• Tidak ada hasil yang ditemukan

Hadirin dan hadirat yang saya hormati sekalian

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Hadirin dan hadirat yang saya hormati sekalian"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

DERAF TEKS UCAPAN YANG AMAT BERHORMAT

DATUK PATINGGI ABANG HAJI ABDUL RAHMAN ZOHARI BIN TUN ABANG HAJI

OPENG

KETUA MENTERI SARAWAK, PRO-CANSELOR

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK SEMPENA

MAJLIS KONVOKESYEN UNIMAS KE-21 DI

ARENA GEMILANG, DETAR PUTRA 6-9 NOVEMBER 2017

(Salutations to be updated)

(2)

Assalammualaikum warrahmatullahi wabarakatuh dan salam UNIMASku sayang

1.Terlebih dahulu saya ingin merafakkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana atas limpah dan kurnia-Nya kita dapat berkumpul pada hari ini di majlis konvokesyen Universiti Malaysia Sarawak kali ke 21.

2.Majlis konvokesyen ini adalah antara majlis terpenting dalam calendar UNIMAS kerana di majlis inilah kita akan meraikan kejayaan bakal-bakal graduan yang setelah lebih tiga tahun mereka berada di universiti ini, mengharungi segala cabaran dan dugaan dalam menimba ilmu pengetahuan, akhirnya

(3)

mereka berjaya melakar satu lagi kejayaan dalam hidup mereka dengan bergelar graduan selepas ini.

3.Namun, kejayaan ini bukanlah atas usaha para pelajar semata-mata. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi- tinggi tahniah kepada para ibu bapa kerana berkat usaha, pengorbanan serta doa kalian anak-anak generasi muda ini telah berjaya melakar kejayaan dan bakal mempunyai masa hadapan yang lebih cerah.

4.Tidak lupa juga kepada para pensyarah dan warga kerja UNIMAS yang sentiasa bertungkus lumus memberikan yang terbaik buat para pelajar dalam penyediaan suasana

(4)

pengajian yang baik serta kondusif di universiti ini. Saya yakin segala ilmu yang dicurahkan akan dimanfaatkan sebaik mungkin oleh para bakal graduan ini apabila menempuh alam pekerjaan kelak.

5.Kita amat bertuah kerana bersempena Majlis konvokesyen pada kali ini, UNIMAS turut menyambut sambutan Jubli 25 Tahun UNIMAS. Banyak pencapaian telah dikecapi sepanjang tempoh 25 tahun ini baik di bidang akademik, penyelidikan mahupun penerbitan.

Hadirin dan hadirat yang saya hormati sekalian,

(5)

6.Suasana pada hari ini tidak memungkinkan kita untuk kekal melakukan semua perkara menggunakan kaedah yang sama seperti dahulu.

7.Hari ini, kita tidak hanya berurusan dan bersaing sesama sendiri tetapi persaingan pada hari ini lebih bersifat global.

8.Umum mengetahui bahawa kepesatan Teknologi Komunikasi dan Maklumat telah mengubah banyak aspek dalam kehidupan kita.

9.Bukan sahaja ia mengubah kaedah bagaimana kita berkomunikasi dan berinteraksi antara satu sama lain, tetapi

(6)

perubahan ini turut mempengaruhi sosio- ekonomi, politik serta budaya masyarakat kita.

10. Perubahan teknologi yang pesat ini menyaksikan jangka hayat sesuatu inovasi menjadi lebih singkat dan saban hari ada sahaja teknologi inovasi baharu yang muncul khususnya yang dihasilkan di Barat.

11. Sudah tiba masanya untuk kita turut sama menyumbang kepada perkembangan teknologi ini dan keluar daripada kepompong sebagai pengguna akhir teknologi ini semata- mata.

(7)

12. Justeru, saya berharap bakat-bakat muda yang kita hasilkan pada hari ini akan mempunyai semangat untuk bersaing dan sentiasa meningkatkan keupayaan diri dalam mengharungi dunia yang kian mencabar kini.

Hadirin dan hadirat yang saya hormati sekalian,

13. Kita pada hari ini bakal berdepan dengan revolusi teknologi yang pastinya memberi impak dalam segenap sudut kehidupan kita.

14. Revolusi perindustrian ke-4 kini berada di hadapan kita dan seperti masyarakat dunia yang lain, kita perlu mempersiapkan diri dalam menghadapi cabaran dan peluang

(8)

baharu yang belum pernah kita alami dalam 3 fasa revolusi perindustrian yang sebelumnya.

15. Revolusi yang dipacu oleh inovasi teknologi terutamanya teknologi media digital ini bukan sahaja akan mengubah corak kehidupan peribadi kita malah mentransformasikan aspek ekonomi, pentadbiran dan budaya dalam masyarakat kita.

16. Melihat kepada situasi ini, kerajaan negeri merasakan bahawa kita tidak dapat lagi kekal dengan amalan dan kaedah ekonomi lama yang menjadi amalan kita selama ini.

(9)

17. Saya telah mengambil inisiatif untuk meneliti semula struktur ekonomi di Sarawak

bagi memastikannya terus

berkesinambungan dan kekal mapan dalam fasa revolusi perindustrian ke-4 ini.

18. Justeru itu, kita telah menggerakkan usaha untuk mentransformasikan ekonomi negeri yang ketika ini yang berasaskan sumber (resource based economy) kepada ekonomi digital.

19. Kita sedar bahawa kemudahan dan infrastruktur ICT di Sarawak masih lagi jauh ketinggalan berbanding dengan negeri-negeri lain terutamanya di Semenanjung.

(10)

20. Atas dasar itu, kerajaan negeri akan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion bagi mempertingkatkan kemudahan ICT di negeri ini dan akan menubuhkan Sarawak Multimedia Authority (SMA) pada tahun hadapan yang berfungsi untuk memastikan usaha mentransformasikan ekonomi negeri ini kepada ekonomi digital berada pada landasan yang betul.

21. SMA akan menyelaras polisi dan standard dalam beberapa bahagian utama yang melibatkan infrastruktur digital, keselamatan siber, e-perdagangan, pembangunan bakat, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta

(11)

projek-projek di peringkat permulaan (start- up projects).

22. Kita yakin bahawa dengan persediaan yang rapi seperti ini, kita bukan sahaja akan dapat mempersiapkan diri bagi menghadapi gelombang revolusi industri 4.0 malah kita juga akan mampu meningkatkan lagi kualiti hidup rakyat di negeri ini dan membawa ia ke tahap yang lebih tinggi.

Hadirin dan hadirat yang saya hormati sekalian,

23. Cabaran yang bakal kita hadapi ini bukanlah sesuatu yang mudah. Ia

(12)

memerlukan kerja keras dan sokongan daripada semua pihak.

24. Apabila terlaksananya semua projek yang dirancang ini, ia pastinya akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan keusahawanan kepada generasi muda kita.

25. Justeru itu, saya nasihatkan kepada para graduan sekalian agar mempersiapkan diri untuk berhadapan dengan cabaran yang lebih besar pada masa akan datang.

26. Gunakanlah ilmu pengetahuan yang diperolehi selama ini untuk merebut peluang dalam anjakan ekonomi baharu ini.

(13)

27. Selain itu, besarlah harapan saya untuk melihat UNIMAS yang kini menyambut ulang tahun ke-25 penubuhannya memainkan peranannya dalam membantu kerajaan negeri membangunkan model ekonomi berasaskan teknologi digital ini dengan memperkenalkan kursus-kursus yang relevan dan selaras dengan transformasi yang ingin dilakukan ini.

28. Saya turut dimaklumkan bahawa di peringkat UNIMAS sendiri, beberapa usaha telah digerakkan dalam mentransformasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) di universiti ini.

(14)

29. Penerapan ICT dalam proses Pembelajaran & Pengajaran seperti pengenalan sistem pembelajaran teradun (blended learning), platform pembelajaran terbuka melalui UNIMAS Massive Open Online Courses (MOOC), sistem e-learning Enrichment and Advancement Platform (eLeap) dan beberapa sistem yang lain adalah antara usaha yang dijalankan dalam menambah baik sistem P&P yang sedia ada.

30. Syabas dan tahniah saya ucapkan.

31. Akhir sekali, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir pada hari ini.

(15)

32. Sekali lagi saya ingin ucapkan setinggi- tinggi tahniah kepada saudara saudari yang bakal bergelar graduan, para ibu bapa, warga akademik dan kakitangan UNIMAS.

33. Semoga segala ilmu yang diperolehi akan dimanfaatkan sepenuhnya dan saya mendoakan agar saudara-saudari beroleh kejayaan dalam apa jua bidang yang bakal diceburi pada masa akan datang.

Sekian,

Wabillahitaufiq Walhidayah wassalammuaalaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Referensi

Dokumen terkait

01 RW.01, Kelurahan Kotabaru, Kecamatan Gondokusuman, Kota Yogyakarta terkait penyuluhan “SGM (Sekolah Generasi Muda) sebagai upaya untuk membentuk karakter anak yang

Pada kesempatan ini, penulis ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada pihak-pihak yang turut memberikan semangat, dorongan dan doa hingga

Kebanyakan anak muda dan pembaca generasi yang lebih tua mungkin tidak mengetahui bahwa dua dari sejumlah pidato terbaik, yang paling penting dalam sejarah Republik

Hal ini dimaksudkan karena generasianak muda sebagai penerus generasi tua yangdulunya pelanggan setia Tempo dalam bentuk koran dan majalah (cetak), kini anak muda

Strategi peningkatan produksi tersebut dilakukan dengan: (1) Peningkatan produktivitas melalui penggunaan benih varietas unggul bermutu dan hibrida dengan potensi

Demikian juga saya menyaksikan bahwa baik kalangan DPR maupun Pemerintah memiliki niat dan pemikiran yang sama untuk melahirkan undang – undang pendidikan tinggi yang berpihak

Oleh karena itu, sepantasnya kehadiran generasi Y menjadi tantangan berat bagi praktisi human capital management bagaimana memfasilitasi anak-anak muda ini agar energi

Dokumen ini juga akan membantu kita untuk memahami pendapat anak-anak dan generasi muda seperti Anda tentang Tujuan ini, hal terpenting bagi Anda, langkah-langkah yang harus