• Tidak ada hasil yang ditemukan

Teks Ucapan Naib Canselor Sempena Majlis Perasmian Perkampungan SUKMA IX 2002

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Teks Ucapan Naib Canselor Sempena Majlis Perasmian Perkampungan SUKMA IX 2002"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Pengemudi Lepa Sakti Koleksi Ucapan Naib Canselor UMS

MAJLIS PERASMIAN PERKAMPUNGAN SUKMA IX 2002

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan ketibaan YAB Datuk Chong Kah Kiat, Ketua Menteri Sabah dan mengucapkan selamat datang ke Majlis Perasmian Perkampungan Sukan Malaysia atau SUKMA Kali Kesembilan di UMS. kepada semua ketua kontingen, pengurus pasukan, jurulatih serta atlit dad seluruh negeri termasuk kontingen jemputan daripada Brunei Darussalam dan Northern Territory ofAustralia ke kampus UMS.

Semoga anda semua dapat menikmati kemudahan penginapan yang selesa dan kondusif serta dapat melihat pemandangan indah di kampus ini sebagai pemangkin dan pendorong kepada semangat juang para atlit mencapai kejayaan dalam acara sukan masing-masing.

Penghargaan dan Manfaat SUKMA

Pada hemat saya, sesungguhnya majlis ini merupakan satu lagi sejarah manis kepada UMS khasnya dan Sabah amnya, dalam proses pembangunan universiti yang kini berusia lapan tahun. Justeru itu, bagi pihak seluruh warga universiti, kami berasa bangga dan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Sabah yang telah memberi kepercayaan penuh kepada UMS untuk menjadi tuan rumah perkampungan SUKMA Kesembilan tahun 2002 ini.

Bagi pihak universiti juga, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada YAB Datuk Chong Kah Kiat, Ketua Menteri Sabah dan ahli-ahli kabinet negeri yang telah berjaya membawa Sukan Malaysia Kali Kesembilan pada tahun ini ke negeri Sabah. Saya yakin penganjuran sukan ini bukan sahaja dapat mem- perlihatkan kehebatan dan semangat juang para atlit dan seluruh negara, malah apa yang penting akan dapat meningkatkan lagi integrasi nasional dan serantau dengan penglibatan atlit daripada pelbagai negeri termasuklah pasukan jemputan dari luar negara.

Selain itu, dengan kehadiran ramai ahli rombongan sukan dan penyokong pasukan masing-masing, secara tidak langsung pastinya akan dapat meningkatkan sektor eko-pelancongan (eco-tourism) di negeri Sabah yang memang terkenal dengan keindahan dan kekayaan flora dan fauna dan kemesraan masyarakatnya.

Komitmen UMS

Sukan bukan sahaja bertujuan untuk mewujudkan masyarakat yang aktif dan mengamalkan gaya hidup yang cergas dan sihat, malah telah menjadi alat perpaduan dan integrasi yang utama. Dewasa ini sukan tidak lagi dianggap sebagai hobi, riadah ataupun untuk kecergasan fizikal semata-mata tetapi satu bentuk disiplin, untuk merealisasikan aspirasi dan objektif negara serta seterusnya membentuk satu keperibadian nasional.

Oleh yang demikian, UMS akan terus memberikan komitmen yang tinggi dalam pembangunan sukan.

Kemudahan sukan yang dapat kita lihat pada harf ini merupakan kemudahan yang dibangunkan dalam projek pembangunan universiti Fasa satu yang bernilai lebih RM1.4 billion.

Kini Fasa Dua sedang berjalan dengan lancar yang turut melibatkan beberapa pembangunan kompleks sukan yang lain seperti stadium hoki (bertaraf astro-turt) yang kini 90 peratus slap sepenuhnya dan stadium tertutup untuk kolam renang acara indoor game lain. Selain itu, pusat gimnasium juga telah slap dibangunkan yang kini terletak di Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial (SPPS).

253

(2)

Pengemudi Lepa Sakti

Koleksi Ucapan Naib Canselor UMS

R&D Pendidikan Sukan UMS

Dad segi penyelidikan dan pembangunan pendidikan sukan pula, UMS telah memulakan program pengajian sains sukan dengan pengambilan pelajar pertama seramai 26 orang pada sesi ini. Program ini bertujuan untuk melahirkan lebih ramai tenaga pakar dalam bidang sains sukan yang melibatkan tiga bidang pengkhususan utama, iaitu pengurusan sukan, kejurulatihan dan pendidikan jasmani dan kesihatan.

Saya yakin, dengan adanya program ini, UMS akan dapat melahirkan lebih ramai para pegawai sukan yang berpengetahuan, berkemahiran dan bersifat profesional untuk kepentingan dan pembangunan pengurusan sukan negara.

Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YAB Chong Kah Kiat, Ketua Menteri Sabah yang telah meluangkan masa menghadiri dan seterusnya merasmikan Perkampungan SUKMA Kali Kesembilan ini.

Setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada pihak YB Datuk Hj. Yahya Hussin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, negeri Sabah yang sering menghulurkan bantuan dan kerjasama.

Seterusnya kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan perkampun- gan SUKMA Kesembilan ini. Kepada para pegawai, urus setia dan sukarelawan UMS, syabas dan tahniah diucapkan di atas komitmen dan dedikasi anda yang amat tinggi nilainya bagi memastikan universiti kita menjadi urus setia perkampungan SUKMA terbaik yang pemah dianjurkan.

Untuk itu juga, bagi pihak universiti, saya memohon kemaafan sekiranya terdapat sebarang kekurangan di sepanjang pengurusan perkampungan SUKMA ini. Pihak universiti akan memberikan kerjasama dan per- hatian sepenuhnya bagi memastikan pengurusan perkampungan SUKMA Kali Kesembilan ini mencapai objektifnya. Selamat berkampung di UMS, semoga maju jaya dan majulah sukan untuk negara.

Ucapan di Majlis Perasmian Perkampungan SUKMA IX 2002 dl Kompleks Sukan Universiti Malaysia Sabah pada 5 September 2002.

254

Referensi

Dokumen terkait

Dalam hubungan tersebut, UMP amat mengalu-alukan program pada hari ini yang diterajui oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan kerjasama Jabatan Agama

Kepada graduan program pembelajaran sepanjang hayat kelolaan UMP Advanced Education Sdn Bhd pula, saya berharap bahawa ijazah Sarjana Eksekutif, Diploma Profesional dan

Mengakhiri ucapan, saya dengan sukacitanya mengisytiharkan bahawa semua 576 graduan yang diijazahkan dalam Sesi Kedua, Majlis Konvokesyen Ke-11 pada petang ini secara

Aktiviti utama yang dijalankan di NewCleus Centres untuk mengenalpasti padanan produk dan pasaran untuk pembangunan produk dan pelarasan produk yang sedang dibangunkan. 120

Sebelum mengakhiri persembahan ucapan ini, patik mohon ampuni limpah perkenan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku bagi patik merakamkan ucapan penghargaan dan

Dalam titah baginda semasa Majlis Berbuka Puasa bersama warga universiti ini pada 4 Oktober yang lalu, Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Canselor telah memberikan ingatan

Melihat kepada susunan aktiviti mulai 7 hingga 9 Mac 2016, kreativiti dan inovasi perancangan dan pengurusan acara seperti disebutkan di awal ucapan tadi

subhanahu wa ta’ala kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya dapat kita bersama-sama berkumpul di Dewan Canselor Universiti Teknologi PETRONAS pada pagi yang mulia