• Tidak ada hasil yang ditemukan

UCAPAN DI MAJLIS KONVOKESYEN KEDUA OUM OLEH YBHG TAN SRI PRESIDEN. Yang Berbahagia Tan Sri Dato Azman Hashim. Pro-Canselor Open University Malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "UCAPAN DI MAJLIS KONVOKESYEN KEDUA OUM OLEH YBHG TAN SRI PRESIDEN. Yang Berbahagia Tan Sri Dato Azman Hashim. Pro-Canselor Open University Malaysia"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

UCAPAN DI MAJLIS KONVOKESYEN KEDUA OUM OLEH YBHG TAN SRI PRESIDEN

Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Azman Hashim Pro-Canselor Open University Malaysia

dan Yang Mulia Tunku Arishah Tunku Maamor

Yang Berhormat Dato’ Mustapa Mohamed Menteri Pengajian Tinggi Malaysia

Dan YBhg Datin Khamarzan Ahmad Meah

Yang Berbahagia Profesor Dr Mohd Kamal Hassan Pengerusi Lembaga Pengarah OUM

Presiden/Naib Canselor/Ketua Eksekutif ;

Institusi Pengajian Tinggi Dalam dan Luar Negara;

Dif-dif Jemputan;

(2)

Warga OUM;

Para Pelajar OUM dan Keluarga ;

serta Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian.

Pada pagi yang mulia ini marilah kita bersama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala, kerana dengan limpah kurniaNya, kita dapat mengadakan Majlis Konvokesyen yang Kedua ini. Saya turut bersyukur kerana tuan-tuan dan puan-puan, khasnya para graduan dan ibu bapa, juga selamat sampai ke Kuala Lumpur untuk turut serta dalam majlis yang bersejarah ini.

To our distinguished guests from our sister universties and overseas, may I extend our warmest greetings and terima kasih. Your presence will certainly make our convocation ceremony a memorable one.

(3)

Sebelum saya meneruskan ucapan, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Mustapa Mohamed sempena perlantikan sebagai Menteri Pengajian Tinggi Malaysia pada 14 hb Februari baru-baru ini.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada saudara- saudari yang telah berjaya menamatkan pengajian dan seterusnya akan menerima ijazah dan diploma dalam majlis ini. Pencapaian ini tidak boleh terhasil tanpa kegigihan saudara-saudari yang boleh dianggap sebagai kumpulan perintis OUM.

(4)

Tatkala masyarakat mula mengenali OUM lima tahun yang lepas, saudara saudari telah meletakkan keyakinan dan kepercayaan untuk mengikuti program-program OUM; dan hasilnya dapat kita lihat pada hari ini. Namun dalam kita meraikan kejayaan saudara-saudari hari ini, janganlah kita lupa terhadap pengorbanan yang telah diberikan oleh anggota keluarga.

Saya berharap selepas ini, saudara-saudari akan meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi samada melalui OUM atau universiti-universiti lain. Ini bermakna pengajian saudara-saudari tidak berhenti di sini sahaja; bahkan perlu diteruskan, bersesuaian dengan falsafah pembelajaran sepanjang hayat. Dengan ini juga kita semua akan menyahut seruan Kerajaan supaya setiap tenaga pekerja negara ini akan maju ke hadapan, menjadi inovatif selaras dengan proses globalisasi dan pertandingan tanpa sempadan.

(5)

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN,

OUM merupakan satu-satunya universiti terbuka di Malaysia yang mempelopori Pembelajaran Terbuka Berjarak Jauh (ODL) dengan menggunakan model pedagogi terkini yang lebih anjal (flexible), iaitu

“pedagogi teradun” (blended pedagogy).

Kaedah ini mengizinkan pelajar melakukan pelbagai aktiviti pembelajaran yang berkisar kepada tiga (3) bentuk pembelajaran, iaitu (a) Pembelajaran Urusan Kendiri (Self-Managed Learning) (b) Pembelajaran Bersemuka (Face-to-Face Learning) dan (c) Pembelajaran Atas Talian (On-line Learning).

Dalam memperkukuhkan proses pembelajaran ini, pihak OUM sentiasa mengutamakan kepentingan dan keperluan pelajar sebagai teras halatujunya. Oleh itu, perhatian yang teliti dan terfokus akan diberikan kepada

(6)

kualiti pengajaran dan pembelajaran; dan ini merangkumi kualiti modul untuk pelajar, CD atau pita kaset. Begitu juga dengan tutor-tutor dan tenaga akademik separuh masa yang kami beri latihan dalam hal-hal berkaitan dengan pembelajaran terbuka dan jarak jauh.

Untuk mengikuti kecergasan sektor pendidikan tinggi di peringkat global, OUM juga tidak ketinggalan. On–line learning yang menjadi landasan pembelajaran yang penting pada masa ini sentiasa kami perbaiki untuk membolehkan pelajar dan seluruh warga OUM berinteraksi dengan menguasai aplikasi teknologi maklumat terkini. Oleh itu Learning Management System OUM atau myLMS yang kami bangunkan sendiri membolehkan pembelajaran atas talian dilangsungkan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa melalui akses internet.

(7)

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI SEKALIAN,

Dengan penggunaan model “pedagogi teradun”, pihak OUM telah berjaya mempelopori penggunaan teknologi pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai. Kini kami amat bangga kerana universiti-universiti ODL luar negara sedang mengkaji untuk menggunakan model ini.

Kejayaan ini, antara lain, adalah disebabkan keyakinan masyarakat yang tinggi dan sambutan yang baik terhadap konsep baru dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini, pihak OUM dapat

menjalankan tanggungjawabnya untuk mendemokrasikan pendidikan tinggi, sekaligus

membuka peluang kepada ramai rakyat negara ini termasuk yang sedang bekerja untuk mencapai cita-cita mereka; iaitu cita-cita untuk menerima ijazah di

(8)

peringkat yang tertinggi; memang sesuai dengan moto OUM; iaitu Universiti Untuk Semua.

Kami juga amat bertuah kerana diberi tanggungjawab untuk mensiswazahkan guru-guru yang berada di sekolah menengah dan rendah. Kini lebih daripada 17,000 guru-guru mengambil ijazah sarjana muda pendidikan dalam pelbagai jurusan di OUM.

Kepercayaan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menaikkan taraf pencapaian akademik guru- gurunya diseluruh negara kami ucapkan berbanyak terima kasih. Kami berharap usaha Kementerian ini dapat diteruskan supaya sistem pendidikan negara ini diperingkat sekolah dapat dipertingkatkan seterusnya.

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN,

Untuk makluman para hadirin, OUM mula beroperasi pada bulan Ogos tahun 2001 dengan pengambilan

(9)

seramai 753 orang pelajar. Pada semester Januari tahun ini, selepas lima tahun beroperasi, bilangan pelajar OUM sudah pun menghampiri 40,000 orang;

mencerminkan minat yang amat tinggi dikalangan rakyat Malaysia untuk memperolehi pendidikan tinggi. Satu kejayaan yang amat kami banggakan.

Sehingga akhir tahun 2005, sebanyak 41 program pengajian ditawarkan, iaitu 7 program peringkat Diploma, 21 program peringkat Sarjana Muda, 9 program peringkat Sarjana dan 4 program peringkat Ph.D. Pada tahun ini dijangkakan 13 lagi program baru akan ditawarkan. Program Sarjana Muda Sains Sukan yang baru ditawarkan telah mendapat sambutan yang amat baik; iaitu seramai 276 pelajar di seluruh negara.

(10)

Bagi melahirkan graduan yang lebih berdaya saing pula, program-program berikut telah diperkenalkan iatu;

Sarjana Muda Teknologi Maklumat dengan Perakaunan, Sarjana Muda Matematik dan Pengurusan dan Sarjana Muda Matematik Dengan Teknologi Maklumat.

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN,

Untuk menyambut seruan Kerajaan bagi menjadikan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang cemerlang, OUM mula mengembang sayap ke peringkat antarabangsa. Misalnya, melalui kerjasama dengan Universitas Riau, Indonesia; kita telah berjaya menawarkan dua program di sana, iaitu Sarjana Pengurusan (MM) dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA).

Begitu juga; kerjasama dengan University of Science &

Technology, Sana’a, Yemen; telah berjaya menarik

(11)

minat pelajar untuk mengikuti program MBA dan program MIT. Usaha untuk merealisasikan program antarabangsa ini diteruskan lagi dengan kerjasama Arab Open University, Bahrain; yang kini telah berjaya menawarkan program MBA kepada 127 orang pelajar.

Program-program lain seperti Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang pendidikan akan turut ditawarkan dalam masa yang terdekat.

Pada pendapat saya, sambutan yang positif di peringkat antarabangsa ada hubungannya dengan kewujudan Perpustakaan Digital Tan Sri Dr. Abdullah Sanusi, yang mempunyai lebih 40,000 buah buku elektronik dan 18,000 judul jurnal. Bahan-bahan ini boleh dicapai daripada mana-mana lokasi di seluruh dunia. Daripada segi kualiti pula, tiga (3) bahagian OUM telah dianugerahkan Sijil ISO pada tahun 2005, iaitu Perpustakaan Digital Tan Sri Dr. Abdullah Sanusi,

(12)

Bahagian Registri OUM dan Pusat Rekabentuk dan Teknologi Pengajaran (CiDT).

Secara ringkasnya, dalam segala aspek perancangan OUM, pihak pengurusan tertinggi universiti tidak akan mengabaikan kualiti pembelajaran dan perkhidmatannya untuk faedah pelajar. Ini adalah tanggungjawab kami yang akan dibuat dengan penuh dedikasi dan komitmen selaras dengan tema Konvokesyen Kedua ini, iaitu Pendidikan Berkualiti Untuk Semua.

Pada bulan Februari tahun ini, OUM telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pengajian Tinggi untuk menggunakan syarat kemasukan terbuka. Ini bermakna mereka yang mempunyai sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan berusia sekurang-kurangnya 21 tahun, dapat memohon bagi kemasukan ke program ijazah sarjana muda di OUM tidak lama lagi. Untuk merealisasikan perlaksanaan syarat kemasukan terbuka,

(13)

pihak universiti sedang menyediakan garis panduan bagi kelulusan pihak Lembaga Akreditasi Negara.

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI SEKALIAN,

Pada 20hb Oktober 2005, warga universiti kehilangan seorang pendorong dan pemimpin, dan berasa amat sedih di atas kembalinya ke Rahmatullah Canselor yang amat dikasihi, Allahyarham Datin Paduka Seri Endon Mahmood. Sesungguhnya pemergian Allahyarham telah meninggalkan satu kesan yang mendalam bagi warga universiti.

DISTINGUISH GUESTS LADIES AND GENTLEMEN,

On 25 October last year, we greatly felt the demise of our first Chancellor. Datin Paduka Seri Endon. Even though she has been with us for only a short while, her

(14)

presence had indeed touched our lives. In moving forward, we learned from her the need to be caring, the need to be courageous in the face of adversities, and the need to soldier on, knowing fully that the interests of society at large outweighs the needs of the individual.

In line with her vision, OUM has established and strengthened our School of Lifelong Learning which conducts lifelong learning courses for the public. We also introduced the partial waiver of tuition fees scheme for the disabled and senior citizens.

We have also established the Chancellor’s Foundation which among others will provide financial aid to needy students and hopefully activate projects that will promote educational and social upliftment.

(15)

As an insitution of higher learning, without doubt, we have to move on and contribute to the wellbeing of our citizens. Today, we are proud to proclaim our first Pro- Chancellor, YBhg. Tan Sri Dato’ Azman Hashim, a renowned corporate leader and banking figure in our country. We are grateful that YBhg. Tan Sri has graciously accepted this appointment. We believe YBhg.

Tan Sri will be able to lead us in our journey of making education available and accessible to all, any time and place.

Akhir kata sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada para graduan dan anggota keluarga sekalian serta merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga diatas sokongan mereka semasa di OUM.

SEKIAN. WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA.

Referensi

Dokumen terkait

Lemma 2.3 Jika P adalah bukti pada LBB ' I n∼1 dari sebuah sequent S yang mengandung sebuah aturan multi-cut* yang muncul sebagai aturan inferensi paling bawah pada P, maka S

Dalam daerah Margosari sendiri berbagai Pemondokan mahasiswa antara rumah tinggal dengan pemondokan, juga rumah khusus pemondokan mahasiswa,sesuai penulis

Pembuatan peta geologi berbasis web ini menggunakan beberapa perangkat lunak yaitu web server yang digunakan adalah Xampp dengan alasan merupakan program

Tujuan penelitian ini adalah memetakan lokasi dan kapasitas dari informasi inventarisasi mata air di Kecamatan Cidahu, mengkaji variasi dari data deret waktu mata air yang

Arsyad (2009: 6-7) melengkapi pendapat yang disampaikan oleh beberapa ahli.Media pendidikan memiliki pengertian umum sebagai berikut. 1) Media pendidikan memiliki pengertian

Usaha kesehatan gigi sekolah (UKGS) merupakan bagian dari usaha kesehatan sekolah (UKS) yang sudah diimplementasikan di Indonesia sejak tahun 1951. Menurut

Hasil isolasi dari kepiting bakau yang memiliki gejala klinis seperti insang membuka, kering, berwarna gelap, luka pada tubuh seperti di capit, ventral dan

[r]