TEKS UCAPAN
BRIG.JEN.DATUK PROF.DR.KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UniMAP
SEMPENA MAJLIS PENUTUPAN FESTIVAL KONVOKESYEN KALI KE-9 (FESTKON9)
PADA 28 SEPTEMBER 2014
BERTEMPAT DI PERKARANGAN DATARAN BOULEVARD, KAMPUS PAUH PUTRA, PERLIS.
Bismillahirahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam 1 Malaysia.
Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP,
SALUTASI
Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Mohd Fo’ad Sakdan, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UniMAP
Pegawai- pegawai Utama UniMAP Penolong-Penolong Naib Canselor
Dekan – Dekan dan Ketua Jabatan UniMAP Wakil-wakil dari Karangkraf
Para Penaja, wakil-wakil media, Para pelajar seterusnya
Hadirin dan hadirat yang saya raikan sekalian.
KATA ALU-ALUAN
1. Alhamdulillah, dengan izin dan inayah Allah maka kita dapat berhimpun di Majlis Perasmian Penutupan Festival Konvokesyen UniMAP kali ke- 9 1 Disediakan Siti Sharina HEPA- Edited Unit Media (Shafinaz)
pada malam ini. Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua ahli sekretariat FestKon 9, dengan kerjasama Karangkraft dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni serta jabatan-jabatan UniMAP yang telah bertungkus-lumus dalam memastikan penganjuran Festival Konvokesyen kali ke-9 ini berjalan dengan jayanya.
2. Pengorbanan dan usaha gigih dari semua pihak amat saya hargai. Saya percaya tanpa kerja keras dan iltizam yang sentiasa membara dalam jiwa dan sanubari setiap warga UniMAP, majlis seumpama ini sukar dilaksanakan. Ibarat kata bijak pandai, “Pisang Sesikat, Susu Sebelanga, Tanda Bermuafakat Bersama-Sama.”
Hadirin sekalian,
FESTKON 9
3. Majlis yang dianjurkan saban tahun ini merupakan satu program yang lazimnya diadakan sebagai meraikan bakal graduan UniMAP setiap tahun. Syabas dan tahniah diucapkan kepada para graduan UniMAP yang telah berjaya menamatkan pengajian dan berjaya menerima segulung ijazah setelah bersungguh-sungguh menimba ilmu selama berada di UniMAP.
4. Harapan saya, agar anak-anak sekalian dapat menggunakan segala ilmu dan pengalaman yang diperolehi di sini dengan sebaiknya untuk membantu masyarakat seterusnya menjanakan ekonomi Negara.
5. Sesungguhnya, saya amat berbangga dengan mahasiswa UniMAP kerana telah berjaya menguruskan penganjuran Festival Konvokesyen kali ke-9 ini atau lebih mesra dikenali sebagai FESTKON 9 dengan begitu gilang-gemilang dan buat julung kalinya diadakan di kawasan
2 Disediakan Siti Sharina HEPA- Edited Unit Media (Shafinaz)
Kampus Pauh Putra ini bertemakan “Berminda Usahawan, Berjiwa Ilmuan”.
6. Pemilihan tema yang ringkas namun mempunyai pengisian yang mendalam untuk mendidik mahasiswa agar menjadi lebih proaktif dan memberi peluang kepada mahasiswa untuk mengasah bakat dalam bidang perniagaan.
7. Selain itu ia turut melatih kepimpinan pelajar melalui pengurusan majlis dan kewangan perniagaan seterusnya mampu menyemai sikap keusahawan dalam diri mahasiswa apabila mereka berpeluang berinteraksi dengan pengunjung.
8. Alhamdulillah, saya difahamkan sebanyak 51 program yang telah dianjurkan mendapat sambutan yang amat menggalakan daripada para pengunjung dan mahasiswa UniMAP. Sepanjang 6 hari FESTKON 9 ini berlangsung, dianggarkan jumlah kutipan jualan telah mencapai sebanyak RM40,000 dengan 90 gerai di tapak FESTKON kali ini.
Syabas dan tahniah kepada semua sekretariat, terutama kepada para mahasiswa UniMAP kerana telah berjaya menterjemahkan hasrat dan misi universiti yang selama ini bukan sahaja untuk melahirkan graduan yang berpendidikan tinggi dan cemerlang dari aspek pendidikan bahkan melahirkan modal insan kamil yang menyumbang kepada pembangunan dan daya saing industri Negara.
9. Harapan saya semoga, kejayaan ini dapat diteruskan lagi dan menjadi satu contoh teladan yang baik untuk “para junior” UniMAP untuk meneruskan tradisi ini, dengan memberikan kepercayaan penuh kepada mahasiswa untuk mengendalikan program seumpama ini.
PENUTUP
Hadirin dan hadirat sekalian,
3 Disediakan Siti Sharina HEPA- Edited Unit Media (Shafinaz)
10. Rasanya cukuplah setakat ini saja ucapan saya pada malam ini, di kesempatan ini, sekali lagi dengan tulus ikhlas, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dan sekalung tahniah buat seluruh jawatankuasa FESTKON 9 atas kejayaan menganjurkan program ini.
11. Juga kepada para pengunjung semoga mendapat banyak manfaat daripada kunjungan anda di sini. Semoga usaha dan kerjasama ini akan berterusan di masa-masa akan datang.
Akhir kata, dengan lafaz Bimillah hirrahman nirrahim, saya menutup FESTKON Ke-9 UniMAP, sekian,
Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh.
4 Disediakan Siti Sharina HEPA- Edited Unit Media (Shafinaz)