• Tidak ada hasil yang ditemukan

Teks Ucapan Brig. Jeneral Dato’ Prof. Dr. Kamarudin Hussin Naib Canselor UniMAP sempena Program International Students Homestay Programme

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Teks Ucapan Brig. Jeneral Dato’ Prof. Dr. Kamarudin Hussin Naib Canselor UniMAP sempena Program International Students Homestay Programme"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

DISEDIAKAN OLEH DR.SYAHAROM EDIT PNC MEDIA - SHAFINAZ Page 1

TEKS UCAPAN

NAIB CANSELOR UniMAP

BRIG. JEN. DATO’ PROF DR KAMARUDIN HUSSIN SEMPENA

PROGRAM INTERNATIONAL STUDENTS HOMESTAY PROGRAMME 2011

PADA 10 APRIL 2011

Bismillahir-Rahmanir-Rahim,

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Md Isa Sabu, Menteri Besar Perlis Y.Bhg Datin Seri,

Yang Berhormat Tuan Mansor Bin Jusuh, Ahli Dewan Undangann Chuping,

Yang Berbahagia En. Manap Bin Amat, Pengurus Besar Wilayah, Felda Wilayah Alor Setar,

Yang Berbahagia En. Abdullah Pirus Ishak, Pengurus Felda Chuping,

Dif-dif kehormat, Barisan JKKR, GPW dan JKKK, Peneroka dan Penerokawati,

Staf dan Pelajar UniMAP serta Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia

(2)

DISEDIAKAN OLEH DR.SYAHAROM EDIT PNC MEDIA - SHAFINAZ Page 2

Terlebih dahulu marilah kita menadah tangan mengucapkan syukur kehadrat Allah Subhanahuwataala kerana hanya dengan limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama pada hari ini.

Semoga Allah S.W.T memberkati majlis kita ini tanpa sebarang halangan dan juga kesulitan serta kekurangan.

Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) ditubuhkan pada tahun 2002 dan merupakan universiti ke-17 yang ditubuhkan oleh Kerajaan. Namun begitu, setelah genap 5 tahun penubuhannya, pada 7 Febuari 2007, nama KUKUM telah ditukar kepada Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melalui proses penjenamaan semula. Sejak tahun 2002, sembilan tahun universiti ini dibangunkan, banyak idea dan tindakan telah dijelmakan dan direalisasikan. Salah satunya adalah kelahiran kampus tetap di Ulu Pauh dan di Sungai Cucuh.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Saya juga ingin berkongsi sedikit kejayaan terkini UniMAP dimana UniMAP telah dikategorikan sebagai universiti ketujuh terbaik di dalam Negara; laman sesawang (Website) UniMAP pernah diisytiharkan sebagai laman sesawang yang berada di tangga ke-745 dalam kalangan 16,000 universiti di dunia mengikut pemeringkatan Webometrics. Dan hari ini, laman sesawang UniMAP berada di tempat keempat dalam kalangan universiti-universiti di dalam negara mengikut pemeringkatan EduRoute.

(3)

DISEDIAKAN OLEH DR.SYAHAROM EDIT PNC MEDIA - SHAFINAZ Page 3

Penarafan SETARA 2007 mengkategorikan UniMAP sebagai universiti yang memuaskan, namun berkat usaha kita bersama, sistem penarafan yang sama pada tahun 2009 melonjakkan nama UniMAP ke dalam kategori universiti yang sangat baik. Ini membuktikan bahawa idea dan tindakan yang dijanakan oleh pengurusan dan staf UniMAP mampu menjadikan UniMAP sebuah universiti disegani dan dicemburui oleh rakan dan lawan walaupun terletak disebuah negeri yang agak kecil.

Arah dan hala tuju baru UniMAP bermula 2011 sehingga menjelang fajar 2015 ialah mencapai “Illuminating International Visibility” atau “Keterlihatan Antarabangsa Yang Menyerlah”

pada 2015. Selain itu, UniMAP juga berazam untuk menjadi antara 500 universiti terbaik di dunia, itulah sasaran yang perlu dicapai untuk merealisasikan maksud Institusi Akademik dan Penyelidikan Berdaya Saing di Persada Antarabangsa yang menjadi visi UniMAP. Dan salah satu objektif strategik untuk mencapai impian ini adalah mempunyai lebih ramai pelajar antarabangsa di universiti ini.

Hadirin sekalian,

Sehingga hari ini, UniMAP mempunyai lebih kurang 200 orang pelajar antarabangsa yang terdiri daripada pelajar Ijazah, Sarjana dan kedoktoran. Mereka ini merupakan pelajar daripada 15 buah negara luar, yang antaranya ialah China, Yemen, Sudan, Somalia, Indonesia, Iraq, Indonesia, Mauuritius, dan Uzbekistan.

(4)

DISEDIAKAN OLEH DR.SYAHAROM EDIT PNC MEDIA - SHAFINAZ Page 4

Usaha pengantarabangsan pelajar melibatkan kerjasama antara universiti, kerajaan negeri, dan masyarakat tempatan. Dalam mencapai matlamat untuk mendapatkan lebih banyak pelajar dari negara luar, kita haruslah lebih bersedia menerima adat dan juga gaya hidup pelajar antarabangsa dan begitu juga sebaliknya di mana pelajar antarabangsa juga haruslah diberi peluang untuk lebih memahami dan menerima adat dan budaya hidup masyarakat Malaysia secara am dan masyarakat di Negeri Perlis secara khusus.

Oleh yang demikian, saya merasakan bahawa ‘International Students’ Homestay Programme 2011’ yang melibatkan lebih daripada 30 pelajar dari 8 buah negara asing ini merupakan satu program yang berguna untuk kita manfaatkan bersama bagi memperkenalkan budaya hidup masyarakat di negeri Perlis kepada pelajar-pelajar antarabangsa di samping turut sama kita mempelajari budaya hidup mereka.

Ladies and gentlemen,

For all the international students who participated in this homestay programme, I am pleased to inform you that the strategic direction of UniMAP for 2011-2015 is to attain illuminating international visibility by being one of the top 500 universities in the world in 2015. Internationalisation of the university student population is one of the strategic objectives formulated to achieve this goal.

(5)

DISEDIAKAN OLEH DR.SYAHAROM EDIT PNC MEDIA - SHAFINAZ Page 5

Internationalisation is a two way process: the host country must be ready to accept the students and the international students must be ready to adapt to the way of life of the host country. This homestay programme is designed to help promote this acceptance. This programme has enabled you to live with a local family for three days. I am sure that it has help to foster a better intercultural understanding and sensitivity between you and the foster family.

Akhir kata, di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi- tinggi ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan dan masyarakat Felda Chuping kerana sudi berkerjasama dengan pihak UniMAP dalam menjayakan program ini. Semoga di hari akan datang, kita dapat bekerjasama menjalankan lebih banyak lagi program seperti ini dan dengan lebih berjaya. InsyaAllah.

Sekian. Terima Kasih.

Referensi

Dokumen terkait

Sehingga kelmarin, berdasarkan data yang dikumpulkan, daripada 953 orang graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang bergraduat hari ini, sebanyak 536 orang (56.2%) telah

Terlebih dahulu patik bagi seluruh warga kerja Universiti Malaysia Perlis ingin merafak sembah, menjunjung kasih yang tidak terhingga di atas perkenan Tuanku berdua bercemar duli

Hadirin dan hadirat sekalian, Karnival Futsal Piala Naib Canselor ini merupakan program tahunan yang bertujuan mencungkil bakat para pelajar dalam sukan futsal seterusnya dapat

Justeru, saya amat mengharapkan agar warga UniMAP mengambil peluang yang hanya hadir setahun sekali ini, untuk menyempurnakan ibadat masing-masing dengan seikhlas hati dan pada masa

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr Md Isa Sabu, Menteri Besar Perlis dan Yang Berbahagia Datin Seri kerana sudi hadir ke majlis

Dato’ Prof Dr Kamarudin Hussin Sempena Majlis Menandatangani MoU Antara UniMAP dan Universitas Padjadjaran UNPAD Bandung Indonesia Pada 25 Jun 2011 Assalamualaikum

Alhamdulillah, syukur saya panjatkan ke hadhrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah rahmatNya, dapat kita sama-sama berkumpul pada malam ini dalam meraikan para atlet dan pengurusan

BAHAGIAN MEDIA PNC SUHANA Page 8 of 10 Menjadi Universiti penyelidikan teknikal/Technical Research University TRU Meningkatkan penulisan jurnal penyelidikan berimpak tinggi