• Tidak ada hasil yang ditemukan

TEKS UCAPAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "TEKS UCAPAN"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

TEKS UCAPAN

Y.BHG. DATO’ REKTOR KUKUM

SEMPENA MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN MAJLIS PENGHUNI KOLEJ KEDIAMAN (MPKK)

29HB JAN 2007, HOLIDAY VILLA

SALUTATION :

Y.BHG. PROF. DR. ALI YEON MD SHAKAFF Timb. Rektor (Akademik & Antarabangsa)

Y.BHG. PROF. MADYA DR. ZUL AZHAR ZAHID JAMAL Timb. Rektor (Penyelidikan & Inovasi)

Y.BHG. TN. HJ. RUSLI HJ. ABD. HAMID Pendaftar

Y.BHG. TN. HJ. AYOB ISMAIL Bendahari

Y.BHG. PN. HJH. FOYZIAH AHMAD NASURUDDIN Ketua Pustakawan

Y.BERUSAHA PROF. MADYA SHAMSHUL BAHAR YAAKOB Dekan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni

Y.BERUSAHA EN. ZUBER HJ MOHAMAD &

EN. MOHD MUSTAFA AL BAKRI Pengetua Kolej-kolej Kediaman

Penolong-Penolong Pengetua dan Penolong-Penolong Pengurus Asrama Barisan Majlis Perwakilan Pelajar, dan

YANG DIRAIKAN BARISAN MAJLIS PENGHUNI KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN SESI 2007

Seterusnya hadirin hadirat sekalian.

INTRODUCTION :

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA

Saya memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah S.W.T kerana masih berkesempatan bersama dengan para pelajar sekalian dalam majlis yang saya kira cukup bermakna bagi universiti amnya dan para penghuni kolej kediaman khasnya.

(2)

POINT 1 :

Para pelajar sekalian, Kolej Kediaman merupakan satu tapak yang cukup besar bagi perkembangan seorang pelajar apabila menuntut di menara gading. Jika dilihat seharian semasa kita bergelar mahasiswa,masa yang paling banyak kita ada adalah di asrama (kolej kediaman). Berbagai aktiviti boleh dilaksanakan di kolej kediaman samada secara harian, mingguan, bulanan mahupun tahunan. Saya merasakan adalah satu kerugian kepada pelajar yang tidak menggunakan langsung peluang yang ada untuk membina potensi diri dan mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti yang dianjurkan.

POINT 2 :

Majlis Penghuni Kolej Kediaman (MPKK) yang ditubuhkan bukan sahaja berfungsi sebagai perantara penghuni dan pihak pengurusan dalam hal-hal kebajikan, tetapi anda semua mempunyai peranan yang cukup penting dalam menggerakkan para penghuni kolej kediaman agar bergiat aktif.

Untuk itu, MPKK perlulah merancang dan menganjurkan program yang menarik dalam menghidupkan suasana kolej kediaman anda semua. Sudah tiba masanya, kita di peringkat kolej kediaman menganjurkan program peringkat universiti atau kebangsaan tanpa mengenepikan program-program atau pertandingan-pertandingan ’inter college’. Saya percaya program seperti ini mampu menghindarkan gejala yang tidak sihat di kolej kediaman dan melahirkan minda yang cerdas. Justeru itu, saya mempunyai harapan yang cukup tinggi kepada barisan MPKK untuk menggembleng tenaga bersama-sama dengan pengurusan universiti meningkatkan mutu dan kualiti mahasiswa KUKUM ke arah mencapai misi dan visi universiti.

POINT 3 :

Di kesempatan ini juga, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada 2 orang kuat kolej kediaman En. Zuber dan En. Mustafa yang telah bertungkus lumus memastikan kolej kediaman terus berada dilandasan yang betul. Tidak lupa juga kepada Penolong-penolong Pengetua dan Penolong-penolong Pengurus Asrama, yang sanggup mengorbankan ’privacy’ anda dalam membantu menggerakkan kolej kediaman walaupun sentiasa sibuk dengan kerja hakiki. Terima kasih sekali agi diucapkan.

POINT 4 :

Untuk akhirnya, saya mengucapkan tahniah mewakli pihak universiti kepada barisan MPKK yang akan ditauliahkan sebentar nanti. Ingat, seaktif manapun kita dalam berprogram, akademik perlu diseimbangkan.

(3)

Sekian.

Referensi

Dokumen terkait

ANGKASA ingin melihat Koperasi Siswa berkembang maju bukan sahaja dalam aktiviti perniagaan koperasi malah dapat melahirkan graduan yang berjiwa keusahawanan dan

Dalam kesederhanaannya, majlis pada hari ini merintis rangkaian peluang baharu untuk diterokai UMP melalui pelancaran Pusat Tadbir Urus & Integriti Fakulti

Sekarang, marilah saya menyeru semua rakyat Malaysia dari segenap lapisan dan warga korporat Malaysia, bersama- sama untuk bukan sahaja mencapai kejayaan besar dalam dunia

Kita bukan sahaja sudah berjaya memberikan vaksinasi kepada hampir kesemua frontliners, malahan lebih 50 peratus daripada golongan yang berusia 60 tahun ke atas telah

Adalah menjadi harapan saya agar melalui mesyuarat ini anda semua akan dapat mencapai keseragaman dalam menguruskan hal ehwal kewangan selain saya turut mengharapkan universiti yang