• Tidak ada hasil yang ditemukan

Teks Ucapan Dato' Naib Canselor Sempena Program Bajet 2018 Bersama Rakyat: Belia dan Pelajar Bersama YAB Perdana Menteri

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Teks Ucapan Dato' Naib Canselor Sempena Program Bajet 2018 Bersama Rakyat: Belia dan Pelajar Bersama YAB Perdana Menteri"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

P a g e | 1

Bahagian Media UKK

TEKS UCAPAN ALUAN

DATO’ PROF. DR. ZUL AZHAR ZAHID JAMAL NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS

SEMPENA

PROGRAM BAJET 2018 BERSAMA RAKYAT: BELIA DAN PELAJAR BERSAMA YAB PERDANA MENTERI

DI DEWAN ILMU, KAMPUS UniMAP PAUH PUTRA PADA 13 MAC 2018, JAM 8.10 PAGI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Satu Malaysia, Salam Negaraku Malaysia, Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP SALUTASI

1. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Yang Amat Berbahagia Datin Seri Rosmah Mansor,

2. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Azlan Man, Menteri Besar Perlis dan Yang Amat Berbahagia Datin Seri Nor Aswana Omar,

3. Yang Berhormat Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi,

4. Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri,

5. Dif-dif kehormat, 6. Wakil-wakil media,

7. Warga UniMAP dan IPT Perlis,

8. Seterusnya hadirin hadirat yang saya kasihi sekalian.

1) Universiti Malaysia Perlis berbesar hati menerima kunjungan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, ke program Bajet 2018 Bersama Rakyat: Belia dan Pelajar di Dewan Ilmu UniMAP pada pagi ini.

2) Seluruh dewan, marilah kita memberikan tepukan yang paling gemuruh buat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang kita kasihi ini.

(2)

P a g e | 2

Bahagian Media UKK

3) Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, UniMAP ditubuhkan 17 tahun lalu dengan amanah melahirkan insan kamil yang menyumbang kepada agenda pembangunan dan daya saing industri negara, khususnya dalam bidang kejuruteraan. Dari hanya 116 pelajar, kini, bilangan itu sudah melepasi 15 ribu orang.

4) Berkat usaha staf dan sokongan padu daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, serta jentera kerajaan yang Yang Amat Berhormat Dato’ Seri pimpin, khususnya Kerajaan Negeri, dan Kementerian Pendidikan Tinggi, maka – syukur ke hadrat Allah - pelbagai pencapaian dalam bidang akademik, penyelidikan, sukan, dan

kebudayaan telah terhasil.

5) Saya masih ingat lagi - semasa Yang Amat Berhormat Dato’ Seri ke sini 5 tahun lalu, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri mengatakan bahawa, walaupun tiada hotel bertaraf 5 bintang di Perlis ini, namun rakyat sewajarnya berbangga kerana memiliki universiti bertaraf 5 bintang.

6) Alhamdulillah- hampir 17,000 graduan UniMAP kini bertebaran di dalam dan luar negara menyumbang khidmat dan bakti kepada masyarakat dan dunia. Peratus kebolehpasaran graduan Universiti ini - dalam masa 6 bulan selepas majlis konvokesyen – secara konsistennya melepasi 90%.

7) Dalam ‘subject ranking QS’, UniMAP pada tahun ini dinobatkan antara 450 universiti terbaik dunia dalam bidang kejuruteraan dan teknologi. Bagi universiti yang muda usianya, ini suatu pencapaian yang amat membanggakan.

8) Yang Amat Berhormat Dato Seri, di dalam dewan ini terdapat lebih 3000 pelajar dan tenaga pengajar yang berada di kemuncak usia masing-masing.

Mereka dididik dan dibimbing agar menyerlahkan potensi sehingga dapat berbakti kepada nusa dan bangsa.

9) Mereka bakal menjadi peneraju negara sebagai teknologis, saintis, jurutera, usahawan, dan pemimpin. Mereka sedar akan tanggungjawab memakmurkan Malaysia dan mendepani pelbagai cabaran masa kini, khususnya yang berkaitan dengan ekonomi digital dan Revolusi Industri 4.0.

10) Kerana itulah mereka amat teruja diberi penghormatan mengambil bahagian dalam sesi yang amat penting ini, di mana nasihat, amanat, dan perkongsian ilmu daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri dapat diterima secara langsung, in syaa Allah.

11) Seluruh warga UniMAP merakamkan ucapan jutaan terima kasih atas kesudian Yang Amat Berhormat Dato’ Seri dan dif-dif kehormat hadir pagi ini. In syaa Allah kami bersedia melakukan yang apa jua yang terbaik untuk merealisasikan impian menjadikan Malaysia sebuah negara terbilang dunia.

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Referensi

Dokumen terkait

YAB Dato Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia Seramai 55 pengunjung ke kaunter eP bagi mendapatkan khidmat nasihat termasuk pembekal yang ingin

Hajah Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim menyampaikan syarahan perdana beliau pada pagi ini, saya merasa amat berbesar hati dan teruja untuk kita sama-sama menelusuri riwayat

3.20 Petang : Persembahan Generasi Baru 3.25 Petang : Upacara Pelancaran oleh YAB dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia 3.50 Petang : Penyerahan

Terlebih dahulu patik bagi seluruh warga kerja Universiti Malaysia Perlis ingin merafak sembah, menjunjung kasih yang tidak terhingga di atas perkenan Tuanku berdua bercemar duli

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia FINAS di atas kepercayaan dan mandat yang diberikan kepada Universiti Malaysia Perlis untuk menjadi

KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SEMPENA MAJLIS BERBUKA PUASA UniMAP BERSAMA MENTERI PENGAJIAN TINGGI DI DEWAN 2020 PADA 7 SEPTEMBER 2009

Justeru, saya amat berharap anda semua dapat menyelesaikannya dalam tempoh yang singkat memandangkan kita kini seharusnya sudah melangkah ke fasa pelaksanaan dan bukan lagi

Patik juga merafak sembah menjunjung penuh kasih kepada Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Canselor UniMAP, Dan Duli Yang Teramat Mulia