kepada tetamu yang datang

Dalam perkembangan lain, pada lawatan kerja itu juga, anak syarikat UniMAP, UniMAP Holdings telah bermurah hati untuk menaja lima pelajar Bosnia untuk mengikuti pengajian di UniMAP..

Alhamdulillah, selesai sudah Kejohanan Woodball Universiti Asia AUWC 2013 anjuran bersama UniMAP dengan kerjasama Majlis Sukan Universiti Asean AUSC dan Majlis Sukan Universiti Malaysia

Saya berharap semua warga UniMAP akan kenal dengan Yang DiPertua MPP yang baru iaitu Saudara Azwan Syahmie bagi memudahkan kerjasama antara MPP dan juga staf bagi apa jua pelaksanaan

Justeru, saya amat berharap anda semua dapat menyelesaikannya dalam tempoh yang singkat memandangkan kita kini seharusnya sudah melangkah ke fasa pelaksanaan dan bukan lagi

Lebih membanggakan lagi, UniMAP dan PDRM telah menandatangani satu MOU bagi menjalankan kerjasama di mana UniMAP menawarkan kepakaran untuk membantu PDRM dalam membangunkan produk dan

Info Kesihatan – Bahagian Media UKK AidaOthman PROGRAM TELAH BERLANGSUNG Warga UniMAP yang saya kasihi PERLIS 4.0 & MALAM KILAUAN CAHAYA 11.. Petang Rabu lepas iaitu pada 25

Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir pada pagi ini, saya berharap agar pada pagi yang indah lagi permai ini, semua warga UniMAP sihat, cergas dan cerdas dalam