• Tidak ada hasil yang ditemukan

Teks Ucapan Dato' Naib Canselor Sempena Perasmian dan Pelancaran 'Research Management System' PPKKP

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Teks Ucapan Dato' Naib Canselor Sempena Perasmian dan Pelancaran 'Research Management System' PPKKP"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

1 Teks Disediakan Dr. Ku Nurul Fazira (PPKKP) edited Media UKK

TEKS UCAPAN

YANG BERBAHAGIA DATO’ PROF. DR. ZUL AZHAR ZAHID JAMAL NAIB CANSELOR

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS.

SEMPENA

PERASMIAN DAN PELANCARAN ‘RESEARCH MANAGEMENT SYSTEM’ PPKKP DI BILIK SEMINAR SIANTAN, KAMPUS PAUH PUTRA

PADA 16 MEI 2018

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum Warahmatullahi wabarakatuh

Salam Sejahtera dan Salam Ilmu Keikhlasan Kecemerlangan UniMAP

SALUTASI

Yang Berbahagia Profesor Dr. Uda Hashim

Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Malaysia Perlis

Yang Berbahagia Profesor Madya Dr. Khairul Azwan Ismail, Dekan Pusat Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Malaysia Perlis

Yang Berusaha Profesor Madya Dr. Azremi Abdullah Al-Hadi,

Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer & Perhubungan, UniMAP Ketua-Ketua Pusat Pengajian dan Jabatan.

Ahli exco Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan.

Pensyarah dan para pelajar Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan,

(2)

2 Teks Disediakan Dr. Ku Nurul Fazira (PPKKP) edited Media UKK

Hadirin yang saya hormati sekalian

ALUAN KATA

1. Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah Azza Wajalla kerana dengan izinNya, kita dapat berhimpun pada hari ini untuk bersama-sama memeriahkan Majlis Pelancaran Sistem Pengurusan Penyelidikan atau

„Research Management System‟ Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan.

2. Terlebih dahulu, ingin saya mengucapkan jutaan tahniah kepada Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan (PPKKP) kerana telah berjaya membangunkan satu sistem atas talian bagi pengurusan dan pemantauan aktiviti-aktiviti penyelidikan di PPKKP. Saya juga berbesar hati untuk mengucapkan syabas kepada Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan yang merupakan Pusat Pengajian pertama di Universiti Malaysia Perlis telah berjaya membangunkan satu sistem pengurusan penyelidikan atas talian yang

“automated” serta komprehensif.

Hadirin dan hadirat sekalian

RESEARCH MANAGEMENT SYSTEM

3. Saya difahamkan, sistem ini dibangunkan sendiri oleh staf akademik PPKKP dan diterajui oleh Jawatankuasa Penyelidikan PPKKP. Mereka ini selain menyumbangkan pelbagai idea untuk memastikan kemampanan cara pengumpulan dan kemaskini data-data penyelidikan, turut bertanggungjawab bagi mengumpul dan merekodkan data-data yang diperlukan bagi pembangunan sistem ini sejak awal tahun 2018.

(3)

3 Teks Disediakan Dr. Ku Nurul Fazira (PPKKP) edited Media UKK 4. Malah saya dimaklumkan oleh Dekan PPKKP bahawa sistem ini telah lengkap dikemaskini dengan data penyelidikan PPKKP bermula tahun 2014. Ini merangkumi data penerbitan, Indeks Hirsch (H-Index), sitasi, ketua-ketua geran penyelidikan, pemilik-pemilik harta intelek, penjanaan kewangan hasil daripada aktiviti-aktiviti penyelidikan serta anugerah-anugerah penyelidikan yang dimenangi para penyelidik PPKKP.

Untuk makluman semua, apa yang saya sebutkan tadi adalah merupakan antara aspek-aspek utama yang dinilai dalam penilaian tahunan Malaysia Research Assessment (MyRA).

Hadirin dan hadirat sekalian

5. Apa yang membanggakan adalah kepakaran para penyelidik PPKKP turut dikategorikan berdasarkan “Field of Research (FOR) Malaysian Research and Development Classification System” Edisi Keenam tahun 2017 yang digunakan dalam modul R&D&C dalam Sistem MyMoheS.

6. Bagi memastikan cara kemaskini yang mampan dan pemantauan berkala yang efisien bagi pencapaian penyelidikan, penerbitan-penerbitan PPKKP akan dikemaskini secara automatik dan berkala ke dalam sistem ini terus dari pengkalan data Scopus. Selain itu, sistem ini turut berjaya mengetengahkan beberapa ciri-ciri terpilih dari pengkalan data Scival, termasuklah bilangan sitasi, H-Index, jaringan penyelidikan atau

“research-network” di peringkat PPKKP dan juga bagi setiap pensyarah PPKKP. Malah sistem ini juga khabarnya mampu bagi melaksana dan mengemaskini pemantauan petunjuk-petunjuk prestasi utama atau KPI di peringkat PPKKP secara berkala berdasarkan input-input maklumat penerbitan, geran, harta intelek, anugerah serta penjanaan kewangan.

(4)

4 Teks Disediakan Dr. Ku Nurul Fazira (PPKKP) edited Media UKK 7. Bagi saya, usaha yang dilakukan oleh PPKKP ini adalah satu usaha yang bijak kerana dengan adanya platform seperti ini, mudah bagi Dekan, Exco mahupun saya sendiri untuk memantau perkembangan keseluruhan penyelidikan di PPKKP. Ini bukan sahaja akan memudahkan pengurusan data penyelidikan di PPKKP tetapi juga memudahkan pengumpulan dan pemantauan berkala bagi pencapaian MyRA dan seumpamanya di peringkat pusat pengajian. Ini sekaligus memberi peluang kepada kita terutamanya di peringkat PPK bagi mengenalpasti kekurangan dan seterusnya melaksanakan penambahbaikan. InsyaAllah.

Hadirin dan hadirat sekalian

PENUTUP

7. Rasanya tidak perlu untuk saya berucap dengan lebih panjang lebar. Saya sekali lagi,ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dekan PPKKP serta ahli-ahli Jawatankuasanya yang bertungkus lumus membangunkan sistem ini sebagai platform pemudah pemantauan penyelidikan di peringkat pusat pengajian.

8. Saya berharap agar sistem ini dapat digunapakai oleh PPK lain bagi memantapkan lagi sistem pengurusan bukan sahaja di peringkat PTj malah sehingga ke peringkat pengurusan tertinggi.

Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, saya dengan sukacitanya merasmikan “Research Management System” PPKKP.

Sekian Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Referensi

Dokumen terkait

Disediakan Pusat Islam UniMAP-Diedit Unit Media TEKS UCAPAN Y.BHG NAIB CANSELOR MAJLIS PERASMIAN IHYA’ RAMADHAN 1434 H / 2013 M UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS DIBACAKAN YANG

DI KESEMPATAN INI, SAYA INGIN MENGUCAPKAN SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA MICROCHARM 2005 KHASNYA KEPADA SEMUA KAKITANGAN DI PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN BAHAN PPK

Jutaan terima kasih saya titipkan buat Persatuan Bola Sepak Malaysia diatas kesudian bekerjasama dengan Universiti Malaysia Perlis UniMAP bagi penganjuran Kursus Pengadil dan Penilai

Kejohanan tenis jemputan universiti asean 2010 ini merupakan kejohanan yang julung kalinya dianjurkan oleh universiti malaysia perlis dengan kerjasama kementerian pengajian tinggi

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia FINAS di atas kepercayaan dan mandat yang diberikan kepada Universiti Malaysia Perlis untuk menjadi

KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SEMPENA MAJLIS BERBUKA PUASA UniMAP BERSAMA MENTERI PENGAJIAN TINGGI DI DEWAN 2020 PADA 7 SEPTEMBER 2009

Sebelum meneruskan ucapan, sukacita saya, bagi pihak pengurusan dan seluruh warga kerja Universiti Malaysia Perlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada

Terlebih dahulu saya bagi pihak seluruh warga kerja Universiti Malaysia Perlis mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua rakan-rakan media yang dapat meluangkan