• Tidak ada hasil yang ditemukan

Teks Ucapan Brig. Jen. Dato’ Prof. Dr. Kamarudin Hussin Naib Canselor UniMAP sempena Majlis Perasmian ENVEX ’09

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Teks Ucapan Brig. Jen. Dato’ Prof. Dr. Kamarudin Hussin Naib Canselor UniMAP sempena Majlis Perasmian ENVEX ’09"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

TEKS UCAPAN

BRIG. JEN. DATO’ PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UniMAP

SEMPENA

MAJLIS PERASMIAN ENVEX’09 PADA 22 MAC 2009 Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Yang Berbahagia, Prof. Dr Ali Yeon Md. Shakaff, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UniMAP.

Yang Berbahagia, Prof Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UniMAP.

Pegawai-pegawai Utama Universiti, Dekan-dekan, ketua-ketua Jabatan, para Pelajar dan peserta ENVEX’09, wakil-wakil media seterusnya hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

(2)

Alhamdullilah, dengan kurnia yang maha esa, dapat kita berkumpul hari ini bagi bersama-sama memeriahkan majlis penutup ‘Engineering Invention and Innovation Exhibition 2009’

peringkat Universiti Malaysia Perlis.

Saya sangat gembira dengan inisiatif yang telah diambil oleh pihak hal ehwal pelajar dan alumni serta Pusat Pengajian Kejuruteraan Alam Sekitar bersama-sama semua pusat pengajian dan Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan Dan Inovasi yang telah menganjurkan program yang saya kira sangat berfaedah dan boleh memupuk semangat pelajar dalam bidang penyelidikan.

Oleh itu, saya mengucapkan terima kasih kepada ahli jawatankuasa di bawah pimpinan En Mustafa Al-Bakri Abdullah yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini . Tidak lupa juga kepada siswa dan siswi UniMAP yang bersungguh-sungguh menyokong dan berusaha menghasilkan produk bagi

(3)

merealisasikan ENVEX’09 yang merupakan acara yang julung kali diadakan. Syabas saya ucapkan.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Saya difahamkan yang program ini diadakan sebagai landasan untuk memilih produk atau penyelidikan pelajar yang akan mewakili UniMAP dalam sebarang pertandingan di peringkat kebangsaan pada tahun ini.

Sememangnya saya sangat tertarik dengan apa yang saya lihat semasa melawat tapak pameran. Saya dapati para pelajar mampu menghasilkan produk-produk yang sangat baik dan kreatif. Di celah-celah kesibukan aktiviti seharian, para pelajar ini mampu memperuntukkan sebahagian masa untuk menghasilkan produk- produk yang kita lihat hari ini.

Inisiatif Jabatan Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni dan semua Pusat Pengajian dalam menggalakkan para pelajarnya terlibat secara

(4)

langsung dalam dunia penyelidikan harus dipuji kerana ianya secara sedar atau tidak telah meyokong dan mendedahkan para pelajar dengan program i@UniMAP yang dilancarkan sempena Ucaptama Naib Canselor tahun lepas.

Untuk makluman semua, program i@UniMAP ini, merupakan program wajib universiti dimana para graduan UniMAP perlu menjalankan penyelidikan sepanjang 4 tahun pengajian mereka dan menghasilkan produk di akhir pengajiannya kelak.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Bersesuaian dengan tema ‘Engineering For Society’, diharapkan produk dan rekacipta yang dihasilkan pelajar ini dapat memberi sedikit sebanyak sumbangan kepada masyarakat.

Oleh itu, dengan menjayakan program ENVEX’09 ini, para pelajar telah mendapat pendedahan awal tentang penyelidikan dan

(5)

insyaallah tidak akan menghadapi kesukaran semasa melaksanakan program i@UniMAP nanti. Di samping itu, ENVEX’09 ini juga memberi peluang kepada para pelajar tahun akhir untuk mempertandingkan produk mereka.

Akhir sekali, saya ingin merakamkan penghargaan pada pihak penganjur kerana menjemput saya pada petang ini. Tanpa melengahkan masa lagi, dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan majlis penutup ‘engineering invention and innovation exhibition (ENVEX’09).

Sekian,

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Referensi

Dokumen terkait

Ampun tuanku Patik juga ingin merafak sembah, menjunjung penuh kasih kepada Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin

Adalah menjadi harapan saya agar melalui mesyuarat ini anda semua akan dapat mencapai keseragaman dalam menguruskan hal ehwal kewangan selain saya turut mengharapkan universiti yang

Saya percaya, graduan-graduan UniMAP tidak akan sama sekali terlibat dengan perkara-perkara yang boleh membawa kepada kekacauan kerana mereka ini telah dididik untuk... berkhidmat

Justeru, saya amat berharap anda semua dapat menyelesaikannya dalam tempoh yang singkat memandangkan kita kini seharusnya sudah melangkah ke fasa pelaksanaan dan bukan lagi

Hadirin dan hadirat sekalian, Sebelum saya mengakhiri ucapan saya pada petang ini, sekali saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’ Dr Hají

Mohd Fo’ad Sakdan, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP Pegawai-pegawai Utama Universiti Yang Berusaha Penolong-Penolong Naib Canselor UniMAP, Dekan-dekan dan

Saya juga berbesar hati untuk mengucapkan syabas kepada Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan yang merupakan Pusat Pengajian pertama di Universiti Malaysia Perlis telah

Hadirin dan hadirat sekalian Kita teruskan dengan berita gembira mengenai pencapaian, pada 13 hingga 15 September 2011 lalu UniMAP telah menyertai Persidangan dan Ekspo Ciptaan