• Tidak ada hasil yang ditemukan

TEKS UCAPAN PERASMIAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "TEKS UCAPAN PERASMIAN"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

TEKS UCAPAN PERASMIAN

YB DATUK HAJAH ZURAIDA BINTI KAMARUDDIN MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

BAGI PROGRAM KNOWLEDGE SHARING & TRAINING SESSION: HOW TO ACCELERATE THE IMPLEMENTATION OF

SMART CITIES IN MALAYSIA DIBACAKAN OLEH :

YB DATO’ SRI DR HJ ISMAIL BIN HJ ABD MUTTALIB

TIMBALAN MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN 15 MAC 2021, 9.10 PAGI

DEWAN KRISTAL KPKT

(2)

2 dan salam sejahtera

YBhg. Tan Sri Datuk Ir. Ahmad Tajuddin Ali Pengerusi Bersama

Malaysian Industry-Government Group For High Technology

(MIGHT)

YBhg. Datuk Dr. Mary Wong Lai Lin Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar)

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan YBhg. Datuk Dr. Mohd Yusoff Sulaiman

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif

Malaysian Industry-Government Group For High Technology

(MIGHT)

YBrs. Dr Siti Muhaza Binti Sheikh Zainal Setiausaha Bahagian Dasar dan Inspektorat

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan YBrs. Puan Nor Azalina Yusnita Binti Abdul Rahman Pengarah I-KPKT

Seterusnya, YBhg. Dato’ Sri, Dato’-Dato’, Tuan-tuan, Puan-puan, semua YDP dan wakil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bersiaran secara maya (boleh lambaikan tangan di skrin), ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai Kementerian dan Agensi, wakil-wakil media serta semua peserta yang saya hormati sekalian.

(3)

PENDAHULUAN

Saya ingin menyampaikan salam penuh takzim daripada YB Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Datuk Hajah Zuraidah Binti Kamaruddin yang tidak dapat bersama-sama kita pagi ini disebabkan tuntutan tugas rasmi yang lain, dan YB Menteri turut mendoakan supaya program Knowledge Sharing ini yang bakal berlangsung selama 2 hari ini dapat berjalan dengan lancar dan jayanya.

Seterusnya, saya akan membacakan teks ucapan YB Menteri yang telah diamanahkan kepada saya pada pagi yang berbahagia ini.

YBhg. Tan Sri, Datuk Datuk, Datin Datin, Tuan Tuan, Puan Puan dan semua peserta yang saya hormati sekelian

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t di atas limpah kurniaNya memberi kesempatan kepada kita untuk bersama-sama menjayakan program yang sungguh bermakna ini iaitu “Knowledge Sharing & Training Session: How To Accelerate

The Implementation of Smart Cities in Malaysia”. Di sini juga saya

ingin mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT), agensi di bawah KPKT, kerana berjaya menganjurkan sebuah program perkongsian ilmu yang amat signifikan ini kepada semua pegawai dan warga kerja Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Malaysia. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada pihak yang turut berkolaborasi bersama I-KPKT iaitu Malaysian Industry-Government Group For High

Technology (MIGHT), PLANMalaysia, URBANICE Malaysia, Malaysia Smart Cities Alliance (MSCA) dan United Nations Industrial Development Organization (UNIDO). Program ini khusus diadakan

untuk PBT di seluruh Malaysia di bawah Program Global Environment

(4)

4

LATAR BELAKANG I-KPKT

YBhg. Tan Sri, Datuk Datuk, Datin Datin, Tuan Tuan, Puan Puan dan semua peserta yang saya hormati sekelian

Sebagaimana yang sedia maklum, I-KPKT adalah sebuah pusat latihan yang ditubuhkan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dan pada tahun ini I-KPKT akan menyambut ulangtahun penubuhannya yang Ke 10. Di I-KPKT, pelbagai kursus dan fasiliti disediakan bagi menjalankan kursus-kursus teknikal yang berkaitan dengan KPKT dan juga PBT yang bernaung di bawah 6 pusat pengajiannya.

Pada kali ini I-KPKT telah diberi kepercayaan untuk menganjurkan sebuah program yang berskala besar di dalam norma baharu dan sungguh relevan kepada semua PBT di Malaysia dengan berkolaborasi bersama MIGHT, PLANMalaysia, URBANICE, MSCA dan UNIDO. Melalui penganjuran ini saya percaya I-KPKT akan mendapat pengalaman yang sangat luas untuk mengendalikan program seperti ini pada masa yang akan datang, sama ada secara maya atau fizikal, selari dengan norma baharu dan pasca COVID 19.

BANDAR PINTAR

YBhg. Tan Sri, Datuk Datuk, Datin Datin, Tuan Tuan, Puan Puan dan semua peserta yang saya hormati sekelian

Bandar pintar ialah sebuah kawasan bandar yang menggunakan pelbagai jenis teknologi dan data elektronik di dalam menguruskan aset dan sumbernya agar menjadi cekap, bersistematik dan teratur. Ia diterapkan di dalam pelbagai pelaksanaannya seperti kawalan lalu lintas, rangkaian bekalan air dan elektrik, pengurusan sisa pepejal, penguatkuasaan undang-undang, pengoperasian hospital, sekolah, pejabat dan lain-lain keperluan komuniti. Ia mengintegrasikan di antara teknologi maklumat dan komunikasi manakala pelbagai peranti fizikal akan digunakan untuk menghubungkan rangkaian internet dengan

(5)

operasi dan seterusnya kepada rakyat. Pada masa ini dianggarkan lebih 70% daripada penduduk di negara ini tinggal di bandar dan peratusan ini dijangka terus meningkat di mana pada tahun 2021 dijangkakan lebih 75% penduduk negara ini tinggal di bandar. Kepesatan proses perbandaran ini akan menyebabkan isu-isu perbandaran menjadi semakin kompleks. Desakan penduduk untuk mendapatkan perkhidmatan perbandaran yang lebih berkualiti akan turut meningkat dari semasa ke semasa.

Kerajaan Malaysia telah mula menggalakkan semua PBT untuk menghasilkan idea dan cara baru dalam mempromosikan perancangan bandar pintar, perkhidmatan pengurusan bandar pintar dan pentadbiran bandar pintar. KPKT telah menyediakan rangka kerja menyeluruh untuk Rangka Tindakan bagi pembangunan Bandar Pintar di Malaysia. Rangka Tindakan ini akan menjadi garis panduan umum bagi semua PBT di Malaysia dari sudut mekanisme pelaksanaan dan pemantauan berhubung Pembangunan Bandar Pintar. Perkembangan bandar pintar juga dapat meningkatkan Daya Saing Bandar-bandar di Malaysia serta dapat membuktikan komitmen Malaysia dalam menonjolkan agenda global seperti Sustainable Development Goals (SDGs). Bandar Pintar merupakan sebuah bandar yang menggunakan teknologi terkini dan digital dalam usaha menangani masalah lazim di bandar-bandar antaranya seperti kesesakan lalu lintas, pencemaran, ancaman keselamatan penduduk dan bencana alam. Konsep tersebut dibawa ke negara ini untuk meningkatkan lagi kualiti hidup masyarakat bandar dan pada masa ini, lima lokasi telah menjadi projek perintis bagi konsep bandar pintar ini iaitu Kulim, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching.

PROGRAM PERKONGSIAN ILMU

YBhg. Tan Sri, Datuk Datuk, Datin Datin, Tuan Tuan, Puan Puan dan semua peserta yang saya hormati sekelian

Malaysia telah melangkah ke fasa baru di dalam pelaksanaan bandar pintar. Jika di peringkat awalnya KPKT telah berusaha untuk membina kefahaman di kalangan PBT tetapi kini fokus perlu diberikan

(6)

6 ke arah pelaksanaan bandar pintar itu sendiri secara komprehensif. Bertitik tolak daripada itu, I-KPKT sebagai peneraju dan hub latihan di KPKT telah berkolaborasi dengan rakan-rakan strategik mereka untuk menganjurkan sebuah program yang sangat signifikan dan relevan ini kepada semua PBT yang akan berlangsung selama 2 hari iaitu pada hari ini dan esok (15 dan 16 Mac 2021).

Sepanjang program ini berlangsung, terdapat 7 modul yang akan dikongsikan dengan semua PBT di mana setiap modul akan memberikan penekanan terhadap subjek-subjek tertentu seperti pelaksanaan bandar pintar yang selari dengan aspirasi negara, proses pembangunan dan perancangan, kolaborasi dan rakan strategik, sumbangan bandar pintar terhadap SDG, bandar pintar sebagai alat untuk penyesuaian terhadap norma baharu ketika dan selepas COVID 19, pengenalpastian teknologi yang tepat di dalam pelaksanaan bandar pintar dan yang paling penting ialah bagaimana untuk mendapatkan dana di dalam pelaksanaan bandar pintar di peringkat akar umbi.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua moderator, speaker dan ahli panel yang terlibat di dalam menjayakan program ini. Syabas saya ucapkan dan saya berharap akan lebih banyak program seperti ini diadakan pada masa yang akan datang demi memperkasakan lagi penerapan dan pelaksanaan bandar pintar di seluruh Malaysia. Saya percaya program ini sangat bermanafaat kepada semua peserta yang terlibat. Kini sudah sampai masanya bandar pintar dilaksanakan di segenap lapisan PBT dengan mengikut acuan yang tersendiri. Saya juga percaya semua PBT ingin melihat kawasan pentadbirannya agar tidak ketinggalan daripada arus pelaksanaan bandar pintar ini asalkan ia bersesuaian dengan kemampuan dan kapasiti PBT itu sendiri.

Saya berharap agar semua peserta menggunakan program ini sebaik yang mungkin untuk menimba ilmu dan pengetahuan agar ilmu ini dapat dibawa pulang ke PBT masing-masing dan seterusnya dilaksanakan tanpa sebarang kesulitan dan halangan.

(7)

YBhg. Tan Sri, Datuk Datuk, Datin Datin, Tuan Tuan, Puan Puan dan semua peserta yang saya hormati sekelian

Akhir kata, saya ingin mengucapkan selamat menimba ilmu kepada semua peserta yang terlibat di dalam program ini pada hari ini dan esok. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua moderator, speaker dan ahli panel yang terlibat di dalam menjayakan program ini. Tanpa anda sudah pasti program ini sama sekali tidak dapat dilangsungkan dengan sempurna. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi syabas kepada I-KPKT selaku penganjur utama program ini dan tak lupa juga kepada rakan-rakan kolaborasinya iaitu MIGHT, PLANMalaysia, URBANICE, MSCA dan juga UNIDO. Oleh yang demikian, saya dengan lafaz dengan ini merasmikan PROGRAM KNOWLEDGE SHARING &

TRAINING SESSION: HOW TO ACCELERATE THE IMPLEMENTATION OF SMART CITIES IN MALAYSIA yang

akan berlangsung pada hari ini dan esok.

Referensi

Dokumen terkait

Keterampilan tersebut meliputi keterampilan mengajukan pertanyaan termasuk kategori baik; bekerja sama dalam kelompok termasuk kategori sangat baik; menanggapi

Setelah mempelajari materi ini peserta didik mampu menjelaskan cara kerja remote server, mengidentifikasikan Aplikasi yang sesuai dengan remote server, menelaah langkah-langkah

Tidak terlambat rasanya untuk saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) kerana telah mendapat

Perangkat kegiatan perencanaan Bantuan Operasional Kesehatan (BOK) yang mempunyai daya ungkit terhadap program Kesehatan Ibu dan Anak (KIA) terutama

Beri contoh dari  bahasa yang menjadi program studi anda atau dari bahasa lain yang anda

Pada Gambar 4 dan Tabel 4 kondisi anchoring ditunjukkan hasil perhitungan lebih banyak memiliki nilai tegangan jatuh kurang dari standar IEC 5% [7] dibandingkan dengan

Dalam daerah Margosari sendiri berbagai Pemondokan mahasiswa antara rumah tinggal dengan pemondokan, juga rumah khusus pemondokan mahasiswa,sesuai penulis

No. Rancangan peleburan BKD sesuai dengan butir IV.C.2 SEOJK tentang BKD. 2 Persetujuan para pemilik BKD yang melakukan peleburan BKD. 3 Rancangan neraca dan laporan