• Tidak ada hasil yang ditemukan

Teks Ucapan Y. Bhg Brig. Jeneral Dato’ Prof. Dr. Kamarudin Hussin Naib Canselor UniMAP Sempena Majlis Perasmian Program Enterprising UniMAP

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Teks Ucapan Y. Bhg Brig. Jeneral Dato’ Prof. Dr. Kamarudin Hussin Naib Canselor UniMAP Sempena Majlis Perasmian Program Enterprising UniMAP"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

Ku Nurmadihah Ku Yaacob (E-CIP) 1

TEKS UCAPAN

Y.BHG BRIG. GEN. PROF. DATO’ DR. KAMARUDDIN HUSIN, NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA MAJLIS PERASMIAN

PROGRAM ENTERPRISING UniMAP PADA 20 DISEMBER 2011, DEWAN KAPITOL, KANGAR

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Pagi dan Salam Satu Malaysia.

Yang Berbahagia, Tuan Haji Anuar Mohd Saffar, Wakil Kulim Teknology Park Corporation (KTPC)

Yang Berbahagia Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UniMAP

Yang Berbahagia Prof. Dr. Ismail Daut, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UniMAP

Yang Berusaha, Profesor Dato’ Wira Dr. Mohd Salleh Hj.Din, Pengarah, Pusat Pembangunan Keusahawanan, Pengkomersilan

dan Pengurusan Harta Intelek (E-CIP).

Pegawai-Pegawai Utama Universiti Ketua-ketua jabatan

Para peserta program seterusnya hadirin yang saya kasihi sekalian.

(2)

Ku Nurmadihah Ku Yaacob (E-CIP) 2

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan rahmatNya dapat kita berkumpul pada majlis di pagi yang indah ini.

Terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara saudari yang sudi melapangkan masa untuk mengikuti Program Enterprising UniMAP pada pagi ini. Setinggi- tinggi penghargaan dan tahniah saya titipkan kepada E-CIP dan KTPC yang telah berjaya merealisasikan program ini.

Saya dimaklumkan bahawa pihak E-CIP dan KTPC telah berganding bahu dalam menyediakan dua program bercorak keusahawan dan pengkomersilan iaitu “Program Young Entrepreneurs & Business Mentoring” untuk para pelajar dan program “Business Coaching And Mentoring For Successful Commercialization” untuk pensyarah dan penyelidik di UniMAP.

Tujuan penganjuran program ini adalah bagi membantu menyebar, menjana dan mengaplikasikan ilmu keusahawanan serta perniagaan kepada tiga kumpulan sasaran terdiri daripada pelajar, pensyarah dan komuniti.

Hadirin sekalian,

Seperti yang kita sedia maklum, para pelajar dan penyelidik kita masih agak ketinggalan dalam penguasaan ekonomi khususnya bidang perniagaan dan keusahawanan, walaupun pelbagai insentif dan galakan untuk membudayakan bidang keusahawanan dan inovasi telah diberikan kerajaan.

(3)

Ku Nurmadihah Ku Yaacob (E-CIP) 3

Atas kesedaran itu, sebagai pendedahan awal, UniMAP dan KTPC telah merancang program ini untuk melihat bagaimanakah budaya ini mampu digarap dan dicanai di kalangan para penyelidik UniMAP sehingga boleh membantu mereka menubuhkan perniagaan sendiri dan memasarkan produk penyelidikan universiti untuk kegunaan masyarakat.

Hadirin sekalian,

Kita sememangnya mengakui bahawa proses melahirkan usahawan bukanlah suatu perkara yang mudah.Justeru, sudah tiba masanya untuk kita sama-sama menggerakkan usaha bagi memberi kesedaran dan mewujudkan minat di kalangan pensyarah dan pelajar di UniMAP dalam memilih kerjaya sebagai usahawan.

Saya yakin dengan usaha dan penglibatan daripada para usahawan yang telah menempa kejayaan dalam perniagaan masing-masing. Pengalaman, bimbingan serta tunjuk ajar daripada kalangan usahawan yang telah berjaya ini amat perlu untuk dijadikan sumber rujukan penting bagi usahawan-usahawan baru.

Hadirin sekalian

Saya dimaklumkan, program selama 4 bulan ini akan disertai oleh 65 orang pensyarah dan 600 orang pelajar. Sepanjang program ini juga, para peserta akan mendapat tunjuk ajak dari mentor-mentor yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang perniagaan dan keusahawanan.

(4)

Ku Nurmadihah Ku Yaacob (E-CIP) 4

Program ini juga dilihat sangat relevan kepada para pensyarah dan pelajar dalam mendapatkan pendedahan mengenai bidang keusahawanan dan pengkomersilan serta berkongsi pengetahuan serta meningkatkan jaringan kolaborasi sesama rakan perniagaan dan agensi kerajaan.

Saya berharap daripada program ini, akan dapat membentuk sekumpulan penyelidik yang progresif, terlatih dan berdaya saing serta berupaya menjadi pembimbing dan pemudahcara kepada para penyelidik UniMAP. Jika ini menjadi kenyataanm, saya yakin pada masa hadapan, kumpulan pembimbing ini pula akan dapat menjadi mentor bukan sahaja kepada para pelajar dan pensyarah UniMAP, malah untuk masyarakat.

Hadirin sekalian,

Kita tidak mahu usahawan-usahawan muda tercicir dalam persaingan terutamanya dalam industri-industri kritikal yang telah dikenal pasti. Kita perlu bersiap sedia untuk menghadapi pelbagai cabaran yang datang dalam usaha kita untuk membentuk ekonomi negara maju dalam waktu terdekat ini. Walau bagaimanapun, suasana yang mencabar ini sebenarnya berupaya menjanjikan pulangan yang lumayan sekiranya kita berusaha lebih gigih.

Para pensyarah dan pelajar UniMAP seharusnya menggunakan peluang ini serta bersikap proaktif untuk memanfaatkan hasil-hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang berada di UniMAP sekarang.

(5)

Ku Nurmadihah Ku Yaacob (E-CIP) 5

Ini secara tidak langsung dapat menyumbangkan ke arah mengkomersialkan hasil R&D penyelidik UniMAP serta mengelakkan penyelidikan yang menelan belanja jutaan ringgit ini daripada hanya menjadi hiasan di makmal-makmal.

Hadirin sekalian

Apa yang saya ingin ingatkan di sini ialah para peserta perlulah menjana R&D dan penyelidikan bermula dari pasaran dan berakhir di pasaran kerana dengan cara ini produk yang kita hasilkan akan mudah untuk dipasarkan.

Oleh yang demikian, para peserta seharusnya menggunakan peluang ini dengan sepenuhnya untuk mempelajari dan mempratikkan latihan dan pratikal yang akan diberikan di dalam program ini.

Akhir sekali, harapan saya agar seluruh usaha yang kita sama- sama jayakan dalam membangunkan usahawan di UniMAP akan menghasilkan impak yang positif serta membawa manfaat untuk kita bersama. Mudah-mudahan, kejayaan akan sentiasa mengiringi kita dalam melahirkan usahawan yang berjaya dan menyumbang ke arah kemakmuran ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat keseluruhannya.

Maka dengan lafaz “Bismillahir Rahmanir Rahim” saya sukacitanya merasmikan majlis perasmian program enterprising UniMAP pada pagi ini.

(6)

Ku Nurmadihah Ku Yaacob (E-CIP) 6

Sekian,

Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Referensi

Dokumen terkait

Hadirin sekalian, Sebenarnya, cabaran tahun baru kita telahpun bermula pada minggu lepas dengan penganjuran MURoC yang bermaksud Malaysia University Robot Competitions ataupun

Hadirin & hadirat yang dihormati sekalian, Saya berharap agar hasil daripada mesyuarat MAPUM pada kali ini akan memberikan impak positif kepada aktiviti yang akan dijalankan pada

Hadirin dan hadirat sekalian, Sebelum saya mengakhiri ucapan saya pada petang ini, sekali saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’ Dr Hají

Hadirin sekalian, Perkara yang paling menarik perhatian saya dalam amanat Menteri ialah berkenaan “janji” YB Menteri yang bersedia untuk mengembalikan peranan asal keempat-empat

Saya percaya dan yakin dengan kelebihan yang dimiliki oleh para penyelidik di hadapan saya ini, UniMAP bakal meraih kejayaan yang cemerlang sekaligus menyerlahkan keterlihatan

Hadirin sekalian, Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi satu berita baik bersama anda semua iaitu, Persatuan Badan Berkanun Malaysia telah sebulat suara memilih

Hadirin sekalian Bulan ini merupakan bulan yang amat bertuah untuk Universiti Malaysia Perlis kerana pelbagai pengiktirafan dan penghargaan yang telah kita perolehi baik dari dalam dan

Ismail Daut, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UniMAP Pegawai-Pegawai Utama UniMAP, Yang Berbahagia Encik Razli Ahmad, Penolong Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan