• Tidak ada hasil yang ditemukan

TALKING POINT

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "TALKING POINT"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

Bahagian Media PNC – Aida Othman

TALKING POINT

BRIG. JEN. DATO’ PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS

SEMPENA SENAMROBIK DAN PERJUMPAAN MINGGUAN PADA 1 MAC 2011

DI MULTIPURPOSE COURT KUBANG GAJAH Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

Yang Berbahagia Prof. Dr. Ismail Daut, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UniMAP

Yang Berusaha Encik Zuber Bin Haji Mohamad, Pemangku Pendaftar UniMAP,

Yang Berusaha Puan Saodah Hassan, Bendahari UniMAP, Yang Berusaha Puan Mazmin Mat Akhir, Pustakawan Kanan, Dekan-dekan dan Ketua-ketua Jabatan, serta kakitangan Universiti Malaysia Perlis yang saya dikasihi sekalian.

(2)

Bahagian Media PNC – Aida Othman

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

Selamat Pagi, Good Morning, Kalai Vannakam, Zao Shang Hao.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadhrat Allah SWT kerana diberi keizinan olehNya untuk sama-sama kita berkumpul pada pagi yang berbahagia ini untuk merapatkan lagi hubungan sesama kita warga kerja UniMAP dalam aktiviti mingguan kita iaitu Perjumpaan Mingguan Bersama Naib Canselor. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua warga UniMAP yang hadir pada hari ini. Ini benar-benar menunjukkan komitmen anda yang jitu terhadap aktiviti yang UniMAP anjurkan. Syabas dan tahniah diucapkan.

Ladies and gentlemen,

Time flies so fast and February has come to an end. As we all know, last week was a busy week for all of us. Various programs and activities we were organized during the weekends. Congratulations and thank you to all staff for your commitment and endless support in ensuring the success of the programs.

(3)

Bahagian Media PNC – Aida Othman

As we all know, there were three categories competed in MUROC 2011: Rope Climbing Robot, Fire Fighting Robot and Paintball Robot. I am proud to share the good news that we have won the top three placing in each category.

For Paintball Robot, UniMAP emerged as a runner up, while the Rope Climbing Robot and Fire Fighting Robot, UniMAP finished third. Congratulations on a job well done!

Hadirin dan hadirat sekalian,

Selama 5 hari bermula 23 hingga 27 Februari 2011 yang lalu, telah berlangsungnya 1st Asean University Tennis Championship 2011 atau

Kejohanan ini berjaya menghimpunkan 80 perseorangan lelaki, 41 perseorangan wanita, 36 regu lelaki, 19 regu wanita dan 24 regu campuran. Satu jumlah penyertaan yang agak besar bagi satu penganjuran yang pertama kali dianjurkan.

Syabas dan tahniah kepada jawatankuasa penganjur kejohanan ini. Walaupun keputusan penuh kejohanan ini dimonopoli oleh universiti luar namun saya percaya ini adalah permulaan bagi kita. Masih ada masa untuk kita berusaha

Kejohanan Tenis Jemputan Universiti Asean 2011 yang melibatkan penyertaan 13 IPTA, 2 Politeknik, 2 IPTS dan 3 universiti luar iaitu dari Thailand dan Filipina.

(4)

Bahagian Media PNC – Aida Othman

memperbaiki persembahan kita dan saya percaya kita bakal memperbaiki keputusan kejohanan ini pada tahun hadapan.

InsyaAllah.

Hadirin sekalian,

Buat pertama kalinya, kita telah mengadakan Pilihanraya Kampus bagi memilih 31 calon bagi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2010/2011. Syukur kehadrat Allah S.W.T, pilihanraya yang diadakan ini tidak mengalami sebarang kekecohan. Saya berasa gembira kerana seramai 14 calon menawarkan diri bagi merebut kerusi Umum manakala 9 calon menawarkan diri bagi merebut kerusi di PPIPT, PPK Mekatronik dan PPM Komputer dan Perhubungan. Keputusan pemilihan yang telah saya umumkan itu sebenarnya berdasarkan pemilihan yang dilakukan oleh para pelajar kita dan saya yakin, mereka memilih wakil-wakil mereka yang benar-benar berkaliber dan layak bersuara bagi pihak mereka.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Rasanya tidak lengkap jika saya akhiri ucapan saya tanpa berpantun. Di sini saya ingin menyampaikan dua rangkap pantun...

(5)

Bahagian Media PNC – Aida Othman

Pencapaian MURoC 2011, telahpun diperbaiki, ASEAN Tenis 2012 pula, jadi penantian, Pelbagai kejayaan, telahpun kita miliki, Cara mengekalkannya pula, harus difikirkan.

MPP 2010/2011, telahpun dipilih, Harapan tergalas, di bahu mereka, Semoga prestasi UniMAP, kembali pulih,

Menjadi institusi, pilihan semua

Dengan itu, saya sudahi ucapan saya pada pagi ini dengan Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh….

Referensi

Dokumen terkait

ALHAMDULILLAH BERSYUKUR KE HADRAT ALLAH SWT KERANA DENGAN LIMPAH KURNIANYA DAPAT KEPADA KITA BERKUMPUL BERSAMA-SAMA PADA MALAM INI DENGAN PELAJAR PASCA SISWAZAH

Unit Media PNC – Aida Othman Alhamdulillah, marilah kita menadah tangan mengucap syukur kehadrat Allah S.W.T kerana mengizinkan kita berkumpul pada petang yang berbahagia

subhanahu wa ta’ala kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya dapat kita bersama-sama berkumpul di Dewan Canselor Universiti Teknologi PETRONAS pada pagi yang mulia

Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan izin-Nya, kita semua dapat bersama-sama meraikan penutupan program Pertandingan Multimedia

Oleh itu, dikesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada pemuisi-pemuisi kita kerana berjaya turut serta dalam program tersebut.. Buat ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus,

Rasanya tidak perlu untuk saya berucap dengan lebih panjang lagi, semoga apa yang saya sampaikan pada pagi ini akan menjadi iktibar serta dapat meningkatkan semangat kita semua bagi

Rasanya tidak perlu untuk saya berucap dengan lebih panjang lagi, semoga apa yang saya sampaikan pada pagi ini akan menjadi iktibar serta dapat meningkatkan semangat kita semua bagi

Unit Media PNC – Aida Othman Alhamdulillah, marilah kita menadah tangan mengucap syukur kehadrat Allah S.W.T kerana mengizinkan kita berkumpul pada petang yang berbahagia ini dalam