• Tidak ada hasil yang ditemukan

Teks Ucapan Dato' Naib Canselor Sempena Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) 2018 Peringkat Negeri Perlis

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Teks Ucapan Dato' Naib Canselor Sempena Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) 2018 Peringkat Negeri Perlis"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

1 Teks disediakan Dr. Kamarulzaman Mekatronik edited Media UKK

TEKS UCAPAN

DATO’ PROF. DR. ZUL AZHAR ZAHID JAMAL NAIB CANSELOR

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS

SEMPENA PERTANDINGAN ROBOTIK KEBANGSAAN (NRC) PERINGKAT NEGERI PERLIS

10 OGOS 2018

DI DEWAN SERBAGUNA UniMAP, KUBANG GAJAH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP

SALUTASI

Yang Berbahagia Timbalan – timbalan Naib Canselor UniMAP Yang Berusaha Pegawai –Pegawai Utama Universiti

Yang Berusaha Profesor Madya Ir. Dr. Abu Hassan Abdullah, Dekan, Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekatronik UniMAP

Yang Berusaha Tuan Haji Izmi Haji Ismail, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis

En. Sharudin Mahhmud, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan En. Rusli Yahaya, Ketua Unit Kokurikulum

En. Shaifol Hizam Mohamed Ali, Penyelia Kokurikulum Wakil Sasbadi Holdings Berhad

Wakil – Wakil serta para peserta Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) 2018 Peringkat Negeri Perlis,

(2)

2 Teks disediakan Dr. Kamarulzaman Mekatronik edited Media UKK

seterusnya warga kerja serta hadirin yang dihormati sekalian.

ALUAN KATA

1. Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah Azzawajalla kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat kita bersama-sama berkumpul di hari ini bagi menghadiri PERTANDINGAN ROBOTIK KEBANGSAAN (NRC) 2018 PERINGKAT NEGERI PERLIS.

2. Selamat datang saya ucapkan kepada warga SASBADI dan peserta yang mungkin pertama kali menjejakkan kaki ke UniMAP ini.

3. Saya secara peribadi amat terharu dengan kepercayaan yang diberikan oleh Jabatan Pendidikan Perlis dan Sasbadi Holdings Berhad kepada Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekatronik UniMAP untuk menjadi tuan rumah buat kali kedua bagi Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) 2018 Peringkat Negeri Perlis ini.

4. Tidak dilupakan juga setinggi-tinggi syabas dan tahniah saya ucapkan kepada seluruh jawatankuasa Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) 2018 Peringkat Negeri Perlis yang telah bertungkus lumus dalam memastikan program ini berjalan dengan lancar.

Hadirin dan hadirat sekalian

PERTANDINGAN ROBOTIK KEBANGSAAN (NRC) 2018 PERINGKAT NEGERI PERLIS

5. Seperti mana yang kita sedia maklum, PPK Mekatronik sangat aktif menganjurkan bengkel-bengkel robotic menggunakan Lego MINDSTORMS kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah di sekitar Perlis dan utara Kedah.

(3)

3 Teks disediakan Dr. Kamarulzaman Mekatronik edited Media UKK

6. Penganjuran program seperti ini merupakan sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Universiti (USR) untuk dimanfaatkan oleh masyarakat secara keseluruhannya. Kreativiti dan inovasi tidak boleh diajar tetapi ia boleh diterap secara tidak langsung melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan secara terancang.

7. Saya percaya, melalui penganjuran program seperti ini akan dapat menjadi platform terbaik dalam memberi dan menyebarluaskan maklumat yang tepat dan terkini kepada pelajar sekolah dan guru amnya.

8. Justeru, adalah diharapkan agar lebih banyak usahasama akan dapat dijalankan, memandangkan ianya dapat menarik minat para pelajar di dalam bidang Sains, Teknologi dan Matematik (STEM) yang amat

ditekankan oleh pihak Kementerian Pendidikan kini.

Hadirin sekalian

BENGKEL LEGO MINDSTORMS

9. Saya dimaklumkan bahawa Bengkel LEGO MINDSTORMS yang telah diadakan pada bulan Mac yang lalu oleh PPK Mekatronik, dan ianya telah mendapat persetujuan daripada SASBADI Learning Solutions Sdn.

Bhd. Untuk terlibat sama sebagai ‘Rakan Rasmi’ dalam NRC 2018 ini.

Setinggi-tinggi syabas dan tahniah saya ucapkan, saya berharap ianya akan dapat membuka lebih banyak peluang kerjasama pada masa akan datang.

10. Kami di UniMAP mempunyai pelbagai kepakaran dan ia boleh dikongsikan kepada masyarakat. Oleh itu, kami sentiasa mencari ruang dan peluang untuk bersama-sama membantu dalam usaha

meningkatkan pengetahuan masyarakat setempat.

(4)

4 Teks disediakan Dr. Kamarulzaman Mekatronik edited Media UKK

Hadirin sekalian PENUTUP

11. Sebelum mengakhiri ucapan, saya sekali lagi ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri dan Sasbadi Holdings Berhad serta Jawatankuasa Pelaksana yang telah bertungkus lumus memastikan kelancaran program ini berlangsung.

12. Sesungguhnya segala usaha yang dilakukan PPK Mekatronik dalam menjayakan program ini akan memberikan lebih banyak peluang kepada pelajar untuk lebih mengenali UniMAP umumnya dan PPK Mekatronik khasnya.

13. Akhir kata, tahniah diucapkan kepada para pemenang yang bakal mewakili Negeri Perlis ke NRC 2018 Peringkat Kebangsaan.

Kepada yang kurang bernasib baik, cuba lagi tahun hadapan.

14. Kepada semua anak-anak, gunakanlah sebaik-baiknya peluang yang diberikan dan memanfaatkan ilmu-ilmu yang telah dicurahkan.

Saya sudahi dengan Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.

Referensi

Dokumen terkait

Sebagai tanda hormat akan keputusan besar yang dibuat dalam dasar pengajian tinggi, dan tanda penyambung semangat, kerja keras dan wawasan Yang Amat Berbahagia Tun, UniMAP kini telah

Patik juga merafak sembah menjunjung penuh kasih kepada Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Canselor UniMAP, Dan Duli Yang Teramat Mulia

ZUL AZHAR ZAHID JAMAL NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SEMPENA MAJLIS SERI GEMILANG UniMAP 2017 29 MAC 2018 DI HOTEL SERI MALAYSIA KANGAR, JAM 9.00 MALAM Raja Berdaulat,

ZUL AZHAR ZAHID JAMAL SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PERLIS ENGINEERING RESEARCH LEARNING & INNOVATION SYMPOSIUM PERLIS 4.0 2018 25 JULAI 2018 DI DEWAN KECEMERLANGAN, KAMPUS

ZUL AZHAR ZAHID JAMAL NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA MALAM GEMA PUISI 2018 13 SEPTEMBER 2018, DI DEWAN KUBANG GAJAH , UniMAP “Sayangi Malaysiaku, Martabatkan Bahasaku’

Marilah kita bersama menadah tangan mengucapkan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan keizinanNya, dapat kita berkumpul di Kampus Tetap Universiti Malaysia Perlis UniMAP bagi

Dikesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada Pusat Kokurikulum UniMAP kerana sudi mengadakan majlis ini bagi meraikan anugerah-anugerah yang diterima oleh

Saya sangat gembira dengan inisiatif yang telah diambil oleh pihak hal ehwal pelajar dan alumni serta Pusat Pengajian Kejuruteraan Alam Sekitar bersama-sama semua pusat pengajian dan